Showing posts with label PREVIEW FILEM. Show all posts
Showing posts with label PREVIEW FILEM. Show all posts

Thursday, May 19, 2011

Jom tengok wayang!

Jom tengok wayang!


Cite ape? cer citer cer citer.


Meh nak cite.





Fast & Furious 5
-Tau dah lama kat wayang. me je yang ketinggalan keretapi tak tengok lagi. huhu.










Pirates of The Caribbean : At World's End
- Yang ni kalau tak silap belum kuar wayang lagi kan?











Something Borrowed
-Dengar cite macam best je movie ni. hope masih ditayangkan lagi kat wayang.










Nur Kasih The Movie
-Jujurnya me jarang tengok movie Melayu kat wayang. biasanya beli DVD je. movie Melayu yang latest me tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah. yang tu memang superb la! ;D





Actually banyak lagi filem sedang ditayangkan kat wayang sekarang kan. cuma yang paling me nak tengok adalah yang 3 kat atas tu. tak sabar nak balik Kluang pastu nak buat movie marathon. nak tengok wayang sampai muntah. biasalah nak melepaskan gian. huhu.



Wednesday, September 22, 2010

~ Filem yang pada saya tersangatlah best! ~



Masih busy tapi nak membebel jap.







Korang penah tengok tak filem IF ONLY ni? aku rase filem ni dah lame sebab dah lame aku tengok cite ni. kalo tak silap kat HBO atau Star Movies.



Pelakonnya Jennifer Love Hewitt dan Paul Nicholls. cite ni mengisahkan tentang sorang pakwe ni (Paul) mendapat bayangan yang makwenya ni akan mati akibat kemalangan. actually bukan bayangan tapi apa yang berlaku semalam, same dengan ape yang berlaku hari ni. paham tak?



* Jennifer Love Hewitt. love her!!!

 

Ok, camni. masa hari kejadian, si pakwe ni jalani life macam biase dengan makwenye. diorang duk skali. banyak kejadian yang berlaku hari tu seperti tangan makwe dia terkena air panas, jam pakwe pecah, ade orang langgar bahu, macam-macam la. 



* Paul nicholls ( si pakwe ). ensem!!



Malam tu si pakwe ngan makwe ni pegi dinner kat restoran. pastu diorang macam ade gaduh skit. si makwe ni nak balik naik teksi. tapi si pakwe tak ikut. baru sekerat jalan, teksi tu eksiden dengan kete lain. depan mata pakwe tu. si makwe mati.



Esoknya, si pakwe masih menangisi kematian si makwe. menangis teresak-esak kat atas katil sambil pegang diari si makwe. tetiba die dengar suara makwe dia warning jangan bukak diari tu. terkejut berukla pakwe ni. yela, semalam mati, hari ni hidup balik plak.



* Google



Si pakwe confuse. tapi si makwe berlagak biasa macam takde ape-ape yang berlaku. so, pakwe tu ingat die mimpi. tapi pastu die dah mula cuak bila kejadian yang berlaku semalam sama dengan apa yang berlaku hari ni. kes tangan makwe kena air panas, jam pecah, kena langgar bahu.



 Si pakwe dah mula takut akan kehilangan makwenya. so, dia buat macam-macam kejutan untuk buktikan cintanya pada si makwe sebab die takut kematian tu betul-betul akan berlaku. part nilah yang aku rasa sedih sangat. yela, korang bayangkan kalo kita dah tau seseorang akan mati dalam masa-masa tertentu. mesti takut kan.



* So romantic!


Tapi si makwe pelik dengan perangai pakwenya. die layankan aje. bila dah malam, si pakwe dah mula risau. masa si makwe nak naik teksi, si pakwe berbelah bahagi. last-last die naik skali. dan kemalangan tu betul-betul berlaku. cuba korang teka sape yang mati?



Yup. si pakwe yang mati. die berkorban untuk makwenya. si makwe cuma cedera. masa kat hospital barulah si makwe sedar kenapa pakwenya berkelakuan pelik sepanjang hari tu. si makwe tau yang pakwe die dah tau yang die akan mati.


Kalo nak ikutkan cite ni memangla tak logik kan. tapi aku suka jalan ceritanya. emosi kita akan jadi bercampur-baur. jap happy, jap kang sedih. aku sampai teresak-esak menangis mase ending cite ni. sedih nau nengok si makwe menangis. 



* Eh, ade versi Korea la.



Emm tahla. mesti ade yang meluat kot aku cite pasal ni. hehe. sampai sekarang aku masih tertunggu-tunggu ulangan cite ni. tapi takde gak. ingat nak cari dvd la kot. kalo ade. 



* Kire ok ape aku suke cite ni daripada cite Anak Mami The Movie.



Monday, July 26, 2010

~ Tak sabar nak tengok cik garam ~

Hai again.





* Credit to google






Kenal tak sape tu? melampaula korang kalo tak kenal. suka die? serius aku memang suka gile dengan lakonan die. lebih-lebih lagi filem action. memang masyuukkk abis. aku start minat dia daripada filem Lara Croft : Tomb Rider tula. sebelum tu pun die dah banyak berlakon cuma aku lebih mencintai die start dari filem tula. wahhh, main cintan ko ek.





Pastu kuar plak iklan pasal filem terbaru die ni. Salt. garam. aku tak pastila same ade die cite pasal garam or minah tu suka makan garam or diorang bergaduh rebutkan garam. haihhh tahla. aku tak bace pun lagi sinopsis die. saje nak buat saspen. filem ni dah pun ditayangkan di pawagam pada 23 Julai 2010 di seluruh negara. eeiii tak sabarnya aku nak tengok. 





Last aku tengok filem lakonan die, Wanted. tengok kat Kluang (kalo tak salah) dengan incek hubby. memang berbaloi-baloi. aku suka betul dengan ekspresi muka dia yang ala-ala slamber tu. seksi dan misteri. aku rase die memang sesuai la dengan cite-cite action berbanding cite jiwang. tahla ek. tu pada pandangan aku la.





Aku penah gak tengok lakonan die dalam Changeling. kisah mengenai sorang ibu yang kehilangan anak lelaki. dan ditemukan dengan budak lelaki yang salah. budak lelaki tu plak didesak oleh pihak polis untuk mengaku si Angelina tu mak die. memang best cite tu. die ber-latar-belakang-kan zaman 50, 60-an. jarang tengok Angie pegang watak camtu. filem yang penuh dengan emosi. sedih, geram, marah, kecewa. dan setakat yang aku telah tengok, lakonan Angie tak pernah mengecewakan. 





* 10 bintang untuk Angelina Jolie!!!   



Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat