Hai again.
Ye, mereka masih belum nampak lagi. nampak ape? mereka masih belum nampak siapa diri mereka dan di mana mereka berada untuk 5 atau 10 tahun akan datang. sebab tulah mereka bersikap dan berperangai seperti sekarang. kalau mereka tau, mungkin dah lama mereka berubah.
Mereka tu siapa? siapa-siapa saja boleh jadi 'mereka' itu. kamu, kamu atau kamu. ye, kamu yang toleh kiri dan kanan tu. saya bercakap sama kamu la. erkkk malu sudah.
Ok, fokus. 'mereka' yang aku maksudkan dalam entri ni adalah pelajar-pelajar yang masih bersekolah sekarang. atau lebih khusus lagi, pelajar sekolah aku. ape yang aku nampak, sikap dan perangai kebanyakan daripada mereka sekarang ni tak menggambarkan sebagai seorang pelajar. nawaitu datang ke sekolah dah tersasar.
Bila ditanya, rata-rata terdiam langsung tak tau nak cakap apa. ye, dah pasti niat mereka datang ke sekolah untuk berjumpa dengan kawan-kawan. dan berjimba-jimba jika tiada cikgu di kelas. tak perlu tanya dah tau jawapan mereka. mereka datang ke sekolah kerana disuruh oleh ibu bapa. itupun setelah dipaksa, dimarah, dirotan, dicubit. kalau tak, tidur di rumah itu lebih menyeronokkan.
Ye, mungkin mereka masih belum nampak lagi di mana mereka 5 tahun akan datang. siapa diri mereka 10 tahun kelak. tapi takkan nak tunggu hingga 5 atau 10 tahun lagi baru nak sedar? bukan ke masa tu dah agak terlewat? jadi, siapa yang perlu menyedarkan mereka-mereka itu untuk berubah sebelum terlambat? aku kah? mereka kah? ibu bapa mereka kah?
Semuanya perlu memainkan peranan masing-masing. di sekolah, aku dan guru-guru lain tak putus-putus beri sokongan moral dan motivasi untuk menyedarkan mereka betapa pentingnya pendidikan ini. proses pembelajaran tidak terhenti setakat SPM ataupun STPM. ianya berterusan hingga ke liang lahad. di rumah pula, tugas itu disambung semula oleh ibu bapa. bukan ke ibu bapa yang perlu mencorakkan hidup anak sejak mereka kecil lagi?
Oh, di atas itu cuma sokongan luar. yang paling penting adalah diri sendiri. jika diri sendiri ingin berubah, pasti boleh. cuma nak dengan taknak je. sekuat mana pun sokongan luar diberikan, jika diri sendiri menolak, memang takkan ke mana. jadi, tepuk dada, tanya iman. dah tak boleh tanya selera lagi.
Sekarang ni, tugas aku adalah terus memberikan sokongan dan kesedaran kepada mereka-mereka yang dimaksudkan. perkara yang wajib dibincangkan dah semestinya berkaitan hala tuju mereka selepas persekolahan. biar mereka fikir dan renungkan di mana mereka ingin berada pada 5 aau 10 tahun akan datang. masih di kampung kah? atau sedang menuntut ilmu di menara gading? itu mereka yang tentukan.
Kalau masih tak nampak lagi, pegi kedai cermin mata, cek mata. maybe kena pakai spek kaca 5 inci tebal. ataupun hantuk kepala kat dinding dan tanya dinding tu kenapa la aku ni lembab sangat. mungkin akan timbul kesedaran di situ. *ibu bapa dilarang meniru aksi ini.
* Kadang-kadang habis cara nak bantu 'mereka'.
No comments:
Post a Comment