Thursday, January 14, 2010

~~ B.A.B.Y. ~~

Setiap pasangan yang sudah berumahtangga pasti menginginkan zuriat sebagai pengikat kasih suami isteri...walaupun aku yakin ada di antara mereka yang masih belum bersedia untuk bergelar ibu dan ayah....itu hak peribadi masing-masing....namun tahukah mereka bahawa anak itu merupakan satu anugerah dan rezeki yang tidak ternilai harganya yang diberikan oleh Allah S.W.T....jadi kenapa perlu kita menidakkan rezeki daripada-Nya?

Aku tahu faktor kedua ibu bapa yang bekerja pada zaman sekarang ini dijadikan alasan untuk merancang keluarga....namun secara peribadi aku sendiri mempunyai kerjaya sebagai pendidik tetapi aku yakin anak tidak mungkin dan tidak akan menjadi penghalang dalam kehidupan aku sebagai isteri, ibu dan guru....

Aku juga hairan dengan keadaan masyarakat zaman sekarang yang dianggap terlalu moden sehingga terlalu mudah membunuh dan membuang bayi yang tidak berdosa....setiap kali aku membaca akhbar atau menonton berita di televisyen, isu membuang bayi sering berlaku....dan setiap kali itu juga aku berharap agar mereka yang tidak bertanggungjawab itu membuang bayi di hadapan rumah aku....ye, sampai begitu sekali....dan aku juga tidak segan untuk menitiskan airmata apabila melihat kanak-kanak didera sama ada oleh ibu bapa sendiri ataupun orang gaji....aku membayangkan seandainya kanak-kanak itu ada pertalian dengan hidup aku....inikah yang dinamakan masyarakat bertamadun? TIDAK!!! sedangkan aku yakin haiwan lebih bertamadun daripada mereka-mereka yang tidak berperikemanusiaan ini.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat