Wednesday, January 19, 2011

Sempurna Resort Kuantan



Salam. hai u allssss. ;)



Hari ni hapdet blog sambil melayan hidung yang dah mula nak berair. haihh, pantang kena habuk skit. baru je ingat nak kemas bilik yang dah macam muzium ni. bila dah flu nampaknya tak leh kemasla. *alasan baik punyeeee.


Ok. sila fokus pada tajuk di atas. ye, kelmarin dan semalam me berada di sana. ko buat ape kat sana? honeymoon kah? ko gile ape honeymoon di hari bekerja? plus, kalo nak honeymoon pun takkan la kat Kuantan je noxxxx.  me pergi kursus la. anyway, ramai tak tau kat mana tempat ni kan? ni tempat baru. kena ikut jalan nak ke Pekan. jalan dia pun masih tak ok lagi. me tumpang member sekerja. syok je jadi boss kat belakang. ngehehe.



We all dah tau yang kursus camni biasanya memang akan memboringkan. seharian duk dengar diorang pot-pet-pot-pet pasal kolej diorang. promote la ape lagi. as a counsellor, memang dah jadi kewajipan untuk tau pasal IPTA/S yang wujud kat Malaysia ni. BUT about MARA ni dah kerap sangat dengar. sampai dah naik hafal. nak taknak kena gakla pegi. profesional kan. luckily ramai member sekepala join sama.



Sepanjang dengar taklimat 2 hari tu Alhamdulillah me berjaya mengelakkan diri dari mengantuk. apa rahsianya? mudah saja. sentiasa la berborak dengan rakan sebelah kiri dan kanan, mahupun depan dan belakang. jangan dirisaukan tentang sakit tengkuk akibat sering berpusing. lebih baik begitu daripada kepala terlentok atas meja sambil berdengkur bukan? buruk benar perangai.



Tapi pastikan suara anda jangan lebih kuat dari suara penceramah. silap-silap penceramah berlari keluar dewan sambil menangis malu. dan pastikan juga rakan di sekeliling anda itu adalah kawan anda. kalau orang yang tak dikenali, boleh jadi dia makin meluat dan menyampah dengan anda. dahla cakap tersembur-sembur air liur. yakkkkssss!!!



Welll, korang janganla buat camtu. macam tak hormat penceramah bercakap kan. ada mase leh borak. ada masa kena dengar. sama gak rasanya kalo kita duk bercakap kat depan, yang kat belakang syok buat forum sendiri. mau darah naik ke kepala kan. nak ditegur semuanya dah tua-tua bangka. so makan hati jela.



Ok, cukup. nak cite pasal resort tu plak. dah nama pun tempat baru kan. so semua nampak cantik, suci murni gitu. yang paling aku tak tahan adalah swimming pool nya. halahaiii nak je terjun time tu. tapi macam tak senonoh plak kan kalo ko terjun dengan baju kurungnya pastu diperhatikan beratus orang. cuma yang tak bestnya swimming pool ni open sangat. betul-betul sebelah cafe. cafe open lak tu. malu makkk!



Bilik pun okla. tapi tak la sebest Seri Pacific kat KL nun. jauh benar bezanya. but utk berkursus ni me rasa okla. takkan nak demand plak kan. dahla free. bila dah free ni korang paham-paham jela makanannya. tak taula tekak orang lain camne. tapi tekak me ni ngade-ngade sikit. semuanya macam tak berapa nak best je. macam kurang garam, kurang gula. tahla. tapi aku boleh bagi 2 daripada 5 la. okla tu kan.



Me duk sebilik dengan kawan baik dari SMK Merapoh. nak kata kawan macam kurang sesuai. sebab me rasa dia dah macam mak. sangat baik. ko kawan dengan orang tua ke? well, me kawan dengan sape-sape je. dengan semua orang me leh masuk. kadang-kadang me fikir lebih baik rapat dengan orang yang lebih berusia (pompuan) sebab diorang ni lebih matang dan bersifat keibuan. gurau pun stail gurau orang tua. eh, gurau orang tua camne? hahahhaa.



Semalam program habis dalam pukul 2 petang. pas makan terus gerak balik. singgah JPNP amik buku rekod. pastu dapat pesanan dari suami-kesunyian-ditinggalkan-isteri-berkursus. ayatnya berbaur arahan. ringkas dan tegas. "Singgah beli kopok lekor." wajib ditunaikan. jika tidak, maka akan ada muncung penyangkut kuali baru di rumah nanti.



Sebelum sampai rumah dah mesej siap-siap kepada sang suami-kesepian itu supaya pulang ke rumah segera kerana isterinya yang juga kesepian ini akan tiba bila-bila masa saja. me tau dia mesti melepak kat umah mak dia. dan seperti kebiasaan kalo me pergi kursus or mana-mana dalam tempoh lebih sehari, me takkan bawak kunci rumah. takut hilang. i am a careless one. 



Kawan me hantar betul-betul sampai depan pintu pagar rumah. masa tu hati dah menyirap. kenapa? tunggu entri akan datang. ngehehe. jangan marah aaaa.  



1 comment:

  1. hehehehehhehe...kakD tau...MR.B tak kunjung tiba kan....sabo2..pagar masih berkunci lg kan...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat