Monday, October 12, 2009

~Mampukah Aku?~

Mampukah aku bertahan sebagai cikgu? itulah persoalan yang sering bermain dalam kotak fikiran aku sejak kebelakangan ni...tak tahulah kenapa aku berfikir macam tu...adakah kerana aku tak berminat dengan apa yang aku buat sekarang ni? atau aku dah mula muak dan bosan dengan kerjaya aku? apa yang pasti aku sendiri pun tak tahu...kadang-kadang aku rasa amat stress dengan kerja-kerja yang tak pernah habis...dan aku juga sebenarnya stress dengan 'seseorang' yang asyik mengganggu privasi aku...'seseorang' itu begitu sinonim dengan kerjaya aku sebagai kaunselor...aku nak larikan diri dari 'dia' tapi bagaimana caranya? 'dia' tanpa jemu terus menerus cuba untuk masuk ke dalam jiwa aku...tapi tak mungkin aku izinkan...Ya Allah!tolonglah hamba-Mu ini...kuatkan iman aku agar tak hanyut ke lembah kehinaan...

Aku masih mencuba sedaya upaya aku untuk mencintai kerjaya aku sekarang ni...aku pernah terfikir mungkin tempat aku bukan di sini...tapi di mana?di mana-mana saja tetap ada halangan dan cabarannya...aku tau aku yang perlu sesuaikan diri dengan keadaan bukan keadaan yang perlu berubah untuk aku...kadang-kadang aku terfikir yang jiwa aku lebih sesuai untuk bekerja dengan data berbanding manusia...aku benar-benar sedang mempertaruhkan masa depan aku...apa yang pasti aku sentiasa mengingatkan diri aku,hanya aku yang boleh mengubah diri aku dan bukannya orang lain...kalau baik yang aku pilih maka baiklah jadinya...begitu juga sebaliknya...

Walau apa pun yang aku katakan sekarang ni tetap takkan mengubah apa yang telah berlaku dan telah ditakdirkan untuk aku...memang bukan niat aku untuk mengubah takdir tapi aku hanya ingin meluahkan dan berkongsi kepada sesiapa yang sudi membaca...aku kini redha dan akan cuba memperbaiki diri aku...mungkin tahun pertama ini agak mencabar bagi orang baru seperti aku...yang pasti aku perlu teruskan hidup dan mulakan hari esok lebih baik dari hari ini...insyaAllah...

2 comments:

  1. kat mana2 pun mesti ada cabaran dan setiap orang kena menghadapinya. itu kan hanya dugaan kecil dari Allah. kita memang takkan selalu nampak yang indah dalam apa yang kita lakukan. kita sering nampak perkara lain lebih menyeronokkan. Grass always greener on the other side. aku penah menghadapi konflik jiwa mcm ko. aku rasa tertekan dan rasa menyesal dengan kerjaya skang. tapi sampai bila aku nak merungut. kenapa aku taknak mencuba cintakan kerjaya aku. tapi entahlah susah nak cakap kan. kita tak tahu ape yang kita nak sebenarnya. sampai masa nanti insyallah ko akan lebih sayangkan kerjaya ko.

    ReplyDelete
  2. Mungkin mengambil masa untuk kita, mungkin satu hari mungkin setahun, 5, 6 tahun.. tetapi janganlah berputus asa. carilah teman yang sehari sejiwa. Harap anda Berjaya dengan apa yang anda lalukan.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat