Showing posts with label SEKOLAH. Show all posts
Showing posts with label SEKOLAH. Show all posts

Thursday, March 22, 2012

Jangan dikenang

Keputusan SPM tahun 2011 dah pun diumumkan. Ada yang gembira, ada yang menyesal tak sudah sebab dulu malas belajar. Tapi apa yang nak disesalkan. Semuanya dah pun berlalu. Apa yang boleh dibuat sambung pelajaran ke peringkat seterusnya dan buat lebih baik untuk tebus balik kegagalan kali ni.



Masa tengok budak-budak ambil keputusan semalam, automatik saya teringat kenangan saya dulu. Walaupun dah macam kabur-kabur sikit tapi masih ingatlah perasaan dan apa yang berlaku.



Dulu saya memang bukan budak pandai. Jauh sekali nak dapat title "Pelajar Target Sekolah". Keputusan yang saya dapat memang setimpal la dengan usaha yang saya buat. Sekali suruh, sekali buat. Serius saya tak mengharap apa-apa pun masa nak ambil keputusan SPM tu. Macam ambil sikap tak kisah je.



Datang dengan kawan-kawan sekepala yang sama-sama tak betul. Dapat slip keputusan je saya terus simpan dalam beg. Sebab dah dapat agak keputusan tak ok. Sampaikan cikgu pun macam terkejut sikit sebab saya macam nak cepat je. Sebenarnya saya malu kalau kawan-kawan lain nampak keputusan saya yang hmmm susah nak cakap. Hehe.



Bila dah berjalan balik tu barulah berani tengok sikit-sikit keputusan saya. Tu pun nyorok dari kawan-kawan. First thing yang saya tengok adalah keputusan Matematik. Terus rasa teruja sebab tak sangka boleh dapat A. Sebab sebelum ni saya antara yang lemah Matematik. Tapi hasil usaha buat latihan bertubi-tubi masa nak dekat exam akhirnya membuahkan hasil. Alhamdulillah.



Subjek teras yang lain pun dapat keputusan ok. Cuma subjek sains yang tak berapa nak ok. Tapi memang saya dah agak. Sebab dulu saya malas. Belajar pun main-main. Asyik berseronok dengan kawan-kawan je. Tapi seingat saya masa ni saya belum rasa menyesal lagi. Masih lagi dengan dunia sendiri berhibur dengan kawan-kawan.


Saya mula rasa menyesal sebab tak belajar rajin-rajin bila sorang demi sorang kawan saya dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti. Saya tak dapat. Masa tu kita boleh cek sama ada kita berjaya ke tak melalui telefon je. Tepat pukul 12 tengah malam saya call hotline upu. Kedengaran suara operator lebih kurang macam nilah,



"Dukacita dimaklumkan bahawa anda tidak layak bla bla bla bla....."



Masa ni memang saya kecewa habis. Terlupa sekejap yang keputusan saya tu memang tak ok. Macam mana nak dapat. Masa ni kalau tak silap saya ada berkawan dengan someone. Sama sekolah. Dia dapat keputusan ok dan dapat melanjutkan pelajaran ke UTM Kuala Lumpur. Saya tumpang gembira untuk dia. Tapi dalam hati frust juga.



Yang buat saya bertambah frust bila dia cakap kat saya nak putuskan hubungan yang masih hijau tu. Kitorang takdelah bercinta bagai nak rak. Tapi kiranya masa tu dialah satu-satunya lelaki yang rapat dengan saya. Puas saya tanya kenapa nak break off. Alasan dia mudah je. Sebab lepas ni dia dah jauh. Dia taknak terikat dengan sape-sape. Masa tu saya rasa dia jahat sangat. Tapi bila saya dah makin dewasa baru saya sedar memang itulah keputusan yang terbaik untuk saya dan dia. Yelah, baik dia putuskan masa tu daripada kemudian hari dia curang dengan saya. Lagi haru.



Beberapa minggu jugalah saya kecewa sebab tak dapat masuk Universiti. Sampai satu masa saya rasa bersemangat nak belajar lagi. Saya apply masuk Tingkatan 6. Daripada aliran Sains saya tukar ke aliran Sastera. Masa Tingkatan 6 memang saya dah nekad nak tebus balik kegagalan saya masa SPM dulu. Alhamdulillah saya berjaya. Dapat pointer antara yang tertinggi juga. Kawan baik saya pun sama. Memang gembira sangat masa tu.



Sekarang, bila saya tengok budak-budak yang malas belajar, saya terbayang diri saya waktu dulu. Kalaulah boleh ditayangkan video kehidupan saya dulu pada diorang ni, agaknya baru diorang nak rajin belajar. Tu pun kalau ada kesedaran. Saya kerap cerita pada diorang pasal pengalaman saya masa belajar dulu. Tujuannya nak bagi kesedaran supaya diorang tak menyesal kemudian hari.



Bila bergelar pendidik barulah saya faham macam mana perasaan cikgu saya dulu bila pelajarnya malas dan taknak belajar. Rasa sedih, marah, sakit hati dan buntu menguasai diri. Sampaikan dah tak tau nak buat macam mana lagi. Akhirnya terpaksa membiarkan dan berdoa semoga dia mendapat kesedaran. Cepat atau lambat hanya dia yang boleh pilih.



Alhamdulillah nasib baik saya tersedar awal. Kalau tak agaknya saya tak berjaya macam sekarang ni. Bila jumpa balik kawan-kawan lama takdelah segan nak bercerita kan. Hehe. Kawan-kawan baik saya dulu pun sekarang dah berjaya.



Sebab tu kalau orang bercerita pasal pengalaman SPM memang saya taknak ingat dan takkan kongsi. Saya rasa kehidupan saya bermula daripada STPM. Di situlah saya mula jadi MANUSIA yang lebih baik dari sebelumnya. Masa tu juga saya mula jumpa siapa diri saya yang sebenarnya. =)



Wednesday, February 1, 2012

Kenangan Sekolah ;)


Salam u alls. =)



Malam semalam masa tengah amik mood nak tido tetiba teringat kisah-kisah masa zaman sekolah dulu. pastu aku tergelak sorang-sorang. hubby belek muka aku. dia ingat aku mengigau. hehehe.



Zaman sekolah rendah aku dah tak berapa ingat sangat. cuma yang aku ingat masa darjah 1 dan 2 mak aku rajin datang sekolah masa rehat. jarak dari rumah ke sekolah agak jauh gaklah. mak aku datang semata-mata nak tengok aku makan ke tak. yela dulu aku ni pemalu mengalahkan daun semalu. sekarang pun. ;P



Kadang-kadang aku tak tau pun mak aku datang. sedar-sedar je dia dah ada kat sebelah. rupanya dia skodeng aku dari jauh. nak tengok aku pandai beli makanan kat kantin tak. huhuhu. bila nampak mak terus malu-malu kucing. hishhh!



Masa tu tak terfikir pun pengorbanan mak penat datang ke sekolah. bila teringat balik sekarang ni barulah rasa terharu sangat. rasa menyesal jadi nakal dulu. tak dengar cakap. ;(



Naik sekolah menengah lagilah macam-macam ragam aku. bangga kononnya dapat masuk sekolah hebat. tapi perangai sendiri lagi hebat! masa lower form masih belum panas enjin. junior lagipun. so muka pun nerd je. tudung kemain labuh. cakap pun dengar tak dengar. muka comel suci murni. sekarang pun. ;P



TAPIIIII naik je upper form, setan mula mainkan peranan. ceh! ko salahkan setan plak. padahal diri sendiri tak kuat iman. huhu. form 4 aku dah mula panaskan enjin. dapat plak geng yang sama-sama bengong. masa tu sape tak kenal aku 3 sekawan ni. kemana-mana berkepit je. buat lawak pun kitorang je yang paham. orang lain terpinga-pinga. hahaha.



Ada hari-hari tertentu (biasanya hari ada Add Math), orang lain naik bukit nak pegi sekolah. kitorang plak pas mak ayah anta, tunggu geng pastu sama-sama turun bukit nak ponteng sekolah. memang gamble gila masa tu. pastu buat-buat buka buku kononnya nak pegi fotostat kat kedai bawah. padahal pagi-pagi buta mana ada kedai bukak! ;D



Masa tu tak terfikir pun apa orang lain cakap. lantaklah. yang penting tak kantoi. pastu round satu bandar Kluang tu tanpa arah tujuan. bila dah tengahari, tengok dari jauh berduyun-duyun budak pakai uniform sekolah dah mula balik, kitorang pun naik bas balik rumah. balik-balik cari nasi kononnya penat belajar seharian. puiiii!



Pernah sekali tu kitorang ponteng agak lewat. sekolah aku betul-betul sebelah masjid. so ada pintu yang menghubungkan sekolah dan masjid. masa tu macam dah siang sikit dalam pukul 10 gitu. aku pun tak ingat apasal kitorang nak sangat memonteng masa tu. zuupppp!(sound effect setelah dilajukan) dah selamat keluar dari sekolah.



Nak dijadikan cerita ni lebih menarik, masa kitorang turun bukit sambil bergelak ketawa kononnya hebat melepaskan diri dari pak guard, tetiba ada sebiji kete ni lalu ke arah bertentangan. yang kitorang pun terus senyap sambil mata khusyuk tengok sape orang dalam kete tu. cam punya cam rupanya cikgu disiplin kitorang!!! hahaha. masa ni masing-masing muka cover. dah macam kambing gayanya. pastu ternampaklah cikgu disiplin ni tunjukkan jari telunjuknya sambil digoyang-goyangkan. alaa ibaratnya dia cakap 'siap korang!'.



Kitorang masa ni dah redha jelah. tunggu je dia bentikan kete. tapi yang peliknya dia terusss je. kitorang pun terussss je turun bukit. macam takde apa-apa berlaku. pelik! masing-masing tengok muka member. pastu gelak. sengal kan? masa tu takde pun fikir nak patah balik masuk sekolah. selamba badak je teruskan misi memonteng.



Esoknya kitorang dah get ready kalo kena panggil masuk bilik disiplin. tunggu punya tunggu takde pun. aikk pelik! takkan lepas gitu je kot? tapi hakikatnya memang kitorang terlepas. hahaha. tenkiu cikgu oja! actually nama cikgu tu rozali. tapi sukati kitorang je panggil cikgu oja. bagus kan?!



Ada lagi 1 kes, GPK HEM kalo tak silap aku masuk kelas nak cek buku tulis. masa tu kitorang dah diarahkan untuk bawak sume buku tulis untuk disemak. tah macam mana adalah beberapa makhluk ni tak cukup buku tulis. termasuk akulah! nah amik ko serotan sorang kat tangan. pas dah kena rotan ingatkan insaf. rupanya masing-masing bangga sambil tunjuk bekas birat kat tapak tangan kat member lain yang tak dapat. hampeh!



Bukan sekali tu je merasa rotan. ada sekali kes novel. aku sebenarnya tak terlibat pun dalam kes tu. cuma pernah ternampak novel yang diorang rebutkan tu. tak ingat tajuk. cuma yang aku dengar novel tu macam agak lucah sikit. tah camne kantoi dengan cikgu disiplin. masing-masing yang pernah baca kena rotan. yang siotnya sape yang pernah terrrtengok novel tu pun kena sekali. cisskek betul! dapatlah satu lagi tanda kat tangan. pastu bangga lagi. adoi!



Lagi satu kes, masa ni dah form 5 kalo tak silap. masa ni ada latihan rumah sukan. agaknya cikgu ni dah tau kitorang satu geng, so dia pecahkan kitorang ke rumah sukan yang berlainan. pehhh terbakar hati. dah namanya degil yang amat, kitorang pun selamba je daftar masuk rumah kuning tanpa rasa bersalah. bila cek nama takde. kitorang meyakinkan yang memang kitorang rumah kuning. kiranya masuk secara haramlah.



Itu satu hal. kalo dah duk satu rumah sukan tu patutnya semangatlah kan. ni tidak. latihan belah petang. sekali tu kitorang ponteng beramai-ramai. bajet dah hebat sangat takde sape nak marah. esoknya hambik ko! masa nak masuk makmal Fizik tetiba cikgu tu yang kebetulan cikgu rumah kuning tahan kat luar kelas. geng kitorang adalah dalam 5,6 orang yang jenis tak makan saman. dia sound gila-gila. memang takut gaklah masa tu. dalam pada gangster tu ada gaklah rasa takut kena tindakan.



Lepas daripada tu terus insaf jap. tiap kali latihan datang. yelah muka masing-masing dah kena mark. berani ke nak ponteng lagi. huhu.



Itu kes kat sekolah. yang kat tempat tiusyen ni belum cite lagi. serius aku cakap masa SPM memang aku belajar main-main. mak anta pegi tiusyen berbayar tapi aku belajar sambil lewa je. belajar pun mesti nak ada geng. kalo geng tak datang, semua tak datang. sampai cikgu tiusyen tu pun macam dah tak tau nak buat camne lagi kat kitorang. yelah diorang takkan marah punya sebab ko bayar kan.



Ada satu kejadian yang sampai sekarang masih jadi bualan wajib tiap kali aku jumpa balik dengan member-member lama. tiap kali bukak cite ni mesti ketawa sampai meleleh airmata. masa ni tengah tiusyen Math kalo tak silap. cikgu India lelaki yang ajar. geng kitorang duduk mesti sebelah tingkap. kelas kat tingkat 2 kat bandar Kluang.



Tengah khusyuk (konon) ni, tetiba member sebelah jerit sambil kepala jenguk kat tingkap. "eh, bapak fazi lah!". fazi ni member aku gak. pastu aku and the gang pun jenguk ramai-ramai kat tingkap tu. sekali tengok keling mana tah tengah naik moto. kitorang gelak macam nak terjun bangunan tu. padahal cikgu tengah mengajar kat depan. budak-budak lain pelik je tengok kitorang. sampai cikgu tu panggil "hello, hello girls. please sit down." kitorang bantai gak gelak sampai nak terkencing.



Masa ni kitorang salahkan member aku sorang ni yang saja menimbulkan kekecohan. alasan dia "aku boringlah. saja buat lawak sikit." hahaha. bagus kan?! masa tu gak aku perati muka budak-budak lain sangat menyampah dengan geng kitorang. sebab diorang tak boleh nak fokus belajar. bila ingat balik sekarang ish ish ish tak patut betul. sorila ye kawan-kawan. huhu.



Hmmm kalo nak ditaip semua kejadian-kejadian lucu, manis, pahit semua rasanya patblas muka surat pun belum tentu abis. rasanya setakat tu dululah aku buka pekung di dada. nanti bila ada pekung lagi aku buka lagi. hahahha.



Ok bai! =)



Thursday, May 19, 2011

Cerita sebelum blackout

Salam. morning kawan-kawan sekelian alam. ada sihat?



Semalam dapat notis bagitau hari ni akan blackout dari pagi sampai petang. tak taulah pasal ape. kat sekolah aku ni memang gitulah selalu. bosan asyik blackout je. nak buat keje pun susah. so sementara masih boleh online lagi ni, meh kita borak-borak sat.



Aku nak cite pasal pengalaman sepanjang hampir 3 tahun bergelar pendidik ni. pehhh rase macam baru semalam posting. rupanya dah dekat 3 tahun pun. apa yang aku dapat selama tu? hmmm banyaaaaaaakkkk. tak terkata. dari aspek ilmu, pengalaman, macam-macam lagilah.



Sebelum bergelar pendidik dulu langsung tak terfikir betapa besarnya tanggungjawab sebagai seorang guru. yang aku tau bila dah dapat ijazah, tunggu masa untuk dipanggil posting. masa tu cuma risau lambat dapat keje je. takde pun terlintas tentang cabaran yang bakal dihadapi bila dah bekerja nanti.



Nahhh! sekarang rasakan. hahaha. bukanlah bermaksud kerjaya sebagai pendidik ni tak bagus. wehhh sape yang cakap macam tu ha? guru ni salah satu kerjaya yang paling mulia tau. maksud aku kat sini, tanggungjawab sebagai guru tu tersangatlah besar. kalau korang rasa nak angkat tong gas tu pun macam nak pengsan, bila jadi cikgu ni bersedialah untuk mengangkat beban 20 kali ganda dari tong gas tu. haaa mampu tak?



Maybe ada yang mencebikkan bibir bila aku cakap camtu. alah apelah sangat setakat jadi cikgu tu. pegi keje mengajar, pastu balik keje. ape yang susah sangat? hahahah. aku rasa sebab tulah agaknya wujud peribahasa "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". hanya orang yang mengalaminya saja yang akan memahami. takyahlah kita bermati-matian nak berhujah dengan orang yang tak berada di tempat kita. buang air liur je. sebab kompom diorang nak menang gak. huhu.



Macam aku sendiri yang bergelar guru bimbingan dan kaunseling di sekolah, setiap hari aku berdepan dengan macam-macam ragam pelajar. pelajar yang dari luarannya nampak normal. tapi dalamannya? sape lagi yang perlu amik berat pasal emosi dan perasaan diorang tu kalau bukan aku? kalau doktor nak tau penyakit orang tak susah. baring, pastu masuk dalam terowong. MRI la tu. pastu dapatla tau ko sakit ape. tapi macam kitorang ni? camne nak tau pelajar tu bermasalah ke tak? boleh ke guna MRI? boleh ke belah hati pastu, ohhh awak ni ada masalah family ni. boleh?



Ehh, aku tak cakap pun keje doktor tu senang. diorang pun ada bahagian diorang yang susah gak. cuma tu aku ibaratkan jela. nak bagi korang paham. hehe.



Nampak macam aku tengah merungut ke? taklah. aku cuma meluahkan perasaan je untuk sesetengah orang yang kadang-kadang masih lagi tak faham apa sebenarnya peranan guru kat sekolah. yang dia tau cuma kutuk, marah, pastu cakap cikgu tak buat keje. bila anak dapat markah bagus, terus mengaku selalu ajar anak kat rumah. tapi bila markah anak teruk, cepat je jari telunjuk tu menghala ke cikgu sebagai punca. jarang sangat nak dengar mengaku silap sendiri. yelah, sape yang suka mengaku buat salah kan?



Kalaulah diberikan skala tahap ke-suka-an aku terhadap kerjaya aku sekarang ni agak-agak aku nak bagi berapa ek? maybe 3 kot. daripada 5. aku masih belum jumpa lagi kepuasan untuk bekerja. tak pasti ape sebabnya. maybe persekitaran, rakan sekerja or diri sendiri. orang kata nak jadi guru ni kena ade jiwa. ye, memang aku ade jiwa. cuma belum sepenuhnya jiwa aku berada dalam bidang ni. hmm maybe sebab aku baru lagi kot. bila dikira-kira, lagi 31 tahun aku akan bergelumang dalam bidang pendidikan ni. InsyaAllah kalau dipanjangkan umur.



Baru 3 tahun dah macam-macam yang aku alami. belum masuk 30 tahun lagi. hmm terlalu jauh nak difikirkan. biarlah masa dan keadaan yang tentukan. apa yang penting adalah masa kini. here and now bak kata Gestalt. cewahhh! tak berkarat lagi rupanya otak aku ni. hahaha.



Apa-apa pun aku masih happy dengan kerjaya yang menjadi sumber rezeki aku sekarang ni. walau apa cabaran dan dugaan yang datang sekalipun, rasanya aku masih lagi kuat untuk berpegang pada kerjaya yang satu ni. sebab aku yakin dengan ganjaran-Nya dalam mendidik dan memanusiakan manusia. biarlah orang lain tak pandang pengorbanan kita. apa yang pasti di atas tu sentiasa melihat keringat hamba-Nya.



Thursday, April 28, 2011

Buka blog terus terkujat hampir kena serangan jantung



Salam kawan-kawan.



Pehh rasa lama gila tak update blog. kadang-kadang tu memang rasa gian nak menaip blog tapi serius memang tak sempat langsung. mesti korang pelik kan apsal sebelum ni aku leh je melenggang kangkung jalan-jalan tengok blog orang lain. tapi kali ni jangan kata nak jenguk blog orang, blog sendiri pun tak terusik.



Tapi hari ni ke-gian-an hati ni nak update blog tak dapat dibendung lagi. lalu tanpa perasaan bersalah sambil menjeling sebelah mata pada kertas-kertas dan fail yang menimbun kat sebelah ni, aku teruskan menaip sambil tersenyum girang. puas hatiku. huahuhahua!



Tapi mula-mula login blog kesayangan hamba ni, hampir-hampir nak kena heart attack. mana taknya. sebelum ni blog ni berwajah lain. sekarang dah jadi 100 peratus lain. rasa macam masuk rumah jiran sebelah je. hampir setengah jam gakla duk belek-belek bagi memuaskan hati dan mengesahkan yang blog tu blog aku. akhirnya memang sahih. ni memang blog aku!!! wahhh suke suke!



Errkkk, nampak macam jakun ek? ahhh, lantaklah. nak lawan blog orang lain tu memang tak terlawan la. blog masing-masing bapak cantiknya. ni pun Cik Bulat yang buatkan. terima kasih ye Cik Bulat. kalo sape-sape rase diri tu agak buta IT
macam aku, tak reti-reti ke nak tempah kat Cik Bulat? bila dah bosan dengan template ni nanti, nak suh Cik Bulat buat yang lain plak. hehehehe.



Hurmm, aku ni sebenarnya tengah busy sebab sekolah aku tercalon dalam Pencalonan Sekolah Kluster Kecemerlangan. disebabkan nak jadi cemerlang, maknanya makin banyakla keje. yang tak bestnya, semua benda nak cepat. dahlah dapat tau hari isnin, hari Jumaat dah kena hantar. hadoi! macam mana punye kejelah camni. opss! lupa plak. mana leh ingkar. aku kan 'Saya Yang Menurut Perintah'. ;)



So, kengkawan sekalian alam, kalo blog aku ni tak ter-update beberapa hari, minggu mahupun bulan, anggap jela aku tengah busy tahap gaban dan bayangkan kat atas meja aku penuh dengan fail-fail berselerakan. haa bayangkan cepat! jadi diharapkan kengkawan sume bersabarlah ye. saya tau anda sume dahagakan entri dari saya. bluwekkkkk!!! (sebelum korang muntah biar aku muntah dulu).



Sampai jumpa lagi! Daaa...



Monday, January 24, 2011

Bertukar Pemimpin - perkara biasa

Salam semua. apa khabar?



Hari ni me dapat boss baru. rasa excited sangat. maybe sebab beliau bekas kaunselor kot. untung-untung leh kongsi pengalaman. rasa baru je dapat Pengetua baru. tak sampai 5 bulan, bertukar lagi. secara tak langsung cara bekerja pun akan turut bertukar. 


Me berkhidmat di sekolah ni hampir 2 tahun. dalam 2 tahun me dah rasa bekerja dengan 3 orang dan 3 jenis pemimpin. masing-masing ada cara tersendiri. bila pemimpin bekerja agak slow, maka anak-anak buah pun akan terikut slow gak. bila pemimpin laju, kami pun jadi laju. macam-macam pendekatan yang digunakan. dan Alhamdulillah setakat ni me rasa selesa dengan semuanya.



Bertukar pemimpin dalam sesebuah organisasi tu perkara biasa. adatlah dalam bekerja kan. setiap masa mesti akan ke peringkat yang lebih tinggi. dan perubahan tu bagus sebenarnya. setiap orang mempunyai pengalaman dan pendekatan yang berbeza. yang pastinya setiap pendekatan itu mempunyai matlamat yang sama iaitu ke arah kecemerlangan organisasi. 


Macam me sendiri, pertukaran pemimpin diterima dengan hati yang terbuka. tak sabar rasanya nak bekerjasama dengan orang baru. tak sabar nak melihat cara pentadbirannya. me juga harap pemimpin kali ni dapat bertahan lebih lama menabur bakti di sini. Insyaallah.


*Berdebar pun ada bila berdepan dengan kaunselor yang lebih berpengalaman.



Thursday, November 11, 2010

~ Tahniah adik-adikku! ~



Hai.



Jenguk kat FB jap tadi. tiba-tiba ternampak member up status wish tahniah kat student UPSR yang berjaya dapat 5A. terlupa lak aku hari ni result UPSR kuar ye. kalo tak silap anak abang ipar aku ada yang amik UPSR tahun ni. tak taulah ape result die.



Anak cousin aku pun ade sorang yang amik UPSR tahun ni. dia tu bijak sikit budaknya. kecik-kecik dah pakai spek. 24 jam duk mengadap Skor A. yela, mak cikgu katakan. ke mana tumpah kuah kalo tak kat atas meja kan. eh!


Besar sebenarnya tanggungjawab sebagai ibu bapa ni. dari sebesar tapak tangan tulah ibu bapa perlu mencorakkannya. didikan ibu bapa kepada anak masa kecik itulah yang akan membentuk siapa si anak bila dah besar nanti. bila dia dah besar, diri sendiri yang perlu menilai baik dan buruk sesuatu perkara itu dengan dipantau oleh ibu bapa.



Errr sebenarnya nak cite pasal UPSR je. tetiba melalut tak tentu pasal duk bagi nasihat kat parents. ko tu takde anak lagi bolehla cakap itu ini. ada anak nanti barula tau sebesar mana tanggungjawab tu. yela, tengah nak belajar la ni. uhuk!



Anywayyyyy, congrats wahai anak-anakku (wahhh macam ada anak kembar 10) yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. nikmatilah hasil berkat kesabaran dan usaha kamu selama 6 tahun di sekolah rendah. selamat menempuh kehidupan di alam sekolah menengah tahun depan!














* Terbayang ada anak Tahun 6, teman dia amik result UPSR. hikhik.



Tuesday, November 9, 2010

~ Aku benci menunggu! ~



Morning kawan-kawan.



Miss me? muahaha. harap kamu kamu sume paham tentang ke-busy-an saya sejak kebelakangan ini. tetibe je ayat skema. ni pun curi-curi masa jap tinggalkan budak dalam dewan yang tengah duk dengar taklimat daripada SM Teknik Lipis.


Ye, aku memang tak suka menunggu. tapi orang tunggu aku takpe. hahaha. takdela, aku pun tak suka buat orang tertunggu-tunggu. rasa bersalah je. tapi ade sesetengah orang langsung takde rasa ape-ape bila buat orang ternanti-nanti. macam hati kayu.



Hari ni pagi-pagi lagi aku rasa darah dah naik ke kepala. janji pukul 9 pagi, dekat pukul 10 masih tak nampak batang hidung. masa mula-mula janji bukan main lagi. bila sampai masa, hati yang sejuk jadi panas. kalo takat aku sorang je yang panas hati takpela, ni melibatkan ramai orang lain. mana nak letak muka ni wey?


Tiap kali call cakap dah nak sampai. tapi tak sampai-sampai gak. sejam lebih duk menunggu die saja. sume dah mula panas bontot. sorang-sorang mula hilang. maybe dah bosan sangat menunggu kot. nasibla aku yang handle benda tu. kalo tak, confirm dengan aku sekali angkat kaki.



Dekat pukul 10 baru nampak duk terhegeh-hegeh berlenggang kangkung datang. buat muka macam takde ape-ape. aku plak terpaksa panggil balik sume yang dah hilang tadi. tersengih-sengih macam tak buat salah. minta maaf jauh sekali. aku nak bagi senyuman pun tak lalu. lantaklah.


Kenapa boleh jadi macam tu? tahla. takde moral dalam diri kot. spesis camni bila orang buat salah, die nampak. tapi salah sendiri, tutup mata sudah. mula menuding jari kat muka orang lain. orang itu salah. orang ini tak betul. die saja yang betul. die tak tau lebih ramai orang yang menyampah dengan die.



Bukan hari ni je aku jumpa dengan makhluk perosak camni. bersepah. pada aku la kan, senang je nak elak daripada terjadinya benda seperti ini. cuba letak diri kita kat tempat orang yang jadi mangsa tu. ape yang kita rasa? bengkek? marah? bengang? nak tumbuk orang? bila kita ade rasa camtu, secara tak langsung kita akan fikir panjang sebelum buat sesuatu perkara.


Dalam keadaan camni, kena fikirkan tentang orang lain. jangan duk pentingkan perut sendiri je. dah tau tak breakfast lagi, kuar la awal sikit. ni tidak. dahla kuar lambat, sempat plak ngeteh kedai mamak. padahal ramai orang tengah tunggu kedatangan die. patut ke?



Lainla kalo ade emergency case yang tak dapat nak dielakkan. itu aku pun tak leh nak buat ape. bolehla dimaafkan. tapi bukan kes berhenti-ngeteh-jap-kat-kedai-mamak-sebab-tak-breakfast-lagi. unforgiven okeh!




* Bila marah, rasa lapar. aku plak nak braekfast! 


Thursday, November 4, 2010

~ Mereka masih belum nampak ~



Hai again.



Ye, mereka masih belum nampak lagi. nampak ape? mereka masih belum nampak siapa diri mereka dan di mana mereka berada untuk 5 atau 10 tahun akan datang. sebab tulah mereka bersikap dan berperangai seperti sekarang. kalau mereka tau, mungkin dah lama mereka berubah.



Mereka tu siapa? siapa-siapa saja boleh jadi 'mereka' itu. kamu, kamu atau kamu. ye, kamu yang toleh kiri dan kanan tu. saya bercakap sama kamu la. erkkk malu sudah.



Ok, fokus. 'mereka' yang aku maksudkan dalam entri ni adalah pelajar-pelajar yang masih bersekolah sekarang. atau lebih khusus lagi, pelajar sekolah aku. ape yang aku nampak, sikap dan perangai kebanyakan daripada mereka sekarang ni tak menggambarkan sebagai seorang pelajar. nawaitu datang ke sekolah dah tersasar.



Bila ditanya, rata-rata terdiam langsung tak tau nak cakap apa. ye, dah pasti niat mereka datang ke sekolah untuk berjumpa dengan kawan-kawan. dan berjimba-jimba jika tiada cikgu di kelas. tak perlu tanya dah tau jawapan mereka. mereka datang ke sekolah kerana disuruh oleh ibu bapa. itupun setelah dipaksa, dimarah, dirotan, dicubit. kalau tak, tidur di rumah itu lebih menyeronokkan.



Ye, mungkin mereka masih belum nampak lagi di mana mereka 5 tahun akan datang. siapa diri mereka 10 tahun kelak. tapi takkan nak tunggu hingga 5 atau 10 tahun lagi baru nak sedar? bukan ke masa tu dah agak terlewat? jadi, siapa yang perlu menyedarkan mereka-mereka itu untuk berubah sebelum terlambat? aku kah? mereka kah? ibu bapa mereka kah?



Semuanya perlu memainkan peranan masing-masing. di sekolah, aku dan guru-guru lain tak putus-putus beri sokongan moral dan motivasi untuk menyedarkan mereka betapa pentingnya pendidikan ini. proses pembelajaran tidak terhenti setakat SPM ataupun STPM. ianya berterusan hingga ke liang lahad. di rumah pula, tugas itu disambung semula oleh ibu bapa. bukan ke ibu bapa yang perlu mencorakkan hidup anak sejak mereka kecil lagi?



Oh, di atas itu cuma sokongan luar. yang paling penting adalah diri sendiri. jika diri sendiri ingin berubah, pasti boleh. cuma nak dengan taknak je. sekuat mana pun sokongan luar diberikan, jika diri sendiri menolak, memang takkan ke mana. jadi, tepuk dada, tanya iman. dah tak boleh tanya selera lagi.



Sekarang ni, tugas aku adalah terus memberikan sokongan dan kesedaran kepada mereka-mereka yang dimaksudkan. perkara yang wajib dibincangkan dah semestinya berkaitan hala tuju mereka selepas persekolahan. biar mereka fikir dan renungkan di mana mereka ingin berada pada 5 aau 10 tahun akan datang. masih di kampung kah? atau sedang menuntut ilmu di menara gading? itu mereka yang tentukan.



Kalau masih tak nampak lagi, pegi kedai cermin mata, cek mata. maybe kena pakai spek kaca 5 inci tebal. ataupun hantuk kepala kat dinding dan tanya dinding tu kenapa la aku ni lembab sangat. mungkin akan timbul kesedaran di situ. *ibu bapa dilarang meniru aksi ini.




* Kadang-kadang habis cara nak bantu 'mereka'. 



Thursday, October 28, 2010

~ Mintak maaf banyak-banyak ~



Salam sume.



Sorila aku rasa kebelakangan ni kurang sangat entri aku kan. bukan malas, bukan buat-buat busy. tapi serius memang ke-busy-an ini hampir-hampir buat aku terfikir nak terjun bangunan. Astaghfirullah. takdela sampai camtu. cuma rasa macam nak benti keje je.


Tapi kalo benti keje kang nak makan ape? nak shopping lagik. so, nak taknak kena gak teruskan keje. ok, stop. jangan merepek tak tentu hala dalam belog yang suci ini. suci ke?



Aku sekarang sedang menaip dalam keadaan jari telunjuk tangan kanan yang sakit. puncanya, tadi duk menaip guna typewriter yang jenis lama tu. sebijik-sebijik aku tekan. 2,3 kali gak jari halus aku ni tersepit celah biji-biji huruf tu. sakit wooo. tapi demi menyiapkan Laporan Penilaian Prestasi aku, ku gagahi juga. uhuk!


Ada lebih kurang 2 minggu lebih lagi sebelum mula cuti sekolah. bermakna, aku cuma ada 2 minggu lebih gak untuk setelkan sume benda. waaaaa otomen, tolong! kan best kalo aku ada kuasa tangan boleh gerak pantas. 5 minit siap. pastu takyah pening-pening nak fikir camne nak buat satu-satu benda tu. terdetik je, terus jadi. wahhh gitu. dah! jangan berangan!



Esok tak pegi sekolah lagi. eh, sesuka hati je cakap aku ponteng ek. aku ade program kat sekolah lainla. kena jadi fasilitator. ni program peringkat daerah. masa tengah tahun taknak lak buat. dah hujung-hujung ni baru la mula macam-macam program. dengan keje kat sekolah ni pun tak setel-setel lagi, nak kena handle program luar plak. haihhhh. tak baik mengeluh. baik!


Ingat hari Sabtu tu bolehla bermalas-malasan kat umah. sekali kena sekolah ganti la plak. sumenye gara-gara nak bercuti lama time Raya Haji nanti. kiranya sekolah aku nanti cuti sekolah awal la. ikutkan 20hb 11 baru cuti. tapi Raya haji kan 17hb 11. so terus cuti sampai taun depan. syok? tak gak. name je cuti. silap-silap boss asik call suh datang sekolah ade meeting. kena standby jela.



Sape cakap jadi cikgu ni senang? sape cakap? cuba try test jadi cikgu dalam sebulan. nak tengok korang korang siuman lagi ke tak. hahaha. gurau je kay. biasela setiap bidang ade cabarannya. bagi diri aku sebagai guru, cabaran yang paling utama adalah aset sekolah iaitu pelajar. macam-macam ragam. dan untung bagi aku sebab aku kaunselor. bidang ni buat aku lebih memahami diri sendiri dan orang lain. kira kurang skit je dari ahli nujum. muahahaha.


Cukuplah repekan aku setakat ni. pantang ade masa skit ade je yang nak dibebel. nak buat camne kan. name pun chekgu!




* Stress tapi ada kepuasan. ;)



Wednesday, October 13, 2010

~ Maaf andai kamu menunggu ~



Salam sume.



 Hahaha. tajuk entri tak boleh blah langsung. bajet ade orang yang ternanti-nanti entri baru ko kan. alaaa layankan jela. tuan empunya belog sudah terlebih mereng sebab banyak nau kije. haihhh.


Serius memang sejak minggu lepas aku agak busy. kalah PM tau. aku menyampah kalo dapat keje last minit. plak tu kena siapkan dalam masa yang singkat. boleh mendatangkan marah tu.



Bila dah camtu, mood aku pun jadi tak menentu. muka stress abis. sampai ramai yang tegur. ahhh!! pedulikan. yang penting keje aku siap. tahla, ade partner tapi macam keje sorang-sorang je. haihh malasla nak menambahkan ke-tidak-sedapan mood ni.


Oh ye, Jumaat sampai Ahad ni aku akan ke UiTM Puncak Alam. ada program yang melibatkan student aku kat sana. so aku kena jadi guru pengiring. malas betul la. nasib baikla UiTM Puncak Alam tu best. kalo tak, memang aku tala ke orang lain.



Incek hubby la tempat aku merungut penatla, stressla, letihla, bosanla. sampai aku rasa die pun dah bosan kot dengar aku merungut. hahaha. tapi incek hubby selalu pujuk aku dengan bagi kata-kata semangat. die cakap bile lagi aku nak belajar sume ni. aku kan orang baru. so kena kumpul pengalaman sebanyak mungkin. betul gak kan?


So, aku think positive di situ. kurangkan merungut. tapi keje jalan. biarla orang nak cakap ape pun, yang penting kita dah jalankan tanggungjawab kita.



Minggu depan sampai la ke cuti skola jadual aku memang dah full. macam-macam program kena buat. letih wooo. aku tengok kalender yang penuh dengan contengan tu pun rasa nak muntah. plak tu memikirkan nak buat report lagi. wekkkkkk!!! ngeri!!!


Aku baru berhajat nak naikkan berat badan lagi. tapi nampaknya tak menjadi la. memang aku tetap makan even stress tapi makan time stress takkan buat ko jadi gemuk. makin kurus ade la. dah macam bela antu raya plak. hahaha. sian incek hubby dapat wife yang tak sedap nak dipeluk. huhu.



Eh, tadi rasa macam nak taip entri ringkas je. tetiba jadi macam panjang la plak. haihh kena stop ni. masa itu emas. sekarang saya kena berkejar ke pejabat pula. ayuhhh!!!



* Kalo esok takde entri baru kena tunggu minggu depan plak la ek. daaaa. ;)



Thursday, October 7, 2010

~ Kecut perut! ~



Pagi.
Eeeiiii pagi-pagi dah buat aku kecut perut. mana taknya. hampir-hampir je nak kene langgar dengan orang. eeiii ngeri.



Yang orang tu pun satu hal gak. dalam kawasan kampung camtu janganla bawak kete macam nak berlumba. dahla cuaca pagi tadi masih gelap lagi. memang sipi-sipi je kete aku nak jadi mangsa. aku bernasib baik sebab cepat dalam 2,3 saat.


Dari jauh aku dah nampak ade pokok or dahan tumbang menghalang laluan jalan sebelah. kira jalan bertentangan dengan laluan aku la. dalam waktu yang sama gak aku nampak ade sebiji kete punye la laju dari arah depan. masa tu hati aku terdetik, die mesti tak perasan pokok tu.






Dan ye, memang betul. betul-betul kete aku kat sebelah kete die time die langgar pokok tu. nasibla pokok tu tak besar sangat. dan nasib baik gak aku sempat mengelak ke kiri jalan. dari cermin belakang, aku nampak kete orang tu macam nak terpusing maybe sebab die terkejut sangat kot.


Pastu aku tak tau ape jadi sebab dah tak nampak. yang pasti mase tu kat belakang kete aku ade sebijik motor. harap-harap penunggang motor tu tak apa-apa. berderau gak darah masa tu. kaki menggigil. nak je aku benti kat tepi jalan, tapi bila tengok jam dah nak dekat kul 7, aku tabahkan jela hati. errr gambar takde la ye. gile ke ape, hampir-hampir nak kene langgar sempat plak nak amik henfon tangkap gambar. ko jangan buat lawak!



Inilah risiko yang aku kena tanggung setiap hari. nak buat macam mana. tanggungjawab mesti ditunaikan. incek hubby dah banyak kali ajak pindah duk dekat dengan skola aku. tapi aku yang beria-ia menolak. eeiii taknakla duk kat sini. kemudahan tak banyak. bayangkan la kalo nak kuar duit pun kene pegi ke bandar Lipis or Raub. kan ke susah nanti. so bila fikir pro & cons, kita duk bandar Lipis jela. senang nak ke mana-mana. berkorban skitla kan.



Tapi tulah kan. kalo orang yang lemah semangat mesti dah fobia nak drive. kalo jalan ok aku rase tak masalah sangat. tapi ni jalan macam ular kene palu. memang kena berhati-hati. biaselah, orang kalo dah mahir satu-satu jalan tu mesti bawak laju. kononnya dah tau kat mana ade lubang, kat mana ade lembu. tapi kadang-kadang kita lupa malang tak berbau. macam kes pokok tumbang tadi.



Jadi, aku ambil pengajaran di situ. dalam pada nak selamat, secara tak langsung kita boleh jimat minyak gak kan. macam kete Kenari aku ni sehari pegi balik RM10. so aku spent RM50 untuk seminggu. kalo aku bawak pecut, memang tak cukup sehari RM10. aku dah try dah. sebab mase tu dah lambat. huhu.



Sepanjang aku berulang-alik kat tempat aku keje ni, banyak gak kemalangan yang aku jumpa. kalo kes hampir-hampir nak melanggar or dilanggar tu dah kerap sangat. tapi Alhamdulillah sume tu tak melemahkan semangat aku untuk teruskan perjalanan untuk mendidik anak bangsa. semoga Allah mempermudahkan urusan aku setiap masa. Aminnnn.




* Ni kalo cite kat incek hubby kompom idea nak pindah dekat ngan skola muncul kembali.



Wednesday, September 22, 2010

~ Tetiba je ke-sibuk-an melanda diri ini ~





Wah wah. busynye saya ini hari. tak menang tangan dibuatnya. rasa macam nak menaip guna jari kaki jek.








Hadoi. hadoi. busynya. tapi tetap nak hapdet belog gak. tak kire. rase hidup tak lengkap kalo tak merepek meraban kat sini.




Maka, sekian. itu saja warkah dari saya untuk masa ini. berjumpa semula di masa lain. mungkin sejam akan datang.




Yang busy,

Saturday, September 18, 2010

~ Kerja di hari Sabtu memang boring! ~



Waarrrggghhh! bosan gile!




Bila sesekali kena keje hari Sabtu ni alahai. bercinta rasenye. tulah, time raya nak cuti lame. skang kan dah kena ganti balik. Sabtu depan pun same. uhuk. tapi aku dah ade niat murni untuk tak meng-kerja-kan diri Sabtu depan. ;P



* Baby ni pun reti boring.



Hari ni pun bape kerat nau budak skola yang datang. ade la dalam suku daripada 900 orang. ade klas yang langsung takde budaknye. hamboih korang. beraya sampai tak ingat jalan ke skola ye. cikgu-cikgi gak yang bagus sebab komited bangun pepagi nak pegi ngajar.




* Nak kesian kat sape ye? student yang keboringan or lecturer yang memboringkan?



Bile dah tak ramai student, skola pun jadi sunyi. dah macam tak berpenghuni. lagila buat aku boring. biasenye ade gak budak-budak yang duk melepak dalm bilik kaunseling ni. tapi hari ni, haram tak nampak. takde sape nak diajak borak. nak duk bilik guru, macam malas lak. kompom cikgu sume busy. almaklumlah trial SPM minggu depan. tak mau la kaco diorang.




Incek hubby lak hari ni tak keje. wahhh sedang bersenang-lenang la kat umah tu ye. nak je amik MC pagi tadi. tapi setan tak berjaya hasut aku. bunyi alarm, cepat je aku bangun mandi. miahahaha. pastu tengah drive rase nyesal tak amik MC sebab tengah bayangkan incek hubby duk berbungkus lagi atas katil. uhuk.




Dalam entri sebelum ni kan aku ade mention aku kene datang skola sebab Pengetua nak bertukar kan. aku ingatkan hari ni die last. rupenye Isnin depanla. citt!! punyela aku bersemangat nak wish gudbye kat die, kena postpone minggu depan. kalo tau, aku cuti je ari ni.




Isshhh ko ni diela. kenape la malas sangat. bukanla malas cuma tak rajin je. muahahaha. biasela masih dalam mood raye. nilah akibatnye kalo lame nau cuti. semangat keje terbang tah ke mana. nak mencari balik tu adoiyai. makan bulan gakla. melampau tak? hahaha.




Emmm incek hubby cakap nak tukar radio Kenari yang dah rosak tu. nak call die japla tanya dah siap lum. tah-tah tengah membuta lagi. bukan leh caya tu.




* Share skit petua nak bagi rajin keje. ;P


Monday, August 16, 2010

~ Pantau ke santau? ~



Hai. salam sume.





Hari ni lewat skit aku online. tetiba pagi tadi ade plak student yang bermasalah datang jumpa. lama gak borak-borak. student aktif bercakap. aku memang suka layan klien jenis banyak cakap ni. secara tak langsung keje kita pun kurangla kan. lagi-lagi bulan pose ni. tak leh cakap banyak-banyak. jimat air liur. hehe. 




Oh ye. minggu ni (tak pasti hari ni ke, esok ke, lusa ke) skola aku akan dipantau oleh PPD ngan JPN. baru je minggu lepas PPD datang. minggu ni die datang lagi. haihh. buat ape la susah-susah nak datang sini. kan bulan pose ni. baik duk je dendiam kat opis tuh. kalo datang sini pun bukan kitorang leh jamu makan. takyah datang la ek incek-incek sekalian.





* Maceh cik google.




Biasela kan. kalo skola yang berprestasi kurang memberangsangkan ni memang sentiasa jadi kegemaran orang-orang atas untuk datang pantau. skola aku bukanla teruk sangat. keputusan tiap tahun meningkat cuma maybe masih tak mencapai tahap yang disasarkan kot. 





* Dari cik google lagi.



Bila pencapaian tak ok, ramai yang guna alasan 'pelajar asli ramai kat skola ni'. padahal bila tengok balik result masing-masing kebanyakan yang bermasalah adalah budak melayu. so alasan tu memang dah tak leh pakai yek. nak kata cikgunya tak buat keje, aku tengok sampai nak pengsan-pengsan cikgu mengajar pagi petang nak bagi budak paham. memang tak penah jemu. so sape yang nak dipersalahkan dalam hal ni?





* Tepuk dada, tanya iman.



Friday, August 6, 2010

~ Marah tanda sayang ~



Hai. morning kawan-kawan sume.






Wahh macam lame je tak melayan belog aku ni kan. padahal baru 3 hari. yela, biasenye tetiap hari aku menghapdet. emmm minggu ni aku quite busy. ke hulu ke hilir handle program untuk student. dari hari Isnin sampai Khamis. baru hari ni aku pegi skola.






First program tu melibatkan pelajar-pelajar yang high-risk. yang jenis disiplin terukla kat skola. kitorang bekerjasama dengan AADK dan JPNP. student skola aku ikutkan 4 orang yang terlibat tapi 2 orang je yang pegi. sorang accident, sorang lagi kaki bengkak. haihh rugi tul. yang terpilih ni memang dah ditapis la. memang jenis budak yang bermasalah. aku yang duk ngantor diorang ke Kem hari Isnin tu. 






Yang bestnya, Pegawai Pusat Serenti Benta yang train bebudak ni. memula datang diorang dah kena botak kepala. hahaha. bebudak aku buat muka kesian nak balik sebab taknak potong rambut yang baik punye tercacak tu. aku sengih je. dalam hati, "kat skola kemain samseng lagi ko ek. kat sini tau plak ko takut pastu buat muka kesian. poodah!!". bebudak ni korang memang tak leh bagi muka. kang naik lemak. aku ni name je Kaunselor tapi bila datang hangin aku memang aku hamun je sume. huhh garang sungguh beta!






Pas dah letak diorang kat Kem tu, pegawai-pegawai AADK tu sume suh aku takyah risau-risau. taula diorang nak 'menjaga' bebudak tu. dengan senyuman sinis lagi. heheh. bagus. memang aku suke sangat. memang patut diadakan lebih kerap lagi untuk bebudak bermasalah ni. sebab diorang ni kebanyakkannya datang dari keluarga yang berpecah-belah. so perhatian untuk diorang tu penting.






Masa last day, hari Khamis tu, aku datangla situ lagi untuk Majlis Penutup. tengok memasing kemas je berpakaian. rambut nipis je. aku dah rase macam duk kat Pusat Serenti. hahah. pastu diorang berkawad segala bagai. memang bagusla. dari Emcee, baca doa ngan ucapan sume bebudak yang buat. diorang ni sebenarnya boleh diharap. cuma sikap degil ngan malas tu yang buat diorang jadi camtu. bila suh berucap kat depan VIP leh plak. 






Hari ni datang skola aku tak perasan plak budak 2 orang tu. tah-tah tak datang sebab malu kepala dah botak. dah tak ensemla. kang awek lari plak. haihh macam-macam bebudak ni. pasni aku ngan kaunselor sorang lagi kene sentiasa pantau bebudak ni. tak leh nak lepas tangan camtu je. takut diorang buat balik perangai lama. harap-harap ade la sedikit perubahan dalam diri diorang tu. InsyaAllah.






Oh, program kedua plak Program Semarak Ilmu untuk pelajar UPSR. kitorang (Kaunselor-kaunselor daerah Lipis) dibahagikan kepada beberapa skola rendah untuk jalankan program sebelum exam. aku ngan beberapa rakan kaunselor dapat di SK Sungai Koyan. dekat je dengan skola aku. biasela buat LDK, pastu buat aktiviti bagi seronok. yela, name pun bebudak kan. kalo kita bagi ceramah kang diorang tido. bila main game camtu baru masing-masing bersemangat.






Kekadang aku rasa syoknya la kalo dapat ngajar kat skola rendah. bebudak kecik-kecik je. kita marah taula diorang takut. tapi bila bebudak dah beso ni alahai. kita marah, die leh marah kite balik. memang respect tu makin kurang. jauh skali nak takut dengan cikgu pompuan yang cun lembut macam aku ni. dengan cikgu disiplin diorang takutla. tu pun takut depan-depan je. belakang, diejeknya ko. sabo jela.






Haihh aku kalo bab membebel pasal bebudak ni memang tak reti nak benti. sebab banyak sangat yang nak diluahkan. kalo nak cite sampai taun depan pun tak abis. kang korang muntah ijau lak baca belog aku ni. daripada elok-elok takde masalah, terus bertambah masalah. dah dah. jangan kerut dahi tu. cite dah abis.
* Sekali ketuk, sekali jalan.



Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat