Monday, January 16, 2012

First Surgery Part 1

Salam. apa khabar kengkawan. lama gila aku tak update entri baru kan. biasalah sekolah cuti, blog pun cuti. kalo kat rumah memang aku malas sikit nak bukak laptop. so harapnya masih ada lagilah pengunjung blog ni ye. tenkiu sebab masih bersabar. hewhew.



Baca tajuk entri macam men-saspen-kan je. tapi memang saspen pun. bagi akulah. yup! dalam cuti baru ni aku ada menjalani 1 minor operation. aku katakan minor di sini sebab siap tak sampai sejam. tapi kesannya berminggu jugalah nak baik. saspen tak? huhu.



Sebenarnya operation ni khas untuk orang pompuan je. lagi-lagi yang masih belum dikurniakan anak macam aku ni. aku lupalah pulak nama saintifik operation ni. time diperlukan tulah dia lupa. kalo tak sebelum ni asyik terngiang-ngiang je dalam kepala. ahh lupakan! aku bahasa-melayu-kan nama dia atau lebih mudah dipanggil 'scan tiub fallopio'.



Ok. kenapa aku buat semua tu? tujuannya nak cek sama ada tiub fallopio aku tersumbat atau tak. yelah, dah 3 tahun kahwin masih belum ada tanda-tanda nak dapat baby. risau juga kalo tersumbat kan. actually mula-mula idea ni dikeluarkan oleh gynea yang merawat aku, Dr. Luckmal. maybe ada yang dah kenal dengan dokter yang sangat baik ni. kliniknya bertempat di Kluang, Johor. silalah datang. ok enough promote. LOL.




Of course lah idea datang dari dia. aku manalah tau pasal menda alah ni. yang aku tau tiap kali appointment aku datang pastu tunggu lama kat luar sambil mata asyik duk menjeling mommy-mommy berboyot tunggu turn nak jumpa dokter. isk nangis!



Dalam bulan 12 baru ni aku datang lagi jumpa Dr. Luckmal. then dia terus suggest 'scan tiub fallopio' memandangkan aku dah cuba beberapa cara yang awal tapi masih tak berjaya. dia baru suggest tapi aku dah angguk kepala. hubby pun. malas nak tunggu lama-lama lagi. makin lama tunggu makin berjanggut aku dengan hubby. kat sini dokter bagi 2 pilihan. nak buat yang sakit or tak. ko gila apa nak pilih yang sakit. kelakar gak kengkadang dokter ni. so aku pilih yang tak sakit which is masa operation tu aku akan di'tidur'kan. dengar explaination dokter yang macam seronok dan tak sakit tulah yang buat aku cepat je angguk. kau tak tau lagi azabnya!



So aku kena datang balik ke klinik lepas aku habis period. kiranya macam hari ke 8 or 9 la. pukul 7 pagi aku dah tercongok depan klinik. risau gak kalo klinik tak bukak lagi. tapi aku lupa tu kan klinik maternity dan bersalin. of course la 24 jam bukak sebab ramai yang duk bersalin dalam tu. cuma kaunter jela tutup.



Aku pun jalan ke bahagian dalam klinik. sebelum ni kat depan je. ohhh camni rupanya bentuk dalam klinik ni. jakun jap. jumpa nurse kat situ and explain bla bla bla. dia tanya kad appointment. errrr selama ni tak penah plak dapat apa-apa kad. main terjah je. ok takpe. then bagi ic. dia suruh masuh dalam 1 bilik. macam wad. ada 3 katil dalamnya. 1 katil ada mommy pas bersalin.



Masa ni tak rasa apa-apa lagi. rileks je. siap boleh gelak-gelak lagi dengan hubby. pastu sorang nurse masuk bagi operation gown. kena tukar baju immediately. erk! dah nak operate ke? takkan kot! masa ni dah rasa lain macam. gelabah sikit sampai aku main terjah je masuk bilik air. sekali ada amoi dalam tu tengah melepaskan hajat. adoi yang tak kunci pintu tu kenapa. nasiblah aku yang bukak. kalo hubby aku? kan dah jadi rezeki pada dia. hahhaha.



Nak taknak kena salin kat luar tu gak. mujur ada tirai yang memisahkan antara katil. so hubby tolong jaga tirai tu. ingatkan malas nak bukak tudung. tapi nurse insist kena bukak gak. sebab kena pakai penutup kepala yang biasa orang pakai masa nak operate tu. redha jelah. masa ni segala barang kemas kena bukak. yelah kalo hilang kang dah tentu-tentu nurse or dokter yang kena tuduh kan. huhu.



Tak sampai 5 minit ada sorang nurse masuk bilik. kena sign surat persetujuan operation. ishh macam serius sangat bunyinya. sebelum ni dokter kata simple je. masa tu aku dah mula rasa yang dokter tu tipu aku. dia saja je nak sedapkan hati aku cakap simple operation. huhu. masa ni nak patah balik pun tak boleh. tangan dan sejuk beku.



Pastu aku dibawak ke bilik operation. masa ni aku jalan je masuk bilik operation tu. sambil selimutkan badan. yela takkan ko nak jalan pakai gown yang bapak seksi tu kan. masuk situ aku kena baring atas katil. ingatkan tu tempat operationnya. rupanya bukan. tu namanya recovery room. diorang pasang drip dan sebagainya. masa ni agak geram jugalah sebab jarum susah nak tembus kulit. aku dengar gaklah diorang cakap jarum tumpul. masa ni aku memang tak toleh kat tangan pun. ngeri.



Nak taknak diorang cucuk gak bagi masuk. hadoi sabo jela. nasiblah nurse-nurse situ sume baik-baik belaka. peramah je. nak marah pun tak jadi. bila dah ready sume aku kena jalan plak masuk bilik sebelah. ohhh ni baru bilik operation. ngerinya tengok lampu beso kat atas tu. pastu macam-macam mesin ada. Ya Allah kuatkanlah semangat aku!



Masa nak baring atas katil bedah tu tetiba aku nampak darah kat baju aku. eh tadi takde. bila cek rupanya drip bocor. darah keluar bercampur dengan air drip tu macam air terjun. tapi aku salute kat diri aku time ni. tak panik langsung. rilek je. sampai ada adik nurse tu cakap kat aku 'baguslah, akak nampak tenang je'. dalam hati hanya Allah yang tau.



Dalam kelam kabut tu sorang dokter ni (aku rasa dokter bius), dia yang tukar jarum drip tu. tadi cucuk tempat lain. ni tempat lain plak. pun sama jarum tumpul gak. sabo jela daku. aku tengok proses dalam bilik bedah tu tenang sangat. benda tu buat aku rileks. walaupun ada beberapa orang nurse dalam tu tapi keadaan sangat tenang. agaknya tu cara nak bagi patient tak takut kot.



Cara nurse dan dokter pegang or sentuh aku rasa sangat lembut. rasa macam dibelai-belai. tenang je jiwa. hilang terus perasaan takut aku. tetiba ada sorang nurse ni tegur aku. dia cakap macam penah nampak. so aku pun borak-borak dengan dia. rupanya dia junior aku masa sekolah dulu. famous gak aku dulu ek. hahaha. sempat lagi aku bergelak ketawa dengan dia.



Dalam 5-10 minit pastu aku nampak kelibat Dr. Luckmal. alamak dah nak start ke. masa ni dua-dua tangan aku dah didepangkan. aku pun tak tau apsal diorang buat camtu. pakar bius maklumkan pada aku dia akan masukkan ubat tidur dalam air drip tu. aku senyum je. sebenarnya suka sebab nak tidur cepat-cepat. takut!



Tak sampai 5 minit kepala aku dah berpusing-pusing. tak pening tapi macam mamai. ko rasa macam nak tidur tapi tak boleh tidur. best je perasaan tu. aku perasan beberapa kali gak pakar bius masukkan ubat tidur tu. aku pejam mata (dengan harapan nak tidur cepat). tapi adik nurse tu tepuk slow pipi aku suruh aku bangun. dia cakap jangan tidur dulu. maybe belum masanya lagi kot.



Lepas 5 minit, alat penyedut oksigen tu diletak kat hidung aku. terdengar dokter cakap 'sedut udara segar ni ye'. aku pun sedutlah. masa tu sempat lagi aku teringat 'eh dulu hubby cakap dia sedut 2,3 kali je terus tak sedar. ni apsal dah 5,6 kali sedut aku masih ok je.' pastu memang betul aku tak sedar! =D



Sambung kat entri lain boleh? macam dah panjang sangat je ni. hehe jangan marah ye. lap u!




6 comments:

  1. hehehehhe...org yg baca pun boleh nebes juga lo...

    ReplyDelete
  2. Diela pnya crite tu..menakutkan sue la..keadaan tu dh mcm major operate..t'beliak biji mata baca entri ni..huhuhu..sue doakan selepas ni ada gud news dr diela..aminn..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah mula2 dgr doc ckp mcm simple operation je...tp kesannya...hmmm tggu next entri.. ;)

      Delete
  3. diela, cepatlaa sambung...ooo hany nak tahu, hany ni thn ni dh masuk thn ke3 jugak...;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok2 sori ye buat hany tertunggu2...insyaallah ada rezeki hany nnt...sabar ye ;)

      Delete

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat