Post kali ini agak sensitif dan aku dah memikirkan semasak-masaknya untuk menulis tentang hal ini...bukan untuk mengaibkan sesiapa, jauh sekali untuk mengutuk yang empunya diri...ianya sekadar untuk renungan kita bersama (jika ada yang membaca belog ini lah...)
Lebih kurang sebulan yang lepas, aku telah diberitahu mengenai berita seorang cousin aku diserang 1 penyakit kulit...sebenarnya aku dapat tahu apabila seorang lagi cousin aku telah meng'update' hal ini dalam FB nya...jadi untuk ketahui hal selebihnya, aku bertanya kepada kakakku...
Apa yang diberitahu sangatlah mengejutkan...ye, keadaan cousin aku agak teruk...dia masih muda (umur lebih kurang 21 or 22 tahun)...aku diberitahu keadaan badannya seperti melecur akibat terbakar...hal itu berlaku terlalu cepat kerana mereka nyatakan baru seminggu sebelum tu dia sihat walafiat...aku tak dapat bayangkan bagaimana keadaannya...sedangkan sebelum ni dia memang sangat cantik (bagi aku)...kulit putih, licin, tinggi, kurus...
Aku turut diberitahu sudah banyak tempat yang dia dan keluarganya pergi untuk berubat dan mereka sering diberitahu bahawa cousin aku telah terkena 'buatan orang'...betul atau tidak, Wallahualam...hanya Allah yang lebih tahu...
Aku akui dia memang agak sosial 1 masa dulu...lagi-lagi masa bersekolah dan selepas tamat sekolah...dengan muka yang cantik, ramai lelaki yang mula mendekatinya...aku cuma kenal seorang saja boyfriend dia yang bertahan agak lama dengannya...tapi sekarang dah tak berkawan lagi...terlalu banyak versi dan tuduhan yang aku dengar tentang dia...tapi aku hanya mendengar dan tak ambil pusing...yelah aku pun bukan rapat sangat dengan cousin aku ni...
Namun bila berlaku hal ini, orang mula bercakap yang bukan-bukan...mula mengaitkannya dengan sikapnya yang lalu...tapi apa yang aku lihat sejak umurnya meningkat ke alam belia dan bekerja di tempat yang agak ok, sikapnya sudah mula menunjukkan perubahan...sudah agak kurang bersosial...apa yang aku suka dengan dia adalah walaupun dia sibuk dengan dunia ciptaannya, dia tetap hormat kepada orang yang lebih tua (terutama saudara maranya)...itu yang buat aku senang bila berbual dengannya...
Jadi bila mendapat tahu tentang penyakit yang menimpanya, aku rasa agak sedih dan risau...aku ingin balik ke Johor tapi dengan keadaan yang agak sibuk dan tiada cuti, aku terpaksa bersabar dulu...InsyaAllah bulan depan aku akan balik...aku harap aku masih sempat... :(
aku cakap macam ni sebab berita terbaru yang aku dengar, keadaannya makin teruk dan agak kritikal...aku tetap berdoa semoga kesihatannya kembali stabil dan dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik...
Hal ini juga membuatkan aku terfikir tentang dosa-dosa yang pernah aku buat dulu...kejadian seperti ini membuatkan kita insaf dan cuba untuk berubah ke arah yang lebih baik...
* Untuk renungan bersama...

No comments:
Post a Comment