'Pelajar Tampar Muka Cikgu'
"Jika saya tak mahu keluar, awak hendak buat apa?". Itu jawapan biadab seorang pelajar tingkatan 4 kepada guru sebuah sekolah menengah di sini, yang mengarahkan dia dan dua lagi rakannya keluar kelas. Lebih mengejutkan lagi apabila pelajar berusia 16 tahun itu menampar pipi gurunya yang berusia 28 tahun.
Dalam kejadian 12.45 tengahari Selasa lalu, pelajar terbabit bersama dua rakannya memasuki sebuah kelas ketika guru wanita berkenaan sedang mengajar. Tanpa menghormati guru berkenaan dan mempedulikan pelajar lain, mereka membuat bising sebelum guru terbabit mengarahkan mereka keluar dari kelasnya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat, berkata apabila arahan berkenaan tidak diendahkan, guru berkenaan menampar pipi salah seorang pelajar terbabit sebelum dia membalasnya. Malah, salah seorang pelajar kumpulan itu bertindak ganas apabila membaling kerusi plastik ke arah guru berkenaan tetapi dia berjaya mengelak.
Menurutnya, sehari selepas kejadian itu, pelajar yang menampar guru berkenaan dibawa ahli keluarganya menyerah diri kepada polis dan bermalam di lokap selama sehari sebelum dijamin bapanya keesokannya.
*** Persoalannya, siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Adakah salah pihak Kementerian Pendidikan yang terlalu memanjakan pelajar hingga langsung tidak boleh disentuh? Adakah salah guru tersebut kerana mula-mula bertindak menampar pelajar tersebut? Atau adakah salah ibu bapa kerana tidak pandai mendidik dan menjaga anak-anak? Atau salah pelajar itu sendiri yang merasakan dirinya tersangat hebat hingga semua orang takut dan tunduk kepadanya?
Tepuk dada, tanya iman...

No comments:
Post a Comment