Showing posts with label BEN ASHAARI. Show all posts
Showing posts with label BEN ASHAARI. Show all posts

Thursday, May 19, 2011

Al-Fatihah buat Arwah Telordibasuh

Salam.



Tadi jalan-jalan kat blog Abang Ben. tersentap jap bila terbaca entri pasal kematian blogger Telordibasuh. dengar cite arwah dah beberapa hari terlantar di ICU sebab asma. arwah kerap gak tinggalkan jejak kat shoutbox blog me ni. cuma lately ni dah jarang dia masuk sini. me pun sampai terlupa nak jenguk blog arwah. blog dia memang sangat best. simple dan lawak.



Pasni kami semua akan merindui coretan dari Telordibasuh. setiap yang hidup pasti akan merasai mati. semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. aminnn.



Al-Fatihah. =(





Saturday, January 22, 2011

JOM GEGAR BLOG!



Salam sume.



Jom kita gegar.
Gegar apa?

Nak tau?

 Jom ramai-ramai klik sini >> Ben Ashaari



Thursday, November 4, 2010

~ Kan dah terkena ~



Tangan gatal nak gak baca entri ABG BEN ni ha. penyudahnya, kan dah kena! padan muka diri sendiri. tapi ok gak ape. sementara takde keje ni bolehla melayan 25 soklan yang senang seciput nih.



Soklannya adalah jeng jeng jeng...



1. Nama penuh Nooradila bt M. Yusof (nama kosong taknak?)

2. Tarikh lahir baru je lepas dalam seminggu gitu. kira sendiri la. huhu.

 3. Status double. bile la nak jadi triple plak ni.

4. Kerjaya meng-kaunselingkan manusia-manusia yang ingin berubah. yang taknak berubah, sila jangan jumpa saya.

 5. Tempat-tempat belajar banyak. yang paling awal kat Tadika KEMAS Taman Indah Jaya Kluang, Johor. yang paling latest kat UPSI.

6. Hobi menulis blog, ber-fesbuk, tengok TV sambil terbongkang atas sofa.

7. Seorang yang pendiam. tapi bila dah mula bercakap susah nak stop.

8. Artis? Tak pasti. sebab rasa diri sendiri adalah artis. ;D

9. Dulu pernah ketagih dengan Vanilla Coke. tapi setelah di-brain-wash oleh incek hubby, berjaya hilangkan ketagihan. kadang-kadang curi minum gak.

10. Suka lepak kat rumah je. layan TV lagi bagus.

11. Benci orang yang merokok. kalo curi-curi merokok lagila tak suke!

12. Dulu tak tau ape-ape pasal kereta. pas kawin dengan orang yang gila kereta, tengok dari jauh dah tau kereta ape. hebat tak? hehe.

13. Tak kisah dapat anak berapa. anak kan rezeki. nak dapat sorang pun kemain la susah.

14. Tak stick pada satu-satu kaler. bukan ke warna-warni itu menceriakan?

15. Kampung kat Johor. kawin dengan orang Pahang, maka sebagai isteri solehah kena la ikut sang suami. uhuk.



Banyak lagi sebenonya. tapi macam dah tak larat nak menjawab. setakat ni jela yang mampu. jom kita tengok sape lagi yang terkena! 



Monday, August 16, 2010

BLOG LIST BEN ASHAARI








Salam abang ben. nak buat rombakan kabinet lagi yek. hehe. ok dah semestinya saya pun nak join gak. 




 Kalo ade kekosongan lagi, saya nak masuk dalam kategori 
PERSONAL.




Terima kasih banyak-banyak abang ben! ;)




Tuesday, July 27, 2010

~ JELAJAH BLOG RAMADHAN '1431~




Assalamualaikum dan salam perpaduan.




Saya tertarik untuk menyertai Jelajah Blog Ramadhan '1431 kelolaan Ben Ashaari ni antara salah satu sebabnya adalah untuk menambah kenalan dan secara tak langsung mempromosikan blog yang tak seberapa ni. harap anda anda semua terhibur. ;)




Pertama-tamanya, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak '1431 kepada semua umat Islam amnya, dan blogger-blogger khasnya. Ramadhan bakal menjelma lebih kurang 2 minggu lagi. Jadi, macam mana dengan persiapan kamu kamu semua? Saya yakin semuanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah.




Ok, raya pada kali ini saya tak pasti lagi sama ada nak buat open house atau pun tidak. Almaklumlah, rumah pun tak semegah mana. Tapi, saya sangat-sangat mengalu-alukan kedatangan kamu kamu semua untuk memeriahkan hari raya saya. Dan InsyaAllah, pastinya kedatangan tetamu-tetamu nanti akan diserikan dengan hidangan lauk-pauk dan kuih-muih sama ada yang hand-made atau tunjuk-tunjuk. ;P




Ini antara menu yang biasanya dihidangkan.


Nasi Impit daripada Hanieliza


Kuah Kacang daripada  Mama Fami


Rendang Ayam daripada Mama Sya


Kuah Lodeh daripada Kembara Qolbi




Ok, perfect. Biasanya memang hidangan inilah yang jadi menu utama masa Hari Raya Puasa setiap tahun. Kalau takde salah satu daripada menu di atas, memang tak sah. Jadi, sehari sebelum raya saya, kakak dan adik sama-sama bergotong-royong membantu mak di dapur. Masakan mak memang marvellous!!! Hingga menjilat jari. Jadi, nak fikir apa lagi, tak teringin ke nak merasa masakan saya dan mak saya? ;)




 Oh, dah tentu-tentu duit raya akan disediakan untuk anak-anak pembaca sekalian. Bukan ke itu dah jadi amalan. Dan untuk mak pak nya saya beri ini  sebagai cenderahati. Dah menjadi budaya kami untuk melayan tetamu dengan sebaik-baik layanan. InsyaAllah, kamu kamu semua takkan serik untuk bertandang ke rumah saya lagi. ;)




*Ribuan terima kasih kepada Abg Ben Ashaari atas program jelajah ini. ;) 


Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat