Thursday, January 19, 2012

Petua Ustaz Daud Che Ngah

Salam Khamis kawan-kawan. =)



Dalam entri sebelum ni aku ada bagitau yang sekarang ni aku tengah amalkan satu petua dari sorang ustaz kan. ok nama ustaz tu Ustaz Daud Che Ngah. ustaz ni kawan aku jumpa masa dia ke Makkah hujung tahun lepas. memang sebelum dia ke sana aku dah pesan minta dia doakan aku depan Kaabah semoga cepat dapat zuriat. tah macam mana boleh terkeluar topik tu masa dia borak dengan ustaz ni. so hari ni aku nak share petua ni buat kawan-kawan yang senasib dengan aku. mana tau ada rezeki untuk kita. Insyaallah.



Ok, aku mulakan dengan bahan-bahannya dulu. kebanyakan bahannya hanya boleh dijumpai di Makkah dan Madinah saja. jadi kalo ada sedara-mara yang nak ke sana tu bolehlah kirim.





Buah zuriat. ni rasanya semua kenal kot. kat Malaysia pun dah banyak orang jual.





Serbuk Pollen Buah Kurma. yang ni rasa macam pernah ternampak kat Malaysia tapi tak pastilah. boleh cuba cari.





Susu segar. Aku pilih jenama Goodday sebab jenama lain kebanyakannya dah dicampur dengan perasa vanilla. yang ni macam original sikit.






Kurma Lubana. dalam gambar ni aku tak pasti yang mana satu. try google tak dapat. apa yang pasti kurma ni memang bagus untuk perempuan. warna kekuningan dan agak keras. susah nak jumpa kat sini.






Madu Asli.






Habbatus Sauda. macam biji jintan manis. tapi rasanya tawar.






Daun zuriat. yang ni rasanya takde kat sini. dia dijual dalam bentuk bungkusan kecil.






Akar Kacip Fatimah. kat sini banyak kot.




Ok, tu saja bahan-bahannya. turutannya dan berterabur. maklumlah semuanya aku cilok dari google. sekarang aku nak terangkan cara untuk mengamalkannya ye. cepat salin.



Step 1

Setiap pagi makan 7 biji kurma lubana bersama dengan segelas susu segar.



Step 2

Rebuskan satu akar kacip fatimah, setengah paket daun zuriat dan sebiji buah zuriat (yang dah dibelah dan hanya rebus isinya yang putih macam isi kelapa). rebus sampai agak-agak warna air dah keperangan macam air teh pekat. minum segelas air rebusan itu.


* Bahan rebusan boleh digunapakai secara berulang sepanjang 7 hari. hanya tambahkan air dan panaskan.


Step 3

Makan satu sudu madu asli dicampur dengan setengah sudu habbatus sauda dan setengah sudu teh serbuk pollen buah kurma. jangan minum apa-apa air dalam masa 10 minit selepas langkah 3 ni.




Ok itu saja cara-cara makannya. mudah dan cepat. cuma nak telan tulah kena kuat semangat. hehe. oopppssss! nanti dulu. bukan setakat makan dan minum semua yang di atas ni saja. ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk keberkesanan petua ni.



Syarat-syaratnya :

1. Mula diamalkan setelah habis haid/period selama 7 hari berturut-turut.

2. Elak 'bersama' dengan pasangan sepanjang mengamalkan petua ni.

3. Suami dan isteri kena amalkan petua ni. bukan hanya isteri seorang.

4. Boleh 'bersama' dengan pasangan pada malam kelapan hingga seterusnya dan pastikan suami mencapai klimaks dahulu.

5. Jangan berhenti berdoa untuk mendapatkan zuriat setiap selepas Solat. antara doa yang boleh diamalkan " Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat (keturunan) yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima doa".



Ok, rasanya dah takde apa yang tertinggal. harapnya petua ni dapat membantu rakan-rakan yang lain. semoga apa yang kita hajati akan dimakbulkan oleh Allah. yang penting jangan sesekali berputus asa dengan-Nya. Insyaallah.




4 comments:

  1. betoi tu...tiap2 yg kita berusaha insyaallah akan dpt ganjarannya...

    sama2 kita berdoa ya...

    farah pun rasa2nya tak mau dah dok sorang2 keja kata nak adik ja....hohoho...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tggu apa lagi kakD...tambahlah lagi...hehe...insyaallah sy akan doakan kakD gak...sian farah main sorang2 je... ;)

      Delete
  2. Mmg payah nk cr bahan tu kt cni ye..su pnah amalkan buah zuriat dgn serbuk kurma tu..serbuk kurma tu mmg liat nak telan..xsedap..pas mkn terus teguk air..rupanya kena tggu dlu ek..hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba sue try cari kat internet...rasanya kalo kedai arab maybe ada jual2 benda2 ni...kalo x jumpa gak jawabnya kena kirim orang nak pg haji lah...kos semua dalam rm150 je...sama2 kita usaha ye...insyaallah.. ;)

      Delete

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat