Showing posts with label memori. Show all posts
Showing posts with label memori. Show all posts

Wednesday, February 1, 2012

Kenangan Sekolah ;)


Salam u alls. =)



Malam semalam masa tengah amik mood nak tido tetiba teringat kisah-kisah masa zaman sekolah dulu. pastu aku tergelak sorang-sorang. hubby belek muka aku. dia ingat aku mengigau. hehehe.



Zaman sekolah rendah aku dah tak berapa ingat sangat. cuma yang aku ingat masa darjah 1 dan 2 mak aku rajin datang sekolah masa rehat. jarak dari rumah ke sekolah agak jauh gaklah. mak aku datang semata-mata nak tengok aku makan ke tak. yela dulu aku ni pemalu mengalahkan daun semalu. sekarang pun. ;P



Kadang-kadang aku tak tau pun mak aku datang. sedar-sedar je dia dah ada kat sebelah. rupanya dia skodeng aku dari jauh. nak tengok aku pandai beli makanan kat kantin tak. huhuhu. bila nampak mak terus malu-malu kucing. hishhh!



Masa tu tak terfikir pun pengorbanan mak penat datang ke sekolah. bila teringat balik sekarang ni barulah rasa terharu sangat. rasa menyesal jadi nakal dulu. tak dengar cakap. ;(



Naik sekolah menengah lagilah macam-macam ragam aku. bangga kononnya dapat masuk sekolah hebat. tapi perangai sendiri lagi hebat! masa lower form masih belum panas enjin. junior lagipun. so muka pun nerd je. tudung kemain labuh. cakap pun dengar tak dengar. muka comel suci murni. sekarang pun. ;P



TAPIIIII naik je upper form, setan mula mainkan peranan. ceh! ko salahkan setan plak. padahal diri sendiri tak kuat iman. huhu. form 4 aku dah mula panaskan enjin. dapat plak geng yang sama-sama bengong. masa tu sape tak kenal aku 3 sekawan ni. kemana-mana berkepit je. buat lawak pun kitorang je yang paham. orang lain terpinga-pinga. hahaha.



Ada hari-hari tertentu (biasanya hari ada Add Math), orang lain naik bukit nak pegi sekolah. kitorang plak pas mak ayah anta, tunggu geng pastu sama-sama turun bukit nak ponteng sekolah. memang gamble gila masa tu. pastu buat-buat buka buku kononnya nak pegi fotostat kat kedai bawah. padahal pagi-pagi buta mana ada kedai bukak! ;D



Masa tu tak terfikir pun apa orang lain cakap. lantaklah. yang penting tak kantoi. pastu round satu bandar Kluang tu tanpa arah tujuan. bila dah tengahari, tengok dari jauh berduyun-duyun budak pakai uniform sekolah dah mula balik, kitorang pun naik bas balik rumah. balik-balik cari nasi kononnya penat belajar seharian. puiiii!



Pernah sekali tu kitorang ponteng agak lewat. sekolah aku betul-betul sebelah masjid. so ada pintu yang menghubungkan sekolah dan masjid. masa tu macam dah siang sikit dalam pukul 10 gitu. aku pun tak ingat apasal kitorang nak sangat memonteng masa tu. zuupppp!(sound effect setelah dilajukan) dah selamat keluar dari sekolah.



Nak dijadikan cerita ni lebih menarik, masa kitorang turun bukit sambil bergelak ketawa kononnya hebat melepaskan diri dari pak guard, tetiba ada sebiji kete ni lalu ke arah bertentangan. yang kitorang pun terus senyap sambil mata khusyuk tengok sape orang dalam kete tu. cam punya cam rupanya cikgu disiplin kitorang!!! hahaha. masa ni masing-masing muka cover. dah macam kambing gayanya. pastu ternampaklah cikgu disiplin ni tunjukkan jari telunjuknya sambil digoyang-goyangkan. alaa ibaratnya dia cakap 'siap korang!'.



Kitorang masa ni dah redha jelah. tunggu je dia bentikan kete. tapi yang peliknya dia terusss je. kitorang pun terussss je turun bukit. macam takde apa-apa berlaku. pelik! masing-masing tengok muka member. pastu gelak. sengal kan? masa tu takde pun fikir nak patah balik masuk sekolah. selamba badak je teruskan misi memonteng.



Esoknya kitorang dah get ready kalo kena panggil masuk bilik disiplin. tunggu punya tunggu takde pun. aikk pelik! takkan lepas gitu je kot? tapi hakikatnya memang kitorang terlepas. hahaha. tenkiu cikgu oja! actually nama cikgu tu rozali. tapi sukati kitorang je panggil cikgu oja. bagus kan?!



Ada lagi 1 kes, GPK HEM kalo tak silap aku masuk kelas nak cek buku tulis. masa tu kitorang dah diarahkan untuk bawak sume buku tulis untuk disemak. tah macam mana adalah beberapa makhluk ni tak cukup buku tulis. termasuk akulah! nah amik ko serotan sorang kat tangan. pas dah kena rotan ingatkan insaf. rupanya masing-masing bangga sambil tunjuk bekas birat kat tapak tangan kat member lain yang tak dapat. hampeh!



Bukan sekali tu je merasa rotan. ada sekali kes novel. aku sebenarnya tak terlibat pun dalam kes tu. cuma pernah ternampak novel yang diorang rebutkan tu. tak ingat tajuk. cuma yang aku dengar novel tu macam agak lucah sikit. tah camne kantoi dengan cikgu disiplin. masing-masing yang pernah baca kena rotan. yang siotnya sape yang pernah terrrtengok novel tu pun kena sekali. cisskek betul! dapatlah satu lagi tanda kat tangan. pastu bangga lagi. adoi!



Lagi satu kes, masa ni dah form 5 kalo tak silap. masa ni ada latihan rumah sukan. agaknya cikgu ni dah tau kitorang satu geng, so dia pecahkan kitorang ke rumah sukan yang berlainan. pehhh terbakar hati. dah namanya degil yang amat, kitorang pun selamba je daftar masuk rumah kuning tanpa rasa bersalah. bila cek nama takde. kitorang meyakinkan yang memang kitorang rumah kuning. kiranya masuk secara haramlah.



Itu satu hal. kalo dah duk satu rumah sukan tu patutnya semangatlah kan. ni tidak. latihan belah petang. sekali tu kitorang ponteng beramai-ramai. bajet dah hebat sangat takde sape nak marah. esoknya hambik ko! masa nak masuk makmal Fizik tetiba cikgu tu yang kebetulan cikgu rumah kuning tahan kat luar kelas. geng kitorang adalah dalam 5,6 orang yang jenis tak makan saman. dia sound gila-gila. memang takut gaklah masa tu. dalam pada gangster tu ada gaklah rasa takut kena tindakan.



Lepas daripada tu terus insaf jap. tiap kali latihan datang. yelah muka masing-masing dah kena mark. berani ke nak ponteng lagi. huhu.



Itu kes kat sekolah. yang kat tempat tiusyen ni belum cite lagi. serius aku cakap masa SPM memang aku belajar main-main. mak anta pegi tiusyen berbayar tapi aku belajar sambil lewa je. belajar pun mesti nak ada geng. kalo geng tak datang, semua tak datang. sampai cikgu tiusyen tu pun macam dah tak tau nak buat camne lagi kat kitorang. yelah diorang takkan marah punya sebab ko bayar kan.



Ada satu kejadian yang sampai sekarang masih jadi bualan wajib tiap kali aku jumpa balik dengan member-member lama. tiap kali bukak cite ni mesti ketawa sampai meleleh airmata. masa ni tengah tiusyen Math kalo tak silap. cikgu India lelaki yang ajar. geng kitorang duduk mesti sebelah tingkap. kelas kat tingkat 2 kat bandar Kluang.



Tengah khusyuk (konon) ni, tetiba member sebelah jerit sambil kepala jenguk kat tingkap. "eh, bapak fazi lah!". fazi ni member aku gak. pastu aku and the gang pun jenguk ramai-ramai kat tingkap tu. sekali tengok keling mana tah tengah naik moto. kitorang gelak macam nak terjun bangunan tu. padahal cikgu tengah mengajar kat depan. budak-budak lain pelik je tengok kitorang. sampai cikgu tu panggil "hello, hello girls. please sit down." kitorang bantai gak gelak sampai nak terkencing.



Masa ni kitorang salahkan member aku sorang ni yang saja menimbulkan kekecohan. alasan dia "aku boringlah. saja buat lawak sikit." hahaha. bagus kan?! masa tu gak aku perati muka budak-budak lain sangat menyampah dengan geng kitorang. sebab diorang tak boleh nak fokus belajar. bila ingat balik sekarang ish ish ish tak patut betul. sorila ye kawan-kawan. huhu.



Hmmm kalo nak ditaip semua kejadian-kejadian lucu, manis, pahit semua rasanya patblas muka surat pun belum tentu abis. rasanya setakat tu dululah aku buka pekung di dada. nanti bila ada pekung lagi aku buka lagi. hahahha.



Ok bai! =)



Wednesday, November 9, 2011

Kisah ex-boyfriend. Panas!

Salam Aidiladha kawan-kawan. =)



Hari ni pagi-pagi dah ada mood nak buat entri baru. tiba-tiba teringat satu kisah yang berlaku minggu lepas. kisah yang buat aku terkenang kembali cerita-cerita lama antara aku dan 'A'.



Gini ceritanya. minggu lepas (tak ingat hari apa), tengah rilek-rilek kat rumah tiba-tiba dapat sms dari seseorang yang dah lama tak contact. tapi disebabkan no fon tu masih aku simpan dalam hp, maka aku taulah sapa yang bagi sms tu. cuma sedikit terkejut sebab memang dah lama tak contact. rasanya dekat 10 tahun kot.



Dia ialah kakak kepada 'A' iaitu ex-bf aku. FYI, hubungan aku dengan family 'A' ni dulu memang rapat. dah macam family sendiri. mak dia pun aku panggil mama. kakak dia plak aku panggil Along. even masa hubungan aku dengan ex-bf dah tamat pun aku masih baik dengan family dia.



Ok berbalik pada kisah sms aku dengan kakak 'A' ni. kami pun borak-boraklah bertanya khabar sebab dah lama tak berhubung. rindu gila. rupanya kakak 'A' ni dah ada 2 orang anak pun. bila masa dia kawin pun aku tak tau. tau-tau je dah beranak pinak.



Lepas dah agak lama berbalas sms, aku terfikir nak tanya pasal ex-bf aku tu. dah kawin ke dia? sihat ke dia? kiranya kalau dikumpul soalan-soalan yang nak ditanya tu memang tak habislah. sms yang dibalas agak membuatkan hati aku sedikit tersentap. baru aku tau rupanya ex-bf aku tu tengah sakit sekarang. sakit apa tu aku tak berapa tau tapi melibatkan urat saraf dalam otak. dia cakap 'A' tengah tunggu masa untuk menemui ajal. Astaghfirullah.



Serius memang aku terkedu. rasa sedih pun ada. sedih bukan sebab aku ada perasaan lagi pada dia tapi sedih sebagai kawan. even dulu dia yang memutuskan hubungan kitorang, tapi aku dah lama lupakan. malah aku bersyukur sebab Allah tunjuk pada aku dan berikan aku suami yang sangat baik sekarang ni.



Yang buat aku bertambah sedih bila kakak 'A' cakap nasib baik aku putus hubungan dengan dia. kalau tak mesti nasib aku tak menentu sekarang ni. aku pun balas elok-elok sms kakak 'A' ni. aku cakap semua tu adalah ketentuan Allah. ada hikmahnya atas apa yang berlaku pada kami dulu. dan Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.



Aku ingatkan cuma satu berita sedih yang aku terima. tapi aku silap. bila aku bertanya keadaan 'mama', berita yang aku terima buat airmata aku mengalir. 'mama' sekarang tak sesihat dulu. 'mama' diserang strok tahun lepas. sekarang hanya mampu terlantar di rumah. saat ni aku terbayang wajah 'mama' yang dulunya sentiasa dihias cantik. dialah yang dulunya jadi tempat aku mengadu setiap kali aku bermasalah dengan 'A'. dia juga yang dulunya sanggup melayan panggilan telefon aku walaupun pada pukul 3 pagi semata-mata untuk jadi bahu tempat aku menangis.



Tapi sekarang? serius aku rasa nak sangat jumpa 'mama' sebelum dia tutup mata. nak peluk dia kuat-kuat, nak cakap terima kasih pada dia. menurut cerita kakak 'A', sebelum ni 'mama' memang ada cakap nak jumpa dengan aku. tapi bila dia dah mula sakit semuanya terkubur.



Insyaallah bila aku balik Johor nanti aku akan jumpa dengan 'mama'. semoga Allah memberi kesempatan untuk kami bertemu. aku ingat nak bawa family aku sekali jumpa diorang. dulu family kami ni memang baik disebabkan aku dan 'A'. lepas hubungan kami berakhir, family kami pun dah tak berhubung. rasanya tak salah untuk merapatkan semula hubungan yang dah terputus ni atas dasar saudara seIslam.



Apa yang berlaku ni aku tak cerita lagi pada hubby. bukan untuk merahsiakan, apatah lagi untuk menipu. tapi aku tak sampai hati. aku taknak hubby terasa hati dengan semua ni. sebab dulu hubby pernah bagitau yang dia tak suka kalau aku cerita kisah lama aku pada dia. lebih-lebih lagi yang melibatkan pasal ex-bf aku. dia mudah cemburu. mulai saat tu memang aku sangat menjaga hati dia.



Jadi pasal hal ni aku masih dalam dilema. tapi hati aku kuat menyuruh aku cerita hal ni pada hubby. entahlah. mungkin perlu difikirkan baik dan buruknya bila aku cerita perkara ni. aku taknak nanti aku menyesal di kemudian hari.



Kepada kawan-kawan sekalian yang baca entri ni, marilah kita sama-sama mendoakan semoga 'mama' dan 'A' sembuh seperti sediakala dan semoga Allah memberi kekuatan serta ketabahan pada keluarga mereka. sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang yang buruk itu datangnya dari kita sendiri. Wallahualam.



* Ada orang bercakap mengenai hukum karma. Kamu percaya ke?



Monday, February 14, 2011

Bukan tak suka tapi takut

Salam kawan-kawan.



Sape suka kucing, angkat tangan! nak beli? ehh me tak jual. silalah cari di kedai berhampiran dengan rumah anda. hehe. sebab kat rumah me jangan kata kucing, bulu kucing pun takde. 


Sebab? me takut dengan kucing. laaaa dengan kucing pun ko takut ke? errr ye memang takut. macam geli pun ade gak. tapi me suka tengok kucing yang comel-comel tu. bulu lebat je. geram nak pegang tapi tak berdaya. hahah. me geli bila terasa tulang-temulang kat badan dia tu. 



Me bukanlah membenci. tak baik benci kat binatang kesayangan Nabi Muhammad SAW kan. tapi me memang takut. bukanlah takut sampai terjerit-jerit bila nampak kelibat menda alah tu. selagi me tak pegang or kucing tu tak melompat atas me kira okla. boleh sentuh sikit-sikit. 


Actually sebelum ni hubby ada bela 2 ekor kucing. comel-comel je. dua-dua kaler putih. sekor nama Coco sebab kat atas kepala dia ada setompok kaler coklat. yang sekor lagi nama Blue sebab mata biru. yang Blue ni memang cantik sangat. hubby start bela pas kitorang kawin. mula-mula me tak setuju tapi bila dah tengok muka dua-dua ekor tu terus suka.



Me setuju pun lepas dah bagi macam-macam syarat kat hubby. pasal makan dia, sisa pembuangan dia, semuala. kiranya me taknak terlibat langsung dalam rumahtangga diorang. hahaha. 


Mula-mula jaga ok je. cuma me tak tahan bila satu rumah bau kucing. me plak ada alergik dengan bulu or habuk. kejap je kena flu. tapi disebabkan minat hubby pada kucing, me tabahkan jiwa raga je. walaupun kengkadang muncung gak mulut ni. hehe. 



Sampai satu tahap, me dah mula rasa tak tahan dengan kucing-kucing tu. sebab? beliau sangat suka menerkam orang. me tengok spesis 2 ekor ni lain macam sikit. hiperaktif memanjang. terlompat sana, terkinja sini. tu belum lagi bila hubby main baling-baling bola pingpong dalam rumah. jawabnya dari lantai ke siling 2 beradik tu melompat. diorang sedap main, me terselit celah sofa sebab takut kena terkam. cisss!!


Part yang paling syok (bagi 2 ekor tulah!), bila kononnya nak menyambut me balik keje. tak sempat nak masuk rumah dah berebut bercakaran kat kaki me. camne la tak kena sepak kan. ooppss me sepak slow-slow je ek. takdelah sampai terbang ke rumah jiran sebelah. serius bila jadi camtu me jadi fobia nak masuk rumah. 2 beradik tu akan cakar-cakar kaki me nak masuk rumah gak. fyi, bila kitorang keje 2 beradik tu kena duk luar. senang diorang cari kawan and makan.



Lama-lama me terus rasa tak suka kat 2 beradik tu. sebab terlalu hiper. kadang-kadang nampak kaki me bergerak sikit je terus kena terkam. korang pernah rasa tak fobia nak duduk kat sofa sambil tengok TV kat rumah sendiri? me pernah! yang hubby plak bila me makin takut makinlah galak dia melatih anak-anaknya tu main bola. bajet boleh jadi pemain bola pingpong berjaya??



Tapi tulah kan, binatang ni orang kata ada instinct sendiri. dia boleh tau sama ada orang tu suka kat dia ke tak. maybe sebab me, satu hari tu si Blue tak balik-balik rumah. biasanya diorang kuar main sampai petang je. pastu taulah berlari-lari anak balik rumah. tapi hari tu cuma Coco je yang ada. puas gakla hubby pusing taman perumahan tu nak cari si Blue. hubby hampa. tapi me suka!



Pas hilang si Blue, si Coco ni nampak lain macam. yela biasanya main berdua. ni tinggal sorang, eh! sekor je. macam tak tentu arah dibuatnya. pastu dia manja dengan hubby lain macam. dengan me dia tak berani nak dekat. takut kena sepak kot. bila tengok dia macam sunyi je tinggal sorang, me rasa sedih la plak. terus rasa bersalah sangat sebab tak suka dengan 2 beradik tu.



Nak dijadikan cerita (kalo buat drama best ni), satu hari tu si Coco plak hilang. masa ni me dah pindah rumah baru. maybe dia lupa jalan balik kot. tah-tah dia balik kat rumah lama. me rasa camtu lah. sebab bila kitorang keje macam biasa dia kena duk luar. bila tanya orang yang lebih pakar bab kucing ni, dia cakap 2 bulan pertama kena kurung kucing tu dalam rumah dulu. sampailah dia dah kenal betul dengan bau dan rumah kita. jadi dia takkan sesatla. gitu ek?



Bila dua-dua dah hilang ni rasa sunyi la plak. dah takde lagi yang nak terkam kaki me bila balik rumah. memang rasa sedih betul la. me plak yang lebih-lebih masa tu. sampaikan kucing jiran depan rumah pun me ingatkan kucing me. siap panggil lagi pastu hulur makanan. tak lama pastu tuan rumah tu keluar panggil kucingnya masuk. erk! secara otomatik me terus buat-buat panggil kucing lain yang kebetulan lalu depan rumah. mesti dia ingat me nak culik kucing dia. eleh!



Pastu beberapa malam gak me dengan hubby pusing keliling taman cari si Coco. bila nampak je kucing kaler putih, terus me ngaku tu kucing me. kucing dewasa pun jadi mangsa dengan harapan kucing me tu naik berat badan setelah seminggu tak jumpa. hampeh! baru ko tau sedih ek!



Masa tu rasa bersalah dekat hubby pun ade gak. tapi dia ok je. me cakap kat dia maybe si Blue dengan Coco tu tau yang me ni tak suka kat diorang. tu yang diorang lari. hubby diam je. me tau dia pun sedih gak. sebab dia memang jaga & sayang betul dengan 2 beradik tu. siap mandi same-same lagi. nasib tak kena gigit je. then dia cakap takpelah maybe bukan rezeki kita. maybe kitorang tak sesuai bela binatang. asyik hilang je.



Sekarang ni dah setahun lebih pas 2 beradik tu hilang. tah kat mana la diorang sekarang ek. harap-harap sihatla. kalo ada orang yang culik, then dia jaga elok-elok, me maafkan. maybe dia lebih sesuai dijaga orang lain daripada me. ada juga me usya-usya hubby nak beli kucing baru. tapi dia taknak dah. dia takut bila dah sayang sangat, susah nak lepaskan. yela, jangka hayat binatang ni bukan lama sangat kan. 



Orang kata bela kucing ni murah rezeki. Wallahualam. tapi pada me, kalo rasa nak bela apa-apa, pastikan kita betul-betul bersedia dan sanggup nak menjaganya. jangan sampai kita menganiaya binatang tu. tak baik. insaf ok! 



Thursday, February 10, 2011

breast cancer? Nauzubillah!

Salam sume.



Pagi-pagi dah dengar berita yang agak mengejutkan. actually berita ni dah lama tapi me baru je dapat tau. tu pun lepas sorang kawan me komen kat FB. tah camne tengah borak-borak terkeluar cite pasal benda ni.


Benda apa? terkejut sangat bila dapat tau cikgu yang pernah mengajar me subjek Kimia masa sekolah menengah dulu sekarang tengah menanggung breast cancer. secara automatik dalam kepala terus terbayang muka dia tengah mengajar dalam makmal. dia mengajar agak slow tapi garang!



Masih terasa-rasa lagi sakit kat pinggang sebab dicubit cikgu tu. puncanya? me degil dan tak dengar cakap! suka pakai tudung singkat! serius bila teringat balik rasa malu sangat. kalo tak silap me, cikgu tu cikgu pengawas. sebab tu dia garang! eh, bukan cikgu disiplin ke yang garang? hehe.



Selain tu, me jugak teringat yang me and the gang penah datang beraya rumah dia. masa tu kalo tak silap dia nak buat makan-makan untuk student dia. kitorang yang tersampai awal ni tetiba kena tolong sediakan makanan. sebab masa tu masih tak ready ape lagi. riuh rendahlah rumah jadinya. tapi sangat happening! cikgu tu yang kat sekolah sangat garang jadi seorang yang sangat lembut bila kat luar sekolah.


Tapi tulah kan. walaupun dia tu garang dan selalu cubit me dengan kawan me lagi sorang, tapi me tak pernah plak nak rasa benci kat dia. tahla ek. tak timbul langsung perasaan tu. yela, dia cubit sebab me yang buat salah kan. hehe. so bila dapat tau yang dia tengah sakit sekarang ni, rasa sedih sangat. nak sangat jumpa dia.



Dan dengar cite gak sekarang ni dia dah tak bekerja dan pindah ke batu pahat. nampak macam dah serius sangat penyakit dia. bila tanya kawan-kawan me, sorang pun tak tau alamat rumah dia. so camne nak datang melawat? 


Me harap sangat sementara ada masa ni nak jumpa dengan cikgu tu. nak minta maaf atas kedegilan me dulu tak dengar nasihat dia. agaknya kalo dia tak cubit, me tak jadi manusia macam sekarang ni. uhuk!



Friday, July 23, 2010

~ Takziah Kak Reen ;'( ~


Hai. selamat hari Jumaat. 





Best betul cuaca hari ni. mendung-mendung nak ujan gitu. same gak macam mendungnya hati aku. haihh ape kaitan dengan ko plak ni. haaa ni la nak cite ni.




Malam semalam tetiba aku tergerak hati nak mesej mentor aku mase praktikal kat SMK Alor Akar dulu, Kak Shireen a.k.a Kak Reen. saje nak tanya kabo. die balas cakap tak berapa sihat. yang aku ni niat nak bergurau, terus je tanya tak sihat sebab ade isi ke. pastu die balas,





"Nak ade isi apenye diela. suami kak reen dah takde. huhuhu."





Aku tersentap di situ. bergurau ke Kak Reen ni. sebab ade huhuhu plak tu. aku taknak fikir bukan-bukan terus aku balas balik,





"Takde?? takde yang camne kak reen?"





Aku tak pastila betul ke tak soklan aku tu. sebab terkejut sangat kan. agak lame gak nak tunggu dia reply balik. pastu henfon aku bunyik lagi.





"Dah meninggalkan kak reen buat selama-lamanya...."





What???? aku yang mase tu tengah baring terus terduduk. aku terus bagitau incek hubby yang tengah syok main game. sedihnyaaa. kalo ade depan mata memang aku peluk-peluk Kak Reen. pastu aku terus rase bersalah yang amat!! sebab bergurau camtu. mesti buat dia lagi sedih. aku balas balik,





"Yeke kak reen...sy minta maaf sgt2 sebab x tau...Ya Allah bersalahnya sy rasa...maafkan sy ye kak reen..."





Tu jela yang mampu aku balas. sebab rasa bersalah sangat. kalo boleh nak sujud depan die mintak maaf sebab mulut lepas. tapi aku memang tau tau pun pasal hal tu. takde sape yang bagitau. aku mula bagi mesej yang penuh dengan kata-kata semangat. aku tau die masih sedih. 





Mula-mula aku tak tanya sebab kematian suami dia. macam tak tau plak nak tanya camne. takut die bertambah sedih. agak dah lama tu baru aku tanya. tu pun aku mintak permission dulu. kalo die tak keberatan untuk cite. Kak Reen bagitau arwah kena serangan jantung yang serius. sebelum tu tak penah sakit apa-apa. 19 April 2010, jam 10.20 malam, suaminya meninggal di Wad Kecemasan Hospital Besar di Kuantan. die yang anta suaminya malam tu. sebelum tu sihat, masuk wad terus tak jumpa. sedih kan?





Aku cuba tahan airmata tapi akhirnya tumpah gak. sebab aku rapat dengan Kak Reen dulu. die banyak tunjuk ajar aku. dan aku penah jumpa dengan arwah suami die. diorang memang pasangan yang romantik. even anak-anak dah besar tapi masih lagi macam pasangan muda. dan arwah seorang bapa yang sangat penyayang. Kak Reen bagitau sejak akhir-akhir ni die makin rindu dengan arwah. kekadang die tak tau nak buat ape. die menangis je. 





Yang buat aku terharu, Kak Reen sempat berpesan pada mesej terakhirnya supaya jaga suami baik-baik sementara masih ada. kehilangan yang abadi terlalu memeritkan. aku tersedu di situ. aku yakin Kak Reen kuat untuk menempuh hari-hari yang mendatang demi anak-anak. 





* Akan tiba masa kita juga.  



Thursday, July 22, 2010

~ Kenangan dengan si rotan - Part 2 ~

Hai again.





Sambung dari entri kat bawah nun ek.




Tarik napas pepanjang.





Ok, skola kedua aku kat skola rendah. SK Batu 3. iaitu skola akak aku. oh, akak aku Pembantu Tadbir kat situ ye. die la yang rekemen kan. sila bagi tepukan kepada beliau. hehe. dah name pun skola rendah kan. so sume bebudak kenit je. nakal-nakal gitula tapi kalo kene herdik senyap trus. lain benor dengan skola first tadi.




Aku enjoy ngajar kat skola tu. dan saya tak perlu angkut rotan lagi! muka berseri-seri je tiap hari. hehe. seingat aku, aku kene ngajar BM, Sivik ngan Moral. perkara enteng itu. cume yang kureng best adalah cikgu-cikginya. aku baru pasan yang kebanyakan cikgu skola rendah ni sume dah veteren belaka. yang skola menengah ramai cikgu-cikgu baru. yela, korang mesti tau kan kenapa. malas plak aku nak cite pasal diploma, degree segala bagai. buat-buat paham jela ye.





Cikgu-cikgu veteren ni lain pe'el sikit. kuat emo. maybe diorang rase diorang dah pakar sangat kot. seolah-olah aku ni tak tau pebenda. padahal kalo nak ikutkan, standard aku lagi tinggi. maybe diorang jeles kot. hehehe. mujurla ade akak aku kat situ. so diorang macam segan gitu nak meng-apa-apa-kan aku. hehe. 






Anak-anak jiran kat umah mak aku pun bersepah skola kat situ. slalu diorang nampak aku kat umah lembut je. sampai skola, hahh trus jadi singa. tak kire la ko anak jiran ke, anak mak aku ke, kalo dah buat salah memang la aku hambat. pastu balik siap report kat mak die lagi. mak die gelak je cite kat aku. haaa camtula mak yang bagus. bukan main hentam cikgu je kalo anak kene marah or rotan. marah mesti bersebab. tak kuasa eiii aku nak marah tak tentu pasal. 





Aku stay skola tu pun dalam sebulan lebih gitu. sebab bulan 11 aku dah dipanggil untuk posting. yang sakit hatinya, gaji untuk skola kedua ni dapat lebih cepat dari skola pertama. hampeh kan? kerani makan gaji buta ke ape? sampaikan henfon aku ni takde kegunaan lain selain call diorang tanya dah buat gaji belum. lantakla ko nak marah ke ape. tu hak aku. 





Kesimpulan yang aku boleh buat, even skola pertama tu bebudaknya degil nauzubillah, tapi sekurang-kurangnya hubungan aku dengan cikgu-cikgu baik. berbanding skola kedua. dan honestly, aku lebih teringatkan kenangan di skola pertama berbanding skola kedua. miss u class P1!!!





* Pengalaman itu mematangkan. 



~ Kenangan dengan si rotan ~

Hai. morning sume.





Hari ni lambat skit aku hapdet belog. pepagi dah dapat relief klas. 2 masa plak tu. nasib dapat klas yang gud gud. tadi diorang tengah exam Biologi/P.Akaun/ L.Kejuruteraan. macam syok plak tengok bebudak yang amik LK tu. melukis segala bagai siap dengan set lukisan. macam cun je. boleh gitu?




Tengah duk-duk tu tetiba aku teringat kenangan lama. masa sebelum aku posting dulu. mase tu aku dapat offer untuk jadi guru ganti untuk cikgu yang cuti bersalin. aku ade pengalaman untuk 2 buah skola. sume kat kluang. kiranya tu persediaan aku sebelum posting sebenar la.





Time tu aku baru je kawin (gatal ko ek, belum posting dah kawin). kononnya nak posting sesama tempat dengan incek hubby la. last-last dapat jauh gak. negeri je same. huhu. memula aku dapat offer jadi cikgu ganti untuk skola menengah. STABK (smk tengku aris bendahara). time tu adik aku skola lagi kat situ. form 5 kalo tak silap. tapi aku ngajar petang, die skola pagi. so tak terjumpela.





Datang-datang je terus dapat jadual klas. aku jadi cikgu klas form 1. lupe plak klas ape. skola ni bebudaknya campur. ade melayu, cina ngan india. klas aku ni plak ade 2 budak india ngan sorang budak cina yang kemaaaainla nakal. memula tu tak tau kan. so aku lenggang kangkung la pegi klas. rupenye cikgu-cikgi kat situ pegi ke mana-mana je mesti (WAJIB!) bawak rotan. kalo tak bawak tu macam pelikla. 




Perangai bebudaknya alahai. tak taula nak cakap camne lagi. klas aku tu kira ok lagi. sebab ramai gak yang boleh diharap. TAPI!!! yang buat aku hari-hari hangin sebab kene ngajar klas Pemulihan. ala klas yang bebudaknya sume bukan Melayu. diorang skola rendah dulu memasing guna bahasa ibunda. so dah naik menengah kene plak ajar BM. serius diorang memang tak paham sepatah pun BM.





Camne tu? kene ajar BM pada bebudak yang tak paham langsung BM. huihhh memang mencabar sangat-sangat. dahla aku ni comel lote (erkkk). maka suke la diorang membuli aku. memula aku layankan je. tapi lama-lama, memang rotan jela modal aku. cara aku ngajar senang je. diorang ade buku teks. so nak suh diorang senyap sikit (bising gak), aku suh diorang salin sume dalam buku teks tu. kalo tak pun aku tulis kat papan hitam, diorang salin. yela, kalo aku cakap pun diorang nganga je. pastu suara diorang lebih power dari aku.




Yang si pompuan plak kemainla gedik. rambut memasing berjambul, bertocang bagai. jap-jap kang kuar nak gi toilet. sampai aku kene cam sape yang dah pegi toilet tak leh pegi lagi. haihh. pastu yang bestnya kat skola tu guna sistem buku disiplin. kiranya kalo ade budak yang buat masalah time ko ngajar tu, tulis je name budak tu dengan kesalahan die. pastu kompom kene sebat dengan cikgu disiplin. aku ape lagi. ko bunyik skit je aku ugut dengan buku tu la. hahaha.





Tapi bebudak ni memang tak makan saman dengan cikgu pompuan. kalo dengan cikgu laki (terutama cikgu Ahmad,tapi bebudak ni panggil Amat), memang diorang menikus. kekadang bila aku dah tak leh handle sangat, aku suh ketua kelas (dak pompuan india, die sorang je yang boleh diharap) panggil cikgu Ahmad tu. bile nampak je kelibat cikgu tu, bebudak ni jerit Amat!Amat! pastu masing-masing berterabur cari tempat duduk. kekadang aku nak gelak gak.




 
Pastu bila dah kene hamun, memasing muka macam nak makan aku. huh ade aku kisah? aku gelak suka lagi adela. tapi diorang senyap jap je. hilang kelibat cikgu Ahmad, diorang berjimba-jimba balik. haihh. aku tak taula camne cikgu-cikgu yang ngajar klas tu leh tahan. sedankan aku yang duk tak sampai 2 bulan pun tetiap hari balik umah rase nak hamun sume orang. terbawak-bawak ko. sampai aku susah nak senyum time tu. hehe.





Patutla cikgu klas korang tu bersalin tak cukup bulan. angkara korang rupenye. tapi aku suke dengan cikgu tu. sebelum cuti die dah siapkan sume-sume benda yang aku kene buat. pastu siap tinggal no fon kot-kot aku ade problem. so aku banya rujuk ke dia la kalo tak paham ape-ape. die baik. name die Kak Jannah. tapi aku tak penah pun jumpa die. yela, aku datang die dah bersalin. aku benti sebelum die naik.




Cuma yang tak syoknya Pentadbir skola tu. strict gila. kerani die pun same. bosan aku. tapi cikgu-cikgu die sume best-best. leh plak berjejak kasihan dengan member lame mase skola menengah dulu. die ngajar situ rupenye. kecik je dunia ni kan. aku ngajar kat situ sampai bulan puasa taun 2008. incek hubby ngajar gak. tapi kat skola lain.





Haihh baru cite kat skola pertama dah panjang lebar camni. cite kat skola kedua kat next entri plakla ek. hehe. jumpa kamu di atas. ;P




* Kenangan manis yang pahit.



Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat