Showing posts with label MALAS. Show all posts
Showing posts with label MALAS. Show all posts

Tuesday, November 9, 2010

~ KFC + Goblin = Alone! ~



Salam kawan-kawan.



Hari ni first time update blog waktu malam. ni pun sebab tengah keseorangan. incek hubby tengah syok ber-camping Pengakap. haihh bosan sungguh kena duk sorang-sorang ni. jadi bisu dibuatnya.



Tadi dia sempat balik jap. eh, dia kursus dekat je dengan rumah. tapi tak boleh tido rumah. balik time rehat jela. tu pun kelam kabut mandi, makan pastu rushing ke sana balik. sian aku tengok. 



Sekarang aku tengah layan cite Goblin kat channel 413 sambil makan KFC. sangat tak best ok makan sorang-sorang. nak buat keje pun rasa takde mood. tapi bile incek hubby ade lagila aku malas nak buat keje. muahahaha.


Best gak cite Goblin ni. cite pasal sumpahan kat satu perkampungan ni. tiap kali tiba Hari Halloween, mesti ada baby yang akan hilang. so, baby dilarang masuk ke kampung tu. huisshhh sangat-sangat karut ok. tapi yela name pun cite omputih kan. yang karut tulah yang diorang suka.



Esok ada Taklimat Induksi kat PPD Raub. sorang-sorang kena drive. nama incek hubby leh tercicir plak. haihh. pasni confirm kursus pun tak saing. uhuk. nasib baik 3 hari je. kalo 2 minggu macam dulu-dulu tu, naya!



Tak kisahla. yang penting dah dapat panggilan untuk induksi. bermakna, dah tak lama lagi akan sah jawatan. Alhamdulillah. 





* Ada orang tu risau sangat nama die tak dipanggil lagi.


Saturday, September 18, 2010

~ Kerja di hari Sabtu memang boring! ~



Waarrrggghhh! bosan gile!




Bila sesekali kena keje hari Sabtu ni alahai. bercinta rasenye. tulah, time raya nak cuti lame. skang kan dah kena ganti balik. Sabtu depan pun same. uhuk. tapi aku dah ade niat murni untuk tak meng-kerja-kan diri Sabtu depan. ;P



* Baby ni pun reti boring.



Hari ni pun bape kerat nau budak skola yang datang. ade la dalam suku daripada 900 orang. ade klas yang langsung takde budaknye. hamboih korang. beraya sampai tak ingat jalan ke skola ye. cikgu-cikgi gak yang bagus sebab komited bangun pepagi nak pegi ngajar.




* Nak kesian kat sape ye? student yang keboringan or lecturer yang memboringkan?



Bile dah tak ramai student, skola pun jadi sunyi. dah macam tak berpenghuni. lagila buat aku boring. biasenye ade gak budak-budak yang duk melepak dalm bilik kaunseling ni. tapi hari ni, haram tak nampak. takde sape nak diajak borak. nak duk bilik guru, macam malas lak. kompom cikgu sume busy. almaklumlah trial SPM minggu depan. tak mau la kaco diorang.




Incek hubby lak hari ni tak keje. wahhh sedang bersenang-lenang la kat umah tu ye. nak je amik MC pagi tadi. tapi setan tak berjaya hasut aku. bunyi alarm, cepat je aku bangun mandi. miahahaha. pastu tengah drive rase nyesal tak amik MC sebab tengah bayangkan incek hubby duk berbungkus lagi atas katil. uhuk.




Dalam entri sebelum ni kan aku ade mention aku kene datang skola sebab Pengetua nak bertukar kan. aku ingatkan hari ni die last. rupenye Isnin depanla. citt!! punyela aku bersemangat nak wish gudbye kat die, kena postpone minggu depan. kalo tau, aku cuti je ari ni.




Isshhh ko ni diela. kenape la malas sangat. bukanla malas cuma tak rajin je. muahahaha. biasela masih dalam mood raye. nilah akibatnye kalo lame nau cuti. semangat keje terbang tah ke mana. nak mencari balik tu adoiyai. makan bulan gakla. melampau tak? hahaha.




Emmm incek hubby cakap nak tukar radio Kenari yang dah rosak tu. nak call die japla tanya dah siap lum. tah-tah tengah membuta lagi. bukan leh caya tu.




* Share skit petua nak bagi rajin keje. ;P


Wednesday, August 25, 2010

~ Sok sek sok sek ~



Assalamualaikum kawan-kawan. ;)




Korang ade dengar bunyi tak? bunyi 'sok sek sok sek'. bunyi apakah itu? macam seram je kan.



Haha. sebenarnya bunyi aku tengah selsema. adoiyai. tetiba lak kena kan. pagi tadi elok je even dah ade rase-rase nak selsema. aku lemah skit kalo kena selsema ni lebih-lebih lagi bulan pose. memang 1 muka merah padam dibuatnya.




* Macam nila ghope aku bila kena selsema. huduh.



Aku ni alah skit dengan habuk or bulu kucing. sebab tu aku bermati-matian tak bagi bila incek hubby nak bela kucing. kucing tu jauh 2 meter pun aku dah mula rase gatal-gatal hidung. pastu dengan habuk lak. bila kemas-kemas umah, aku akan jadi macam ninja. mulut & hidung mesti tutup. kalo tak, memang nahas. pastu pas kemas tangan tak leh pegang muka ke, hidung ke. kena cepat-cepat basuh. kalo tak...



Ni pagi tadi maybe ade habuk kot kat mane-mane. tu yang cepat je kena. nak telan ubat, pose lak. kalo korang nak tau, dalam handbag aku sentiasa ada ubat selsema. kalo takde memang aku risau. so, sebelum habis aku akan pastikan aku beli stok baru. korang dapat bayangkan kan betapa teruknya aku selsema. 




* Sedapnya kalo pekena teh o panas or milo panas time selsema. wallawei.



Bila dah sok sek sok sek camni memang jawabnya tak leh nak buat keje la. asik duk layan hidung je. mata dah mengalahkan mata hantu. hidung jangan cakapla. merah menyala. nasib baik ade lagi tisu dalam handbag. kalo tak, mane aku nak kesat.



Maybe penyakit ni aku dapat dari ayah aku kot (tetibe salahkan die kan). sebab ayah aku ade resdung. tiap pagi die akan sok sek sok sek. sapu tangan sentiasa dia bawak ke mana-mana. bila kena selsema yang teruk, memang terbaringla. macam aku gak. bila selsema ni, ubatnya tido je. lagi-lagi pas makan ubat. memang tido mati la jawabnye.



Dan aku mudah dapat selsema sebab berjangkit dari orang lain. kalo incek hubby selsema, aku memang tak dekat dengan dia. kadang-kadang duk jauh-jauh pun kena gak. lomah den. dulu penah dapat ubat sembur dalam hidung. tapi aku pakai, makin kuat lak selsema. terus stop. makan ubat jela. tapi ubat pun tak bagus gak kan. takut effect kat hati.



Tapi aku bukanla kerap sangat selsema. kadang-kadang je. ni pun dah lame gak tak kena. ubat pun banyak lagi. cuma bila kena, memang aku rase nak baring je. kalo teruk, dia akan naik ke kepala dan mula la rase nak hantuk kepala kat dinding. 




* Tak leh korek hidung. batal pose. ;D


Friday, August 20, 2010

~ Saya malas ini hari ~



Aaaarrrrgggghhhhh!!! 




 Malas gile nak update blog hari ni. dari pagi tadi aku lemau je. tengok blog pun macam nak muntah.



Minggu depan jela ek aku tulis entri baru.




Jadi, anda-anda sume takyah tunggu ek (ade ke orang nak tunggu?).



Ciao!



Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat