Wednesday, October 7, 2009

~My Idol~

Aku yakin semua orang mesti ada idola masing-masing kan...sebagai cikgu, aku pun ada idola aku sendiri...siapa?jeng jeng jeng...my luvly hubby...mesti orang menyampah kan...haha...tapi aku ada alasan yang kukuh kenapa suami yang jadi idola aku...firstly, dah tentu kerana dia pun cikgu gak...BUT dia bukan sebarangan cikgu...bukan nak memuji suami sendiri tapi aku memang yakin dia bukan cikgu biasa...adakah dia sebenarnya Spiderman?atau Batman?haha...semuanya bukan...secara peribadi apa yang aku nampak dia adalah seorang cikgu yang ada cara dan pendekatan sendiri untuk mendidik pelajar...kalau tak takkan sampai Pengetua pun puji cara dia mengajar kan...dia lebih banyak memberikan contoh untuk bagi pelajar lebih faham apa yang dia ajar...kadang-kadang aku sengaja bagi 1 topik untuk dibahaskan dan jujurnya aku amat kagum dengan setiap hujah yang dikeluarkan...semuanya ikhlas dan spontan...jika dia berkumpul dengan adik-beradiknya yang lain, apa yang aku perhatikan dia antara yang lebih banyak mendengar dan akan bersuara apabila telah yakin dengan kebenaran hujahnya...dia akan menilai terlebih dahulu semua hujahan yang dikeluarkan orang sekeliling sebelum memulakan hujahnya...ya berfikir sebelum bercakap...bijak...

Tapi mesti semua terkejut kalau aku cakap yang aku amat jarang memuji dia...begitu juga dia...aku rasa kami tak memerlukan pujian untuk menunjukkan rasa sayang...kadangkala aku sangat terasa nak memuji dia tapi tak terluah...semuanya sebab EGO...aku hanya taknak dia berasa terlalu selamat di sisi aku...aku lebih suka kalau dia tertanya-tanya tentang perasaan aku pada dia...apa pun aku amat yakin yang dia tahu bahawa aku terlalu menyayangi dan mencintai dia sepenuh jiwa dan raga...dia adalah suami yang paling terbaik yang dianugerahkan untuk aku...aku amat bersyukur dijodohkan dengan dia...

p/s : Dia dalam cerita di atas adalah Mohd. Zaimi bin Zainal (my luvly husband)...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat