Hari ni aku nak bercerita sikit tentang asam garam dalam rumahtangga...bukan rumahtangga aku ye...dan aku juga bukan nak membuka aib sesiapa...cuma untuk dijadikan renungan buat pembaca belog aku (yang seketul dua itu) dan juga diri aku sendiri...
Ok...cerita ni dah agak lama juga diceritakan pada aku...tiba-tiba aku terasa nak share dalam belog ni...of course la nama si polan akan dirahsiakan...aku juga nak minta pendapat rakan-rakan yang lain (sama ada yang masih bujang atau yang dah kahwin) tentang hal ini...
Aku macam agak-agak lupa cerita dia macam mana...heheh...tapi lebih kurang macam nilah...si isteri ni dapat tahu si suami ada terjumpa dengan ex-gf (sebenarnya diorang tak pernah couple pun...kira minat-minat macam tulah) di suatu tempat...kira terrrrjumpa la...bukan sengaja nak jumpa ye...yang jadi masalahnya adalah si isteri ni tahu hal tu daripada ex-gf si suami ni tadi...bukan dari mulut si suami tu sendiri...si isteri ni kenal juga lah dengan ex-gf si suami ni...tapi si isteri yakin yang ex-gf si suami ni takde niat yang tak baik pun...cuma si isteri ni terlalu geram kerana si suami tak beritahu tentang hal keterrrrjumpaan mereka tu...
So bila dah mendapat maklumat tu, si isteri pun bertanyalah pada si suami...mulanya si suami menafikan yang dia ada terjumpa dengan ex-gf dia...tapi bila si isteri mula keluarkan bukti-bukti perbualan dia dengan ex-gf si suami barulah si suami mengaku yang dia ada terrrrrjumpa dengan ex-gf di satu tempat tanpa disengajakan...tapi si suami bertegang-tegang urat menyatakan yang ex-gf itu yang tegur dia dulu dan itu pun cuma sepatah dua sebelum masing-masing membawa haluan sendiri...
Si isteri ni pulak bukanlah nak cemburu tak tentu pasal...tapi dia agak kecewa sebab si suami memandang remeh hal tu...si suami nyatakan pada si isteri yang hal tu terlalu kecil dan atas sebab itulah dia tak bercerita dengan si isteri...dan si suami juga memarahi si isteri kerana masih berhubung dengan ex-gf dia lagi...si suami juga menyatakan yang ex-gf dia tu sengaja nak mengapi-apikan si isteri supaya bergaduh dengan si suami...
Ada lagi sebenarnya yang diceritakan tapi aku dah tak berapa ingat...at least main point semua aku dah cerita lah...mula-mula aku dengar dari mulut si isteri ni aku rasa si isteri yang bersalah sebab terlalu besar-besarkan hal yang kecik...tapi dari satu sudut pulak aku rasa si suami yang bersalah sebab terlalu memandang remeh hal-hal macam ni...yelah orang perempuan ni agak sensitif even benda tu nampak remeh...so pendek kata kedua-duanya ada buat salah...
Dan aku juga selalu ingatkan diri aku agar menanam sikap kejujuran dan kesetiaan dalam rumahtangga...dan jangan tak percaya, aku juga selalu mengingatkan incek hubby tentang hal ini...kiranya kami selalu jugalah buat sesi kaunseling (even sesi tak boleh dibuat dengan orang yang ada pertalian rapat dengan kita...hehe..)...dalam perkahwinan juga aku amat mementingkan komunikasi dengan pasangan...kalau pasangan kita sebelum ni agak kurang berkongsi tentang apa-apa perkara, kita cuba ajar mereka dengan berkongsi tentang hari-hari kita...insyaAllah lama-lama mereka akan terikut dan terbiasa untuk berkongsi apa-apa perkara pun ada kita...kita kena tunjukkan yang pasangan kita tu sangat penting dalam hidup kita dan hanya dia yang tahu tentang hari-hari kita...dia akan rasa dihargai dan secara tak langsung akan menghargai kita...insyaAllah...

No comments:
Post a Comment