Monday, May 23, 2011

Apa planning cuti sekolah ni?

Salam kawan-kawan.



Actually rasa takde mood sangat nak update blog hari ni. almaklumlah minggu-minggu akhir nak cuti ni kan. uhuk! batuk lak.



Tapi me gagahkan diri gakla update blog ni. ni pun sebab nak buat entri sempena cuti skola. sebab tulah mood tu ada sikit. hahaha.



Eh eh, me nak tanya la pendapat u alls kan. agak-agak cuti sekolah ni kat mana tempat best nak jenjalan ek? kira macam family vacation la. bukan honeymoon ye. tu dah plan siap-siap dah. huhu.



Tadi dok ym sakan dengan kakak me kat kluang nun. masing-masing dah sibuk plan nak kemana. kakak me cakap nak pegi KL. watdehek nak ke KL musim cuti sekolah ni? buat sesak je. tetiba bling! terlintas dalam fikiran me nak ke Bukit Gambang Waterpark. haaa tempat gitu memang sesuai bangat. cuma tak syoknya confirm penuh orang sebab cuti sekolah kan. tapi meriah ape.



Best tak? Best tak? huhu...




Wahhh tu baru tengok gambar dah rasa teruja nak pegi.



Tetiba teringat kenangan lama masa pegi waterpark kat Melaka kalo tak silap. masa ni me dengan hubby baru gakla kawin. family vacation gak. tempatnya tak la besar mana tapi ada gaklah gelongsor air tu. hubby yang pada awalnya jual mahal taknak bawak baju spare sebab katanya tu tempat budak kecik. akhirnya longlai dek penangan gelongsor yang bapakkk tinggi tu. siap beli short yang regenya RM49.90. huh! pembaziran sungguh!



Tu baru waterpark yang cinonet gitu. belum lagi kena penangan Bukit Gambang Waterpark ni yang dengar citenya tersangatlah best vavathevass! mau taknak balik encik hubby tu kang.



Tapi rasanya sangat-sangat berbaloi kalo bawak family bercuti kat sini kan. lebih-lebih lagi yang ada anak kecik tu. yela, bile lagi nak berpoya-poya anak-beranak kan. masa cuti sekolah nilah masanya. bagi yang takde anak tu lagilah bagus. boleh berdua-duaan naik pelampung pastu turun kat gelongsor sambil menjerit macam orang gila. yang penting anak takde nak tutup muka sebab malu. hahaha.



Sebenarnya dah lama me kenen-kenen dengan hubby nak pegi jenjalan kat sana tapi betul gak kata dia, tak syok pegi berdua je. tak menyeronokkan. kalo pegi ramai-ramai barulah beronok-ronok. hahaha. so me rasa nilah masanya nak bawak family pegi bermandi-manda kat sana. kena plak dengan musim panas sekarang ni. memang berendamlah jalan penyelesaiannya.



So ape lagi? jomlah survey kat tenet!



Or korang ada cadangan lain yang lebih menarik dan mengujakan hingga gugur bulu ketiak? sila ajukan dalam ruangan komen.



Trimas! =)




7 comments:

  1. kakD cuti2 sek ni fenuh dgn kenduri adik beradik la...

    ReplyDelete
  2. yg xthn tu..gugur bulu ketiak..kah3...
    diela, kt gmbang tu pn xbyk game sgt...pastu org bapak ramai...then mmg btl lah seronok ngn family, tambah2 ade kanak2..nt xsegan nk terjun bhgian kanak-kanak tu..kih3..kalo nk duk resort dlm tu mcm xbest sgt, sbb ssh nk mkn, kne kluar...tp klu bajet byk..mkn hotel la...hi3...
    * rmai org buat, b'mlm kt cherating then utk bermandi manda je g G.WPark

    ReplyDelete
  3. kakD :
    wahhh ramai adik beradik kakD nak kawin ek...bestnyaaa... =)


    sue :
    mmg plan nak stay kat hotel luar je...sbb dah survey resort dlm tu mahal gile...plak tu kecik je...lg best makan kt luar lg byk pilihan kan...thanx sue bg cadangan...cuti ni pg mane? =)

    ReplyDelete
  4. hi3,,su cuti ni blk kg je...rancangannye nk g pulau perhentian..tp xtau la jd ke tak..nama je org besut..tp xpnah smpai pulau tu...huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. wahhh bestnya pegi pulau...best kan kalo umah dekat dgn tempat2 cmtu...tenang je jiwa...huhu

    ReplyDelete
  6. jom la nk ikut su..hi3....
    so, dh call wan blm??...

    ReplyDelete
  7. sue :
    dah call dah...thanks for the info ek sue... =)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat