Showing posts with label PERISTIWA. Show all posts
Showing posts with label PERISTIWA. Show all posts

Monday, March 26, 2012

Telinga masuk air! Trauma!

Haha! Lawak kan tajuk di atas. Sebelum ni saya selalu dengar orang cakap kalau telinga masuk air, cara nak keluarkan air tu kita kena masukkan lagi air dalam telinga pastu tonggengkan kasi keluar. Erk!



Mula-mula dengar petua camtu saya dah rasa was-was. Macam tak logik je. Dahlah air termasuk dalam telinga, pastu nak keluarkan kena masukkan air lagi. Ish takkanlah macam tu kot. Kang makin pekak sape nak tanggungjawab?



Nak dijadikan cerita tak best jadi lagi best, semalam kejadian yang paling saya takuti akhirnya berlaku juga. Serius selama ni saya tak pernah alami kejadian air termasuk dalam telinga masa mandi. Tah macam mana semalam tengah syok siram air atas kepala, saya rasa berdesup laju air masuk dalam telinga.



Biasanya kalau kat rumah sendiri saya mandi air pancur (shower) je. Tapi kan semua sedia maklum yang saya dah tak duduk rumah sewa tu. Sekarang masih menumpang kat rumah mertua. Sob sob. Puas cari rumah sewa tak jumpa-jumpa lagi. Kat rumah mertua plak takde shower. So mandi bergayunglah saya.



Agaknya dah memang dilahirkan tak pandai mandi bergayung, maka tengah syok bilas rambut lepas syampu, air masuk dalam telinga kiri saya. Dalam hati saya dah gelabah puyuh (apa tu?) dah. Tapi luaran rileks je. Konon taknak bagi diri sendiri panik.



Lepas hilang panik sikit, saya fikir 'alah, jap lagi keringlah air ni.' Agak-agak logik tak ek? Tapi masa tu saya rasa tersangatlah logik. Dalam masa yang sama saya asyik ber'head-banging' nak keluarkan air tu. Bila saya telengkan kepala ke kanan, terus rasa pekak telinga belah kiri sebab gegendang ditenggelami air. Agaknyalah. Mana saya nampak.



Lama-lama saya rasa makin tak selesa. Bila bercakap saya rasa macam dengar tak dengar je suara sendiri. Berdengung-dengung. Makin lama makin sakit. Ishh tak boleh jadi ni.



Maka saya pun mengadulah pada pihak yang berkenaan a.k.a suamiku. Hehe. Sepantas kilat dia cakap 'masukkan air sikit pastu telengkan kepala. Nanti dia keluarlah.' Alaaaaa takkan kot. Kang pekak sape nak dipersalahkan? Kang dia jugak yang cari lain. Huhuhu.



Dalam rasa berbelah bagi tu saya melangkah gak ke bilik air. Dalam hati 'ko berani sangat ke? Kang kalo pekak macam mana?' Ishh jahat kan encik hati ni. Patutnya bagilah kata-kata semangat sikit kan.



Dalam keadaan tenang dan dimulakan dengan Bismillah, saya pun tadah air dalam tangan dan masukkan dalam telinga kiri. Beberapa kali cubaan masih tak berjaya. Cubaan yang ke berapa tah tiba-tiba saya rasa telinga kiri saya tertutup. Cepat-cepat saya telengkan kepala ke kiri. Tak lama terus rasa lapang je telinga.



Wahhhh unbelievable! Macam tak percaya rupanya petua tu memang boleh dipakai! Ke saya je yang melebih-lebih takut? Hehe. Lepas tu memang dah tak berdengung telinga saya. Memang lega gila lah. Menggigil-gigil tangan sebab takut sangat jadi pekak. Hahahaah.



Pastu saya melaporkan keputusannya pada pihak yang berkenaan tadi. Dengan penuh keterujaan saya bercerita. Almaklumlah first time kena kan. Jakun mengalahkan apa. Pihak terbabit hanya memandang sebelah mata cerita saya. Nampak macam tak heran langsung. Hmm agaknya dia dah biasa sangat masuk air dalam telinga kot. Eleh!



Pasni saya berjanji pada diri saya untuk lebih berhati-hati masa mandi. Dan andaikata kalau berlaku lagi, saya dah lebih yakin nak masukkan air lagi dalam telinga. Macam best plak. Hehe. Pasni kalau ada sesiapa yang kena macam saya jangan malu, jangan segan nak amalkan petua tu ye. Insyaallah berjaya. Kalau tak berjaya, errr sila salahkan orang yang mencipta petua tu. Hehe



Ok bai!



Friday, March 2, 2012

Mistik!


Adoi sibuk betullah kebelakangan ni. sampai tak sempat nak update blog kesayangan hamba ni. mesti peminat-peminat kat luar sana merindui entri terbaru saya kan. (pffttttt!) actually ni pun masih sibuk nak buat laporan untuk pelancaran Program Guru Penyayang semalam. tapi hati memaksa tangan ni menaip entri baru. so layankan jela. ;)



Tengok tajuk macam saspen. tapi saspen ke? err agak saspen la. tak tau nak mula kat mana.



Baru-baru ni saya dan suami ada buat rawatan dengan Darussyifaa' (DS). saje la nak suruh tengok-tengokkan apa yang patut. yang buat kami tergerak hati nak berubat ni sebab kebetulan biras saya yang dah lama kahwin tapi masih tak dapat anak sekarang ni dah pregnant lepas berubat dengan DS. rupanya ada gangguan dalam badan. wallahualam.



Saya bincang dengan suami. why not kita cuba. bukan rugi apa pun kan. saya pun google no fon DS. then terjumpa no fon seorang ustaz S yang kebetulan tempatnya berhampiran dengan rumah kami. dia merupakan salah seorang perawat di DS.



Saya pun call ustaz S bincang pasal masalah saya dan suami. dalam fon tu lagi ustaz S cakap dia dah rasa lain macam bila dengar suara saya. pastu dia baca ayat-ayat suci Al-Quran. masa tu juga badan saya menggigil dan berdebar-debar. pastu airmata saya meleleh. tak taulah kenapa rasa sedih sangat. saya sedar masa tu tapi tak dapat nak describe perasaan saya.



Hampir 30 minit bercakap dalam fon. then ustaz S pun bagitau esoknya dia nak datang ke rumah saya. saya bincang dengan suami dan setuju.



Esoknya dalam pukul 1 tengahari ustaz S sampai bersama dengan isteri dan anak-anaknya. borak jap dan dia terus minta kami sediakan air mineral yang banyak. bukan air masak ye. tapi air mineral. kebetulan masa tu kami dah sediakan air tapisan daripada paip dalam botol besar. sebaiknya guna air yang masih ada garam mineral.



Bermulalah sesi rawatan pada hari tu. ustaz S membacakan ayat-ayat suci Al-Quran sambil tangannya di atas kepala saya. saya diminta pegang kuat tangan suami. hampir 15 minit berlangsung. masa ni saya tak rasa apa-apa pun.



Lepas tu ustaz S tanya di mana bilik kami. kami pun tunjuk kesemua 4 bilik dalam rumah tu. yang betul-betul digunakan cuma 2 bilik. lagi 2 bilik dijadikan stor dan bilik tetamu. masuk je ke bilik yang dijadikan stor, saya rasa lain macam. berdebar sampai rasa nak pecah jantung.



Ustaz S minta saya dan suami masuk dalam stor tu. ustaz S pun mengalunkan azan. tiba-tiba saya rasa sedih sangat. airmata mengalir macam air paip. sampai teresak-esak saya menangis. suami macam panik sikit. habis azan saya rasa macam ada benda tolak saya sampai terlentang ke belakang. mujur ada suami sambut. ustaz S cakap memang benda tu ada dalam bilik tu.



Bila saya dah ok kami masuk ke bilik tetamu. pun jarang digunakan kecuali kalau family saya datang. masa dalam bilik ni saya tak berdebar sangat. tapi tiap kali lepas azan memang saya akan terjatuh. rasa lemah badan dan macam ada angin tolak. tapi tak sekuat masa di bilik stor.



Pastu naik ke bilik yang saya gunakan khas untuk letak baju kerja dan untuk gosok baju. pun kejadian sama yang berlaku. akhirnya kami masuk ke bilik tidur saya dan suami. mula-mula masuk suami mengadu bulu roma dia meremang. masa ni saya tak rasa apa-apa pulak. pastu ustaz S bagitau dia rasa lain macam masa masuk bilik tidur kami tu. bila dia tengok ada bilik air dalam bilik tu barulah dia faham. yela benda-benda camtu kan suka tempat-tempat macam bilik air.



Masa ni ustaz S azan dan suami saya yang terjatuh. saya tak rasa apa-apa. masa rawatan ni berlangsung saya rasa macam berada dalam dunia lain. tak tau nak jelaskan macam mana perasaan saya. rasa macam di awangan je.



Sebelum ustaz S balik dia ada la minta kami amalkan mandi dengan air garam kasar selama 3 hari berturut-turut dengan air doa tu. dan beberapa petua lain. Insyaallah kami amalkan.



Bila keadaan dah tenang, saya terfikir sebelum ni saya langsung tak ambil kisah pasal hal-hal ghaib ni. memanglah saya percaya benda tu wujud. tapi langsung tak terfikir akan mengalaminya. bila ustaz S balik saya tengok keadaan dalam rumah tu dah lain macam. suram dan seram. huhu.



Masa ni saya dan suami masih lagi terkejut. macam tak percaya dengan apa yang jadi tadi. masing-masing terdiam. tiba-tiba suami ajak kemas baju nak duduk rumah mak mertua. dia tak berani lagi nak duduk kat rumah tu. saya pun terus setuju. saya rasa mungkin itu untuk kebaikan kami juga. yelah rumah besar tapi duduk 2 orang je. kadang-kadang bila tinggal sorang memang saya rasa takut.



Hari tu jugak kami pindah ke rumah mertua. barang-barang masih lagi di rumah sewa. kami bawa kain baju dan barang-barang dapur je. dahlah pagi tu baru je kami beli barang-barang dapur. semua kena diangkut ke rumah mertua. takpelah. yang penting saya tenang.



Memang ada yang kata saya ni terlalu percaya sangat dengan benda-benda camtu. ada yang kata saya percaya dengan benda khurafat. Astaghfirullah. saya akui saya percaya benda tu wujud. dan tak mustahil benda tu boleh mengganggu kita. saya anggap ni salah satu usaha saya untuk kebaikan. dan sebenarnya inilah pertama kali saya berubat cara tradisional. sebab selama ni saya lebih percayakan perubatan moden.



Walau apa pun cara atau usaha yang kami buat, insyaAllah saya masih berbalik pada Dia. Allah yang tentukan segalanya. saya hanya merancang dan berusaha. selebihnya Dia yang berkuasa.



Saya dan suami anggap ni dugaan buat kami. saya sedar mungkin ini sebagai salah satu peringatan buat saya dan suami supaya lebih dekat dengan-Nya. yelah ke mana lagi tempat untuk kita mengadu selain dari Allah SWT. selama ni mungkin saya lalai dan leka dengan kehidupan sendiri. inilah masa dan saatnya untuk saya berubah ke arah yang lebih baik. Insyaallah.



Sekarang misi utama saya nak cari rumah sewa lain yang lebih kecik. kalau boleh nak ada 2 bilik je. say no to double storey. hehe. so far ada beberapa buah rumah yang ada kekosongan. ikutkan mertua saya nak sangat kami duduk dengan dia tapi saya rasa macam segan pulak. yelah pegi kerja ada orang siapkan sarapan. balik kerja ada orang hidangkan makan. saya segan sangat. lagipun suami yang cadang untuk cari rumah sewa lain.



Saya ikut mana yang baik. tiba-tiba rasa menyesal pulak beli rumah besar-besar. even bukan 2 tingkat tapi ada 4 bilik. hmm takpelah. ustaz S pun ada cakap kalau kat rumah ada banyak bilik dan tak digunakan, sebaiknya bersolatlah dalam setiap bilik tu. dan letak ayat-ayat Al-Quran seperti Ayat Kursi dan sebagainya.



Alhamdulillah sekarang saya makin tenang. kalau sebelum ni saya agak trauma sampaikan rasa tak selamat kat mana-mana saje. hati sentiasa berdebar. tapi sekarang dah makin ok. terima kasih kepada keluarga dan kawan-kawan yang tak berhenti bagi sokongan pada saya.



Saya cerita hal ni pada family saya. rasa bersalah pulak sebab buat mak ayah saya susah hati. masa mula-mula dapat tau mak saya menangis risaukan saya. sampaikan nak datang jumpa saya hari tu jugak tapi ayah pujuk cakap saya ok. sekarang hampir setiap hari mak akan call tanya keadaan saya. saya pulak rasa sedih. buat saya makin tak sabar nak cuti dan balik jumpa family saya. ;(



Wednesday, February 1, 2012

Kenangan Sekolah ;)


Salam u alls. =)



Malam semalam masa tengah amik mood nak tido tetiba teringat kisah-kisah masa zaman sekolah dulu. pastu aku tergelak sorang-sorang. hubby belek muka aku. dia ingat aku mengigau. hehehe.



Zaman sekolah rendah aku dah tak berapa ingat sangat. cuma yang aku ingat masa darjah 1 dan 2 mak aku rajin datang sekolah masa rehat. jarak dari rumah ke sekolah agak jauh gaklah. mak aku datang semata-mata nak tengok aku makan ke tak. yela dulu aku ni pemalu mengalahkan daun semalu. sekarang pun. ;P



Kadang-kadang aku tak tau pun mak aku datang. sedar-sedar je dia dah ada kat sebelah. rupanya dia skodeng aku dari jauh. nak tengok aku pandai beli makanan kat kantin tak. huhuhu. bila nampak mak terus malu-malu kucing. hishhh!



Masa tu tak terfikir pun pengorbanan mak penat datang ke sekolah. bila teringat balik sekarang ni barulah rasa terharu sangat. rasa menyesal jadi nakal dulu. tak dengar cakap. ;(



Naik sekolah menengah lagilah macam-macam ragam aku. bangga kononnya dapat masuk sekolah hebat. tapi perangai sendiri lagi hebat! masa lower form masih belum panas enjin. junior lagipun. so muka pun nerd je. tudung kemain labuh. cakap pun dengar tak dengar. muka comel suci murni. sekarang pun. ;P



TAPIIIII naik je upper form, setan mula mainkan peranan. ceh! ko salahkan setan plak. padahal diri sendiri tak kuat iman. huhu. form 4 aku dah mula panaskan enjin. dapat plak geng yang sama-sama bengong. masa tu sape tak kenal aku 3 sekawan ni. kemana-mana berkepit je. buat lawak pun kitorang je yang paham. orang lain terpinga-pinga. hahaha.



Ada hari-hari tertentu (biasanya hari ada Add Math), orang lain naik bukit nak pegi sekolah. kitorang plak pas mak ayah anta, tunggu geng pastu sama-sama turun bukit nak ponteng sekolah. memang gamble gila masa tu. pastu buat-buat buka buku kononnya nak pegi fotostat kat kedai bawah. padahal pagi-pagi buta mana ada kedai bukak! ;D



Masa tu tak terfikir pun apa orang lain cakap. lantaklah. yang penting tak kantoi. pastu round satu bandar Kluang tu tanpa arah tujuan. bila dah tengahari, tengok dari jauh berduyun-duyun budak pakai uniform sekolah dah mula balik, kitorang pun naik bas balik rumah. balik-balik cari nasi kononnya penat belajar seharian. puiiii!



Pernah sekali tu kitorang ponteng agak lewat. sekolah aku betul-betul sebelah masjid. so ada pintu yang menghubungkan sekolah dan masjid. masa tu macam dah siang sikit dalam pukul 10 gitu. aku pun tak ingat apasal kitorang nak sangat memonteng masa tu. zuupppp!(sound effect setelah dilajukan) dah selamat keluar dari sekolah.



Nak dijadikan cerita ni lebih menarik, masa kitorang turun bukit sambil bergelak ketawa kononnya hebat melepaskan diri dari pak guard, tetiba ada sebiji kete ni lalu ke arah bertentangan. yang kitorang pun terus senyap sambil mata khusyuk tengok sape orang dalam kete tu. cam punya cam rupanya cikgu disiplin kitorang!!! hahaha. masa ni masing-masing muka cover. dah macam kambing gayanya. pastu ternampaklah cikgu disiplin ni tunjukkan jari telunjuknya sambil digoyang-goyangkan. alaa ibaratnya dia cakap 'siap korang!'.



Kitorang masa ni dah redha jelah. tunggu je dia bentikan kete. tapi yang peliknya dia terusss je. kitorang pun terussss je turun bukit. macam takde apa-apa berlaku. pelik! masing-masing tengok muka member. pastu gelak. sengal kan? masa tu takde pun fikir nak patah balik masuk sekolah. selamba badak je teruskan misi memonteng.



Esoknya kitorang dah get ready kalo kena panggil masuk bilik disiplin. tunggu punya tunggu takde pun. aikk pelik! takkan lepas gitu je kot? tapi hakikatnya memang kitorang terlepas. hahaha. tenkiu cikgu oja! actually nama cikgu tu rozali. tapi sukati kitorang je panggil cikgu oja. bagus kan?!



Ada lagi 1 kes, GPK HEM kalo tak silap aku masuk kelas nak cek buku tulis. masa tu kitorang dah diarahkan untuk bawak sume buku tulis untuk disemak. tah macam mana adalah beberapa makhluk ni tak cukup buku tulis. termasuk akulah! nah amik ko serotan sorang kat tangan. pas dah kena rotan ingatkan insaf. rupanya masing-masing bangga sambil tunjuk bekas birat kat tapak tangan kat member lain yang tak dapat. hampeh!



Bukan sekali tu je merasa rotan. ada sekali kes novel. aku sebenarnya tak terlibat pun dalam kes tu. cuma pernah ternampak novel yang diorang rebutkan tu. tak ingat tajuk. cuma yang aku dengar novel tu macam agak lucah sikit. tah camne kantoi dengan cikgu disiplin. masing-masing yang pernah baca kena rotan. yang siotnya sape yang pernah terrrtengok novel tu pun kena sekali. cisskek betul! dapatlah satu lagi tanda kat tangan. pastu bangga lagi. adoi!



Lagi satu kes, masa ni dah form 5 kalo tak silap. masa ni ada latihan rumah sukan. agaknya cikgu ni dah tau kitorang satu geng, so dia pecahkan kitorang ke rumah sukan yang berlainan. pehhh terbakar hati. dah namanya degil yang amat, kitorang pun selamba je daftar masuk rumah kuning tanpa rasa bersalah. bila cek nama takde. kitorang meyakinkan yang memang kitorang rumah kuning. kiranya masuk secara haramlah.



Itu satu hal. kalo dah duk satu rumah sukan tu patutnya semangatlah kan. ni tidak. latihan belah petang. sekali tu kitorang ponteng beramai-ramai. bajet dah hebat sangat takde sape nak marah. esoknya hambik ko! masa nak masuk makmal Fizik tetiba cikgu tu yang kebetulan cikgu rumah kuning tahan kat luar kelas. geng kitorang adalah dalam 5,6 orang yang jenis tak makan saman. dia sound gila-gila. memang takut gaklah masa tu. dalam pada gangster tu ada gaklah rasa takut kena tindakan.



Lepas daripada tu terus insaf jap. tiap kali latihan datang. yelah muka masing-masing dah kena mark. berani ke nak ponteng lagi. huhu.



Itu kes kat sekolah. yang kat tempat tiusyen ni belum cite lagi. serius aku cakap masa SPM memang aku belajar main-main. mak anta pegi tiusyen berbayar tapi aku belajar sambil lewa je. belajar pun mesti nak ada geng. kalo geng tak datang, semua tak datang. sampai cikgu tiusyen tu pun macam dah tak tau nak buat camne lagi kat kitorang. yelah diorang takkan marah punya sebab ko bayar kan.



Ada satu kejadian yang sampai sekarang masih jadi bualan wajib tiap kali aku jumpa balik dengan member-member lama. tiap kali bukak cite ni mesti ketawa sampai meleleh airmata. masa ni tengah tiusyen Math kalo tak silap. cikgu India lelaki yang ajar. geng kitorang duduk mesti sebelah tingkap. kelas kat tingkat 2 kat bandar Kluang.



Tengah khusyuk (konon) ni, tetiba member sebelah jerit sambil kepala jenguk kat tingkap. "eh, bapak fazi lah!". fazi ni member aku gak. pastu aku and the gang pun jenguk ramai-ramai kat tingkap tu. sekali tengok keling mana tah tengah naik moto. kitorang gelak macam nak terjun bangunan tu. padahal cikgu tengah mengajar kat depan. budak-budak lain pelik je tengok kitorang. sampai cikgu tu panggil "hello, hello girls. please sit down." kitorang bantai gak gelak sampai nak terkencing.



Masa ni kitorang salahkan member aku sorang ni yang saja menimbulkan kekecohan. alasan dia "aku boringlah. saja buat lawak sikit." hahaha. bagus kan?! masa tu gak aku perati muka budak-budak lain sangat menyampah dengan geng kitorang. sebab diorang tak boleh nak fokus belajar. bila ingat balik sekarang ish ish ish tak patut betul. sorila ye kawan-kawan. huhu.



Hmmm kalo nak ditaip semua kejadian-kejadian lucu, manis, pahit semua rasanya patblas muka surat pun belum tentu abis. rasanya setakat tu dululah aku buka pekung di dada. nanti bila ada pekung lagi aku buka lagi. hahahha.



Ok bai! =)



Friday, September 9, 2011

Ceritera Raya Part 2

Salam Syawal kawan-kawan. =)



Ok seperti yang dijanjikan, cerita raya part 2 kembali bersiaran. hehehe.



Raya keempat iaitu hari Jumaat, aku dengan semua adik-beradik hubby bertolak ke Alor Setar, Kedah (rumah akak hubby) memandangkan dia sekarang ni tengah berpantang bersalin anak ketiga. dalam masa yang sama nak pergi ke majlis kahwin adik kepada abang ipar aku yang kebetulan dapat orang sana gak.



So ni antara gambar-gambar yang ada muka aku. wahahaha.




Sebelum keluar rumah wajib bergambar dulu. tetiba nampak aku dengan hubby macam tak kawan je kan. huhu.






Gambar lagi. nilah family besar hubby aku. daripada adik-beradik, ipar-duai dan anak-anak sedara. meriah!






Eh, apsal tetiba jadi malam plak ni? hehehe. sebenarnya gambar ni duk kat atas sekali. ni masa malam pernikahan. tak pasal-pasal kena jadi tukang angkat hantaran.






Posing dengan adik ipar.







Di rumah pengantin pompuan. masa ni tengah tunggu Tok Kadi sampai. nampak tak hubby aku yang tercegat tu? baju rock tetiba pakai songkok. apakah?







Mana Tok Kadi ni woi. pengantin dah tak sabar dah tu. haihhh!








Akhirnya selamat sudah. Tahniah!







Sesi autograf. eh! tandatangan sijil nikah. hehe.








Ok, ni masa bersanding keesokan harinya. majlis diadakan di dewan orang ramai.








Duk melayan anak buah yang dah kelaparan.







Hubby pun sibuk melayan anak buah. tah apa yang dikelentong agaknya.







Masa ni pengantin tengah di-tepung-tawar. dalam hati tertanya-tanya bilalah boleh makan. lapar dah ni. hehe.








Ipar-duai ku.








Muka tak puas hati je kan. yela, lapar!








Ok, sesi bergambar terakhir lepas makan pastu balik ke rumah. tido!




Itu jelah cerita masa raya kelima aku di Kedah. esoknya ada 1 lagi event besar yang nak diselitkan dalam blog aku ni. tak cerita kang ada plak yang kecik hati. hehehe. siap ada tragedi lagi. nak tau? macam biasalah tungguuuuuuu. =)




Tuesday, August 16, 2011

Peragut jahanam!




Salam Ramadhan kawan-kawan.



This is my FB status update today.





Pagi-pagi dah dapat berita buruk daripada adik aku. katanya malam semalam dia kena ragut masa balik keje dengan kawan. fyi, adik aku sekarang bekerja sementara tunggu lapor diri kat Politeknik Pulau Pinang November nanti. aku tau gak dia keje kat bandar tapi aku tak tau plak yang dia pegi berdua dengan kawan dia naik motor. kalau aku tau sure aku bising gakla. yela bahaya pompuan bawak motor malam-malam kan.



Tapi apa nak buat, benda dah jadi. adik aku cerita kejadian tu berlaku masa dah nak sampai kat rumah. tetiba dia perasan ada sebiji motor ikut rapat sangat dengan motor yang dibawak kawan dia tu. dia jeling nampak sorang je atas motor. dia rasa tak sedap hati terus pegang kuat-kuat handbag dan selit kat tengah-tengah antara dia dengan kawan dia.



Belum sempat nak fikir apa-apa, tetiba handbag adik aku dah kena tarik. nasib baik sangatlah motor tak jatuh dan masih boleh kawan. cuba korang bayangkan apa jadi kalau motor adik aku jatuh. plak tu jalan tengah banyak kenderaan. aku dah terbayang macam-macam dah. yela kalau korang baca dalam paper, berapa ramai yang mati sebab jadi mangsa ragut. haihh nauzubillah.



Dan nasib baik jugak malam tu adik aku tak bawak banyak duit cash. cuma ada RM50 dengan ic dan barang-barang lain yang tak berharga. mujurlah adik aku memang takde kad atm lagi. handphone plak dia simpan dalam kocek seluar. memang peragut tu bernasib malanglah sebab ragut budak yang tak berduit. padan muka ko!



Dalam pada aku duk kesian tu tetiba aku rasa nak lempang adik aku ni. puncanya? sebab dia sedih sangat beg duit dia tu baru beli. mahal plak tu. haicehhh! sempat lagi. bersyukurlah nyawa ko tu masih panjang lagi. kalo tak agaknya orang lain beraya kat rumah, ko beraya kat hospital. ishh budak ni.



Pastu dia cerita malam semalam dah buat report kat Balai Polis berhampiran rumah aku. tapi pagi ni kena buat report kat Balai Polis utama kat bandar plak. walaupun tak banyak barang yang hilang, kena gak buat report kan. sebab kalau dibiarkan kejadian ni akan berleluasa lagi. pastu risau gak kalau ic tu dijual pada orang yang tak sepatutnya. jadi pendatang asing plak adik aku kang. hahaha.



Aku yakin dia mesti tengah trauma nak keluar sekarang ni. yela kalau aku pun. tetiba aku teringat kisah pasal kakak aku masa kecik-kecik dulu. kejadian berlaku pagi-pagi buta. orang kalau dah jahat nak mam***, pagi ke malam ke dia redah je. asalkan apa yang dia nak dia dapat. macam kes kakak aku ni, rantai yang dia pakai kena ragut. asalnya lelaki tu konon-konon buat nak tanya jalan. bila dekat je terus dia tarik rantai kakak aku. nasib baik tak diculik.



Ishhh aku risau betul keadaan keselamatan kita sekarang ni. lebih-lebih lagi kaum pompuan. dahlah yang terbaru kes simbah asid. kita jadi takut nak berjalan-jalan kat luar. memang dah tak selamat. terbaru dalam suratkhabar, orang kena simbah asid depan pasaraya SOGO. meremang bulu roma aku baca. teringat masa aku pegi SOGO 2 minggu lepas. iskkkk.



Aku pun tak taulah apa yang menyebabkan penjenayah makin banyak kat negara kita ni. orang yang baik dah semakin pupus. dunia akhir zaman agaknya. aku yakin kerajaan dah buat macam-macam untuk membanteras jenayah yang makin berleluasa sekarang ni. tapi tetap berlaku jugak. nak taknak kita lah yang kena lebih berhati-hati dan sentiasa beringat untuk elakkan kejadian buruk berlaku pada diri kita dan keluarga.



Pesanan khidmat masyarakat daripada teacheradila.blogspot.com



Thehehee. =)


Friday, July 29, 2011

Dugaan alam bertunang

Salam hari Jumaat.



Hehehe tajuk skema abis kan. tengah duk syok-syok main game dalam laptop ni tetiba teringat kisah pahit manis masa alam pertunangan aku dengan hubby dulu. sampai tersenyum sorang-sorang. hehe.



Actually hubungan aku dengan hubby bermula kat UPSI. kalo tak silap aku masa sem 3. kitorang berlainan course. aku course Bimbingan & Kaunseling, hubby plak course Sport Science. so memang tak pernah jumpa la kan. nak dijadikan cerita ni agak best, masa sem 3 aku join subjek Asasmu. subjek ni kira macam aktiviti kokurikulum kita la untuk cukupkan jam kredit.



Ada hikmahnya aku terpaksa masuk kelas Asasmu atau bahasa panjangnya Angkatan Sasterawan Muda. wahhh ko. sebab kelas lain sume dah full. kat dalam tulah kitorang kenal. tu pun main jeling-jeling je. sampailah 1 hari tu dia pass kertas kecik kat kawan dia suruh bagi kat aku. huh sangat tak gentleman! rupanya dia tulis salam perkenalan. pastu nak nombor fon. hehehhe.



Eh, ko ni nak cite pasal alam bertunang ke alam bercinta ni?



Ops! hehe. ok, ok. dipendekkan cite, hubungan kitorang pun berjalan seperti pasangan bercinta yang lain walaupun on and off. biasanya aku la yang buat masalah. hehe. pastu tak cemana (gatal agaknya), masa sem 6 kitorang buat keputusan nak bertunang. maybe sebab hubby rasa susah sangat nak jaga aku kot. selalu sangat buat perangai. kalo tunang terikatla sikit. agaknya la. hehe.



Bila bincang dengan family, semuanya setuju. yela, bertunang je kan. bukan kawin. tup tap tup tap, pada tarikh 24 Februari 2007, terpatrilah janji kami. cewah! plan asal nak ikat dalam 2 tahun. yela tunggu keje dulula kan. last-last jadi cepat plak. huhuhu.



Ok dalam alam pertunangan ni, bermulalah macam-macam adegan yang bila aku kenang balik rasa macam nak nangis pun ada. memang aku lalui pelbagai dugaan yang hebat-hebat belaka. kalo setakat baling cincin tunang kat hubby tu dah jadi macam rutin. kalo setakat mulut ni ringan je nak minta putus tunang tu dah jadi mainan.



Dugaan ni jadi bila dah agak lama bertunang. masa mula-mula tu memangla bahagia memanjang kan. plak tu ada depan mata sentiasa. tapi bila dah dekat nak kawin satu persatu dugaan datang. paling hebat masa kitorang tengah praktikal. masa tu sem 8. same-same setuju nak buat praktikal kat Kuantan. walaupun dalam 1 daerah tapi agak berjauhan gakla. jarak hampir sejam gitu. so memang jarang jumpa.



Masa tulah tetiba aku rasa yang hubby macam dah tak sayang kat aku. jadi terlebih sensitif. yela, maybe dia pun time tu tengah stress dengan keje. ditambah dengan perangai aku lagi. masing-masing cepat je nak naik angin. benda kecik pun boleh jadi besar. tapi yang peliknya bila time tak jumpa elok je kitorang sms. jarang gaduh. tapi bila jumpa ada je yang tak kena. masa pegi baik, masa balik hempas pintu kete. hehe. akula tu.



Kalo setakat kena tinggal kat tepi jalan or kat Kuantan Parade tu tak heranla. bukan dia yang kejam sebab tinggal aku. tapi aku yang ngada-ngada merajuk sampai nak turun kete pastu taknak balik. last-last memang kena tinggal betul-betul. padan muka. hahaha. pastu dengan tak malunya call hubby suruh amik balik. hangin je dia sebab dah nak sampai rumah baru aku call. dia ingat aku memang nak balik naik bas. cisss! hahaha.



Nak kata gaduh sampai naik tangan tu ada gakla. tapi bukan tangan dia yang naik. tangan aku. iskkkk. bila ingat balik rasa berdosa sangat. tapi aku dah minta ampun pun. yela lepas buat baru rasa bersalah gila. masa buat tak ingat apa. macam dah kena rasuk setan.



Maybe disebabkan perangai aku macam makin teruk, masa kitorang buat keputusan nak kawin sebelum posting tu keadaan jadi bertambah genting. masa tu aku rasa macam hubby dah give up dengan aku. kuat marah. aku tengok keadaan dia masa tu pun macam dah tak terurus. bila dia jadi camtu, aku plak jadi slow. dah tak buat perangai sangat. tapi dia plak yang macam nak memulakan perangai. haihhh tak abis-abis kan.



Kitorang buat keputusan untuk kawin sebelum posting sebab takut kena duduk berjauhan. bila bincang dengan family, diorang pun setuju jela. yela, mak ayah aku lagila risau kot-kot anaknya ni kena posting Sabah or Sarawak plak nanti. naya.



Dalam keadaan masing-masing emosi tak menentu akhirnya kami selamat juga dinikahkan. Alhamdulillah. inilah agaknya yang dikatakan "kalau jodoh tak kemana". kawan-kawan aku masa belajar dulu pun macam tak sangka akhirnya kami bersatu gak. yela gaduh je memanjang kan. hehe.



Dan sampai ke hari ni, selepas 3 tahun 1 bulan kami bersama, aku sangat bahagia dengan hubby. sekarang baru aku terfikir kenapalah agaknya dulu aku bodoh sangat asyik minta putuskan hubungan dengan hubby. padahal sekarang ni dialah suami, kekasih, kawan yang paling terbaik dalam hidup aku. masa ni gak aku bersyukur sangat sebab dulu hubby sanggup bersabar dengan aku. kalo orang lain dah lama kena tinggal agaknya. huhu.



So, aku rasa setakat tu jela yang aku boleh kongsikan. cite lebih-lebih kang ada yang tak tido malam plak. nightmare! hehe. apa lagi, tak reti-reti ke nak share pengalaman korang plak. elehhh malu-malu plak dia. hehe.



P/s : Kalo share pengalaman korang dalam kotak komen kang jenuh plak nak bacanya kan. hehe. so apa kata korang buat je 1 entri pasal pengalaman korang. nanti aku datang baca. ok bai! =)



Wednesday, June 22, 2011

Kisah di Sebuah Kedai Runcit

Salam.



Hari Khamis lepas aku dengan hubby ke Kuantan atas satu urusan penting. actually Rabu petang dah bertolak. stay hotel. khamis pagi tu nak pegi breakfast. pastu teringat yang hari ni weekday so mesti kena letak kupon parking. kena saman kang naya.



Masa tu jam lebih kurang pukul 8 pagi. puaslah pusing bandar Kuantan nak cari kedai yang dah bukak pepagi buta. kedai makan banyaklah tapi sume tak jual kupon parking. pusing punya pusing akhirnya jumpa gak kedai ane (india) ni yang dah bukak. cek kat luar kedai. ok, ada jual kupon parking.



Masuk terus ke kaunter bayaran. masa tu ade sorang mamat melayu tengah bayar. sesi nak menjual beli pun bermula.



Aku : Ada jual kupon parking?


Ane : Ada. (sambil tangan bagi duit balance pada mamat melayu kat sebelah aku).


Tetiba ada satu suara sumbang bercakap.


Mamat melayu sengal : Ane, dia nak rokok Salem tu. (sambil tangan dan mata ke arah aku dengan nada sinis).


Aku dengan ane tu terpinga-pinga. watdehek?


Ane : Bukanlah. dia mau kupon parkinglah.


Mamat melayu sengal : Ohh, salah dengarlah. saya ingat dia mau beli rokok.



Aku pun apa lagi, terus pandang sinis kat mamat sengal tu. pandang dengan muka tak puas hati tahap gaban. nak je aku cakap "ko pekak ke apa?". jauh benar bezanya antara kupon parking dengan rokok Salem.



Pas bayar aku terus blah. rasa menyirap sangat. bila diingat balik nada suara mamat sengal tu memang aku rasa nak melempang je. macam dia nak cakap "pakai tudung tapi merokok". haaa camtulah. terus spoil mood aku pagi tu. bila cite kat hubby pun dia cakap, " apsal tak cakap kat mamat tu ko pekak ke?". tahlah maybe sebab geram sangat kot sampai tak terkata apa.



Sampai masuk dalam kete pun aku masih pandang mamat tu dengan muka tak puas hati. yela, dia parking motor depan kete aku. nasib baik bukan aku yang drive. kalo tak memang aku sondol je.



Tapi mesti korang cakap, "alah, maybe memang dia silap dengar kot. maybe dia takde niat apa pun". emmm maybe. tapi apa yang aku rasa waktu tu memang camtulah. dengan pandangan dan nada suara yang sinis tu. ishhhh!



Sebab bagi aku, bila orang pompuan beli rokok, tak kira lah untuk orang lain atau untuk diri sendiri, mesti orang akan pandang semacam. masa tulah macam-macam yang bermain dalam otak. lagi-lagi kalo pompuan yang bertudung. so bila muka aku ni dicop beli rokok, tak ke boleh mendatangkan marah tu.



Anyway, lain orang lain pandangan. maybe ada yang dah terbiasa belikan rokok untuk suami or ayah. so benda ni small matter. but not for me yang tak pernah langsung pegi kedai sebab ayah or suami suh belikan rokok. sebab diorang tak merokok. full stop.


Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat