Friday, April 23, 2010

~ Migrain ~

Entri kali ni aku nak bercerita sikit tentang penyakit MIGRAIN...

kenapa???

sebab ianya ada berkaitan dengan diri aku...agak rapat... :)





Aku mula disahkan (oleh doktor) mengalami Migrain kalau tak salah aku pada awal tahun 2009...waktu tu aku mengajar di SMK Chanis, Muadzam Shah, Pahang...dengan keadaan aku yang keseorangan di sana (incek huby posting di Lipis), aku mengharungi hari-hari yang agak sukar bersendirian...namun Alhamdulillah, aku berjaya juga...agak lama juga aku tak mengalami sakit ini tapi ia kembali semula baru-baru ni...dan ianya amat tidak menyenangkan... :(



Di sini aku nak jelaskan sikit apa itu Migrain...



Migrain ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia di otak...perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala dan diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening...(maka jangan perasan anda pregnant ye puan diela)...hehe...



Migrain juga dikenali sebagai 'vascular headache'...kebiasaannya penghidap akan berasa sakit atau berdenyut hanya pada sebelah kepala saja dan lama kelamaan pada kedua-dua belah...pada tahap yang teruk, migrain boleh menyebabkan rasa pening (nausea), muntah, cirit-birit dan juga sensitif pada cahaya dan bunyi...ia juga kadangkala menimbulkan kesan pada pandangan dan menimbulkan satu fenomena pada pemandangan yang dipanggil aura...



Migrain juga merupakan sejenis penyakit keturunan dan mempunyai kecenderungan untuk berulang...wanita mempunyai kecenderungan menghidap migrain yang lebih tinggi berbanding lelaki iaitu 75%, kebiasaan sebelum haid dan selepas menopaus...



Sebenarnya banyak lagi nak cerita tentang migrain ni tapi disebabkan sekarang pun aku tengah mengalaminya, maka tak laratla nak menaip banyak-banyak...tengok pc lama-lama pun dah mula berpinar-pinar...apa pun aku masih di peringkat awal yang tak teruk...cuma bila aku diserang migrain, aku hanya perlukan rehat yang cukup dan tak terlalu terdedah dengan cahaya matahari...dan tak lupa juga perlu bergantung pada ubat migrain...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat