Monday, August 22, 2011

Warkah buat Pn. Sue =)



Salam Ramadhan kawan-kawan.



Pagi ni ada tugasan sikit nak buat. tugasan membantu rakan blogger iaitu Pn. Sue yang ada masalah untuk printscreen page untuk dimasukkan dalam entri. actually sebelum ni pun aku tak tau gak. mujur ada Kak D kesayangan yang tolong ajarkan. hehe.



Ok, STEP 1 : BUKA PAGE YANG KITA NAK PRINTSCREEN T
U. LEPAS TU KLIK BUTTON 'PRTSCRN' DI PC OR LAPTOP ANDA.







STEP 2 : BUKA MICROSOFT OFFICE PICTURE MANAGER. TEKAN RIGHT-KLIK DAN PILIH 'PASTE'.





Haa tu right-klik.







Haa nampak tak apa yang kita printscreen tadi dah ada.



STEP 3 : KALAU NAK EDIT PAGE TU, KLIK PADA BAHAGIAN KANAN 'EDIT PICTURE'.






'Edit Picture' belah kanan tu. nampak kan? kalo tak nampak sila buat-buat nampak. hehe.




STEP 4 : CONTOH KALAU NAK CROP PICTURE. DRAG JE IKUT SETAKAT MANA PAGE YANG ANDA MAHUKAN.







STEP 5 : KLIK SAVE. WATAMMAT!



Harap entri tutorial kali ni dapat membantu Pn. Sue kita ni untuk mempraktikkannya selepas ini. sorilah kalau masih tak paham gak. agaknya aku memang bukan ditakdirkan untuk mengajar kot. hehehe.




Sekian, segala salah silap harap dimaafkan. eh macam raya la plak. hehe.



Friday, August 19, 2011

Kebesaran ALLAH SWT



Salam kawan-kawan.


Sedang blogwalking di blog kawan-kawan, terjumpa 1 entri yang buat aku menangis sepanjang membaca. Masya-Allah aku sangat kagum dengan kebesaran-Mu Ya Allah. maka entri itu aku postkan di sini untuk renungan rakan-rakan sekalian dan juga diri sendiri.



Disclaimer ; Tujuan saya menulis entry ini selain dari untuk rujukan sendiri, adalah bagi bacaan kawan-kawan yang selama ini mengikuti dan mendoakan kkami sepanjang kisah ini berlangsung. Mana-mana bahagian pada kisah ini yang tidak dapat dijelaskan secara logik, adalah diluar kemampuan saya untuk menerangkannya…kerana saya juga mengalami perasaan sama seperti anda..
Sebarang ulang siar semula samada dalam bentuk cetakan, republish blog entry atau siaran di media atau yang sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali, kecuali setelah mendapat makluman persetujuan dari saya. Ini kerana saya mendapat tahu ada pihak yang ingin menemubual kami untuk dijadikan bahan cerita terbitan majalah/akhbar, jadi entry ini tidak boleh diterbitkan semula sebagai bahan cerita anda, untuk menjaga nama baik pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam peristiwa ini.
Namun buat blogger, saya memohon jasa baik untuk mewar-warkan kepulangan suami saya, agar pihak yang mendapat khabar kehilangan, juga akan dapat update mengenai kepulangan suami saya.Terima kasih banyak-banyak kepada rakan blogger dan facebook sekalian, saya amat terhutang budi dengan anda..
Segala yang baik dan manis itu adalah kurniaan dari ALLAH, manakala yang kurang dan pahit itu adalah datang dari kekurangan diri saya sendiri.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH yang telah memanjangkan usia saya dan suami untuk meraikan pesta ibadah di bulan Ramadhan ini. Tahun lepas saya menyambut Ramadhan dalam keadaan mengandung. Alhamdulillah ALLAH telah memberi kekuatan dan kemudahan sehingga saya berjaya berpuasa penuh dan dapat bertarawikh walau tak penuh.

Tahun ini kami menyambut Ramadhan dengan baby baru *alhamdulillah*. Saya bisikkan kepada baby saya : “Tahun lepas masa dlam perut, baby dah behave very good. Ibu dapat berpuasa, bertarawikh, khatam al-Quran, alhamdulillah. Therefore, i really hope that this year i can perform better. Please doakan ibu ya :) ”…dan baby saya nampak macam tersenyum, entahlah kenapa senyum tu, agaknya seronok terkena angin di telinga semasa saya berbisik ;)
Untuk menyambut Ramadhan ini, kami hanya bersiap dengan cara mengemas rumah dan membeli kurma sahaja. Minuman kesihatan seperti performance drink shaklee, dan evergreen centella HPA memang sentiasa ada dalam stock. Cadangnya kami nak kerapkan berbuka di masjid berhampiran saja, lepas berbuka boleh berjemaah untuk solat Maghrib dan seterusnya.
Hari Pertama Ramadhan.
Malam Ramadhan pertama, kami dikunjungi oleh sahabat baik saya, Huda. Suami saya pula ke masjid bersama anak sulung kami. Awal pagi itu saya bangun sangat lewat kerana saya kurang sihat,saya tak sempat masak nasi…jadi saya dan suami hanya sempat makan roti walnut dan minum performance drink untuk bersahur. Dalam hati saya rasa sangat malu dengan suami, dan saya berazam hari-hari seterusnya saya akan bangun awal untuk menyediakan sahur buat suami tercinta.
Pagi itu ialah hari pertama suami saya hadir ke tempat kerja baru. Kami sekeluarga memang amat bersyukur bila suami mendapat kerja baru ini kerana gajinya jauh lebih baik dari di tempat lama. Bukanlah saya tidak bersyukur dengan apa yang ada, tapi saya dan suami menyedari keperluan kewangan hidup yang makin meningkat dalam keadaan saya pula tidak berkerja.
Pagi itu hati saya amat riang, terasa penuh dengan charge positif dan semangat waja,mungkin kerana terlalu gembira suami mendapat kerja baru.Sebenarnya saya demam panas, sakit tekak, suara hilang…tapi terasa sihat dan bertenaga kerana saya taknak suami risau meninggalkan saya demam di rumah.Hari itu suami pergi ke tempat kerja menaiki bas, beliau ingin mencuba menaiki kenderaan awam sebagai langkah berjimat. Saya bercadang ingin memasak makanan kegemaran beliau untuk juadah berbuka puasa. Pada jam 5.00 petang, suami saya menelefon saya, memberitahu beliau akan pulang menaiki tren dan dari stesen tren beliau akan menaiki bas. Saya menawarkan diri untuk menjemputnya di stesen tren. Pada mulanya suami enggan kerana mengenangkan saya demam, tapi saya katakan yang saya boleh buat dan saya juga nyatakan yang saya nak bawa anak-anak ke pasar Ramadhan untuk membeli kuih dan air soya.Suami akhirnya bersetuju.
Sekitar jam 6.00 petang suami saya tiba di stesen LRT, dan kami terus ke pasar Ramadhan berdekatan. Semasa sedang membeli kuih, ibu saya call dan mengajak kami berbuka bersama di rumah ibu. Suami saya bersetuju. Saya pula wakgtu tu dah masak di rumah, jadi lauk-pauk semua kami bawa ke rumah ibu saya.
Seronoknya berbuka pada hari pertama Ramadhan itu. Suami saya kelihatan sangat gembira dengan kerja baru. Kata suami saya, esok beliau akan menaiki bas ke office, dan akan pulang menumpang motor kawannya. Saya pun gembira sangat melihat suami saya selesa dengan kerja baru beliau.
Selesai tarawikh, kami pun makan kuih-muih yang dibeli dari pasar Ramadhan. Semasa sedang makan, adik bongsu saya dan suami saya rancak bersembang. Suami saya begtu optimis untuk menjual kerepek yang makcik saya di Sabak Bernam buat. Kata suami beliau akan hantar kerepek-kerepek Cik Ram ke kedai-kedai berhampiran dan akan cari gerai di pasar Ramadhan untuk di tumpang jual kerepek. Saya senyum sahaja, dalam hati saya berdoa agar semua perancangan kami dipermudahkan oleh ALLAH dan diberi kejayaan oleh ALLAH.
Hari kedua Ramadhan.
Sekitar jam 12 malam kami pulang ke rumah. Saya mula demam lagi, suami ambil suhu badan saya, ianya 38.9 darjah celcius. Suami berikan saya 2 biji paracetamol, performance drink dan evergreen centella satu sudu, kemudian kami tidur. Sekitar jam 2.45 pagi saya terbangun kerana tekak sangat perit. Saya ke dapur untuk minum air, lalu suami pun terbangun mungkin sebab terdengar bunyi saya di dapur.
Suami minta saya berehat, kemudia beliau memicitkan kepala dan kaki saya. Suhu badan saya pun dah turun sedikit. Sambil mengurut tu, suami saya menyebut yang beliau ingin mengaji al-Quran. Jadi beliau mencari tafsir, sementara memicit bolehlah mengaji katanya. Setelah mencari-cari baru teringat yang tafsir ada dalam kereta, jadi suami ingin mengambil tafsir itu.
Saya lihat jam waktu itu menghampiri jam 3.00 pagi. Suami saya pun switch on kereta dari dalam rumah, dan keluar untuk ambil tafsir. Saya waktu itu berehat dalam bilik sambil menyusukan Umar. Selepas aagak lama, saya masih tak dengar suara suami saya. Jadi saya bangkit dan pergi ke ruang tamu, saya lihat suami saya tiada. Jadi saya jenguk ke luar tingkap, saya tak nampak suami saya. Hati saya dah mulai rasa gusar. Kereta elok di tempatnya, tapi suami tiada di luar. Saya pun keuar untuk melihat ke dalam kereta. Saya lihat tafsir al-Quran masih ada di tempatnya. Kereta masih tak berkunci, tapi suami saya tiada di dalam.

Saya panik…!
Saya masuk ke rumah, saya lihat atas meja ada wallet, kunci rumah, kunci kereta dan handphone milik suami…..
Tiba-tiba jantung saya berdegup laju sehingga terasa tekanan di pangkal tekak.
Tak tahu apa nak fikir, saya anggapkan suami pergi ke surau untuk qiyamullail. Walau jauh di sudut hati saya menyebut : “mustahil abang pergi surau tak bagitau apa2,apatah lagi tengah demam-demam begini”….tapi saya pegang juga hipotesis mengatakan suami ke surau, saya nak ke surau untuk lihat suami tapi saya tak berupaya…3 anak saya sedang tidur di dalam rumah.
Dalam hati saya beri alasan lagi : “takpe sahur nanti abang balik”…saya kuncikan grill dan buka pintu luas-luas…saya bimbang jika saya tertidur dan tak dengar suami beri salam.

2 august, Jam 5 pagi :: suami saya masih tidak muncul lagi..saya amat berharap saya mendengar suara suami memberi salam. Saya menunggu sehingga azan subuh berkumandang…masih…suami saya belum pulang…
Saya meluru ke bilik, saya peluk anak-anak saya..saya tak menangis waktu itu, saya cuma mahu dapatkan kekuatan dari mereka…anak sulung saya bangun, dia bertanya “mana ayah?”
saya jawab : “ayah pergi surau….” dalam hati ini, saya menangis-nangis, tapi di mata ini, tiada air mata keluar..
2 august jam 7 pagi :: saya masih tak menutup pintu. Saya buka tingkap seluas-luasnya, saya bawa anak-anak ke ruang tamu..saya menunggu suara suami memberi salam, namun masih tiada..
2 august jam 8 pagi :: saya nekad ingin mencari suami saya, saya terfikir,hari itu adalah hari kedua suami berkerja di tempat baru. Jam 10 pagi sepatutnya suami di offcie..jadi bila jam 8 pagi suami belum pulang. Saya sudah lupa yang saya sedang demam. Saya bawa anak-anak memasuki kereta, lalu saya mula meronda.
Mula-mula saya ke surau di taman perumahan saya, dalam hati saya amat berharap yang suami ada di sana, mungkin suami saya tertidur. Saya mahu kejutkan suami dan bawa suami pulang ke rumah…begitulah fikir saya waktu itu.
Tiba di perkarangan surau, saya dukung Umar, anak-anak yang besar saya tinggalkan dalam kereta…saya pusing sekitar surau..saya nak masuk tapi surau terkunci…
Ya ALLAH!! saya sangat panik…saya berlari ke pondok security, saya bertanya adakah surau buka pada waktu subuh tadi, security kata : tidak..
Surau di taman perumahan kami, saya pada awalnya berharap suami ada di sini..
Jadi di mana suami saya??
Waktu itu terasa lutut bagai longgar..tapi Umar berada dalam dakapan saya, maka saya kuatkan kaki, saya menuju ke kereta, saya peluk anak-anak saya erat-erat…dan saya teruskan memandu ke masjid alam damai…
Tiba di masjid, saya berjalan kaki sambil mendukung Umar, manakala anak-anak berdua ini mengikut saya. Kami pusing sekitar masjid, saya masuk ke tempat muslimin…saya pergi ke tempat wudhu’, namun suami saya tak kelihatan..
Saya periksa rak kasut, tiada selipar suami saya.
Saya pergi berjumpa beberapa jemaah muslimin, saya tunjukkan gambar suami, namun tiada siapa melihat beliau..

Saya terasa bagai sebeban batu memberati hati, perasaan itu sangat berat, saya umpama mahu terjatuh, namun anak-anak saya memegang tangan saya dengan erat. Saya lihat ke mata Umar, Umar senyum dengan ikhlas, Umar tidak tahu ayahnya hilang…saya peluk Umar, Saya peluk Arif, saya peluk Aisyah…umpama dapat kekuatan, saya pun teruskan langkah..
Dalam hati, saya cuba positif : Suami terus ke tempat kerja, suami akan pulang untuk berbuka..
Saya tahu itu tak logik, tapi apa lagi yang boleh saya pegang? Saya mahu call suami, tapi handphone nya di rumah…suami keluar sehelai sepinggang!
Saya pun pulang ke rumah bersama anak-anak..tiba di rumah, saya jadi marah pada diri sendiri..mana tahu sepemergian saya mencari suami, beliau pula telah pulang ke rumah, namun saya dan anak-anak tiada…lalu mungkin suami pun pergi semula…saya amat marah dengan diri saya waktu itu,saya amat kecewa kerana tak memikirkan sesuatu sebelum keluar tadi..saya kecewa dengan diri saya..
Tiba-tiba saya memperoleh idea, saya ambil cover drawing paper anak-anak saya, lalu saya tuliskan satu nota di atasnya..
Saya selitkan di hadapan pintu rumah saya, dan saya buka pintu rumah luas-luas, grill utama saya kuncikan.. lalu saya dan anak-anak tertidur di hadapan pintu utama…
Dalam tidur yang singkat itu, tiada mimpi langsung, yang ada hanya gelap..
Saya tersedar pada jam 12 tengahari..
Lalu saya sediakan makanan untuk anak-anak, saya masakkan bubur untuk Umar dan sup ikan merah untuk Arif dan Aisyah..
Dalam hati saya berpegang kepada hipotesis yang suami ke tempat kerja dan akan pulang untuk berbuka puasa. Saya beharap suami akan pulang ke rumah bersama rakan office nya dengan motosikal, seperti yang suami ceritakan ketika kami makan kuih selepas tarawikh semalam.
Lalu dalam jam 5 petang saya mula memasak makanan untuk berbuka. Saya sediakan sambal kicap resepi ibu kak E-car yang amat suami saya sukai untuk di makan bersama lauk berbuka.
2 Aug jam 6 petang :: Saya menunggu dengan penuh debar. Pintu dan tingkap masih saya buka seluas-luasnya..sehingga jam 6.30 petang, tiada kelibat suami, saya menunggu bunyi enjin motor, pun tiada juga..
Saya menunggu sehingga tiba-tiba azan Maghrib berkumandang…saya pun meneguk air kosong dan mengambil 3 biji kurma.. kurma yang manis itu berasa amat kelat di tekak.
Lalu saya simpankan segala lauk dan nasi..dan saya bersiap untuk solat.
Dalam solat Maghrib, saya berdoa agar ALLAH tunjukkan jalan, tunjukkan apa yang perlu saya buat..
Selesai solat, saya beroleh kekuatan, saya pack pakaian anak-anak dan pakaian saya, kemudian saya hubungi ibu saya.
Ya ALLAH, KAU tahu betapa beratnya suaraku hendak keluar tika saat mengkhabarkan berita suamiku kepada ibuku…
Saya tidak tahu bagaimana hendak mengkhabarkan…
Saya hanya berkata : “Mak, kakyong nak tumpangkan anak-anak tidur di rumah mak malam ini, kakyong ada kerja”
Mak saya bertanya : “Ithnin mana?” saya kelu…
Saya menjawab : “nanti kat rumah mak, kakyong cerita..”
Tiba di rumah mak saya, saya terus meluru menuju kepada mak…saya peluk mak saya..saya khabarkan semua yang berlaku..saya sangat keliru dan buntu.
Saya katakan kepada mak :
“Mak, ini bukan suami kakyong, suami kakyong sayang anak-anak, suami kakyong sayang Umar, suami kakyong tahu kakyong demam, mustahil dia lakukan semau ini, mustahil ia pergi begitu saja…kakyong tak tahu apa nak fikir…”
Mak saya pun bagaikan kelu…mak berkata yang masa tarawikh di surau nanti mak akan lihat kalau-kalau suami saya ada..
Saya tidak bertarawikh malam itu…jiwa saya kusut…sepatutnya, sepatutnya sebagai seorang hamba, bila kita ditimba musibah, kita sepatutnya makin dekat dengan Rabbul ‘alamin, maka solatlah dengan kerap lagi, dekatkan lagi diri kepada ALLAH, minta dan adulah kepadaNYA
Saya tahu semua itu, tapi saya tak amalkan, saya duduk…termenung, berfikir yang entah apa, saya renung telefon, saya peluk anak-anak, kemudian saya bawa kereta, saya pulang semula ke rumah….hancur lagi hati ini, suami saya masih belum balik, nota saya tidak berjawab….di mana suami saya?
Nota dari hati untuk encik suami yang dicintai, saya titipkan dengan sebatang pen, dengan harapan jika beliau pulang, dan tika itu saya tiada di rumah, maka beliau boleh menulis pesanan di nota ini….
Mak saya pulang dari tarawikh, saya amat berharap berita baik…namun mak menyatakan, tiada kelihatan suami saya di surau pada malam itu..dan rasa hati dihempap batu itu makin ketara..
2 August 11.30 malam : saya call polis, saya ingin buat laporan.Tapi mereka tak mahu terima kerana belum cukup 24 jam..Aduhai polis, perlukah tunggu sehingga 24 jam? Sejam pun sudah cukup berat bagi saya….
Hari ketiga Ramadhan
3 August 1.30 pagi : saya ke balai polis berhampiran taman perumahan saya bersama Umar. Saya membuat laporan, terpakasa saya mengawalkan sedikit waktu suami saya keluar rumah itu kerana tak sanggup saya menunggu sehingga jam 3 pagi.
Pegawai yang mengambil laporan terus menghubungi ibu pejabar polis daerah Cheras. Kes ini diserahkan kepada sarjan Radha untuk di ambil tindakan. Pegawai berkenaan kemudiannya meminta saya pergi ke balai polis cheras yang terletak di Taman Maluri. Waktu itu jam hampir 3.00 pagi, saya meminta agar ada pegawai polis yang boleh membawa saya ke balai polis Taman Maluri, namun kata polis berkenaan tiada siapa yang boleh meneman kerana tidak cukup anggota..huhu, maka saya pun pergilah ke Taman Maluri bersama Umar..suahlah jalan pun saya tak tahu…saya hanya berbekalkan map yang dilukis oleh polis tadi.
Sebelum ke Taman Maluri, saya singgah sebentar kke rumah untuk melihat, mana tahu suami sudah pulang…namun hampa…tiada sebarang tanda yang suami ada pulang ke rumah…
3 August, Jam 3 pagi ::Saya tiba di balai polis Cheras di Taman Maluri dan terus di bawa berjumpa sarjan Radha.. Selepas keterangan saya di ambil, saya dibenarkan pulang.
Saya tiba ke rumah mak dalam jam 5 pagi.
Saya bersahur..
terkenang saat puasa hari pertama, suami hanya bersahur dengan roti walnut…saya menangis…

Setelah bersahur, saya cuba untuk lelapkan mata, namun tak berjaya juga untuk tidur..sehingga kedengaran azan subuh berkumandang..
Dalam solat, saya tak putus meminta pada ALLAH..
Ya ALLAH, pulangkan suamiku ke pangkuanku dengan selamat
pulangkan ayah kepada anak-anakku kepangkuan anak-anak dengan selamat..

Dan butir doa saya hanyalah berkisar tentang keselamatan dan kepulangan suami..
Pagi itu saya call rumah ibu bapa mertua, bertanya jika ada suami sya di sana …ya ALLAH, sungguh pedih hati ini ingin bertanya sebegitu, kedengaran seperti kami bermasalah…sungguh…saya tidak tahu bagaimana untuk bertanya…
lalu hal ini pun diketahui semua..
saya maklumkan kpada sahabat baik suami, yang kemudiannya datang untuk membantu mencari suami saya.
Hari itu, saya mencari di HUKM, Hospital Serdang, Hospital Kajang, Hospital Kuala Lumpur, PPUM, Hospital Ampang…saya bertanya di unit admission jika mereka ada menerima pesakit tanpa kad pengenalan…dan jika ada, saya akan perincikan pula dengan kriteria yang menepati suami saya..tiada satu hospital pun yang ada pesakit seperti yang saya cari..
Hati saya amat pedih tiap kali saya mencari di hospital…saya perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan…ya ALLAH baru saya faham betapa sakitnya ibu bapa/suami/isteri untuk menerima berita kehilangan….
Sesudah mencari di hospital dan tidak bertemu, saya cari pula di surau-srau dan masjid-masjid..
pun tidak ada
lalu saya kecilkan skop pncarian, saya telusuri longkang-longkang besar bermula dari tepi rumah saya sehingga ke jalan besar…ya ALLAH..itu amat sakit…saya tak mahu menemui apa-apa di sana, tapi saya perlu juga mencari..
namun keputusannya sama, suami saya tiada…
Longkang besar yang bermula dari tepi rumah kami, saya telusuri sehingga ke jalan besar..
Saya teruskan mencari sehingga jam 4 petang, kemudian saya singgah ke rumah saya untuk periksa nota di pintu, still tiada perubahan…lalu saya pulang ke rumah mak.
Dalam hati dan minda, saya tak putus memikirkan;
Apa yang suami saya makan?
Di mana suami tidur?
Di mana suami saya berada sekarang?

dan semua persoalan-persoalan ini bermain di fikiran setiap masa..
saya masih belum tidur sehingga tiba waktu berbuka puasa.
Malam 3 august, saya update status kehilangan suami di Facebook
Tidak saya sangka, begitu ramai yang memberi comment..
sungguh saya tidak jangka semua itu..

niat saya memaklumkan di Facebook adalah supaya customer sya tahu yang buat masa terdekat saya tidak dapat respond sebarang email/PM..
tapi rupanya ALLAH berikan kasihnya melalui rakan-rakan Facebook..
terima kasih ya ALLAH..
Saya terima panggilan pertama dari kak Watie GBOB, kemudian dari kak Kamariah, dan kak E-car (tak sempat angkat) dan mesej bertalu-talu memasuki telefon, maaf kerana saya tidak reply mesej-mesej kalian…saya membaca mesej-mesej anda, serta reply anda di Facebook, tetapi saya tiada daya nak membalas, mungkin kerana takut akan menngis tersedu sedan depan PC..
4 August
Pagi itu selepas bersahur, saya pulang ke rumah…saya buka pintu seluas-luasnya, saya kuni grill, dan saya buat kerja rumah seperti biasa.
Saya terima panggilan dari kak Yasmin, rasa mahu menangis tika berbicara dengannya, saya tiada kakak, namun saat itu saya berasa seperti ALLAH kurniakan saya seorang kakak….T_T

Sehingga petang, masih suami saya belum pulang..
Saya tidak sanggup melihat Facebook, di sana wajah suami saya ada di mana-mana, saya jadi pilu..
Saya cuba untuk tidur, sudah 2 hari saya tidak tidur…namun saya tak dapat lelap..
Mesej juga masuk dengan sangat banyak…maaf kerana saya tidak reply..saya amat letih..setelah bosan menunggu dan tidak tidur, saya keluar lagi, menncari lagi di masjid dan surau serta hospital,namun tidak bertemu..

Jam 3 petang, saya pulang semula ke rumah..
Saat itu, saya amat rindukan suami..
Saya ke bilik, mencari kemeja pejabat yang dipakai yang belum dibasuh…saya ambil dan peluk kemeja itu, saat tu saya menangis…dan tangisan saya menjadi-jadi, saya minta ALLAH tamatkan pencarian ini, saya minta ALLAH pulangkan ayah anak-anak saya dalam keadaan selamat…saya minta ALLAH kasihani kami, kami hamba tak berdaya, tiada daya kecuali apabila ALLAH memberikan daya kepada kami….

Umar pula sejak ayahnya tidak hilang, asyik menangis…nafasnya berbunyi, saya syak mungkin ada kahak…entah bila saya mahu membawa ke klinik…saya hanya fikirkan suami sehingga mengabaikan baby…ya ALLAH ampunkan aku…
5 August
Masuk hari ketiga.
Dengan bantuan kak Lyna, saya berjaya mendapat slot untuk TV3 menghebahkan hal ini melalui media..
Hari ini juga saya menerima kunjungan ziatah dari kak Kamariah dan suami, kak Rita Rahayu dan Dr. Faridah..

Saat itu saya rasa kasihnya ALLAH pada saya, DIA berikan saya kasih dari sudut yang tidak disangka.
Dalam kunjungan itu, Dr Faridah memeriksa Umar dan menasihatkan saya bawa Umar ke klinik. Kemudian Kak Kamariah dan suami serta kak Rita dan Dr Faridah dengan mulia hatnya telah membawa saya ke TV3

Di sana saya menjaani temubual untuk menghebahkan kehilangan suami…waktu itu, saya sudah bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan..
namun jauh di sudut hati…saya amat berharap suami pulang dalam keadaan selamat…
di TV3 kami berenam sempat bersolat asar…dan dalam perjalanan menghantar saya ke rumah, kami berempat (saya, kak Kamariah, Kak Rita dan Dr Faridah) bersembang panjang mengenai susuibu dan mengenai penulisan…tak sangka saya dan Dr Faridah meminat karya Andrea Hirata…saat itu terasa bagai seketika saya lega dari berat di dada…
namun tib di rumah, bila berbuka puasa tanpa suami, hati kembali sayu..
selepas solat Maghrib, saya tertidur..
sudah 3 hari saya tak tidur sebelum itu
dalam tidur yang tak lena itu, saya tidak bermimpi, betapa saya berharap akan mimpikan suami, namun tidak kunjung juga mimpi yang dinanti..
saya terjaga sekitar jam 11 malam, bila saya lihat suami tiada, saya menangis..
saya menuju ke Facebook, mengharapkan ada yang terlihat/terjumpa suami…namun tiada…lalu saya menaipkan isi hati saya di atas papan dinding facebook ::

entering 4th day : maaf sebab saya tak update atau jawab call atau reply sms..mungkin waktu itu saya ada kerja..hari ini saya dibantu dan disokong secara emosional oleh 4 sahabat (hanya ALLAH dapat membalas)
suami saya belum ada berita
bila saya keletihan, sepinya tak terasa..saya tidur
bila saya bangun, saya berharap dia ada, tapi masih belum…
dan saya terus berharap, takpe pagi nanti mesti abang balik…
saya perlukan doa rakan2 dan kenalan untuk suami saya….
ya ALLAH, waktu itu saya menangis tersedu sedan, saya benar-benar rasa kehilangan….saya teringatkan semua saat saya bersama suami, saya tahu saya mungkin tak boleh hidup tanpa suami…saat itu saya tahu..saya perlukan suami…
ya ALLAH, aku perlukan suamiku..
ya ALLAH anak-anakku pelukan ayahnya
ya ALLAH aku perlukan suamiku
ya ALLAH aku perlukan suamiku
dan saya teruskan berdoa sebegitu..
tiba-tiba telefon saya berdering..
terpapar nama encik Deen atas layar telefon..
saya jawab panggilan itu..
saya menyangka encik Deen ingin bertanya mngenai TV3
“Assalamualaikum” sapa suara di sebelah sana telefon..
saya tergamam..
‘Assalamualaikum….sayang..” suara lain macam, tak macam suara encik Deen
saya diam lagi..
“Assalamualaikum…sayang, ”
saya jawab..” abang??”
di sana suara itu menjawab ” ye abang ni, abang nak balik ni”
lalu tangisan saya berderai..
ayah saya datang memarahi, kerana saya menangis kuat..
saya tidak berkata apa, hanya menyerahkan telefon kepada ayah
ayah saya ambil telefon itu dan bercakap dengan suami
selesai itu, ayah saya berkata : “itulah, kita pelu minta dengan ALLAH…ALLAH saja mampu mengubah dan menetapkan segalanya..”
saya memeluk ayah dalam tangisan yang tak henti…
tangan saya bergetar..
getarannya sehingga ke bahu..
saya terasa pandagan ALLAH mengenai saya
terasa ALLAH memandang saya
saat itu, saya terasa ‘pelukan’ ALLAH..
saya ambil wudhu’
saya sujud padaNYA
sajada wajhiya lillazi..khalqahu…wa sawwarahu..wa shaqqa sam’ahu wa basarahu bi haulihi wa quwwatihi..
saya ulangi bacaan pujian kepada ALLAH itu berulang kali…
selesai sujud, saya bingkas menyediakan air untuk menyambut suami
saya tahu suami pasti kehausan, pasti sangat lapar dan letih…
tidak lama kemudian terdengar deruan enjin kereta encik Deen, saya jadi gelabah, oh apakah reaksi yang patut saya tunjuk…
saya ke pagar, saya lihat kelibat itu, kelibat insan yang saya cari dan rindu sejak 3 hari lalu..
Ya ALLAH KAU telah kabulkan doa kami,
Ya ALLAH KAU telah berikan apa yang kami perlukan
tak putus-putus kesyukuran dalam hati dan di bibir saya..
saya lantas menuju ke suami saya..
subhanALLAH
suami saya bersih
wajahnya segar
tubuh dan pakaiannya berbau harum
rambutya rapi
saya salam dan cium tangan suami
kulitnya bersih, dan harum
saya dakap suami
harum lagi…
wajahnya segar..
subhanALLAH
aya pandang encik Deen
beliau mengangguk
saya tahu encik Den turut hairan..
mak saya memanggil kami masuk
saya berikan air, anak-anak berlari menuju kepada ayah mereka
“ayah baru balik work ke?” soal Arif
saya terharu
saya tahu…anak kecil ini lebih rindu kepada ayah mereka, namun tidak tahu cara menzahirkannya..
kemudian, suami saya tidur…saya juga setelah itu, terasa sungguh letih dan lapar…namun tidak dapat lelap
saya belek suami saya, kakinya juga bersih
seluarnya juga
saya kemudian update kisah suami ditemui itu di facebook..
Sahur hari itu, saya menyiapkan nasi dan lauk buat suami..
kemudian siangnya kami terus menghubungi TV3 dan pihak media lain untuk memaklumkan kepulangan suami
Dan saya terus menghubungi Sarjan Radha untuk memaklumkan berita ini.
Kami di minta ke balai polis untuk membuat laporan dan Sarjan Radha mengambil keterangan dari suami saya.
terasa bagai sinar kembali ke rumah yang suram.
Dari Encik Deen
Semenjak kehilangan suami saya, encik deen setiap hari bersolat tarawikh di Masjid Saidina Uthman, Bandar Tun Razak. selepas solat encik deen akan meneruksan pencarian. Namun sepanjang 3 hari, tidak pernah bertemu dengan suami.
Hari itu (5 August) setelah selesai solat tarawikh dan tadarus, dan berbincang dengan jemaah masjid mengenai kehilangan dan operasi melebarkan pencarian..
tiba-tiba encik deen terpandang di satu sudut kelibat seorang lelaki sedang mengaji
dihampiri lelaki itu, kelihatan seperti suami saya…dipanggil nama namun tidak menyahut,lalu ditepuk bahu kanan…lelaki itu menoleh…confirm itulah suami saya..
kedua-dua mereka terkejut :
suami bertanya mengapa encik deen di situ..
encik deen bertanya sejak bila suami saya di situ..
dalam kebingungan kedua-duanya, encik deen memebri telefon untuk suami saya menghubungi saya..
Dari suami
Suami keluar mengambil tafsir, kemudian terdetik hati ingin ke surau. Lalu suami menjerit memberitahu di tingkap kepada saya (saya tdak mendengar ini)
kemudian suami pergi ke surau, mengaji, kemudian bersahur, bersolat jemaah dan bertadarus dengan jemaah…kata suami, beliau berniat untuk pulang selepas tadarus itu..
Yang berlaku
Suami dijumpai di masjid, bukan surau
suami hilang 3 hari, nak masuk 4 hari….bukan sekejap cuma
Yang lebih mengetahui hanyalah ALLAH SWT
Saya amat mengharapkan agar pembaca sekalian dapat mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga kami menjalani kehidupan selepas ujian ini..
Di saat saya mendapat tahu suami sudah ditemui, saya amat berasa kasihnya ALLAH terhadap saya
Di saat itu, saya mahu memeluk dan mendakap semua yang telah mendoakan dan membantu saya::
saya ingin memeluk kak Watie
saya ingin memeluk kak Kamariah
saya ingin memeluk kak Fid
saya ingin memeluk kak Lyna
saya ingin memeluk kak Yasmin
saya ingin memeluk kak Rita
saya ingin memeluk kak Faridah
saya ingin memeluk semua yang mendoakan dan memberi kata semangat di facebook dan sms
akhirnya saya sedar, sebenarnya saya ingin ‘memeluk’ ALLAH
saya ambil wudhu’
saya ambil al-Quran
saya dakap erat-erat
lalu saya membuka surah al-Baqarah
saya baca 10 ayat terakhir
ya ALLAH, terima kasih
aku ini, bukan hambaMU yang soleh
aku ini kadang leka dengan dunia
hatiku kerap lupa kepadaMU
namun
KAU tetap menyayangi aku
KAU tetap kasihkan aku
KAU dengar setiap doaku
KAU pelihara aku sentiasa
KAU kurniakan aku hidup yang baik
KAU kurniakan aku nikmat yang banyak
KAU selamatkan aku sentiasa
Ya ALLAH…ampunkanlah aku hambaMU yang rapuh ini….
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Ikhlas dari hati saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf atas gangguan dan kesulitan yang tidak sengaja saya telah timbulkan sepanjang berlaku insiden ini..
Saya mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatiann semua pihak yang saya tidak dapat menyebutkan kesemuanama di sini…terlalu ramai, dan yang pasti semua kasih itu datang dari ALLAH..
apa yang mampu saya lakukan ialah berdoa agar ALLAH kembalikan kebaikan yang berganda-ganda buat anda semua, segala doa anda akan menjadi bekalan untuk menuju syurga ALLAH inshaALLAH..
terima kasih…


Terima kasih kepada Kak Lelord.



*Speechless.



Semangat raya makin membara


Salam 19 Ramadhan kawan-kawan. =)



Jom layan lagu raya jap.



................................



Aiseh..berjam tunggu nak upload 1 video. haihhh cancel jela. tak kuasa den nak menunggu.



Aku nak upload lagu raya Sepasang Kurung Biru. Lagu raya paling aku suka sepanjang zaman. hehe. meremang bulu roma bila dengar muzik dia. sedih & sebak pun ada. membayangkan perasaan kalau orang yang kita sayang dah takde. =(



Ok, tak mau sedih-sedih. dah dekat nak cuti ni kena lah happy. lebih kurang seminggu je lagi sebelum cuti dan balik kampung. wahhh tak sabarnya. rasanya kesan daripada keterujaan ni jawabnya minggu depan dah tak lalu nak buat keje. asyik duk mengira jam nak cuti. hahaha. alah bukan aku je. korang pun sama gak kan? kan? mengaku cepat!



Perkara pertama yang aku nak buat bila menjejakkan kaki kat Kluang adalah pusing bazar Ramadhan sampai muntah. haha. sepanjang aku hidup ni, bazar Ramadhan kat Kluang lah yang paling happening sekali (yela, kampung sendiri kan. haha). petang diorang jual makanan untuk berbuka. malam plak sambung jual barang-barang lain macam baju dan sebagainya. sampailah tengah malam. memang happening gila la.



Biasanya aku & family akan meneruskan tradisi menjelajah bazar Ramadhan pada malam raya. hahah. korang ada? kitorang saja nak tengok gelagat orang ramai yang bersesak-sesak kat situ. yela ada orang malam raya tu masih lagi berketuk-ketampi kat dapur kan. tapi family aku sehari sebelum raya dah setel masak semua. pastu belah petang dah agih-agihkan ketupat & lauk pada jiran & sedara-mara. so malam tu memang dah rilek.



Buka puasa terakhir tu pun kitorang dah menghadap dengan ketupat rendang bagai. memang syokla. family aku tak besar. tapi bila dah campur anak menantu dengan anak buah, jadi havoc jugakla. sebab tu kalau sorang takde memang terasa sangat. setakat ni Alhamdulillah tetap dapat berkumpul semua sekali even bukan pada raya pertama. akulah orangnya yang kena bergilir tiap tahun. macam akak aku tiap tahun memang beraya kat Kluang. dah laki bini duk Kluang. hehe.



Korang perasan tak feeling dah dekat nak raya ni yang paling best sekali. sebab kita tertunggu-tunggu saat kemenangan tu. bila dah masuk sehari dua hari raya, perasaan tu makin kurang. yelah dah selamat kan. masa tu cepat je masa berlalu. tau-tau dah sebulan raya. sibuk plak mengira hari untuk raya tahun depan. hehe.



Lebih-lebih lagi kalau duduk berjauhan dengan family macam aku ni. waktu cuti panjang or hari raya ni memang saat yang paling ditunggu-tunggu la. korang bayangkanlah sampai merajuk-rajuk dengan hubby sebab nak balik cepat punya pasal. hubby ajak balik Sabtu pagi. tapi aku tetap berkeras nak balik hari Jumaat petang tu. sampai meleleh-leleh airmata darah. haha.



Akhirnya hubby akur gak dengan keputusan aku. agaknya dah malas nak melayan rajuk aku ni. mengada-ngada mengalahkan budak-budak. ahhh tak kira! masa itu sangat berharga. selagi boleh memang aku nak habiskan masa sebanyak mungkin dengan family aku. dahlah sebelum ni aku dah akur dengan keputusan dia untuk menetap kat kampung dia. so sesekali apa salahnya ikut aku plak kan. barulah adil dan saksama.



Pastu raya kedua petang dah kena balik ke Lipis ;( . lemah betul. tapi bila mengenangkan yang cuti akhir tahun tak lama lagi, maka terubatlah sikit perasaan aku ni. hujung tahun nanti ko nak duduk sebulan kat Kluang pun takpe. hubby dah bagi green light. lagipun dia maybe akan jaga exam SPM. so aku balik sorang jela. no problem. dah terbiasa. cuma mak aku jela yang akan bising sebab tinggalkan suami. hehe. =)



Oklah, panjang lebar plak karangan aku pagi ni. biasalah keterujaan melampau. hehe. anyway, semoga ibadah puasa kita hari ni diterima oleh Allah dan mendapat keberkatan oleh-Nya. aminnn.



Ok bye!




Tuesday, August 16, 2011

Peragut jahanam!




Salam Ramadhan kawan-kawan.



This is my FB status update today.





Pagi-pagi dah dapat berita buruk daripada adik aku. katanya malam semalam dia kena ragut masa balik keje dengan kawan. fyi, adik aku sekarang bekerja sementara tunggu lapor diri kat Politeknik Pulau Pinang November nanti. aku tau gak dia keje kat bandar tapi aku tak tau plak yang dia pegi berdua dengan kawan dia naik motor. kalau aku tau sure aku bising gakla. yela bahaya pompuan bawak motor malam-malam kan.



Tapi apa nak buat, benda dah jadi. adik aku cerita kejadian tu berlaku masa dah nak sampai kat rumah. tetiba dia perasan ada sebiji motor ikut rapat sangat dengan motor yang dibawak kawan dia tu. dia jeling nampak sorang je atas motor. dia rasa tak sedap hati terus pegang kuat-kuat handbag dan selit kat tengah-tengah antara dia dengan kawan dia.



Belum sempat nak fikir apa-apa, tetiba handbag adik aku dah kena tarik. nasib baik sangatlah motor tak jatuh dan masih boleh kawan. cuba korang bayangkan apa jadi kalau motor adik aku jatuh. plak tu jalan tengah banyak kenderaan. aku dah terbayang macam-macam dah. yela kalau korang baca dalam paper, berapa ramai yang mati sebab jadi mangsa ragut. haihh nauzubillah.



Dan nasib baik jugak malam tu adik aku tak bawak banyak duit cash. cuma ada RM50 dengan ic dan barang-barang lain yang tak berharga. mujurlah adik aku memang takde kad atm lagi. handphone plak dia simpan dalam kocek seluar. memang peragut tu bernasib malanglah sebab ragut budak yang tak berduit. padan muka ko!



Dalam pada aku duk kesian tu tetiba aku rasa nak lempang adik aku ni. puncanya? sebab dia sedih sangat beg duit dia tu baru beli. mahal plak tu. haicehhh! sempat lagi. bersyukurlah nyawa ko tu masih panjang lagi. kalo tak agaknya orang lain beraya kat rumah, ko beraya kat hospital. ishh budak ni.



Pastu dia cerita malam semalam dah buat report kat Balai Polis berhampiran rumah aku. tapi pagi ni kena buat report kat Balai Polis utama kat bandar plak. walaupun tak banyak barang yang hilang, kena gak buat report kan. sebab kalau dibiarkan kejadian ni akan berleluasa lagi. pastu risau gak kalau ic tu dijual pada orang yang tak sepatutnya. jadi pendatang asing plak adik aku kang. hahaha.



Aku yakin dia mesti tengah trauma nak keluar sekarang ni. yela kalau aku pun. tetiba aku teringat kisah pasal kakak aku masa kecik-kecik dulu. kejadian berlaku pagi-pagi buta. orang kalau dah jahat nak mam***, pagi ke malam ke dia redah je. asalkan apa yang dia nak dia dapat. macam kes kakak aku ni, rantai yang dia pakai kena ragut. asalnya lelaki tu konon-konon buat nak tanya jalan. bila dekat je terus dia tarik rantai kakak aku. nasib baik tak diculik.



Ishhh aku risau betul keadaan keselamatan kita sekarang ni. lebih-lebih lagi kaum pompuan. dahlah yang terbaru kes simbah asid. kita jadi takut nak berjalan-jalan kat luar. memang dah tak selamat. terbaru dalam suratkhabar, orang kena simbah asid depan pasaraya SOGO. meremang bulu roma aku baca. teringat masa aku pegi SOGO 2 minggu lepas. iskkkk.



Aku pun tak taulah apa yang menyebabkan penjenayah makin banyak kat negara kita ni. orang yang baik dah semakin pupus. dunia akhir zaman agaknya. aku yakin kerajaan dah buat macam-macam untuk membanteras jenayah yang makin berleluasa sekarang ni. tapi tetap berlaku jugak. nak taknak kita lah yang kena lebih berhati-hati dan sentiasa beringat untuk elakkan kejadian buruk berlaku pada diri kita dan keluarga.



Pesanan khidmat masyarakat daripada teacheradila.blogspot.com



Thehehee. =)


Thursday, August 11, 2011

Halal ke Haram?



Salam ramadhan kawan-kawan. =)



Sekejap je dah 11 Ramadhan. maknanya ada lebih kurang 19 hari je lagi sebelum kita sambut raya. excited tak? maunya tak kan. baju raya pun dah setel. cuma kuih raya je belum sampai lagi. duit raya?? errr belum tukar lagi. suka sangat buat keje last minit kan. macam tahun lepas 2,3 hari sebelum raya baru aku duk kalut nak tukar duit. 5,6 bank sume dah abis. akhirnya dapat gak kat Agro Bank kalo tak silap. tu pun lepas aku merayu dan kenyit mata sikit kat officer tu. hahaha.



Tapi bukan pasal duit raya yang aku nak cite. cuma pening dengan isu halal/haram sekarang ni. lepas satu, satu yang keluar. sampaikan sekarang ni takut nak beli sebarangan. jadi was-was pun ada gak. bila dah was-was automatik jadi haram kan?



Aku pelik kenapa sebelum ni benda gini takde isu pun. bila dah 1 kantoi, barulah yang lain pun ikut sama. apa yang aku nampak sekarang ni mudah sangat nak berniaga. ada produk yang memang dah glamer meletop pun rupanya ada bahan yang tak halal. macam mana boleh jadi camtu? ada yang terlepas pandang ke?



Aku bukanlah nak pertikaikan keje pihak yang berkenaan. cuma sebagai umat Islam, rasanya hal camni tersangatlah sensitif. tak boleh dibuat main. makan minum tu sume nanti akan jadi darah daging.



Macam isu terbaru yang keluar dalam suratkhabar baru ni pasal kek lapis sarawak yang katanya guna butter yang ada DNA babi. alahai. korang tengoklah. merata-rata orang duk jual benda tu. kita pun sedap je makan. kalo hari raya boleh dikatakan benda tu makanan wajib ada atas meja. tapi sekarang apa jadi? agak-agaknya dah berapa banyak benda tu masuk dalam badan korang? ngeri bila aku bayangkan.



Sebelum ni dahla terkejut beruk bila dapat tau rupanya Kluang Railcoffee tu ada menggunakan bahan tak halal. ni bertambah lagi beruk tu terkejut. sampai sekarang aku masih terasa-rasa lagi roti bakar dia tu. patutlah sedap lain macam. Astaghfirullah. memang kecewa jangan cakaplah. dulu-dulu boleh dikatakan setiap kali balik Kluang memang akan breakfast kat situ. bulan pose plak buka pose kat situ. macam customer tetap gayanya. hasilnya? customer kena tipu hidup-hidup. adoi!



Dalam pada satu-persatu kes haram tu keluar, ada juga yang kena fitnah. sebelum pasal air arab Barbican tu. jujurnya sampai sekarang aku masih tak pasti lagi apa status sebenar air tu. dan serius sebelum kuar berita pasal air tu, sumpah aku tak kenal. tak penah jumpa pun camne bentuknya. pelik bila dikatakan air tu jad kegemaran ramai. apa korang dah takde air lain ke nak diminum? tengok botol pun dah boleh menimbulkan syak. tapi pihak diorang beria-ia kata produk diorang halal. wallahualam.



Kes terbaru kena kat CT Nurhaliza. ada yang mendakwa berus mekap dia tu guna bulu babi. mula-mula aku baca terkejut gak. dalam kepala terlintas "tak sangka CT ni camni". yup, aku salah sorang yang cepat bagi persepsi sendiri. hahaa. sehari dua pastu CT buat sidang media menafikan berita tu. dia nafikan sekeras-kerasnya. kiranya produk dia ni memang halal la. ada sijil dari JAKIM pun. tapi aku tak kisah pun sebab aku tak guna pun produk dia. ;P



Sekarang ni nak beli or makan apa-apa pun aku jadi takut. tapi orang cakap kena yakin. kalo ko rasa was-was better jangan. pada aku, baik ko masak sendiri. dijamin bersih dan halal (lainlah kalo bahan mentah tu haram). tu tak tau nak cakaplah. nasib baiklah kat Lipis ni tak banyak kedai makan international. disebabkan itulah maka aku jadi rajin masak. hahahaha.



Tuesday, August 9, 2011

Cukup ke? Bolehlah...



Salam Ramadhan kawan-kawan. =)



Pejam celik pejam celik dah masuk 9 Ramadhan. sekejap je masa berlalu kan. lebih kurang 3 minggu je lagi nak sambut raya plak. haihhh seronok betul. kenapa la raya ni seronok sangat kan? dari kecik sampai ke tua bila sebut pasal raya je mesti excited tak bertempat. hehe.



Malam semalam on FB. tetiba kat wall sume orang duk kecoh cite pasal PM umum kakitangan awam dapat bonus 1/2 bulan gaji sebelum raya nanti. apsal aku tak tau ek? camne nak tau. berita pun ko tengok. hehe. tertinggal bas rupanya aku ni.



Alhamdulillah. walaupun CUEPECS mintak 2 bulan gaji, tapi cuma diluluskan 1/2 bulan gaji je. oklah daripada takde langsung kan. nak kata cukup ke tak tu, bergantung pada bajet masing-masing. kalo dia bagi 5 bulan gaji pun silap-silap tak cukup kalo bajet untuk raya mengalahkan bajet nak kawin. huhu.



Bagi suami isteri yang dua-duanya kakitangan awam rasanya takde masalah lah kan. bolehlah beraya sakan tahun ni. macam aku. hehe. tapi taklah sakan mana pun. kena save bajet untuk ke kedah & taiping lepas raya ni. kena hantar rombongan pertunangan adik iparku. haihh macam takde hari lain nak buat. time raya kena raya la bukan bertunang. (cakap dalam hati je.)



Bagi kakitangan awam yang dah bergaji besar tu sedaplah kan. pas dapat bonus tak lama tu gaji masuk plak. alahai. seronok betul. tapi takpelah kan. rezeki masing-masing. rasanya sejak aku mula keje hampir 3 tahun ni, baru kali ni aku rasa bonus dari kerajaan. tahun lepas dapat duit raya je RM500. mintak-mintak dalam Belanjawan 2012 ni gaji dinaikkan lagi. weeehoooo. hehe.



Bila namanya pompuan, pantang ada duit lebih sikit mulalah ligat kepala duk fikir nak beli apa lagi yang belum dibeli. terus gatal je tangan ni. mulalah duk usya kedai-kedai dalam online shopping ni. yang shoppers plak tersengih sampai ke telinga sebab duit makin masyukkk, yang kita duit duk sedekah kat dia. hehe.



Aku rasa tahun nilah paling banyak sekali aku melabur dalam online shopping. kalo dicampur tolak darab bahagi rasanya ada dekat 1k kot. ada je yang berkenan di hati. bahaya betul bila dah gila dengan online shopping ni. tak boleh nak stop. kekadang aku terfikir gak nak buat online bisnes sendiri. tapi nak bisnes apa? aku bukan pandai pun bab-bab meniaga ni. hati tak kuat.



Tapi kalo ada yang nak join venture buat online bisnes dengan aku boleh gak. ada ke sesapa berminat? hehe.



Thursday, August 4, 2011

Pengalaman puasa (1)

Salam Ramadhan kawan-kawan. =)



Hari ni rasa segar je sebab sejuk. malam semalam kat sini hujan ribut petir sume ada. barulah rasa nyaman sikit. dah beberapa hari asyik panas terik.



(Terstop 40 minit sebab ada student nak buat sesi. huhu)



Ok sambung balik. hari ni tetiba rajin plak nak update blog pepagi gini. sebabnya? teringat kenangan berpuasa masa kecik-kecik dulu. seingat aku la kan, aku start berpuasa masa darjah 3. kira dah beso gak kan? haha.



Tu pun puasa lubang-lubang. tak sampai setengah bulan kot. yela aku ni masa kecik-kecik lasak yang amat. berkawan dengan sepupu sepapat lelaki je. yang pompuan aku tak suka. lembik. haha. diorang panjat pokok, aku ikut. diorang masuk longkang, aku ikut. diorang sauk ikan kecik dalam longkang, aku yang tolong. dah macam tomboi dah aku ni.



Pastu bila dah lasak camtu camne lah nak tahan pose kan. balik-balik rumah terus bukak peti ais, teguk air. pehhhh nikmat! tetiba mak datang jerkah. tapi mak taklah marah mana pun. yela baru mula belajar pose. masa tu takdenya nak rasa malu ke ape.



Dahlah tak pose. time orang lain buka pose, aku yang paling menyibuk kat meja makan. mengalahkan orang pose. sesetengah orang kalo ada ahli keluarga yang tak pose mesti tak boleh buka pose same-same kan? tapi family aku tak buat rule camtu. pose ke tak pose ke sume duduk semeja.



Pernah sekali tu aku kuar main dengan sepupu sepapat lelaki aku. pastu siap bawak sling bag kecik. nak tau aku isi apa? kerepek!!! hahahaha. bila lapar terus ngap! buruk betul perangai aku masa kecik kan? nak kata kecik pun tak gakla. hahaha.



Tapi tu masa aku darjah 3 la. lepas daripada tu memang tiap tahun aku pose penuh. bila dah start akil baligh barulah banyak lubang semula. heheh.



Sebenarnya banyak kejadian masa bulan pose ni. tapi banyak yang aku dah lupa. masa dah masuk sekolah menengah lain plak citenye. haa yang tu aku kena sambung dalam entri lain plak. tak taulah bila. tunggu aku rajinlah. =P



Ok bai!


Tuesday, August 2, 2011

Hari Pertama yang panas terik

Salam Ramadhan kawan-kawan. =)



Alhamdulillah dah masuk hari kedua kita berpuasa. mula-mula ni terasa lambat je masa berlalu kan. bila dah masuk seminggu dua nanti barulah terasa cepat je dah nak raya.



Hari pertama semalam memang aku terasa sangat kepanasan dan kepenatannya. bukan aku sorang je. ramai cikgu-cikgu sekolah aku ni mengaku keletihan yang amat sangat. sampai tak larat nak mengajar. mujurlah aku tak mengajar. tapi sesi tetap kena on gak. sampai kering tekak duk bercakap.



Cuaca pun tak menentu. sehari sebelum puasa tu elok je hujan kat sini. sejuk. alih-alih masuk bulan puasa terus panas terik. dugaan bulan Ramadhan agaknya. Allah nak uji kesabaran hamba-Nya.



Pastu semalam dalam pukul 1 lebih camtu aku dah start sakit kepala. mula-mula ingatkan sakit kepala biasa sebab tak makan, tapi makin lama makin sakit. aku dah mula syak migrain. sebab cuaca panas sangat. terus tarik ke bahagian mata & kening.



Masa ni rasa macam dah tak larat je. tengok jam ada lebih kurang sejam lagi sebelum balik. adoiyai. makanya bersandar jela kat kerusi sambil pejam mata. minyak angin plak tak bawak.



Tepat 2.40 memang aku dah tak toleh belakang dah. terus cabut. rupanya ramai gak cikgu yang serbu nak balik. semua muka letih belaka. maknanya bukan aku sorang jela. maybe sebab baru hari pertama kot. masih tak biasa lagi.



Baru start enjin kete tetiba handphone bunyi. tengok mesej dari Boss! aiseymen janganlah dia minta buat keje plak. rupanya dia mesej tanya kenapa hari ni aku balik awal sangat. biasanya lambat. hehehe. prihatin gak boss aku ni rupanya. tapi memang boss baru ni lebih prihatin berbanding boss-boss yang lama. sume cikgu & student suka dengan dia.



Maka aku pun balas la bagitau yang aku migrain. tak larat sangat. dahlah nak kena drive jauh plak. wahhh panjang lebar aku bagi alasan. pastu dia balas balik, suruh aku drive elok-elok. baik kan dia?? hehe.



On the way balik hubby call tanya nak masak ke nak beli untuk berbuka hari ni. aku cakapla yang aku tak larat nak masak. so dia cakap nak beli je. suka! sampai depan rumah, saing plak sampai dengan hubby. dalam hati, cepatnya balik.



Sekali dia turun bawak kotak besar. hadiah ke? rupanya dia beli heater air. bukan heater yang macam cerek tu. tapi heater yang kita kena sentiasa on je untuk panaskan air. kira macam termos la kan. bila nak, tekan je. ape tah namanya. lupe lak. sebab heater kat umah tu dah bocor. tah cemana leh bocor. hadiah kawin tu. hehe.



Mata aku duk melilau cari makanan yang hubby kata nak beli tu. tapi takde. hubby cakap tak pegi beli lagi. pastu tetiba cakap suruh aku masak plak. adoiyai. bininya ni apa lagila. terus muncung sedepa sambil masak. dengan kepala berdenyut-denyut. masa nilah dalam hati duk fikir hubby tak paham aku, tak sayang aku. uhuk!



Serius memang rasa sedih sangat. yela kita tengah sakit kan. kalo sihat memang aku masak dengan rela hati. bila dah tengok aku camtu hubby diam je. pastu konon-konon tunjuk rajin nak tolong masak. nak tergelak ku tahan je. haha.



Tak lama tu dia kuar. pegi mana tah. aku sms suruh beli kuih popia. tetiba teringin plak. ceh dalam merajuk pun sempat lagi order. hehe. balik-balik je dia cakap popia takde. pastu aku tanya takkan takde jual kuih lain. dia sengih je. urggghhhhh!!! rasa nak nangis kat situ gak tapi aku tahan. tak baik nangis bulan pose.



Bergenang gakla airmata. masa nilah duk teringat mak ayah kat kampung. mulalah terfikir kan best kalo duk dengan mak ayah. apa nak sume dapat. tetiba sebak sangat. alahai. sensitif betul aku time pose ni. hubby perasan, terus pujuk aku. lagilah aku sedih. aku terfikir apsal la hubby aku ni lurus bendul sangat. kalo popia takde belilah kuih lain. ni sanggup balik dengan tangan kosong. adoiyai!



Tapi tulah dia hubby aku. yang kadang-kadang buat aku marah, aku ketawa, aku menangis. tapi tak boleh nak marah lama-lama. lagi-lagi bulan pose ni. tak baik!



Lepas berbuka Alhamdulillah makin kurang sakit kepala aku. tapi masih ada denyutan tu. dan pagi ni dah mula rasa macam nak sakit semula. sebab pagi-pagi kena cahaya lampu kereta depan kan. memang tak boleh nak elakla. harap-harap hari ni aku lebih kuat untuk menjalani ibadah puasa.



Insyaallah. =)



Monday, August 1, 2011

My Fourth Year Fasting as a WIFE!

Salam Ramadhan Al-Mubarak kawan-kawan semua. =)



Masuk tahun ni dah 4 kali aku berpuasa dan beraya bersama sang suami. nampak macam dah lama sangat aku kawin kan. yela aku kawin pertengahan tahun 2008. so kalo ikut tahun ni dah tahun keempatla. kawin baru 3 tahun. =)



Kalo kira tahun or bulan memang rasa dah lama sangat kitorang hidup bersama. tapi serius aku rasa macam baruuu je semalam dia sarung cincin nikah kat jari ni. hiksssss. masa tahun-tahun pertama berpuasa bersama memang aku agak kelam-kabut jugakla. lagi-lagi bila dah duduk sendiri. masa duduk dengan family aku tak terasa sangat. semua mak yang buat. hikhik.



Bila duduk sendiri barulah terasa tanggungjawab sebagai isteri tu. balik keje dah fikir nak masak apa untuk berbuka. malam plak duk fikir nak masak apa untuk bersahur. mula-mula memang rasa tension sebab penat kan. tapi bila dah masuk kali keempat ni, aku dah mula biasakan diri. boleh masak dengan rileknya tanpa kelam-kabut. hehehe.



Sebenarnya benda ni terjadi sebab masa awal-awal kawin kita tak berapa tau lagi kehendak suami. kita macam ragu-ragu untuk buat sesuatu tu sebab bimbang suami tak suka. banyak yang kita buat ikut kehendak kita je. tu yang kadang-kadang berlaku konflik. contoh dalam bab masakan. masa mula-mula kawin kita masak ikut apa yang kita tau. suami plak tak sampai hati nak bagitau makanan kegemaran dia. bila jadi camtu, susahla kan.



Makin lama hidup bersama barulah kita mula belajar sedikit demi sedikit mengenai pasangan kita. apa yang dia suka, apa yang dia tak suka. dan dah mula berani untuk berterus-terang mengenai sesuatu. bila dah sampai ke tahap ni, maknanya hubungan dah semakin stabil. ni pendapat akulah selama kitorang hidup bersama ni.



Kalau macam dulu setiap kali nak berbuka atau bersahur memang aku akan risau memanjang. sebab suami aku ni jenis tak suka makan luar. so nak taknak aku kena gak masak. almaklumlah kan dapat plak isteri yang tangan bangku (boleh ke guna simpulan bahasa ni?). dah kawin baru nak belajar masak. jadi hasilnya aku masak jela apa yang aku rasa aku reti. janji boleh makan.



Sekarang aku dah tak risau lagi. hehe macam iklan plak. sebab skill memasak dah mula ada. cewah! dan yang paling penting aku dah tau masakan jenis yang macam mana dia suka. jadi takde masalah lagilah untuk fikir nak makan apa untuk berbuka dan bersahur. =)



Masa bujang dulu kadang-kadang aku lebih sayangkan tidur daripada masakan mak aku yang sedap-sedap tu. ingatkan bila dah kawin bolehla amalkan semua tu lagi. tapi tidak ye. sang suami awal-awal dah ingatkan supaya bangun sahur. sebab besar nikmatnya bangun sahur ni. dia tetap nak makan nasi gak walaupun sikit. pastu baru dia sambung makan roti & minum oat.



Aku plak jenis tak kisah. sebelum ni ganti puasa pun tak bangun sahur. memang pedihla perut tapi Alhamdulillah boleh tahan sampai waktu berbuka. tapi takkan aku nak biarkan suami bersahur sorang-sorang plak kan. kejam sungguh bini camtu. then aku makan gakla barang 4,5 suap. tips aku, lauk untuk sahur mesti berkuah. kalo kering jawabnya sesuap jela pastu tolak dengan air. hehehe.



Selepas 3 tahun lebih bersama ni memang aku seronok sangat dapat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. lebih-lebih lagi bila dapat masak untuk suami. pastu tengok plak dia makan dengan berselera. memang puas hati. walaupun nak dengar pujian dari mulut dia tu macam menunggu kucing bertanduk, tapi aku tak kisah. aku tak gilakan pujian. yang penting masakan aku licin! hahaha.



Ada gak kawan-kawan aku yang baru pertama kali berpuasa dengan suami. maksudnya baru kawinla tu. pesan aku, kelam-kabut tu perkara biasa. yang penting kena banyak bertanya. kena tau apa yang dia suka & tak suka. semua tu akan lebih memudahkan. InsyaAllah. =)


Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat