Tuesday, April 13, 2010

~ Kenari vs Kancil ~



Hari ni pagi-pagi lagi dah ada orang ajak berlumba...
masuk hari ni dah 2 hari aku terserempak dengan minah Kancil ni yang bawak kereta macam pelesit...aku tak pasti sama ada dia dah nak terberak sangat or nak test power Kancil dia tu...
aku sebenarnya agak sedikit terbakar gakla dengan aksi minah tu yang agak mencabar aku...tapi aku taklah sebodoh minah tu nak ajak berlumba dalam kawasan kampung...aku yakin dia bukan fikir semua tu...yang dia tau selagi dia boleh tekan pedal minyak dia akan tekan...aku dah jumpa banyak orang yang macam ni...terutama perempuan la...even aku sendiri perempuan... :)




Yang buat aku sedikit hangin bila dia dengan selamba memotong kereta di corner lap dan jalan berbukit...tak ke bangang namanya tu...??? banyak kali gak aku berdoa biar ada kereta dari depan sondol kereta dia...tapi hampa...bukan apa, orang jenis macam ni cuma akan rasa takut dan lebih berhati-hati bila hampir-hampir accident (atau bahasa kasarnya hampir mampus)...kadang-kadang aku rasa dia terlupa yang dia hanya memandu sebuah kereta Kancil...ye Kancil yang comel itu...tiap kali dia memotong kereta lain aku nampak keretanya dah mula melayang-layang...anytime boleh terbalik...tapi aku yakin dia tak sedar semua tu...




Pernah juga aku mengalami peristiwa yang juga melibatkan driver perempuan...dengan selamba dan konfiden melebihi 200%, beliau keluar simpang tanpa bagi signal sedangkan beliau dah nampak dengan jelas kereta aku yang tengah laju...tapi beliau kan bangang...dahlah keluar sesuka hati, lepas tu drive slow motion sampai kereta aku hampir menyondol kereta beliau...ikutkan hati memang aku nk sondol je tapi bila fikir-fikir balik kang aku yang dipersalahkan sedangkan sebaliknya...




Walaupun aku perempuan, tapi aku berani katakan yang perempuan memang agak kurang berhemah di jalan raya...mereka ada lesen yang sah...mereka juga belajar memandu daripada pengajar yang sah dan expert...mula-mula drive mereka akan takut-takut...tapi bila dah terer sikit, mereka mula tunjuk lagak mereka sampaikan kadang-kadang driver lelaki pun takut dengan mereka...bukan takut dengan mereka tapi takut terlanggar mereka yang drive ikut suka hati mak bapak mereka...




Mungkin esok aku akan terjumpa lagi minah Kancil tu...dan seperti hari ni dan semalam, aku akan biarkan dia memotong kereta aku...apa guna aku layan kalau nanti diri sendiri yang susah...aku ada orang aku sayang dan menyayangi aku...aku sentiasa ingat pesanan orang yang aku sayang...biar tak laju, asalkan aku tak langgar orang (pepatah baru)...





*moral : biar kereta kecik, jangan otak kecik...


2 comments:

  1. hahahha.. kenari ko takkan berdiam diri sahaja..?? ayoyoyo.. drift laa sket.. cuba tgk apa itu kancil buat..??

    ReplyDelete
  2. hahah...laju dol die bwk...mcm x ingat mampus....aku try gak tekan tp dh melambung2 dh...apatah lgla kancil die tu...dhla yg 660...aku rs die kat dlm pun tudung dh terbalik agaknye sbb melambung2....hahahaha...bkn x leh nk layan tp aku takut langgar anak org...ramai bdk bwk moto pg skola....naya jek....tp kalo aku jmpe die lg pasni aku nk try layan gak ar....hahahaha....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat