Wednesday, April 7, 2010

* * SEPULUH * *



[1] Siapakah diri anda di rumah?

Seorang isteri kepada seorang suami yang 'serba boleh'. Seorang isteri yang keseorangan apabila suaminya melatih anak-anak muridnya bersukan setiap petang. Seorang isteri yang agak manja dan suka berkepit dengan suami. :P



[2] Siapakah diri anda disamping rakan?

Seorang yang suka membuat lawak bodoh, pendengar yang setia, kuat ketawa (kadang-kadang kalah cik pontianak), sedikit blur, baik hati, tak berkira, dsb. (terlalu banyak sampai malas nak taip :P)


[3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai

1. Inginkan anak sebagai pengikat kasih.
2. Rumah sendiri.
3. Menyambung pelajaran ke peringkat Master.
4. Boleh shopping hari-hari tanpa memikirkan tentang duit.
5. Duit dalam akaun bank tiap-tiap bulan 6 angka.



[4] Siapakah nama pasangan anda?

Mohd Zaimi bin Zainal



[5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda


1. Seorang yang sangat bertanggungjawab.
2. Seorang yang serba boleh.
3. Seorang yang sangat sedap mata memandang.
4. Seorang yang agak kelakar. (kurang sedikit dibandingkan dengan saya :P)
5. Seorang yang tak suka memaksa.



[6] Bila tarikh anda couple?

Tak berapa ingat tapi yang pasti semasa Semester 3 di UPSI. :)



[7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?

Ada juga...tapi dah dilupakan...yang tinggal hanya kenangan manis saja... :)



[8] Lagu tema cinta anda?

Lagu 'Bertakhta Di Hati' oleh Farahdhiya.
Sebab masa mula-mula bercinta lagu ni tengah meletup. tiap kali suami (yang masa tu masih bergelar pakwe) telefon, mesti lagu ni tengah berkumandang di radio. :P blushing!



[9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?

Ingin lihat dia sentiasa gembira apabila berada di samping saya dan lebih rajin menolong saya mengemas rumah. (Dia suka letak dan sidai baju yang telah dipakai di sofa sampai penuh):P



[10] Pesanan
Kalau rajin silalah cerita pula tentang diri anda. :)




Tataaaa..... (",)

2 comments:

  1. hahaha.. apa laa encik suami ko tu.. suka sidai baju kat situ..! apsal ko tak libas pale dia..? hahaha takut masuk neraka ek.. hhehehe

    ReplyDelete
  2. hahaha...yela nox...panas tau neraka tu...drpd masuk neraka baik aku kutip sambil bebel2 sikit jek...pastu die tersengih2 wat muke comel die tuh....cmne la nk marah kn....hahaha...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat