Showing posts with label BIG DAY. Show all posts
Showing posts with label BIG DAY. Show all posts

Thursday, November 11, 2010

~ Tahniah adik-adikku! ~



Hai.



Jenguk kat FB jap tadi. tiba-tiba ternampak member up status wish tahniah kat student UPSR yang berjaya dapat 5A. terlupa lak aku hari ni result UPSR kuar ye. kalo tak silap anak abang ipar aku ada yang amik UPSR tahun ni. tak taulah ape result die.



Anak cousin aku pun ade sorang yang amik UPSR tahun ni. dia tu bijak sikit budaknya. kecik-kecik dah pakai spek. 24 jam duk mengadap Skor A. yela, mak cikgu katakan. ke mana tumpah kuah kalo tak kat atas meja kan. eh!


Besar sebenarnya tanggungjawab sebagai ibu bapa ni. dari sebesar tapak tangan tulah ibu bapa perlu mencorakkannya. didikan ibu bapa kepada anak masa kecik itulah yang akan membentuk siapa si anak bila dah besar nanti. bila dia dah besar, diri sendiri yang perlu menilai baik dan buruk sesuatu perkara itu dengan dipantau oleh ibu bapa.



Errr sebenarnya nak cite pasal UPSR je. tetiba melalut tak tentu pasal duk bagi nasihat kat parents. ko tu takde anak lagi bolehla cakap itu ini. ada anak nanti barula tau sebesar mana tanggungjawab tu. yela, tengah nak belajar la ni. uhuk!



Anywayyyyy, congrats wahai anak-anakku (wahhh macam ada anak kembar 10) yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. nikmatilah hasil berkat kesabaran dan usaha kamu selama 6 tahun di sekolah rendah. selamat menempuh kehidupan di alam sekolah menengah tahun depan!














* Terbayang ada anak Tahun 6, teman dia amik result UPSR. hikhik.



Thursday, November 4, 2010

~ Happy Deepavali in advance ~



Salam.



* Tenkiu google


Happy Deepavali in advance pada pembaca yang beragama Hindu. mane la tau ade blogger India yang rajin baca blog aku ni. hehe ade ke?


Kebanyakan sekolah dari hari semalam lagi dah stat cuti. beraya sakan no. aku gak yang masih keje sampai hari ni. esok baru cuti. yela, budak India bape kerat je skola kat sini. ade la dalam 2,3 orang. so takyah la berangan nak cuti lama ye.



Sekolah incek hubby pun cuti dari semalam lagi. syok je aku tengok die membuta masa aku tengah bersejuk-sejukan mandi pepagi buta. rasa nak je sambung balik berselubung sambil call ofis bagitau hari ni MC dengan menggunakan nada suara yang serak-serak bajet demam. hahahahaktuih. nampak sangat macam dah biase buat kan. takdela, aku baik. ;P


Tapi bila mengenangkan banyak lagi keje yang tak setel kat skola, maka aku gagahkan diri. ala tak lama dah nak cuti. pasni sebulan lebihla ko duk terperuk kat umah. so masa yang tinggal beberapa hari ni bolehla digunakan untuk menyelesaikan keje-keje pengurusan yang banyak tertangguh disebabkan kerap nau kena handle program luar. sampai Pengetua pun macam nak bising. erkkk.



Pengetua bising? die takdela sampai marah aku. cuma die bebel sikit pasal MGKK Lipis suke sangat buat program dah dekat hujung-hujung taun ni. macamla diorang tak tau bila dah dekat cuti ni banyak keje kene setel kat skola. dengan program untuk budak PMR nye lagi. memang tak ter-handle. nasibla ade 2 orang kaunselor kat sini. so boleh bagi-bagi keje.


Eh, apsal leh termasuk cite pasal keje plak ni? bukan cite pasal Deepavali ke? haihh ginila gamaknya bila dah stat menaip. ade je yang nak direpekkan.



Mak suh balik Kluang cuti Deepavali ni. bukan taknak balik, tapi Sabtu ni skola aku buat family day. kalo takde family day pun, aku just cuti 3 hari je. bukan masalah duit, tapi masalah masa. mula-mula mak macam nak merajuk. bila dah diterangkan, baru mak faham. aku tak risau sangat sebab cuti dah dekat. Raya Haji nanti pun aku akan balik Kluang. sebulan lebih kat Kluang pun takpe. maaf ye mak!



* Bila dah kawin, banyak benda perlu dikorbankan.



Wednesday, November 3, 2010

~ Terlewat seminggu ~



Hai.


Terlewat seminggu? saspennya. haha. jangan fikir yang bukan-bukan ye. masih belum ada apa-apa lagi. uhuk.



Aku terlewat seminggu untuk wish tahniah kat kakak kesayangan aku atas kelahiran baby keduanya pada 28 Oktober lepas. selang sehari je dari besday aku. wahhh pandai baby pilih tarikh nak kuar ye. ikutkan die lahir bulan 11 ni. tapi dah tak sabar nak tengok dunia.



Actually aku dah wish tahniah masa 1st day akak bersalin. cuma baru 1st time di blog. sekarang ni tiap-tiap hari aku paksa suruh adik aku mms gambar baby. aku memang suka bangat dengan baby lebih-lebih lagi yang baru lahir ni. masa anak akak yang 1st dulu pun dari baru lahir sampai beso aku yang jaga. bila masa kena pegi U, meroyan rindu tahap gaban.


Tapi tulah kan. tak semua yang kita nak, kita akan dapat. aku redha. ada hikmah di sebalik semua ni. tak dapat gomol baby sendiri, baby akak pun jadila. excited gila sampai sanggup shopping barang baby online! mak aih. ni belum anak sendiri lagi ni. ala ape salahnya. anak buah baru 2 orang. so memang tak kisah nak melabur untuk diorang.



Incek hubby pun dah paham sangat perangai bininya ni. takkan nak dihalang plak. kekadang dia terpaksa tahan malu bile bininya ni sesuka hati culik amik baby tah sape-sape tah yang terserempak kat shopping complex. tahla. tak leh betul tengok baby comel-comel ni. kalo tak comel, tak minat. hahaha. mane ade baby tak comel kan. sume gebus-gebus gitu.



Sekarang ni tak sabar nak cuti sebab nak balik tengok baby baru. akak dah ade sepasang. aku bile lagi? Insya-Allah. sabar banyak-banyak ye. Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.


Nak tengok baby girl yang kiut miut macam ngangah die tak? (ngangah tu asal perkataan adalah mak ngah. tapi bile anak buah yang 1st sebut trus jadi ngangah. lekat sampai sekarang).




* Hai...nama sy Nur Afiqah Damia...panggil je Mia...ni hari pertama saya melihat dunia...


* Nenek saya tengah butangkan baju saya...nape muka saya macam anak cina..?


* Saya suka tido...hari-hari saya tido...kalo saya bangun maknanya saya lapar atau nak ek ek...


* Saya dipaksa bangun oleh ucu saya...saya sangat benci ok!


Wednesday, October 27, 2010

~ Happy Birthday To Me...!! ~






Happy birthday to me...!!



Wahh pejam celik pejam celik dah 16...eh 26 tahun rupenye aku hidup kat dunia ni. uhuk! dah tua. so tak leh nak ngada-ngada lagi ek.



The main point is...nak mintak ape kat incek hubby sempena besday kali ni ek? aci tak kalo mintak gelang kaki emas? dah lama mengidam. 



Kalo Blackberry Torch 9800 camne plak? ade harapan tak? aku rasa memang HARAPAN la die nak bagi. henfon E72 ni pun tak sampai setahun lagi guna. ade hati nak beli baru. baik die beli henfon die sendiri memandangkan henfon die pun dah arwah. uhuk. lagi?



Handbag? dah berkotak. sampai ada yang baru pakai beberapa kali terus masuk stor. jam tangan? dah ada 3 utas. tu pun bergilir pakai. kasut? murah sangat. boleh beli sendiri. bunga? jiwang karat sangat. tak tahan lama. coklat? sehari dah abis. tak bagus untuk kesihatan.



Adoiyai. ape nak mintak ni? ko ni mintak-mintak, kompom dapat ke? muahahaha. tak salah mencuba kan. padahal dalam hati, nangis! 



Emm malasla nak mintak ape-ape. aku cuma berharap sempena pertambahan umur ni, aku diberi kebahagiaan di samping orang-orang yang aku sayang, dimurahkan rezeki, dikurniakan zuriat yang ramai, diberikan ketenangan dan mendapat semangat baru untuk meneruskan kehidupan. itu dah lebih dari cukup untuk aku. aku taknak apa-apa.



Walaupun hanya ucapan dari mulut, itu dah cukup untuk buat aku tersenyum sepanjang hari. terima kasih sume yang mendoakan. semoga kalian juga dirahmati Allah dunia akhirat. aminnnnn.




* Terharu bila incek hubby kejut pukul 12 tengah malam semata-mata nak wish 'Happy Birthday'. thanks a lot sayang!! 




Thursday, October 7, 2010

~ Allah selamatkan kamu ~






Allah selamatkan kamu.
Allah selamatkan kamu.
Allah selamatkan Ayahanda tercinta.
Allah selamatkan kamu.



Selamat hari jadi.
Selamat hari jadi.
Selamat hari jadi Ayah.
Selamat hari jadi.



Ayah,
Selama hampir 26 tahun hidup bersamamu,
Tak pernah sekali kau menyakitiku,
Kau ayah penyayang,
Kau ayah pelindung,
Kau ayah pembimbing,
Kau segala-galanya.



Ayah,
Maafkan anakmu ini andai ada perbuatanku yang membuat ayah kecewa,
Maafkan diri ini andai waktu kecilku menyusahkanmu,
Kadang-kadang anakmu ini leka,
Tapi kau tak pernah lupa mengingatkan,
Sesekali anakmu ini kecewa,
Kau tak pernah putus memberikan harapan,
Betapa besar jasamu ayah!



Ayah,
Memori lama menggamit rasa anak ini,
Terbayang-bayang saat ayah menghantar anak ini ke sekolah,
Dengan berhujan, berpanas menunggang motosikal,
Kau melindungi anak ini dengan baju hujan yang kau pakai,
Kau tak mahu lihat anakmu ini jatuh sakit,
Betapa sayangnya kau pada anak ini,
Sehingga digelar anak kesayangan ayah! 



Ayah,
Aku amat bersyukur mendapat ayah sepertimu,
Setiap kata-kata yang keluar dari mulutmu menjadi semangat untukku,
Tanpa dirimu, Ayah,
Aku takkan jadi manusia yang berjaya,
Tanpamu, Ayah,
Aku takkan menjadi insan yang berguna.



Terima kasih, Ayah!
Segala jasa dan budimu tak mampu aku balas.
Hanya doa yang dapat aku titipkan setiap masa dan ketika.
Doa agar ayah sentiasa dilindungi di sisi-Nya.




Saya sayang Ayah (M. Yosof bin Awang) selamanya.



* Ulangtahun ke-55 dan tahun pencen untuk Ayah.



Thursday, September 23, 2010

~ Hari yang paling bernasib baik ~



Salam sume.



Korang penah tak alami situasi di mana sehari tu smooth je perjalanan hidup korang. ape yang korang plan sume jadi dengan baik. takde halangan. penah tak?







Semalam adalah hari paling bernasib baik untuk aku. dari pagi nak pegi keje lagi. biasenye sepanjang drive tu ade je lori balak la, lori kelapa sawit la yang menghalang aku nak cepat ke skola. tapi hari tu jalan sangat lengang. kalo ade kete slow pun, tak lama pastu die ke arah lain. seolah-olah die bagi jalan kat aku.





Kat tempat keje pun sume berjalan dengan baik. sampai la waktu balik. actually sebelum balik GPK HEM aku mintak tolong aku gantikan die untuk attend meeting kat PPD. meeting stat kul 3 petang. skali aku tengok jam, alamak! dah nak dekat kul 2! nak kena renew lesen memandu lagi ni.




Aku dibenarkan balik awal. ikutkan kul 2.40 baru leh balik. tapi almaklumlah kan. dari skola aku nak ke PPD dah lebih setengah jam. aku pun ape lagi. bawak kete macam lipas kudung la. lipas kudung pun tak laju camtu. semata-mata nak kejarkan waktu nak pegi pejabat pos.






Sampai kat bandar Lipis aku tengok jam kul 2.30. huihhh sempat lagi. sampai je depan pejabat pos, betul-betul ade kete nak kuar. memang right timing la. aku pun, trus la bagi signal. tu kalo aku lambat sesaat tu kompom dah ade yang masuk. memang menjadi tempat kegemaran ramai tu.


 
Masuk pejabat pos, tengok orang boleh tahan ramai. kaunter lak buka 1 je. adoiyai. aku tekan no giliran. tetiba, eh! no sape yang tercicir ni? aku tengok no giliran 1175. aku jeling plak kat board kaunter. hah? sekarang dah no 1174. aku ape lagi. trus amik no giliran yang tercicir tu. aku yakin bukan sape-sape punya. maybe orang sebelum tu malas nak tunggu then die tinggalkan kat situ. 



Alhamdulillah. rezeki aku. even orang-orang kat situ macam pelik sebab aku baru masuk, pastu baru lak tekan no giliran. tetiba aku lak yang dapat dulu. hehehe. no giliran yang aku dah tekan tu aku letak balik kat situ. orang lain leh guna plak. 



Masa tu aku dah mula terfikir senangnya urusan aku hari ni. takde halangan. mungkin Allah nak permudahkan hari aku. Dia tau aku dalam kesulitan sebab nak mengejar masa. tengok jam dah kul 2.45. aku pun drive slow-slow ke PPD sebab dah tak jauh. belum kul 3 dah sampai. orang pun masih tak ramai.



Malam tu plak, skola incek hubby ade buat annual dinner sempena majlis perpisahan pengetua. kat hotel. ade plak cabutan no bertuah. nak dijadikan cite, hari bertuah aku masih berterusan. aku ngan incek hubby, dua-dua dapat cabutan no bertuah. biasenye susah nau aku nak dapat tau. kalo incek hubby memang selalu sangat dapat. die memang bertuah abis.



Untuk hari yang sangat bertuah semalam, aku bersyukur pada Allah kerana mempermudahkan urusan aku. mungkin itu hikmah di atas kesabaran aku dan juga bantuan aku untuk menggantikan GPK HEM ke meeting. Alhamdulillah!!






* Harap akan lebih bertuah untuk hari-hari seterusnya. aminnn.



Friday, June 25, 2010

~ Hepi besday ABANG ~

Hai and good morning kawan-kawan...




Pagi ni a bit hepi sebab today is incek hubby nye besday. malam semalam lagi aku dah wish even jam blum pun kul 12 tengah malam. kekeke. sebab mata dah ngantuk nye pasal, dalam 11 lebih gitu aku nyanyi lagu besday kat dia dengan sore yang agak ke laut. haha. 




Pastu leh plak incek hubby buat-buat terkezut. siap tanya aku lagi ye ke esok besday dia. haihh nyanyuk ke orang tua ni. pas dia tengok date kat handphone baru caye. pastu tanya lak mane hadiahnye.





Aku sengih je. aku cakap hadiahnya kasih sayang yang tak berbelah bagi dari aku. hahaha. poyos kan? memang aku ingat nak belikan something untuk incek hubby pengarang jantung aku tu. malas nak fikir banyak-banyak, aku pun tanya direct je dia nak ape.




Dia balas,
"Abang rasa nak tukar wallet la."




Wallet je ke? cehh soalan. sebenarnya ade cite di sebalik wallet incek hubby tu. wallet tu kire baru gak lagi. cumenye dia jadi buruk sebab aku lupe nak kuarkan dari suar time basuh suar tu. haa hamik ko. dengan sume kad dalam tu lunyai termasuk i/c. i/c tu sampai nak terbelah dua. hehe. puasla aku kene bebel dengan incek hubby. aikk salah die gak apsal bukak suar tak cek dulu. kalo ade pencurik dah lame kene tibai tau. yang aku plak dengan selambe je campak dalam mesin basuh. pagi-pagi dia puas cari kat mane wallet die. aku tergerak hati nak cek dalam suar die yang baru pas basuh tu. lencun ko. hahaha. aku pun sidaila duit-duit yang basah tu. name card org sume hancur. 





Tu cite time baru je pas kawin kalo tak silap aku. yela time tu masih belum biase lagi jadi wife kan. pas dari tu tiap kali aku nak basuh baju aku make sure sume kocek kosong. tapi kadang-kadang terlupe gak. tau2 mesin tengah gerak, kelentung kelentang dalam tu. skali bukak bertabur duit syiling. haha. jahanam mesin mak.






Kire ok la wallet tu incek hubby pakai sampai ke hari ni even dah sedikit lunyai. so lehla nanti aku belikan wallet untuk dia. ingat nak beli Renoma nye. aku penah tengok sebelum ni. nampak cantik. tapi korang tau-tau jela mane ade kedai Renoma or yang seangkatan dengannya kat Lipis ni. nak taknak kene pegi KL gakla. 






Oh ye. sok kan aku bawak budak untuk pegi lawatan ke KLCC. lehla menyopping skali kan. hmmm right timing. tapi incek hubby aku ni cerewet skit. memang jarang la pilihan kitorang ni same. die suke, aku tak suke. aku suke, die tak suke. tapi awal-awal incek hubby dah cakap kalo nak beli pegi dengan dia. dia nak pilih sendiri. hamboih. demand nampak. camne la nak wat surprise camtu kan. aku takut ape yang aku beli tak menepati selera die. korang jangan ingat bile dah kawin ni sume korang tau. tak taula laki korang camne. tapi laki aku camnila. aku sendiri tak paham selera die. 






Dah dah. membebel je aku ni dari tadi. kalo la laptop ni leh cakap agaknye bingit tinge korang ek. haha. ok see u alls next entry kay.




* Tetiba rasa nak tukar purse gak. ngeh ngeh ngeh.



Thursday, June 24, 2010

~ Need some ideas. plsssss ~

Hai again...




Nak mintak tolong sikitla pada pembaca-pembaca belog aku ni. tak susah pun pertolongan ni. just nak idea je dari kamu kamu sume.




Alkisahnya sok 'big day' incek hubby yang ke 28 tahun. dah tua kan? hehe. tapi muka stitull nampak macam budak tingkatan 2. haha. oh ok, jadinya aku nak korang share sikitla idea hadiah ape aku nak bagi kat dia esok. harga tak penting. yang penting sentimental value tu. pastu benda tu dia berguna pada dia untuk jangka masa panjang. bukan dapat hari ni, sok abis. macam coklat ke kek ke. tapi kek memang nak belila. 





Ok, aku listkan apa barang yang aku dah pernah bagi kat dia kay. termasuk barang yang aku bagi bukan time besday dia.



1. Perfume
2. Baju (T-Shirt & Kemeja)
3. Tie
4. Sport Shoes
5. Handphone
6. Jam


 
Ada lagi rasenye tapi aku tak ingat. huihh banyak rupenye aku dah melabur kat die. kalo cari orang lain gak aku tak taula. wajib dituntut tu. haha. 





So tulah antaranya. benda-benda basic sume aku rasa dah penah bagi. especially baju. sampai die pun cakap pasni taknak baju lagi dah. hamboih leh plak pilih ek. sukati aku la. haha. 





Hope kamu kamu sume pembaca yang budiman, kongsi-kongsila pengalaman korang dgn aku. sume pandangan akan diterima dan dipertimbangkan. tapi biarla yang realistik ek. jangan macam member aku sorang tu. ade ke patut di-suggest-nye bagi kete. kalo depan mata dah lame kene tamparan wanita aku ni. haha. 




*Nak buat surprise tapi selalu tak jadi. hehe.
 


Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat