Thursday, November 4, 2010

~ Kan dah terkena ~



Tangan gatal nak gak baca entri ABG BEN ni ha. penyudahnya, kan dah kena! padan muka diri sendiri. tapi ok gak ape. sementara takde keje ni bolehla melayan 25 soklan yang senang seciput nih.



Soklannya adalah jeng jeng jeng...



1. Nama penuh Nooradila bt M. Yusof (nama kosong taknak?)

2. Tarikh lahir baru je lepas dalam seminggu gitu. kira sendiri la. huhu.

 3. Status double. bile la nak jadi triple plak ni.

4. Kerjaya meng-kaunselingkan manusia-manusia yang ingin berubah. yang taknak berubah, sila jangan jumpa saya.

 5. Tempat-tempat belajar banyak. yang paling awal kat Tadika KEMAS Taman Indah Jaya Kluang, Johor. yang paling latest kat UPSI.

6. Hobi menulis blog, ber-fesbuk, tengok TV sambil terbongkang atas sofa.

7. Seorang yang pendiam. tapi bila dah mula bercakap susah nak stop.

8. Artis? Tak pasti. sebab rasa diri sendiri adalah artis. ;D

9. Dulu pernah ketagih dengan Vanilla Coke. tapi setelah di-brain-wash oleh incek hubby, berjaya hilangkan ketagihan. kadang-kadang curi minum gak.

10. Suka lepak kat rumah je. layan TV lagi bagus.

11. Benci orang yang merokok. kalo curi-curi merokok lagila tak suke!

12. Dulu tak tau ape-ape pasal kereta. pas kawin dengan orang yang gila kereta, tengok dari jauh dah tau kereta ape. hebat tak? hehe.

13. Tak kisah dapat anak berapa. anak kan rezeki. nak dapat sorang pun kemain la susah.

14. Tak stick pada satu-satu kaler. bukan ke warna-warni itu menceriakan?

15. Kampung kat Johor. kawin dengan orang Pahang, maka sebagai isteri solehah kena la ikut sang suami. uhuk.



Banyak lagi sebenonya. tapi macam dah tak larat nak menjawab. setakat ni jela yang mampu. jom kita tengok sape lagi yang terkena! 



1 comment:

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat