Monday, February 14, 2011

Bukan tak suka tapi takut

Salam kawan-kawan.



Sape suka kucing, angkat tangan! nak beli? ehh me tak jual. silalah cari di kedai berhampiran dengan rumah anda. hehe. sebab kat rumah me jangan kata kucing, bulu kucing pun takde. 


Sebab? me takut dengan kucing. laaaa dengan kucing pun ko takut ke? errr ye memang takut. macam geli pun ade gak. tapi me suka tengok kucing yang comel-comel tu. bulu lebat je. geram nak pegang tapi tak berdaya. hahah. me geli bila terasa tulang-temulang kat badan dia tu. 



Me bukanlah membenci. tak baik benci kat binatang kesayangan Nabi Muhammad SAW kan. tapi me memang takut. bukanlah takut sampai terjerit-jerit bila nampak kelibat menda alah tu. selagi me tak pegang or kucing tu tak melompat atas me kira okla. boleh sentuh sikit-sikit. 


Actually sebelum ni hubby ada bela 2 ekor kucing. comel-comel je. dua-dua kaler putih. sekor nama Coco sebab kat atas kepala dia ada setompok kaler coklat. yang sekor lagi nama Blue sebab mata biru. yang Blue ni memang cantik sangat. hubby start bela pas kitorang kawin. mula-mula me tak setuju tapi bila dah tengok muka dua-dua ekor tu terus suka.



Me setuju pun lepas dah bagi macam-macam syarat kat hubby. pasal makan dia, sisa pembuangan dia, semuala. kiranya me taknak terlibat langsung dalam rumahtangga diorang. hahaha. 


Mula-mula jaga ok je. cuma me tak tahan bila satu rumah bau kucing. me plak ada alergik dengan bulu or habuk. kejap je kena flu. tapi disebabkan minat hubby pada kucing, me tabahkan jiwa raga je. walaupun kengkadang muncung gak mulut ni. hehe. 



Sampai satu tahap, me dah mula rasa tak tahan dengan kucing-kucing tu. sebab? beliau sangat suka menerkam orang. me tengok spesis 2 ekor ni lain macam sikit. hiperaktif memanjang. terlompat sana, terkinja sini. tu belum lagi bila hubby main baling-baling bola pingpong dalam rumah. jawabnya dari lantai ke siling 2 beradik tu melompat. diorang sedap main, me terselit celah sofa sebab takut kena terkam. cisss!!


Part yang paling syok (bagi 2 ekor tulah!), bila kononnya nak menyambut me balik keje. tak sempat nak masuk rumah dah berebut bercakaran kat kaki me. camne la tak kena sepak kan. ooppss me sepak slow-slow je ek. takdelah sampai terbang ke rumah jiran sebelah. serius bila jadi camtu me jadi fobia nak masuk rumah. 2 beradik tu akan cakar-cakar kaki me nak masuk rumah gak. fyi, bila kitorang keje 2 beradik tu kena duk luar. senang diorang cari kawan and makan.



Lama-lama me terus rasa tak suka kat 2 beradik tu. sebab terlalu hiper. kadang-kadang nampak kaki me bergerak sikit je terus kena terkam. korang pernah rasa tak fobia nak duduk kat sofa sambil tengok TV kat rumah sendiri? me pernah! yang hubby plak bila me makin takut makinlah galak dia melatih anak-anaknya tu main bola. bajet boleh jadi pemain bola pingpong berjaya??



Tapi tulah kan, binatang ni orang kata ada instinct sendiri. dia boleh tau sama ada orang tu suka kat dia ke tak. maybe sebab me, satu hari tu si Blue tak balik-balik rumah. biasanya diorang kuar main sampai petang je. pastu taulah berlari-lari anak balik rumah. tapi hari tu cuma Coco je yang ada. puas gakla hubby pusing taman perumahan tu nak cari si Blue. hubby hampa. tapi me suka!



Pas hilang si Blue, si Coco ni nampak lain macam. yela biasanya main berdua. ni tinggal sorang, eh! sekor je. macam tak tentu arah dibuatnya. pastu dia manja dengan hubby lain macam. dengan me dia tak berani nak dekat. takut kena sepak kot. bila tengok dia macam sunyi je tinggal sorang, me rasa sedih la plak. terus rasa bersalah sangat sebab tak suka dengan 2 beradik tu.



Nak dijadikan cerita (kalo buat drama best ni), satu hari tu si Coco plak hilang. masa ni me dah pindah rumah baru. maybe dia lupa jalan balik kot. tah-tah dia balik kat rumah lama. me rasa camtu lah. sebab bila kitorang keje macam biasa dia kena duk luar. bila tanya orang yang lebih pakar bab kucing ni, dia cakap 2 bulan pertama kena kurung kucing tu dalam rumah dulu. sampailah dia dah kenal betul dengan bau dan rumah kita. jadi dia takkan sesatla. gitu ek?



Bila dua-dua dah hilang ni rasa sunyi la plak. dah takde lagi yang nak terkam kaki me bila balik rumah. memang rasa sedih betul la. me plak yang lebih-lebih masa tu. sampaikan kucing jiran depan rumah pun me ingatkan kucing me. siap panggil lagi pastu hulur makanan. tak lama pastu tuan rumah tu keluar panggil kucingnya masuk. erk! secara otomatik me terus buat-buat panggil kucing lain yang kebetulan lalu depan rumah. mesti dia ingat me nak culik kucing dia. eleh!



Pastu beberapa malam gak me dengan hubby pusing keliling taman cari si Coco. bila nampak je kucing kaler putih, terus me ngaku tu kucing me. kucing dewasa pun jadi mangsa dengan harapan kucing me tu naik berat badan setelah seminggu tak jumpa. hampeh! baru ko tau sedih ek!



Masa tu rasa bersalah dekat hubby pun ade gak. tapi dia ok je. me cakap kat dia maybe si Blue dengan Coco tu tau yang me ni tak suka kat diorang. tu yang diorang lari. hubby diam je. me tau dia pun sedih gak. sebab dia memang jaga & sayang betul dengan 2 beradik tu. siap mandi same-same lagi. nasib tak kena gigit je. then dia cakap takpelah maybe bukan rezeki kita. maybe kitorang tak sesuai bela binatang. asyik hilang je.



Sekarang ni dah setahun lebih pas 2 beradik tu hilang. tah kat mana la diorang sekarang ek. harap-harap sihatla. kalo ada orang yang culik, then dia jaga elok-elok, me maafkan. maybe dia lebih sesuai dijaga orang lain daripada me. ada juga me usya-usya hubby nak beli kucing baru. tapi dia taknak dah. dia takut bila dah sayang sangat, susah nak lepaskan. yela, jangka hayat binatang ni bukan lama sangat kan. 



Orang kata bela kucing ni murah rezeki. Wallahualam. tapi pada me, kalo rasa nak bela apa-apa, pastikan kita betul-betul bersedia dan sanggup nak menjaganya. jangan sampai kita menganiaya binatang tu. tak baik. insaf ok! 



4 comments:

  1. kakD:
    kalo die x melompat kt sy takpe lg...ni sampai mencakar2 maunye tak takut...jd fobia...hehehe

    ReplyDelete
  2. cehh dila..spesis sma la kite ni ye..takut kucing...kah3...kalo g kdai mkn tu, siap b'sila la kaki su kt krusi..ha3

    ReplyDelete
  3. sue :
    hehe takut dan geli...lg2 bile rasa tulang2 kt badan die tu...kalo kucing tu jenis diam & dengar cakap takpela...hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat