Monday, January 11, 2010

~~ Sana Sini AJL 24 ~~


Debaran Anugerah Juara Lagu 24 telah melabuhkan tirainya pada malam semalam...aku akui saingan pada musim kali ini agak hebat namun pada awalnya agak sukar untuk menentukan siapakah pemilik trofi selaku Juara...jujurnya aku tidak pernah menonton rancangan Muzik-Muzik yang disiarkan pada waktu petang...hari dan waktunya aku tak pasti...tapi setelah melihat senarai peserta yang berjaya ke AJL 24, aku rasa berminat untuk menonton...kebiasaannya suami tidak berminat dengan rancangan hiburan seperti itu, namun mujurlah pada malam itu dia yang mula-mula menukar channel ke 103...hehehe...


Ikhlas dari hati aku sendiri, aku sangat-sangat terhibur sepanjang acara berlangsung...ditambah dengan lawak hos AJL pada malam itu iaitu Ally Iskandar, Faizal Ismail dan Cheryl Samad yang sungguh spontan dan original...tidak lengkap rasanya majlis pada malam itu jika tiada mereka bertiga...dan yang paling ditunggu-tunggu sudah semestinya persembahan daripada artis yang hampir kesemuanya telah mempunyai nama besar dalam industri muzik tanahair...


Aku sendiri tidak ketinggalan untuk mempunyai pilihan artis yang disukai...antaranya yang berjaya menambat hati aku adalah Faizal Tahir (of course!!), Stacy, Aizat dan beberapa lagi...jujurnya aku meminati mereka ini bukanlah di atas tiket glamor dan popular tapi kerana bakat mereka yang amat jarang ditemui pada artis-artis lain...mereka mempunyai identiti tersendiri dan tidak meniru gaya artis lain...artis seperti inilah yang amat dicari dalam industri muzik tempatan...


Walaupun artis kegemaran ramai dan semestinya aku sendiri, Faizal Tahir, tidak menjadi juara, namun aku yakin dia tetap menjadi juara di dalam hati peminat-peminatnya...dalam kesemua persembahan pada malam tersebut, persembahan daripada penyanyi lagu Bencinta itu yang berjaya membuatkan bulu roma aku meremang dan seperti rasa tidak puas tatkala persembahannya berakhir...dalam keadaan yang sakit pun dia masih mampu memberikan persembahan yang bagi aku amat bertenaga...bagi aku, tongkat itu ibarat tenggelam dalam aura Faizal Tahir...


Apa-apa pun, secara peribadi inilah Anugerah Juara Lagu yang terbaik pernah aku saksikan...orang lain aku tak pasti....

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat