Wednesday, July 20, 2011

Grow Up Please!

Morning u alls.



Pelik tak hari ni pepagi buta dah ada 1 entri? huahuahua. perasaan teruja ni timbul masa tengah syok blogwalking blog kengkawan. tetiba je jumpa 1 entri yang sangat kena dengan diri aku. orang kata memang sehati sejiwa la aku dengan blogger tu. haha.



Apa entri yang best sangat tu? meh nak share. bukak mata plss!



Contoh situasi:

A seorang wanita yang telah lama berkahwin tetapi belum mempunyai anak. B pula baru berkahwin. Satu hari, B dapat berita gembira – hamil. Maka dikhabarkan pada A tentang perkara tersebut. Sebagai kawan, A tumpang gembira. Dalam hati tetap sentap. Maklumlah, kawan yang baru kawin dah positif hamil sedangkan beliau yang lama berumahtangga masih ternanti-nanti.

B pula, sejak mengandung sampai terberanak, asek bercerita tentang pregnancy pada A tanpa mengambil kira sama ada A suka atau tidak. Bila dah beranak, cerita pulak pasal anak pada A. Tidakkah B terfikir, apa perasaan A? Suka? Sedih? Iri hati? Menyampah? Sakit hati?

____________________

Ustaz Hasrizal dalam satu entrinya pernah menyatakan bahawa kehilangan salah satu definisi manusia mukallaf iaitu sebuah common sense dikelaskan beliau sebagai ‘penyakit misteri’. Adakah situasi di atas boleh dikatakan ‘penyakit misteri’? Mungkin ya. Tapi aku lebih suka mengkelaskannya sebagai satu sikap yang tidak peka kepada hati dan perasaan orang lain.

Mungkin sengaja berbangga-bangga.

Mungkin terlebih excited.

Atau childish.

Kalau ya pun terlebih excited dengan apa yang kita alami, lontarkanlah perasaan itu kepada individu, tempat dan masa yang sesuai. Kesilapan melakukannya mengakibatkan kejengkelan.

Silalah bina common sense dalam diri masing-masing.

saye: sharing is caring, tapi kalau silap sharing… irritating!



Ni aku copy bulat-bulat dari blog Puan Widura. aku ingat nak printscreen je tapi tak clear la plak. so aku copy paste jela.



Cuba korang renungkan sejenak apa yang cuba nak disampaikan oleh beliau. fyi, beliau dah ada sorang anak pun. Safi namanya. tapi beliau boleh paham & rasa macam mana orang yang masih belum dikurniakan anak ni rasa. senang cerita beliau ada hati perut dan common sense yang bagusla. tak macam sesetengah orang yang cakap ikut sedap mulut.



Aku bukanlah nak emo sangat pun. actually lepas 3 tahun kawin ni telinga aku macam dah pekak dah. dah tak kuasa nak amik port dengan mulut orang. kiranya kalo ko nak tanya-tanya or sindir-sindir pun aku boleh buat dekkkk je. siap boleh senyum lagi. sebab aku tau tu semua kerja DIA. maybe korang lupa kot.



So, aku harap dengan entri ringkas tapi padat dari Puan Widura tu dapatlah aku bukak mata korang semua. kadang-kadang manusia ni perlu ditegur untuk berubah. tapi kalo dah memang korang sendiri yang taknak berubah, ada aku kisah?



* Cuba bayangkan korang senasib dengan Wanita A dalam situasi di atas. what say u?



9 comments:

  1. Kalau jadi A, mau B tu dah makan penyepak. geram kot. macam dia sorang je ada anak.

    diela dah 3thn, mmg biasa la org akn tanya kan? tapi orang yg tanya tu, tak pikir ke perasaan kita ni? tanya macam kita ni taknak anak. padahal kalau boleh, hari ni kawen, sok nak terus pregnant. tapi mustahil la plak kan? suma keje Allah. Allah da susun elok dah untuk kita. kita mampu untuk usaha, usaha, usaha dan doa. kalau belum rezeki lagi nak buat macammana kan?

    kita yg bru 5bln ni pon org dah sebok tanya diela. tu pun dah tak tahan telinga ni dengar. kalau kita kt tmpt diela, tak tahu lah macammana.

    ReplyDelete
  2. Rif:
    masa mula2 kawin memang tak leh nak handle lagi bila org duk tanya psl tu...terus rasa down sgt...tapi bila dah lama2 jadi lali...org yang bertanya pun dah makin kurang...pastu bila dh lali camni, org tanya je terus kena sedas jawapan yg buat org tu terus senyap...hahaha...

    takpe rif awal lagi...lagipun maybe faktor berjauhan kot...nanti bila dah duk dekat mana tau senang lekat...insyaallah...kita same2 la berusaha dan berdoa...

    ReplyDelete
  3. dah banyak baca kisah wanita2 yang kecik hati dan sedih sbb masih takde zuriat..

    saranan MDT, just ignore org2 yg macamtu..daripada kita sakit hati melayan sikap dorang tu, baik kita pikir tentang perkara yg lebih berfaedah..

    setiap rezeki itu datangnya dari Allah, sikit atau banyak, ada @ tiada..ucapkanlah alhamdulillah..kerana Allah maha mengetahui apa yg tidak ketahui

    ReplyDelete
  4. sebenaunya yang aku nak maksudkan dengan common sense ni banyak... kita patut guna akal bila nak cakap or share apa-apa... sesuai ke orangnya, sesuai ke masanya, sesuai ke tempatnya... memang kalau tak kena gaya nak bagi penyepak aje... tapi xpe... dunia ini bulat... masing-masing ada bahagian sendiri... antara nampak dengan tidak aje...

    utk diela dan rif, jangan stress, pk kan yg hepi2 saje, lagi stres, lagi makan diri... yg susah diri sendiri, org lain pandai cakap je, cuba kena batang idung sendiri... baru tau apa rasa... eh eh emosi plak aku... peace!

    ReplyDelete
  5. ok2...kakD faham sgt situasi oleh A....kakD dah pun alaminya dik....

    utk pengetahuan diela kakD hampir 9 tahun baru nak dpt farah dear...

    skg utk senangkan hati semua org...diela boleh jwb mcm gini ja utk diaorg tutup mulut supaya tak tanya dah....kalau ada sapa2 tanya pasal ank...diela boleh jwb mcm ni...
    "tolong lah sama2 doakan utk kami berdua...supaya cepat2 kami dapat ank..."pastu tanya lepa balik..."ada kah org kawen tak mau anak?biaq lepa plak terkedu utk menjawab bagai...

    kakD hrp diela dpt menepis kesemua tomahan itu semua ya....

    ReplyDelete
  6. Sama2lah kite b'doa dan b'sabar diela..org pun dah mula rase apa yg diela rase..kalo tnya tu dgn cr yg btl, xdelh trase sgt..ni tanya smbil m'cebik bbir, tak ke luruh hati ni..huhu..be strong ok!!!..:)

    ReplyDelete
  7. MDT :
    betul tu kak...sekarang ni mmg sy ignore je benda2 remeh camtu...kalo difikirkan sgt kita yg makan hati kan...tq kak... ;)


    LELORD :
    yup betul tu... ;)


    WIE :
    tulah...pelik dgn sikap segelintir manusia ni...rasanya diorang rasa puas kot bila dpt buat org lain terasa hati...anyway thanx for the entri ye... ;)

    ReplyDelete
  8. KAK D :
    wahh kakD lagi lama kan...tapi bila makin lama kita jadi makin kuat nak hadapi semua tu kan...ada sebabnya kenapa Allah taknak bagi lagi...bila kita redha, insyaallah besar hikmahnya...insyaallah...thanx kakD...kata2 yg sangat membantu... ;)


    SUE :
    takpe sue...sue masih awal lagi...insyaallah kita usaha & doa banyak2 ye...semua rezeki datangnya dari Dia...sape kita nak mempertikaikannya... ;)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat