Showing posts with label PELAJAR. Show all posts
Showing posts with label PELAJAR. Show all posts

Thursday, March 22, 2012

Jangan dikenang

Keputusan SPM tahun 2011 dah pun diumumkan. Ada yang gembira, ada yang menyesal tak sudah sebab dulu malas belajar. Tapi apa yang nak disesalkan. Semuanya dah pun berlalu. Apa yang boleh dibuat sambung pelajaran ke peringkat seterusnya dan buat lebih baik untuk tebus balik kegagalan kali ni.



Masa tengok budak-budak ambil keputusan semalam, automatik saya teringat kenangan saya dulu. Walaupun dah macam kabur-kabur sikit tapi masih ingatlah perasaan dan apa yang berlaku.



Dulu saya memang bukan budak pandai. Jauh sekali nak dapat title "Pelajar Target Sekolah". Keputusan yang saya dapat memang setimpal la dengan usaha yang saya buat. Sekali suruh, sekali buat. Serius saya tak mengharap apa-apa pun masa nak ambil keputusan SPM tu. Macam ambil sikap tak kisah je.



Datang dengan kawan-kawan sekepala yang sama-sama tak betul. Dapat slip keputusan je saya terus simpan dalam beg. Sebab dah dapat agak keputusan tak ok. Sampaikan cikgu pun macam terkejut sikit sebab saya macam nak cepat je. Sebenarnya saya malu kalau kawan-kawan lain nampak keputusan saya yang hmmm susah nak cakap. Hehe.



Bila dah berjalan balik tu barulah berani tengok sikit-sikit keputusan saya. Tu pun nyorok dari kawan-kawan. First thing yang saya tengok adalah keputusan Matematik. Terus rasa teruja sebab tak sangka boleh dapat A. Sebab sebelum ni saya antara yang lemah Matematik. Tapi hasil usaha buat latihan bertubi-tubi masa nak dekat exam akhirnya membuahkan hasil. Alhamdulillah.



Subjek teras yang lain pun dapat keputusan ok. Cuma subjek sains yang tak berapa nak ok. Tapi memang saya dah agak. Sebab dulu saya malas. Belajar pun main-main. Asyik berseronok dengan kawan-kawan je. Tapi seingat saya masa ni saya belum rasa menyesal lagi. Masih lagi dengan dunia sendiri berhibur dengan kawan-kawan.


Saya mula rasa menyesal sebab tak belajar rajin-rajin bila sorang demi sorang kawan saya dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti. Saya tak dapat. Masa tu kita boleh cek sama ada kita berjaya ke tak melalui telefon je. Tepat pukul 12 tengah malam saya call hotline upu. Kedengaran suara operator lebih kurang macam nilah,



"Dukacita dimaklumkan bahawa anda tidak layak bla bla bla bla....."



Masa ni memang saya kecewa habis. Terlupa sekejap yang keputusan saya tu memang tak ok. Macam mana nak dapat. Masa ni kalau tak silap saya ada berkawan dengan someone. Sama sekolah. Dia dapat keputusan ok dan dapat melanjutkan pelajaran ke UTM Kuala Lumpur. Saya tumpang gembira untuk dia. Tapi dalam hati frust juga.



Yang buat saya bertambah frust bila dia cakap kat saya nak putuskan hubungan yang masih hijau tu. Kitorang takdelah bercinta bagai nak rak. Tapi kiranya masa tu dialah satu-satunya lelaki yang rapat dengan saya. Puas saya tanya kenapa nak break off. Alasan dia mudah je. Sebab lepas ni dia dah jauh. Dia taknak terikat dengan sape-sape. Masa tu saya rasa dia jahat sangat. Tapi bila saya dah makin dewasa baru saya sedar memang itulah keputusan yang terbaik untuk saya dan dia. Yelah, baik dia putuskan masa tu daripada kemudian hari dia curang dengan saya. Lagi haru.



Beberapa minggu jugalah saya kecewa sebab tak dapat masuk Universiti. Sampai satu masa saya rasa bersemangat nak belajar lagi. Saya apply masuk Tingkatan 6. Daripada aliran Sains saya tukar ke aliran Sastera. Masa Tingkatan 6 memang saya dah nekad nak tebus balik kegagalan saya masa SPM dulu. Alhamdulillah saya berjaya. Dapat pointer antara yang tertinggi juga. Kawan baik saya pun sama. Memang gembira sangat masa tu.



Sekarang, bila saya tengok budak-budak yang malas belajar, saya terbayang diri saya waktu dulu. Kalaulah boleh ditayangkan video kehidupan saya dulu pada diorang ni, agaknya baru diorang nak rajin belajar. Tu pun kalau ada kesedaran. Saya kerap cerita pada diorang pasal pengalaman saya masa belajar dulu. Tujuannya nak bagi kesedaran supaya diorang tak menyesal kemudian hari.



Bila bergelar pendidik barulah saya faham macam mana perasaan cikgu saya dulu bila pelajarnya malas dan taknak belajar. Rasa sedih, marah, sakit hati dan buntu menguasai diri. Sampaikan dah tak tau nak buat macam mana lagi. Akhirnya terpaksa membiarkan dan berdoa semoga dia mendapat kesedaran. Cepat atau lambat hanya dia yang boleh pilih.



Alhamdulillah nasib baik saya tersedar awal. Kalau tak agaknya saya tak berjaya macam sekarang ni. Bila jumpa balik kawan-kawan lama takdelah segan nak bercerita kan. Hehe. Kawan-kawan baik saya dulu pun sekarang dah berjaya.



Sebab tu kalau orang bercerita pasal pengalaman SPM memang saya taknak ingat dan takkan kongsi. Saya rasa kehidupan saya bermula daripada STPM. Di situlah saya mula jadi MANUSIA yang lebih baik dari sebelumnya. Masa tu juga saya mula jumpa siapa diri saya yang sebenarnya. =)



Wednesday, February 1, 2012

Kenangan Sekolah ;)


Salam u alls. =)



Malam semalam masa tengah amik mood nak tido tetiba teringat kisah-kisah masa zaman sekolah dulu. pastu aku tergelak sorang-sorang. hubby belek muka aku. dia ingat aku mengigau. hehehe.



Zaman sekolah rendah aku dah tak berapa ingat sangat. cuma yang aku ingat masa darjah 1 dan 2 mak aku rajin datang sekolah masa rehat. jarak dari rumah ke sekolah agak jauh gaklah. mak aku datang semata-mata nak tengok aku makan ke tak. yela dulu aku ni pemalu mengalahkan daun semalu. sekarang pun. ;P



Kadang-kadang aku tak tau pun mak aku datang. sedar-sedar je dia dah ada kat sebelah. rupanya dia skodeng aku dari jauh. nak tengok aku pandai beli makanan kat kantin tak. huhuhu. bila nampak mak terus malu-malu kucing. hishhh!



Masa tu tak terfikir pun pengorbanan mak penat datang ke sekolah. bila teringat balik sekarang ni barulah rasa terharu sangat. rasa menyesal jadi nakal dulu. tak dengar cakap. ;(



Naik sekolah menengah lagilah macam-macam ragam aku. bangga kononnya dapat masuk sekolah hebat. tapi perangai sendiri lagi hebat! masa lower form masih belum panas enjin. junior lagipun. so muka pun nerd je. tudung kemain labuh. cakap pun dengar tak dengar. muka comel suci murni. sekarang pun. ;P



TAPIIIII naik je upper form, setan mula mainkan peranan. ceh! ko salahkan setan plak. padahal diri sendiri tak kuat iman. huhu. form 4 aku dah mula panaskan enjin. dapat plak geng yang sama-sama bengong. masa tu sape tak kenal aku 3 sekawan ni. kemana-mana berkepit je. buat lawak pun kitorang je yang paham. orang lain terpinga-pinga. hahaha.



Ada hari-hari tertentu (biasanya hari ada Add Math), orang lain naik bukit nak pegi sekolah. kitorang plak pas mak ayah anta, tunggu geng pastu sama-sama turun bukit nak ponteng sekolah. memang gamble gila masa tu. pastu buat-buat buka buku kononnya nak pegi fotostat kat kedai bawah. padahal pagi-pagi buta mana ada kedai bukak! ;D



Masa tu tak terfikir pun apa orang lain cakap. lantaklah. yang penting tak kantoi. pastu round satu bandar Kluang tu tanpa arah tujuan. bila dah tengahari, tengok dari jauh berduyun-duyun budak pakai uniform sekolah dah mula balik, kitorang pun naik bas balik rumah. balik-balik cari nasi kononnya penat belajar seharian. puiiii!



Pernah sekali tu kitorang ponteng agak lewat. sekolah aku betul-betul sebelah masjid. so ada pintu yang menghubungkan sekolah dan masjid. masa tu macam dah siang sikit dalam pukul 10 gitu. aku pun tak ingat apasal kitorang nak sangat memonteng masa tu. zuupppp!(sound effect setelah dilajukan) dah selamat keluar dari sekolah.



Nak dijadikan cerita ni lebih menarik, masa kitorang turun bukit sambil bergelak ketawa kononnya hebat melepaskan diri dari pak guard, tetiba ada sebiji kete ni lalu ke arah bertentangan. yang kitorang pun terus senyap sambil mata khusyuk tengok sape orang dalam kete tu. cam punya cam rupanya cikgu disiplin kitorang!!! hahaha. masa ni masing-masing muka cover. dah macam kambing gayanya. pastu ternampaklah cikgu disiplin ni tunjukkan jari telunjuknya sambil digoyang-goyangkan. alaa ibaratnya dia cakap 'siap korang!'.



Kitorang masa ni dah redha jelah. tunggu je dia bentikan kete. tapi yang peliknya dia terusss je. kitorang pun terussss je turun bukit. macam takde apa-apa berlaku. pelik! masing-masing tengok muka member. pastu gelak. sengal kan? masa tu takde pun fikir nak patah balik masuk sekolah. selamba badak je teruskan misi memonteng.



Esoknya kitorang dah get ready kalo kena panggil masuk bilik disiplin. tunggu punya tunggu takde pun. aikk pelik! takkan lepas gitu je kot? tapi hakikatnya memang kitorang terlepas. hahaha. tenkiu cikgu oja! actually nama cikgu tu rozali. tapi sukati kitorang je panggil cikgu oja. bagus kan?!



Ada lagi 1 kes, GPK HEM kalo tak silap aku masuk kelas nak cek buku tulis. masa tu kitorang dah diarahkan untuk bawak sume buku tulis untuk disemak. tah macam mana adalah beberapa makhluk ni tak cukup buku tulis. termasuk akulah! nah amik ko serotan sorang kat tangan. pas dah kena rotan ingatkan insaf. rupanya masing-masing bangga sambil tunjuk bekas birat kat tapak tangan kat member lain yang tak dapat. hampeh!



Bukan sekali tu je merasa rotan. ada sekali kes novel. aku sebenarnya tak terlibat pun dalam kes tu. cuma pernah ternampak novel yang diorang rebutkan tu. tak ingat tajuk. cuma yang aku dengar novel tu macam agak lucah sikit. tah camne kantoi dengan cikgu disiplin. masing-masing yang pernah baca kena rotan. yang siotnya sape yang pernah terrrtengok novel tu pun kena sekali. cisskek betul! dapatlah satu lagi tanda kat tangan. pastu bangga lagi. adoi!



Lagi satu kes, masa ni dah form 5 kalo tak silap. masa ni ada latihan rumah sukan. agaknya cikgu ni dah tau kitorang satu geng, so dia pecahkan kitorang ke rumah sukan yang berlainan. pehhh terbakar hati. dah namanya degil yang amat, kitorang pun selamba je daftar masuk rumah kuning tanpa rasa bersalah. bila cek nama takde. kitorang meyakinkan yang memang kitorang rumah kuning. kiranya masuk secara haramlah.



Itu satu hal. kalo dah duk satu rumah sukan tu patutnya semangatlah kan. ni tidak. latihan belah petang. sekali tu kitorang ponteng beramai-ramai. bajet dah hebat sangat takde sape nak marah. esoknya hambik ko! masa nak masuk makmal Fizik tetiba cikgu tu yang kebetulan cikgu rumah kuning tahan kat luar kelas. geng kitorang adalah dalam 5,6 orang yang jenis tak makan saman. dia sound gila-gila. memang takut gaklah masa tu. dalam pada gangster tu ada gaklah rasa takut kena tindakan.



Lepas daripada tu terus insaf jap. tiap kali latihan datang. yelah muka masing-masing dah kena mark. berani ke nak ponteng lagi. huhu.



Itu kes kat sekolah. yang kat tempat tiusyen ni belum cite lagi. serius aku cakap masa SPM memang aku belajar main-main. mak anta pegi tiusyen berbayar tapi aku belajar sambil lewa je. belajar pun mesti nak ada geng. kalo geng tak datang, semua tak datang. sampai cikgu tiusyen tu pun macam dah tak tau nak buat camne lagi kat kitorang. yelah diorang takkan marah punya sebab ko bayar kan.



Ada satu kejadian yang sampai sekarang masih jadi bualan wajib tiap kali aku jumpa balik dengan member-member lama. tiap kali bukak cite ni mesti ketawa sampai meleleh airmata. masa ni tengah tiusyen Math kalo tak silap. cikgu India lelaki yang ajar. geng kitorang duduk mesti sebelah tingkap. kelas kat tingkat 2 kat bandar Kluang.



Tengah khusyuk (konon) ni, tetiba member sebelah jerit sambil kepala jenguk kat tingkap. "eh, bapak fazi lah!". fazi ni member aku gak. pastu aku and the gang pun jenguk ramai-ramai kat tingkap tu. sekali tengok keling mana tah tengah naik moto. kitorang gelak macam nak terjun bangunan tu. padahal cikgu tengah mengajar kat depan. budak-budak lain pelik je tengok kitorang. sampai cikgu tu panggil "hello, hello girls. please sit down." kitorang bantai gak gelak sampai nak terkencing.



Masa ni kitorang salahkan member aku sorang ni yang saja menimbulkan kekecohan. alasan dia "aku boringlah. saja buat lawak sikit." hahaha. bagus kan?! masa tu gak aku perati muka budak-budak lain sangat menyampah dengan geng kitorang. sebab diorang tak boleh nak fokus belajar. bila ingat balik sekarang ish ish ish tak patut betul. sorila ye kawan-kawan. huhu.



Hmmm kalo nak ditaip semua kejadian-kejadian lucu, manis, pahit semua rasanya patblas muka surat pun belum tentu abis. rasanya setakat tu dululah aku buka pekung di dada. nanti bila ada pekung lagi aku buka lagi. hahahha.



Ok bai! =)



Thursday, May 19, 2011

Cerita sebelum blackout

Salam. morning kawan-kawan sekelian alam. ada sihat?



Semalam dapat notis bagitau hari ni akan blackout dari pagi sampai petang. tak taulah pasal ape. kat sekolah aku ni memang gitulah selalu. bosan asyik blackout je. nak buat keje pun susah. so sementara masih boleh online lagi ni, meh kita borak-borak sat.



Aku nak cite pasal pengalaman sepanjang hampir 3 tahun bergelar pendidik ni. pehhh rase macam baru semalam posting. rupanya dah dekat 3 tahun pun. apa yang aku dapat selama tu? hmmm banyaaaaaaakkkk. tak terkata. dari aspek ilmu, pengalaman, macam-macam lagilah.



Sebelum bergelar pendidik dulu langsung tak terfikir betapa besarnya tanggungjawab sebagai seorang guru. yang aku tau bila dah dapat ijazah, tunggu masa untuk dipanggil posting. masa tu cuma risau lambat dapat keje je. takde pun terlintas tentang cabaran yang bakal dihadapi bila dah bekerja nanti.



Nahhh! sekarang rasakan. hahaha. bukanlah bermaksud kerjaya sebagai pendidik ni tak bagus. wehhh sape yang cakap macam tu ha? guru ni salah satu kerjaya yang paling mulia tau. maksud aku kat sini, tanggungjawab sebagai guru tu tersangatlah besar. kalau korang rasa nak angkat tong gas tu pun macam nak pengsan, bila jadi cikgu ni bersedialah untuk mengangkat beban 20 kali ganda dari tong gas tu. haaa mampu tak?



Maybe ada yang mencebikkan bibir bila aku cakap camtu. alah apelah sangat setakat jadi cikgu tu. pegi keje mengajar, pastu balik keje. ape yang susah sangat? hahahah. aku rasa sebab tulah agaknya wujud peribahasa "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". hanya orang yang mengalaminya saja yang akan memahami. takyahlah kita bermati-matian nak berhujah dengan orang yang tak berada di tempat kita. buang air liur je. sebab kompom diorang nak menang gak. huhu.



Macam aku sendiri yang bergelar guru bimbingan dan kaunseling di sekolah, setiap hari aku berdepan dengan macam-macam ragam pelajar. pelajar yang dari luarannya nampak normal. tapi dalamannya? sape lagi yang perlu amik berat pasal emosi dan perasaan diorang tu kalau bukan aku? kalau doktor nak tau penyakit orang tak susah. baring, pastu masuk dalam terowong. MRI la tu. pastu dapatla tau ko sakit ape. tapi macam kitorang ni? camne nak tau pelajar tu bermasalah ke tak? boleh ke guna MRI? boleh ke belah hati pastu, ohhh awak ni ada masalah family ni. boleh?



Ehh, aku tak cakap pun keje doktor tu senang. diorang pun ada bahagian diorang yang susah gak. cuma tu aku ibaratkan jela. nak bagi korang paham. hehe.



Nampak macam aku tengah merungut ke? taklah. aku cuma meluahkan perasaan je untuk sesetengah orang yang kadang-kadang masih lagi tak faham apa sebenarnya peranan guru kat sekolah. yang dia tau cuma kutuk, marah, pastu cakap cikgu tak buat keje. bila anak dapat markah bagus, terus mengaku selalu ajar anak kat rumah. tapi bila markah anak teruk, cepat je jari telunjuk tu menghala ke cikgu sebagai punca. jarang sangat nak dengar mengaku silap sendiri. yelah, sape yang suka mengaku buat salah kan?



Kalaulah diberikan skala tahap ke-suka-an aku terhadap kerjaya aku sekarang ni agak-agak aku nak bagi berapa ek? maybe 3 kot. daripada 5. aku masih belum jumpa lagi kepuasan untuk bekerja. tak pasti ape sebabnya. maybe persekitaran, rakan sekerja or diri sendiri. orang kata nak jadi guru ni kena ade jiwa. ye, memang aku ade jiwa. cuma belum sepenuhnya jiwa aku berada dalam bidang ni. hmm maybe sebab aku baru lagi kot. bila dikira-kira, lagi 31 tahun aku akan bergelumang dalam bidang pendidikan ni. InsyaAllah kalau dipanjangkan umur.



Baru 3 tahun dah macam-macam yang aku alami. belum masuk 30 tahun lagi. hmm terlalu jauh nak difikirkan. biarlah masa dan keadaan yang tentukan. apa yang penting adalah masa kini. here and now bak kata Gestalt. cewahhh! tak berkarat lagi rupanya otak aku ni. hahaha.



Apa-apa pun aku masih happy dengan kerjaya yang menjadi sumber rezeki aku sekarang ni. walau apa cabaran dan dugaan yang datang sekalipun, rasanya aku masih lagi kuat untuk berpegang pada kerjaya yang satu ni. sebab aku yakin dengan ganjaran-Nya dalam mendidik dan memanusiakan manusia. biarlah orang lain tak pandang pengorbanan kita. apa yang pasti di atas tu sentiasa melihat keringat hamba-Nya.



Thursday, February 10, 2011

breast cancer? Nauzubillah!

Salam sume.



Pagi-pagi dah dengar berita yang agak mengejutkan. actually berita ni dah lama tapi me baru je dapat tau. tu pun lepas sorang kawan me komen kat FB. tah camne tengah borak-borak terkeluar cite pasal benda ni.


Benda apa? terkejut sangat bila dapat tau cikgu yang pernah mengajar me subjek Kimia masa sekolah menengah dulu sekarang tengah menanggung breast cancer. secara automatik dalam kepala terus terbayang muka dia tengah mengajar dalam makmal. dia mengajar agak slow tapi garang!



Masih terasa-rasa lagi sakit kat pinggang sebab dicubit cikgu tu. puncanya? me degil dan tak dengar cakap! suka pakai tudung singkat! serius bila teringat balik rasa malu sangat. kalo tak silap me, cikgu tu cikgu pengawas. sebab tu dia garang! eh, bukan cikgu disiplin ke yang garang? hehe.



Selain tu, me jugak teringat yang me and the gang penah datang beraya rumah dia. masa tu kalo tak silap dia nak buat makan-makan untuk student dia. kitorang yang tersampai awal ni tetiba kena tolong sediakan makanan. sebab masa tu masih tak ready ape lagi. riuh rendahlah rumah jadinya. tapi sangat happening! cikgu tu yang kat sekolah sangat garang jadi seorang yang sangat lembut bila kat luar sekolah.


Tapi tulah kan. walaupun dia tu garang dan selalu cubit me dengan kawan me lagi sorang, tapi me tak pernah plak nak rasa benci kat dia. tahla ek. tak timbul langsung perasaan tu. yela, dia cubit sebab me yang buat salah kan. hehe. so bila dapat tau yang dia tengah sakit sekarang ni, rasa sedih sangat. nak sangat jumpa dia.



Dan dengar cite gak sekarang ni dia dah tak bekerja dan pindah ke batu pahat. nampak macam dah serius sangat penyakit dia. bila tanya kawan-kawan me, sorang pun tak tau alamat rumah dia. so camne nak datang melawat? 


Me harap sangat sementara ada masa ni nak jumpa dengan cikgu tu. nak minta maaf atas kedegilan me dulu tak dengar nasihat dia. agaknya kalo dia tak cubit, me tak jadi manusia macam sekarang ni. uhuk!



Thursday, November 11, 2010

~ Tahniah adik-adikku! ~



Hai.



Jenguk kat FB jap tadi. tiba-tiba ternampak member up status wish tahniah kat student UPSR yang berjaya dapat 5A. terlupa lak aku hari ni result UPSR kuar ye. kalo tak silap anak abang ipar aku ada yang amik UPSR tahun ni. tak taulah ape result die.



Anak cousin aku pun ade sorang yang amik UPSR tahun ni. dia tu bijak sikit budaknya. kecik-kecik dah pakai spek. 24 jam duk mengadap Skor A. yela, mak cikgu katakan. ke mana tumpah kuah kalo tak kat atas meja kan. eh!


Besar sebenarnya tanggungjawab sebagai ibu bapa ni. dari sebesar tapak tangan tulah ibu bapa perlu mencorakkannya. didikan ibu bapa kepada anak masa kecik itulah yang akan membentuk siapa si anak bila dah besar nanti. bila dia dah besar, diri sendiri yang perlu menilai baik dan buruk sesuatu perkara itu dengan dipantau oleh ibu bapa.



Errr sebenarnya nak cite pasal UPSR je. tetiba melalut tak tentu pasal duk bagi nasihat kat parents. ko tu takde anak lagi bolehla cakap itu ini. ada anak nanti barula tau sebesar mana tanggungjawab tu. yela, tengah nak belajar la ni. uhuk!



Anywayyyyy, congrats wahai anak-anakku (wahhh macam ada anak kembar 10) yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. nikmatilah hasil berkat kesabaran dan usaha kamu selama 6 tahun di sekolah rendah. selamat menempuh kehidupan di alam sekolah menengah tahun depan!














* Terbayang ada anak Tahun 6, teman dia amik result UPSR. hikhik.



Thursday, November 4, 2010

~ Mereka masih belum nampak ~



Hai again.



Ye, mereka masih belum nampak lagi. nampak ape? mereka masih belum nampak siapa diri mereka dan di mana mereka berada untuk 5 atau 10 tahun akan datang. sebab tulah mereka bersikap dan berperangai seperti sekarang. kalau mereka tau, mungkin dah lama mereka berubah.



Mereka tu siapa? siapa-siapa saja boleh jadi 'mereka' itu. kamu, kamu atau kamu. ye, kamu yang toleh kiri dan kanan tu. saya bercakap sama kamu la. erkkk malu sudah.



Ok, fokus. 'mereka' yang aku maksudkan dalam entri ni adalah pelajar-pelajar yang masih bersekolah sekarang. atau lebih khusus lagi, pelajar sekolah aku. ape yang aku nampak, sikap dan perangai kebanyakan daripada mereka sekarang ni tak menggambarkan sebagai seorang pelajar. nawaitu datang ke sekolah dah tersasar.



Bila ditanya, rata-rata terdiam langsung tak tau nak cakap apa. ye, dah pasti niat mereka datang ke sekolah untuk berjumpa dengan kawan-kawan. dan berjimba-jimba jika tiada cikgu di kelas. tak perlu tanya dah tau jawapan mereka. mereka datang ke sekolah kerana disuruh oleh ibu bapa. itupun setelah dipaksa, dimarah, dirotan, dicubit. kalau tak, tidur di rumah itu lebih menyeronokkan.



Ye, mungkin mereka masih belum nampak lagi di mana mereka 5 tahun akan datang. siapa diri mereka 10 tahun kelak. tapi takkan nak tunggu hingga 5 atau 10 tahun lagi baru nak sedar? bukan ke masa tu dah agak terlewat? jadi, siapa yang perlu menyedarkan mereka-mereka itu untuk berubah sebelum terlambat? aku kah? mereka kah? ibu bapa mereka kah?



Semuanya perlu memainkan peranan masing-masing. di sekolah, aku dan guru-guru lain tak putus-putus beri sokongan moral dan motivasi untuk menyedarkan mereka betapa pentingnya pendidikan ini. proses pembelajaran tidak terhenti setakat SPM ataupun STPM. ianya berterusan hingga ke liang lahad. di rumah pula, tugas itu disambung semula oleh ibu bapa. bukan ke ibu bapa yang perlu mencorakkan hidup anak sejak mereka kecil lagi?



Oh, di atas itu cuma sokongan luar. yang paling penting adalah diri sendiri. jika diri sendiri ingin berubah, pasti boleh. cuma nak dengan taknak je. sekuat mana pun sokongan luar diberikan, jika diri sendiri menolak, memang takkan ke mana. jadi, tepuk dada, tanya iman. dah tak boleh tanya selera lagi.



Sekarang ni, tugas aku adalah terus memberikan sokongan dan kesedaran kepada mereka-mereka yang dimaksudkan. perkara yang wajib dibincangkan dah semestinya berkaitan hala tuju mereka selepas persekolahan. biar mereka fikir dan renungkan di mana mereka ingin berada pada 5 aau 10 tahun akan datang. masih di kampung kah? atau sedang menuntut ilmu di menara gading? itu mereka yang tentukan.



Kalau masih tak nampak lagi, pegi kedai cermin mata, cek mata. maybe kena pakai spek kaca 5 inci tebal. ataupun hantuk kepala kat dinding dan tanya dinding tu kenapa la aku ni lembab sangat. mungkin akan timbul kesedaran di situ. *ibu bapa dilarang meniru aksi ini.




* Kadang-kadang habis cara nak bantu 'mereka'. 



Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat