Thursday, March 10, 2011

Mood bekerja dah hilang sama sekali

Selamat pagi u alls. ;)



Gaya macam happy je kan. maunye tak happy. esok last keje sebelum cuti seminggu. hip hip horeyyy la kan. hehehe.


Mood keje memang dah hilang tah kemana. sampaikan ingat hari ni dah hari Jumaat. ish ish ish. 



Nasib baik gak sekarang ni keje pun dah tak banyak macam masa awal-awal dulu. kiranya bolehla berilek-rilek sambil nyanyi lagu 'Balik Kampung'. hahaha.


Bila dah dekat nak cuti panjang ni macam biasela henpon jap-jap masuk mesej. pastu ada soalan yang sangat familiar, "bila balik?", "berapa hari cuti?" dan yang sewaktu dengannya. yang jadi mangsa keadaan adalah kakak or adik aku yang telah dipaksa oleh maknya untuk mesej aku. maknya tu mak aku la. bukan seminggu sekali tau. tapi setiap hari ok. haaa best tak?



Bila duk jauh dari family ni memang rasa sedih & sunyi. tapi rasa best bila sesekali balik. memang layanan mengalahkan puteri raja. ko cakap je nak makan ape. sampai-sampai je dah siap hidang. tinggal makan je. tak ke best namenye tu?


Orang kata bila jauh ni bau pun wangi. orang kampung sume duk merindu. cewah! bila sesekali balik memang jadi tumpuan betul. sume duk berkumpul nak tanya kabar. rasa macam artis plak. huahahaha.



Tapi aku macam pelikla. apsal ek bila balik kampung je otomatik aku jadi malas. serba-serbi malas. nak masak jauh sekali la. nak tolong-tolong kemas rumah pun sangatlah berat tulang. tapi yang bestnya mak tak bising pun! hahaha. yela, sesekali balik takkan nak marah kan. yang aku plak selamba je amik kesempatan. hehehe.


Hmm lambatnya nak hari esok. tapi bila dah stat cuti cepat plak cuti tu abis. pastu kena keje balik. waaaaa tidak!!! tapi kan, tapi kan, keje tu kan sumber rezeki. so baik ko jangan mengeluh Diela. kang Allah tarik balik rezeki tu baru ko tau. uhuk!



2 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat