Tuesday, June 22, 2010

~ Orang lain buat, dia pun nak buat jugak ~

Hai...



Eh korang jangan gelak tau tengok hit counter aku tu baru je seciput. sebab aku baru letak. bajet kalo dah lame letak dah cecah puluh ribu la. haha pigi dah. 




Sebenarnye dah lame gak aku nak letak benda-alah tu. tapi asik lupe je. tadi baru teringat. kire aku ni dah ketinggalan zaman la ek. orang lain belog masing-masing berlip-lap-lip-lap segala bagai. aku? hareeemmmm.




Tapi at least aku sentiasa hapdet belog aku dari semasa ke semasa kan. takla kusam berhabuk je. pastu tiap hari aku akan belajar something new untuk belog aku. haah tu yang sampai setting template sampai jadi serabut camtu. gatal sangat tangan. bajet handal sangat. huhu. 




Takpe takpe. slowly belajar. lama-lama nanti okla kot. macam belog abg ben ni. dia cakap dia baru je aktif dalam dunia blogger ni dalam 5 bulan. tapi fan die dah mencanak-canak. kalo korang tengok belog dia simple je. tapi banyak sangat info yang best-best. errr ni bukan bodek ek abg ben. hehe. ikhlas ni. 



So kesimpulan yang aku boleh buat, rupa tu tak penting. yang penting adalah isinya. rupa tu hanya sebagai attraction untuk tarik minat orang supaya baca belog kita. tapi kalo rupa je meghelip segala bagai, tapi isi sume duk mengutuk mengata orang tak guna gak. 




* Belog aku tak cantik? ade aku kisah???



~ Makan bola, tidur bola ~

Hai again...




Meh nak cite sikit pasal bola sempena World Cup 2010 ni. pompuan cite pasal bola? jangan terkejut wehhh. sekarang ni pompuan leh buat ape je yang laki buat tau. no hal la. bola ni small matter je.



Cuma bezanya adalah ke-obses-an laki ngan pompuan pada bola. pompuan memang minat tapi tak la sampai 24 jam mengadap TV, tak makan pun takpe. pompuan minat tapi bukan obses! aku amik contoh diri aku sendiri la. aku start minat bola since France 98. sampai sekarang still amik tau pasal sport tu. lebih-lebih lagi pada team fav aku. nama player, position diorang. tapi aku minat pun ade gak game dia yang aku tak tengok. kalo game tengah malam kan lebih afdhal aku tido je. lainla macam laki. obses tak kene tempat. sok pagi pegi keje mata nak tersembul. 




 Apa yang aku nampak kat laki ni especially incek hubby kan, diorang ni bukan sekadar minat team fav diorang je tau. team musuh main pun diorang layan gak. pendek kata kalo time tu diorang bukak channel sports, pastu ade team ape-kebenda-nama-die pun tengah main, diorang akan layan gak. tak kira la team tu dalam liga Bangadesh sekalipun. pelik aku.




Kalo aku, aku layan team fav aku je. tak kuasa nak tengok yang lain-lain tu. buang maso jo. tapi bile dah jadi camtu, yang jadi mangsanya pompuan-pompuan macam aku ni la. wife yang ade incek hubby yang obses dengan bola. ade 1 hari tu seharian aku tak dapat tengok cite lain selain bola. game yang lepas-lepas, highlight sume dia bantai. mengalahkan coach yang nak kaji teknik permainan lawan. 




Tapi aku bagi can gakla kat incek hubby. sebabnya kesian dia sekarang tengah injured kat lutut. ligamen putus mase main bola kat UPSI dulu. sampai la ni tak baik-baik lagi. so die lepas gian dengan tengok orang lain main bola jela. kadang-kadang ade gak die training budak skola die main. tapi gitu-gitu jela. kalo terlebih sikit kang berdengkot la jawabnye balik umah. wife dia yang comel ni gak kene urut. huhu sempat lagi ko ek. 




Cite sikit pasal World Cup 2010 ni. apa yang aku kaji (cewah), banyak team-team hebat yang tak berapa nak menjadi. awal-awal game dah seri, kalah. team underdog yang nampak lebih bersungguh-sungguh main. maybe sebab motivasi diorang tinggi kot. yela nak lawan dengan team juara dunia macam Brazil, Argentina, Jerman, etc. kalo mental tak kuat, awal-awal ko dah kena balik kampung tau. 




Macam team England tu harap je glamer tapi 2 kali game, 2 kali seri. memang mengecewakan. tak taula diorang lepas tak untuk 2nd round nanti. apa pun aku rasa macam Argentina yang akan ke final nanti. lawan sape tu aku tak pasti. maybe Brazil or Portugal. tahla ni cuma dari pandangan aku. maybe kamu kamu yang lebih terer lagi bab bola ni lebih arif kan. 



* Bagi cadangan pada incek hubby beli TV lain pastu pasang Astro lagi 1. nak tengok bola sampai pagi pun, tengoklaaahhh.



~ Masa untuk berjimat cermat ~

Hai...




Ni aku kat skola. dalam bilik kaunseling. baru pas abis buat sesi kaunseling individu dengan sorang student ni. so now time untuk hapdet belog.
Aku memang serius tau pasal tajuk kat atas tu. ni bukan cobaan. tiba-tiba semalam aku rasa risau and takut. bukan takut antu ye. takut kalo-kalo ada emergency pastu duit simpanan tak cukup. selama ni aku syok je berbelanja time ada duit. tak fikir pun apa yang akan berlaku nanti. 




Tapi aku bersyukur sangat sebab semalam Tuhan sedarkan aku. aku ni jenis bila dah terfikir sesuatu tu terus terfikir-fikir sampai stress. sepanjang malam tadi aku lebih banyak diam. sampai incek hubby pun tegur pelik tengok aku senyap. kalo tak ade je aku bebel. then aku pun luahkan ape yang aku rasa tu pada incek hubby. dia pun akui yang life kitorang ni selesa sangat. sampai terlupa nak beringat. 



Tiba-tiba malam semalam jadi malam perbincangan yang tak terancang plak. kitorang terus amik kertas and pen. terus buat kira-kira akaun masing-masing. bla bla bla. pastu kitorang plan tiap bulan mesti simpan sikit dalam 1 akaun yang khas. tak leh usik. itu untuk emergency or untuk raya ke, balik kampung ke. yela korang paham-paham jela kan kampung aku kat Johor nun. sekali balik kalo takde RM500 takyah mimpi la. 




Bila dah buat planning camtu baru aku rasa lega. tak la risau sangat kalo apa-apa berlaku nanti. sebelum ni pun bukanla aku langsung tak menyimpan. cuma tak berdisiplin. simpan tapi anytime rasa nak shopping, aku kuarkan. so tak tercapaila matlamat aku nak menyimpan tu kan. pasni aku suh incek hubby yang jaga akaun simpanan tu. dia tu leh pecaya sikitla daripada aku. haha. 




Ditambah plak nak dekat puasa and raya ni. mesti banyak nak pakai duit. so aku kena start berjimat cermat dari sekarang (patutnye dari dulu lagi). better late than never rite? incek hubby awal-awal dah sound pasni aku kene rajin masak. tak leh nak makan luar je. sekali sekala takpe. aku cakap aku ok je asalkan sume barang dapur lengkap. memang sekarang pun dah terlebih lengkap. cuma maksud aku incek hubby kena sentiasa pastikan ada lauk untuk dimasakla. takkan tiap-tiap ari nak makan telur kot. muak den. 




 Tapi malam tadi aku mengecualikan diri aku untuk masak. sebab stress fikirkan pasal hal tadi tu. ngeeeee. incek hubby senyum je. eleh aku tau apa yang dia fikir. pastu aku janji dengan dia untuk masak esok dan hari-hari seterusnya. InsyaAllah. 



Apa pun aku bersyukur sangat sebab Allah masih buka pintu rezeki untuk kami sekeluarga. Alhamdulillah rezeki sentiasa masuk dan aku berdoa semoga hidup kami terus dilimpahi dengan rahmat-Nya. aminnnn.



Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat