Baru-baru ni eG-Tukar atau bahasa mudahnya Permohonan Pertukaran Sekolah
dah pun dibuka mula pada 1 April sampailah 25 April nanti...cikgu-cikgi yang rasa nak bertukar angin boleh memohon secara online sama ada untuk pertukaran antara negeri, antara daerah atau pun dalam daerah...
Dipendekkan cerita, aku pun ada apply untuk pertukaran sekolah...cikgu-cikgi lain semua sedia maklum aku setiap hari berulang dari rumah yang jauhnya lebih 40 km...so diorang sangat faham kenapa aku apply tukar sekolah...walaupun aku dah sayangkan sekolah ni, tapi aku cuba juga untuk tukar...sebenarnya, alasan yang paling utama aku apply pertukaran ni adalah disebabkan dah mula tak ngam dengan rakan sekerja (kaunselor juga)...yelah macam mana nak buat kerja kalau dah tak bertegur sapa...program pun susah nak berjalan...jadi itu menguatkan lagi hati aku untuk bertukar ke sekolah lain....
TAPI....!!!!
Ada tapi nya...pada 2 minggu lepas aku terserempak dengan Haji Majid (Kaunselor SMK Seri Lipis) yang mana beliau mengajar di sekolah yang aku mohon untuk bertukar...beliau menyatakan bahawa jumlah pelajar di SMK Seri Lipis dah berkurang daripada 500 orang...maka barulah aku tahu kenapa permohonan aku pada hujung tahun lepas ditolak...kuota dah mencukupi...(nisbah 1 kaunselor : 500 pelajar dalam sesebuah sekolah)...
Bermula dari hari tu, aku dah mula rasa tawar hati nak apply untuk bertukar...sebab aku yakin keputusannya akan mendukacitakan...tapi, suamiku mendesak aku untuk mencuba memohon...mana tahu rezeki aku...aku masih lagi berfikir-fikir sama ada NAK ATAU TAKNAK...
Haji Majid sendiri memujuk aku untuk mohon bertukar ke sekolah tu...sebab dia faham keadaan aku yang terpaksa memandu jauh...terima kasih pada yang memahami... :)
Pada masa dan tarikh post ini dipublishkan, aku dah pun siap mengisi borang online dalam eG-Tukar...pilihan pertama SMK Seri Lipis, kedua SMK Padang Tengku dan ketiga SMK Setia Wangsa (sekolah suamiku...hehe)...aku dah pun submit...cuma tinggal untuk print 4 salinan dan serah kepada Pengetua untuk di'approve'kan...tapi masih lagi dalam pertimbangan....takpe tarikh tutup 25 April...masih ada banyak masa untuk buat keputusan...tapi mengikut firasat dan naluri aku, aku rasa agak malas dan berat hati nak hantar permohonan ni...biasanya kalau ada rasa macam tu memang keputusannya negatif...tapi tak salah untuk mencuba kan....
Ye...!!! aku akan terus mencuba...apa guna terus bekerja di sini tapi hati tak gembira dan tak ada kepuasan bekerja...aku perlu keluar dari sekolah ni...itu sebenarnya yang aku nak...memang orang akan cakap kat mana-mana pun tetap ada masalah dan cabarannya...ye betul...memang aku tak nafikan...tapi sekurang-kurangnya aku boleh memulakan sesuatu yang baru dan menanam semangat baru...dan yang paling penting tak perlu lagi tengok muka 'dia' yang hari-hari moody tak tentu hala...orang tau katakan...emosi tak menentu...setakat ni apa yang perlu aku buat adalah bersabar dan bersabar....selagi termampu...insyaAllah...
"Ya Allah...kuatkanlah semangat aku untuk terus mengharungi liku-liku kehidupan ini...Amiiinnnn Ya Rabbal Alamiiinnnnn..."

No comments:
Post a Comment