Monday, March 26, 2012

Telinga masuk air! Trauma!

Haha! Lawak kan tajuk di atas. Sebelum ni saya selalu dengar orang cakap kalau telinga masuk air, cara nak keluarkan air tu kita kena masukkan lagi air dalam telinga pastu tonggengkan kasi keluar. Erk!



Mula-mula dengar petua camtu saya dah rasa was-was. Macam tak logik je. Dahlah air termasuk dalam telinga, pastu nak keluarkan kena masukkan air lagi. Ish takkanlah macam tu kot. Kang makin pekak sape nak tanggungjawab?



Nak dijadikan cerita tak best jadi lagi best, semalam kejadian yang paling saya takuti akhirnya berlaku juga. Serius selama ni saya tak pernah alami kejadian air termasuk dalam telinga masa mandi. Tah macam mana semalam tengah syok siram air atas kepala, saya rasa berdesup laju air masuk dalam telinga.



Biasanya kalau kat rumah sendiri saya mandi air pancur (shower) je. Tapi kan semua sedia maklum yang saya dah tak duduk rumah sewa tu. Sekarang masih menumpang kat rumah mertua. Sob sob. Puas cari rumah sewa tak jumpa-jumpa lagi. Kat rumah mertua plak takde shower. So mandi bergayunglah saya.



Agaknya dah memang dilahirkan tak pandai mandi bergayung, maka tengah syok bilas rambut lepas syampu, air masuk dalam telinga kiri saya. Dalam hati saya dah gelabah puyuh (apa tu?) dah. Tapi luaran rileks je. Konon taknak bagi diri sendiri panik.



Lepas hilang panik sikit, saya fikir 'alah, jap lagi keringlah air ni.' Agak-agak logik tak ek? Tapi masa tu saya rasa tersangatlah logik. Dalam masa yang sama saya asyik ber'head-banging' nak keluarkan air tu. Bila saya telengkan kepala ke kanan, terus rasa pekak telinga belah kiri sebab gegendang ditenggelami air. Agaknyalah. Mana saya nampak.



Lama-lama saya rasa makin tak selesa. Bila bercakap saya rasa macam dengar tak dengar je suara sendiri. Berdengung-dengung. Makin lama makin sakit. Ishh tak boleh jadi ni.



Maka saya pun mengadulah pada pihak yang berkenaan a.k.a suamiku. Hehe. Sepantas kilat dia cakap 'masukkan air sikit pastu telengkan kepala. Nanti dia keluarlah.' Alaaaaa takkan kot. Kang pekak sape nak dipersalahkan? Kang dia jugak yang cari lain. Huhuhu.



Dalam rasa berbelah bagi tu saya melangkah gak ke bilik air. Dalam hati 'ko berani sangat ke? Kang kalo pekak macam mana?' Ishh jahat kan encik hati ni. Patutnya bagilah kata-kata semangat sikit kan.



Dalam keadaan tenang dan dimulakan dengan Bismillah, saya pun tadah air dalam tangan dan masukkan dalam telinga kiri. Beberapa kali cubaan masih tak berjaya. Cubaan yang ke berapa tah tiba-tiba saya rasa telinga kiri saya tertutup. Cepat-cepat saya telengkan kepala ke kiri. Tak lama terus rasa lapang je telinga.



Wahhhh unbelievable! Macam tak percaya rupanya petua tu memang boleh dipakai! Ke saya je yang melebih-lebih takut? Hehe. Lepas tu memang dah tak berdengung telinga saya. Memang lega gila lah. Menggigil-gigil tangan sebab takut sangat jadi pekak. Hahahaah.



Pastu saya melaporkan keputusannya pada pihak yang berkenaan tadi. Dengan penuh keterujaan saya bercerita. Almaklumlah first time kena kan. Jakun mengalahkan apa. Pihak terbabit hanya memandang sebelah mata cerita saya. Nampak macam tak heran langsung. Hmm agaknya dia dah biasa sangat masuk air dalam telinga kot. Eleh!



Pasni saya berjanji pada diri saya untuk lebih berhati-hati masa mandi. Dan andaikata kalau berlaku lagi, saya dah lebih yakin nak masukkan air lagi dalam telinga. Macam best plak. Hehe. Pasni kalau ada sesiapa yang kena macam saya jangan malu, jangan segan nak amalkan petua tu ye. Insyaallah berjaya. Kalau tak berjaya, errr sila salahkan orang yang mencipta petua tu. Hehe



Ok bai!



9 comments:

  1. heheh... tesenyum aku baca entry ni. aku selalu kena time mandi temasuk air dalam telinga. memang tak best gile. petua nye memang betul la kena masukkan air balik dalam telinga. masukkan sampai kite rasa tertutup lubang telinga pastu cecepat teleng arah berlawanan nak bagi keluar air. tapi kan, pernah tau aku buat tak berjaya. so aku pon tidur mengiring telinga yg masuk air hadap ke bantal. slow2 air tu keluar. tu masa aku kecik2 dulu la. hahah.. tapikan, aku rasa kalau korek pakai cotton bud pon boleh keluar kot air tu. betul tak? cotton tu kan serap air. kalau ikut logik la. tak penah la plak aku cuba.

    eh, panjangnye komen. dah macam entry plak. heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...
      hehehe...ni first time aku kena...mmg trauma dibuatnya...sbb smpai skrg masih terasa sikit2 kesan masuk air tu...eiii takutnya kalo buat tak berjaya...hehe

      Delete
    2. tak mungkin la... sy bt xjd2 pun lau kai cotton bud... tp yg plik salu wt ikot petua msukkn smula air tu jd, ni tbe2 xjd...adehhh...
      cmne ni nk naik gunung jumaat ni.. jgn ag sound trouble sudaaaa

      Delete
    3. emmm maybe this time tak bernasib baik kot...skrg ni pun agak fobia masa mandi...jgnla jadi mcm ni lagi...huhuhu

      Delete
  2. heheheheh...sampai mcm tu ye kamu takut....

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius kakD mmg takut sgt...kat kepala dah fikir yg bukan2...tp bila bagitau hubby dia rilek je...hehe..nampak sgt tak serius kan kejadian tu...hehehe

      Delete
  3. hehe diela ni degil tau, org ckp tu xnak dgr hehehe. hany mmg selalu guna cara ni. alhamdulillah berkesan. lepas buat tuh, hany siap ketuk2 dahi nk dgr ada lagi tak bunyi dengung ;)

    ReplyDelete
  4. haahla hany...sebenarnya bukan degil tp takut...takut bila masukkan air makin penuh air dlm telinga pastu tak leh kuar...haru...hehehhe...smpai skrg masih terasa2 lg kesannya...

    ReplyDelete
  5. telinge sye msuk air ...dh cube wat cm tu.....tk blh ..sekse nye !

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat