Tuesday, August 16, 2011

Peragut jahanam!




Salam Ramadhan kawan-kawan.



This is my FB status update today.





Pagi-pagi dah dapat berita buruk daripada adik aku. katanya malam semalam dia kena ragut masa balik keje dengan kawan. fyi, adik aku sekarang bekerja sementara tunggu lapor diri kat Politeknik Pulau Pinang November nanti. aku tau gak dia keje kat bandar tapi aku tak tau plak yang dia pegi berdua dengan kawan dia naik motor. kalau aku tau sure aku bising gakla. yela bahaya pompuan bawak motor malam-malam kan.



Tapi apa nak buat, benda dah jadi. adik aku cerita kejadian tu berlaku masa dah nak sampai kat rumah. tetiba dia perasan ada sebiji motor ikut rapat sangat dengan motor yang dibawak kawan dia tu. dia jeling nampak sorang je atas motor. dia rasa tak sedap hati terus pegang kuat-kuat handbag dan selit kat tengah-tengah antara dia dengan kawan dia.



Belum sempat nak fikir apa-apa, tetiba handbag adik aku dah kena tarik. nasib baik sangatlah motor tak jatuh dan masih boleh kawan. cuba korang bayangkan apa jadi kalau motor adik aku jatuh. plak tu jalan tengah banyak kenderaan. aku dah terbayang macam-macam dah. yela kalau korang baca dalam paper, berapa ramai yang mati sebab jadi mangsa ragut. haihh nauzubillah.



Dan nasib baik jugak malam tu adik aku tak bawak banyak duit cash. cuma ada RM50 dengan ic dan barang-barang lain yang tak berharga. mujurlah adik aku memang takde kad atm lagi. handphone plak dia simpan dalam kocek seluar. memang peragut tu bernasib malanglah sebab ragut budak yang tak berduit. padan muka ko!



Dalam pada aku duk kesian tu tetiba aku rasa nak lempang adik aku ni. puncanya? sebab dia sedih sangat beg duit dia tu baru beli. mahal plak tu. haicehhh! sempat lagi. bersyukurlah nyawa ko tu masih panjang lagi. kalo tak agaknya orang lain beraya kat rumah, ko beraya kat hospital. ishh budak ni.



Pastu dia cerita malam semalam dah buat report kat Balai Polis berhampiran rumah aku. tapi pagi ni kena buat report kat Balai Polis utama kat bandar plak. walaupun tak banyak barang yang hilang, kena gak buat report kan. sebab kalau dibiarkan kejadian ni akan berleluasa lagi. pastu risau gak kalau ic tu dijual pada orang yang tak sepatutnya. jadi pendatang asing plak adik aku kang. hahaha.



Aku yakin dia mesti tengah trauma nak keluar sekarang ni. yela kalau aku pun. tetiba aku teringat kisah pasal kakak aku masa kecik-kecik dulu. kejadian berlaku pagi-pagi buta. orang kalau dah jahat nak mam***, pagi ke malam ke dia redah je. asalkan apa yang dia nak dia dapat. macam kes kakak aku ni, rantai yang dia pakai kena ragut. asalnya lelaki tu konon-konon buat nak tanya jalan. bila dekat je terus dia tarik rantai kakak aku. nasib baik tak diculik.



Ishhh aku risau betul keadaan keselamatan kita sekarang ni. lebih-lebih lagi kaum pompuan. dahlah yang terbaru kes simbah asid. kita jadi takut nak berjalan-jalan kat luar. memang dah tak selamat. terbaru dalam suratkhabar, orang kena simbah asid depan pasaraya SOGO. meremang bulu roma aku baca. teringat masa aku pegi SOGO 2 minggu lepas. iskkkk.



Aku pun tak taulah apa yang menyebabkan penjenayah makin banyak kat negara kita ni. orang yang baik dah semakin pupus. dunia akhir zaman agaknya. aku yakin kerajaan dah buat macam-macam untuk membanteras jenayah yang makin berleluasa sekarang ni. tapi tetap berlaku jugak. nak taknak kita lah yang kena lebih berhati-hati dan sentiasa beringat untuk elakkan kejadian buruk berlaku pada diri kita dan keluarga.



Pesanan khidmat masyarakat daripada teacheradila.blogspot.com



Thehehee. =)


4 comments:

  1. sbb tu la kat ANK kakD memang kakD tak kasi pakai lg barang kemas....biaq org ckp kata kita tak berduit sbb bg ank pakai silver...keselamatan lg penting kannn....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, diela..
    nasib baik adik tu selamat! ya Allah.. moga moga jauhi lah semua ini..

    tentang sekut raya tu.. betul ke ni nak.. bukan apa, setakat ni kita jual kat area lembah klang joo.. tak pernah post post lagi, belum coba lagi.. huhu.. tapi boleh je coba untuk cik diela.. cuma takut nanti jadi retak retak pula.. sebenarnya mashmellow tu kosong je tapi di saluti coklat sepenuhnya dan, dalam gambar tu bentuk love kan? tapi yang terkini kita lorekkan dengan choclate putih pula.. lebih sedap.. sebab byk yg komen, love merah tu keras banget.. heheh... =) nanti boleh bagi emel tak? atau emel saya kat sini ya sunahkay@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. eh! semalam kita ada komen di sini! hilang sama sekali??

    ReplyDelete
  4. kakD :
    ye kak...mmg kena hati-hati skrg ni...jenayah makin berleluasa...


    kella :
    sori dear...dah 2 hari tak buka blog...ok will email u for the cookies ye...tq darl... ;)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat