Selamat Pagi Cikgu!!! Tu antara ayat yang sering aku dengar sejak bergelar cikgu ni...kadang-kadang sampai kat luar sekolah pun ada student or makcik-makcik yang sapa aku camtu...memang betul la cakap orang, gelaran cikgu ni akan dibawa sampai ke mati...dah mati pun orang akan gelar arwah cikgu...cikgu juga cukup dihormati oleh orang sekeliling...sebab tulah setiap pergerakan cikgu ni perlu ada kawalan dan batasan...sebab orang akan menilai...disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga...kadang-kadang ada juga rasa rimas sebab kena control semuanya...tapi lama-lama dah jadi sebati dengan diri aku...lebih-lebih lagi bersuamikan seorang cikgu juga...
Aku yakin ramai kawan-kawan dan family aku yang tak tahu sebenarnya minat aku bukan ke arah kerjaya sekarang ni...aku lebih suka bekerja dengan data berbanding manusia...aku tak kisah menghadap pc or laptop berjam-jam lamanya...aku tak kisah membuat kerja rutin berbanding perlu merancang apa yang nak dibuat tiap hari...masa mula-mula dapat tawaran ke UPSI dulu pun aku langsung tak teruja...tapi bila aku tengok wajah emak dan ayah aku yang sangat suka anaknya bergelar guru, maka aku kuatkan hati...tahun pertama amat sukar bagi aku...semuanya serba tak kena...pernah terfikir untuk berhenti tapi wajah emak ayah terbayang dalam kepala...Nop!! aku tak boleh give up!! aku mesti gembirakan orang tua aku... dan Alhamdulillah berkat doa emak dan ayah, aku berjaya menggenggam segulung ijazah dan bergelar Cikgu Nooradila...
p/s : apa yang terbaik bagi emak dan ayah adalah yang terbaik bagi kita sebagai anak...

No comments:
Post a Comment