Friday, January 8, 2010

~~8 Days After New Year~~



Selepas 8 hari dalam tahun 2010 ni, hari nilah baru aku terasa ingin menulis dalam blog yang sudah sebulan aku tinggalkan...bukan tiada masa, tapi tiada keinginan untuk meluahkan...berbeza dengan kawan aku (meq) yang kerap 'update' blognya...ye mungkin disebabkan faktor masa yang banyak aku gunakan untuk suami dan rumahtangga...secara jujurnya, aku mempunyai suami yang agak kurang gemar jika isterinya terlalu asyik dengan komputer...tapi tidaklah terlalu mengawal...dan aku sendiri sebenarnya yang lebih suka melayan suami apabila berada di rumah berbanding menghadap laptop...yelah masa kami bersama di rumah agak terhad jadi aku tak mahu mensia-siakan waktu itu....

Tahun 2009 telah 8 hari berlalu...tanpa sedar tempoh perkahwinan aku dan suami hampir menjejak ke tahun kedua pada 7 Jun nanti...sama seperti pasangan yang lain, kami juga mengharapkan zuriat sebagai pengikat kasih kami...aku amat-amat beharap tahun 2010 ini membawa seribu rahmat dan sinar dalam ikatan cinta aku dan suami...Demi Allah, aku rasa cemburu bila melihat rakan-rakan lain yang sudah ada cahaya mata...aku terlalu inginkan perasaan itu...namun aku bersyukur kerana dikurniakan dengan suami yang banyak memberi dorongan dan semangat untuk aku...aku yakin dia juga berperasaan seperti aku...namun hatinya lebih cekal...

Kadang-kadang aku menyalahkan diri sendiri atas segala salah dan dosa yang pernah aku buat...aku yakinkan diri bahawa semua ini adalah balasan Tuhan untuk aku atas segalanya...namun aku cepat -cepat tersedar...Astaghfirullahalazimmm.... terlalu jauh aku berfikir...aku mengingatkan diri semula bahawa soal jodoh, ajal, rezeki semua di tangan Tuhan...apa hak aku untuk mempertikaikan takdir-Nya....bermula tahun ini juga aku mula berjanji dengan diri sendiri dan suami yang aku tak mahu terlalu meletakkan harapan yang tinggi...biarlah takdir yang menentukan...aku hanya perlu berusaha, berdoa, berikhtiar dan seterusnya tawakal dan serah kepada Yang Maha Esa...

Tahun 2010 ini juga aku berazam untuk menjadi seorang isteri yang lebih baik dari sebelumnya...isteri kesayangan suami...terlalu banyak kelemahan dalam diri aku sebagai isteri...InsyaAllah aku akan perbaiki secara perlahan-lahan...terima kasih kepada suamiku Mohd. Zaimi bin Zainal kerana telah banyak bersabar dengan kerenahku...aku berjanji akan membahagiakan kamu dunia akhirat...Amin...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat