Showing posts with label JOB. Show all posts
Showing posts with label JOB. Show all posts

Thursday, May 19, 2011

Cerita sebelum blackout

Salam. morning kawan-kawan sekelian alam. ada sihat?



Semalam dapat notis bagitau hari ni akan blackout dari pagi sampai petang. tak taulah pasal ape. kat sekolah aku ni memang gitulah selalu. bosan asyik blackout je. nak buat keje pun susah. so sementara masih boleh online lagi ni, meh kita borak-borak sat.



Aku nak cite pasal pengalaman sepanjang hampir 3 tahun bergelar pendidik ni. pehhh rase macam baru semalam posting. rupanya dah dekat 3 tahun pun. apa yang aku dapat selama tu? hmmm banyaaaaaaakkkk. tak terkata. dari aspek ilmu, pengalaman, macam-macam lagilah.



Sebelum bergelar pendidik dulu langsung tak terfikir betapa besarnya tanggungjawab sebagai seorang guru. yang aku tau bila dah dapat ijazah, tunggu masa untuk dipanggil posting. masa tu cuma risau lambat dapat keje je. takde pun terlintas tentang cabaran yang bakal dihadapi bila dah bekerja nanti.



Nahhh! sekarang rasakan. hahaha. bukanlah bermaksud kerjaya sebagai pendidik ni tak bagus. wehhh sape yang cakap macam tu ha? guru ni salah satu kerjaya yang paling mulia tau. maksud aku kat sini, tanggungjawab sebagai guru tu tersangatlah besar. kalau korang rasa nak angkat tong gas tu pun macam nak pengsan, bila jadi cikgu ni bersedialah untuk mengangkat beban 20 kali ganda dari tong gas tu. haaa mampu tak?



Maybe ada yang mencebikkan bibir bila aku cakap camtu. alah apelah sangat setakat jadi cikgu tu. pegi keje mengajar, pastu balik keje. ape yang susah sangat? hahahah. aku rasa sebab tulah agaknya wujud peribahasa "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". hanya orang yang mengalaminya saja yang akan memahami. takyahlah kita bermati-matian nak berhujah dengan orang yang tak berada di tempat kita. buang air liur je. sebab kompom diorang nak menang gak. huhu.



Macam aku sendiri yang bergelar guru bimbingan dan kaunseling di sekolah, setiap hari aku berdepan dengan macam-macam ragam pelajar. pelajar yang dari luarannya nampak normal. tapi dalamannya? sape lagi yang perlu amik berat pasal emosi dan perasaan diorang tu kalau bukan aku? kalau doktor nak tau penyakit orang tak susah. baring, pastu masuk dalam terowong. MRI la tu. pastu dapatla tau ko sakit ape. tapi macam kitorang ni? camne nak tau pelajar tu bermasalah ke tak? boleh ke guna MRI? boleh ke belah hati pastu, ohhh awak ni ada masalah family ni. boleh?



Ehh, aku tak cakap pun keje doktor tu senang. diorang pun ada bahagian diorang yang susah gak. cuma tu aku ibaratkan jela. nak bagi korang paham. hehe.



Nampak macam aku tengah merungut ke? taklah. aku cuma meluahkan perasaan je untuk sesetengah orang yang kadang-kadang masih lagi tak faham apa sebenarnya peranan guru kat sekolah. yang dia tau cuma kutuk, marah, pastu cakap cikgu tak buat keje. bila anak dapat markah bagus, terus mengaku selalu ajar anak kat rumah. tapi bila markah anak teruk, cepat je jari telunjuk tu menghala ke cikgu sebagai punca. jarang sangat nak dengar mengaku silap sendiri. yelah, sape yang suka mengaku buat salah kan?



Kalaulah diberikan skala tahap ke-suka-an aku terhadap kerjaya aku sekarang ni agak-agak aku nak bagi berapa ek? maybe 3 kot. daripada 5. aku masih belum jumpa lagi kepuasan untuk bekerja. tak pasti ape sebabnya. maybe persekitaran, rakan sekerja or diri sendiri. orang kata nak jadi guru ni kena ade jiwa. ye, memang aku ade jiwa. cuma belum sepenuhnya jiwa aku berada dalam bidang ni. hmm maybe sebab aku baru lagi kot. bila dikira-kira, lagi 31 tahun aku akan bergelumang dalam bidang pendidikan ni. InsyaAllah kalau dipanjangkan umur.



Baru 3 tahun dah macam-macam yang aku alami. belum masuk 30 tahun lagi. hmm terlalu jauh nak difikirkan. biarlah masa dan keadaan yang tentukan. apa yang penting adalah masa kini. here and now bak kata Gestalt. cewahhh! tak berkarat lagi rupanya otak aku ni. hahaha.



Apa-apa pun aku masih happy dengan kerjaya yang menjadi sumber rezeki aku sekarang ni. walau apa cabaran dan dugaan yang datang sekalipun, rasanya aku masih lagi kuat untuk berpegang pada kerjaya yang satu ni. sebab aku yakin dengan ganjaran-Nya dalam mendidik dan memanusiakan manusia. biarlah orang lain tak pandang pengorbanan kita. apa yang pasti di atas tu sentiasa melihat keringat hamba-Nya.



Thursday, April 28, 2011

Buka blog terus terkujat hampir kena serangan jantung



Salam kawan-kawan.



Pehh rasa lama gila tak update blog. kadang-kadang tu memang rasa gian nak menaip blog tapi serius memang tak sempat langsung. mesti korang pelik kan apsal sebelum ni aku leh je melenggang kangkung jalan-jalan tengok blog orang lain. tapi kali ni jangan kata nak jenguk blog orang, blog sendiri pun tak terusik.



Tapi hari ni ke-gian-an hati ni nak update blog tak dapat dibendung lagi. lalu tanpa perasaan bersalah sambil menjeling sebelah mata pada kertas-kertas dan fail yang menimbun kat sebelah ni, aku teruskan menaip sambil tersenyum girang. puas hatiku. huahuhahua!



Tapi mula-mula login blog kesayangan hamba ni, hampir-hampir nak kena heart attack. mana taknya. sebelum ni blog ni berwajah lain. sekarang dah jadi 100 peratus lain. rasa macam masuk rumah jiran sebelah je. hampir setengah jam gakla duk belek-belek bagi memuaskan hati dan mengesahkan yang blog tu blog aku. akhirnya memang sahih. ni memang blog aku!!! wahhh suke suke!



Errkkk, nampak macam jakun ek? ahhh, lantaklah. nak lawan blog orang lain tu memang tak terlawan la. blog masing-masing bapak cantiknya. ni pun Cik Bulat yang buatkan. terima kasih ye Cik Bulat. kalo sape-sape rase diri tu agak buta IT
macam aku, tak reti-reti ke nak tempah kat Cik Bulat? bila dah bosan dengan template ni nanti, nak suh Cik Bulat buat yang lain plak. hehehehe.



Hurmm, aku ni sebenarnya tengah busy sebab sekolah aku tercalon dalam Pencalonan Sekolah Kluster Kecemerlangan. disebabkan nak jadi cemerlang, maknanya makin banyakla keje. yang tak bestnya, semua benda nak cepat. dahlah dapat tau hari isnin, hari Jumaat dah kena hantar. hadoi! macam mana punye kejelah camni. opss! lupa plak. mana leh ingkar. aku kan 'Saya Yang Menurut Perintah'. ;)



So, kengkawan sekalian alam, kalo blog aku ni tak ter-update beberapa hari, minggu mahupun bulan, anggap jela aku tengah busy tahap gaban dan bayangkan kat atas meja aku penuh dengan fail-fail berselerakan. haa bayangkan cepat! jadi diharapkan kengkawan sume bersabarlah ye. saya tau anda sume dahagakan entri dari saya. bluwekkkkk!!! (sebelum korang muntah biar aku muntah dulu).



Sampai jumpa lagi! Daaa...



Thursday, March 31, 2011

Alhamdulillah. Rezeki dari Allah.

Morning all. sihat?



Tetiba terbau lauk masak asam pedas. ni mesti bau dari kantin ni. almaklumlah ofis dekat je dengan kantin. hehe. orang belah pantai timur ni memang dah rutin makan berat belah pagi. me cuba gak try tapi tak leh masuklah. selera belum terbukak nak makan berat-berat time camni. kul 12 kang barulah cari nasi. 


Ops, me bukan nak cite pasal nasi sebenarnya. cuma nak share kegembiraan dengan kawan-kawan. rasa bersyukur sangat sebab diberi rezeki melimpah ruah sejak kebelakangan ni. Alhamdulillah setakat ni apa yang diusahakan dengan sepenuh hati diberikan ganjaran oleh Allah. me yakin kalo kita nak sesuatu tu, dan kita usahakan bersungguh-sungguh, InsyaAllah akan mendatangkan hasil.



Rezeki takkan datang bergolek kalo kita cuma tunggu dan lihat. semuanya memerlukan langkah pertama. takkan nak tunggu bulan jatuh ke riba. macam gaji bulan-bulan yang kita dapat tu pun datangnya dari hasil usaha kita bekerja. kalo orang yang tak bekerja boleh dapat duit dari langit ke? *tak termasuk orang yang makan gaji buta. ;)


So, nak taknak kalo kita nakkan sesuatu hasil tu, kita kena la menuainya terlebih dulu. isi baja yang bagus-bagus, pencahayaan yang sempurna. InsyaAllah bila tiba masanya nanti, buah yang terhasil mesti dari kualiti yang bagus-bagus juga. hasilnya memang lumayan pakkk.



Bila rezeki makin bertambah ni, semangat nak berusaha tu pun semakin kuat. yela, dah ada peluang depan mata. kenapa taknak gunakan lagi? ibaratnya, mata dah mengantuk sangat, tapi sanggup tolak bantal yang diberi. kan best tido guna bantal. tu ibarat je. 


So ape lagi kawan-kawan? jomlah berusaha dengan saya. usaha membawa kejayaan. ;)



Thursday, March 10, 2011

Mood bekerja dah hilang sama sekali

Selamat pagi u alls. ;)



Gaya macam happy je kan. maunye tak happy. esok last keje sebelum cuti seminggu. hip hip horeyyy la kan. hehehe.


Mood keje memang dah hilang tah kemana. sampaikan ingat hari ni dah hari Jumaat. ish ish ish. 



Nasib baik gak sekarang ni keje pun dah tak banyak macam masa awal-awal dulu. kiranya bolehla berilek-rilek sambil nyanyi lagu 'Balik Kampung'. hahaha.


Bila dah dekat nak cuti panjang ni macam biasela henpon jap-jap masuk mesej. pastu ada soalan yang sangat familiar, "bila balik?", "berapa hari cuti?" dan yang sewaktu dengannya. yang jadi mangsa keadaan adalah kakak or adik aku yang telah dipaksa oleh maknya untuk mesej aku. maknya tu mak aku la. bukan seminggu sekali tau. tapi setiap hari ok. haaa best tak?



Bila duk jauh dari family ni memang rasa sedih & sunyi. tapi rasa best bila sesekali balik. memang layanan mengalahkan puteri raja. ko cakap je nak makan ape. sampai-sampai je dah siap hidang. tinggal makan je. tak ke best namenye tu?


Orang kata bila jauh ni bau pun wangi. orang kampung sume duk merindu. cewah! bila sesekali balik memang jadi tumpuan betul. sume duk berkumpul nak tanya kabar. rasa macam artis plak. huahahaha.



Tapi aku macam pelikla. apsal ek bila balik kampung je otomatik aku jadi malas. serba-serbi malas. nak masak jauh sekali la. nak tolong-tolong kemas rumah pun sangatlah berat tulang. tapi yang bestnya mak tak bising pun! hahaha. yela, sesekali balik takkan nak marah kan. yang aku plak selamba je amik kesempatan. hehehe.


Hmm lambatnya nak hari esok. tapi bila dah stat cuti cepat plak cuti tu abis. pastu kena keje balik. waaaaa tidak!!! tapi kan, tapi kan, keje tu kan sumber rezeki. so baik ko jangan mengeluh Diela. kang Allah tarik balik rezeki tu baru ko tau. uhuk!



Wednesday, February 9, 2011

Tak confident tapi tetap nak cuba

Salam sume. hai lama tak jumpa kan. almaklumlah bila cuti je me pun cuti berblogging. bukan saje-saje tapi terlalu banyak family activities. ;)



So, here i am. baru je lepas BW baca cite kawan-kawan yang lain. lepaskan rindu dendam. time cuti pun hati duk teringat kat blog je. tapi jangankan kata nak online, nak bukak laptop pun tak sempat. busy kan?



Maybe me bukan blogger tegar kot. sebab tu macam kisah tak kisah je bila tak bukak blog. bagi yang memang tak leh hidup tanpa blog tu tak leh nak buat ape la kan. laptop pun 24 jam kepit celah ketiak. rasa ade benda nak cite terus tulis. best kan?



Masa dalam cuti hari tu me berkesempatan jumpa dengan kawan-kawan lama masa skola dulu. lepak, minum, gosip, bisnes! eh, bisnes apa? bukanlah bisnes juta-juta pun. lebih kepada direct-selling. me bukan jenis otak enterprising. tak reti nak berbisnes-bisnes ni. bila dengar orang buat direct-selling je, me tak amik port. sebab tau me tak boleh nak buat.


Tapi bila dengar cite kawan me ni dengan akak die yang juga merupakan orang kuat dalam bisnes tu, terus rasa macam terpukau plak. dia main ubat guna-guna kot. hehe. tetiba kepala otak ni rasa terbukak. sebelum ni me dah set dalam kepala otak kalo direct-selling ni mesti kena jual barang, pastu cari downline. tapi yang ni macam lain sikit.



Keje pun senang. sebulan dalam 2,3 kali je buat pun boleh dapat ribu riban. actually me bukanlah yakin 100% dengan benda ni. tapi bak kata akak kawan me tu yang dia asyik duk ulang-ulang lebih 10 kali, "kalo tak cuba, camne kita nak tau." then me terfikir, tak salah kalo mencuba. bukan rugi ape pun. plus, yang menguatkan semangat me nak join, kawan me tu memang rapat sangat dengan me. takkan dia nak tipu kot? fikir positif!



Bila bincang dengan hubby pun dia bagi izin. me macam pelik gak mulanya. sebab dia ni jenis tak percaya dengan benda-benda camni. tapi bila me cite pasal benda ni, dia on je. emm me fikir maybe ni permulaan untuk segala-galanya. 



Bukanlah maksud me tak bersyukur dengan rezeki yang ada sekarang ni. tapi rasanya tak salah kalo me ada extra income. boleh gak meringankan beban hubby yang asyik kena kuar duit bila sang isteri pegi shopping. hehe. bila me guna alasan tu kat hubby, sengih je dia. suka la tu. siap nak tumpang sekaki lagi tau. bukan kecik-kecik punya barang. nak type-r terus! gilossss!



Sekarang ni dalam pada tak berapa confident tu, me tetap cuba gak. mana tau ada rezeki me kat situ. boleh gak buat menyimpan. tahun depan InsyaAllah nak masuk rumah sendiri. so nak kena spend banyak ongkos tu. mudah-mudahan apa yang me usahakan ni mendapat keberkatan dan dipermudahkan oleh-Nya. aminnnn.



* Me nak share dengan sape-sape yang berminat untuk cari extra income. free sharing. ;)



Tuesday, January 25, 2011

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba

Hai everybody! ceria tak pagi ni? tak ceria? kenapa?



Hari ni baru hari Selasa. tapi kenapa me ceria sangat? tau? hahahah. bijak memang bijak. sebab hari ni adalah hari di mana sesi cucuk-mencucuk akan berlaku di kesemua bank berhampiran anda. memang havoc lebih-lebih lagi kalau pegi pas habis keje kang.


Me biasanya takkan ke bank masa first day gaji ni. jawabnya beratur la sampai ke luar bank. me akan pegi time dah gelap kang. malamla. mase tu memang ade gak orang but tak lah seramai waktu siang. parking pun merata-rata. tak panas. 



Bagi yang keje gomen, mesti pernah dengar orang duk label kita ni pekerja yang tak sabar nak tunggu 25hb kan. abis ada ke orang yang dah penat lelah bekerja pastu taknak gaji? kalau anak datuk maybe la kot. gaji bulan lepas tak usik lagi dah masuk gaji bulan ni. alahaii syoknya camtu kan.


Tapi bila dah namanya manusia ni macam tulah. tak pernah rasa puas. makin besar pendapatan, makin besar gak kemahuan. bila gaji kecik, merungut. bila dah diberi kenaikan gaji, pun tak cukup gak. sebab kemahuan lebih besar daripada kemampuan. errr macam terkena dengan batang hidung sendiri je. ngeheheh.



Jadi, patutnya kita rasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. ada orang hidup lebih susah. nak merasa makan KFC pun setahun sekali. sebenarnya apa yang kita dapat setiap bulan tu lebih dari cukup andai kita pandai menguruskannya. sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup. (betul ke pepatah ni?) inikan pulak kita yang hidup dalam rumah batu ni.


* Hari ni dapat gaji, dah tak sabar tunggu gaji bulan depan plak. ;P



Tuesday, November 9, 2010

~ Aku benci menunggu! ~



Morning kawan-kawan.



Miss me? muahaha. harap kamu kamu sume paham tentang ke-busy-an saya sejak kebelakangan ini. tetibe je ayat skema. ni pun curi-curi masa jap tinggalkan budak dalam dewan yang tengah duk dengar taklimat daripada SM Teknik Lipis.


Ye, aku memang tak suka menunggu. tapi orang tunggu aku takpe. hahaha. takdela, aku pun tak suka buat orang tertunggu-tunggu. rasa bersalah je. tapi ade sesetengah orang langsung takde rasa ape-ape bila buat orang ternanti-nanti. macam hati kayu.



Hari ni pagi-pagi lagi aku rasa darah dah naik ke kepala. janji pukul 9 pagi, dekat pukul 10 masih tak nampak batang hidung. masa mula-mula janji bukan main lagi. bila sampai masa, hati yang sejuk jadi panas. kalo takat aku sorang je yang panas hati takpela, ni melibatkan ramai orang lain. mana nak letak muka ni wey?


Tiap kali call cakap dah nak sampai. tapi tak sampai-sampai gak. sejam lebih duk menunggu die saja. sume dah mula panas bontot. sorang-sorang mula hilang. maybe dah bosan sangat menunggu kot. nasibla aku yang handle benda tu. kalo tak, confirm dengan aku sekali angkat kaki.



Dekat pukul 10 baru nampak duk terhegeh-hegeh berlenggang kangkung datang. buat muka macam takde ape-ape. aku plak terpaksa panggil balik sume yang dah hilang tadi. tersengih-sengih macam tak buat salah. minta maaf jauh sekali. aku nak bagi senyuman pun tak lalu. lantaklah.


Kenapa boleh jadi macam tu? tahla. takde moral dalam diri kot. spesis camni bila orang buat salah, die nampak. tapi salah sendiri, tutup mata sudah. mula menuding jari kat muka orang lain. orang itu salah. orang ini tak betul. die saja yang betul. die tak tau lebih ramai orang yang menyampah dengan die.



Bukan hari ni je aku jumpa dengan makhluk perosak camni. bersepah. pada aku la kan, senang je nak elak daripada terjadinya benda seperti ini. cuba letak diri kita kat tempat orang yang jadi mangsa tu. ape yang kita rasa? bengkek? marah? bengang? nak tumbuk orang? bila kita ade rasa camtu, secara tak langsung kita akan fikir panjang sebelum buat sesuatu perkara.


Dalam keadaan camni, kena fikirkan tentang orang lain. jangan duk pentingkan perut sendiri je. dah tau tak breakfast lagi, kuar la awal sikit. ni tidak. dahla kuar lambat, sempat plak ngeteh kedai mamak. padahal ramai orang tengah tunggu kedatangan die. patut ke?



Lainla kalo ade emergency case yang tak dapat nak dielakkan. itu aku pun tak leh nak buat ape. bolehla dimaafkan. tapi bukan kes berhenti-ngeteh-jap-kat-kedai-mamak-sebab-tak-breakfast-lagi. unforgiven okeh!




* Bila marah, rasa lapar. aku plak nak braekfast! 


Thursday, November 4, 2010

~ Mereka masih belum nampak ~



Hai again.



Ye, mereka masih belum nampak lagi. nampak ape? mereka masih belum nampak siapa diri mereka dan di mana mereka berada untuk 5 atau 10 tahun akan datang. sebab tulah mereka bersikap dan berperangai seperti sekarang. kalau mereka tau, mungkin dah lama mereka berubah.



Mereka tu siapa? siapa-siapa saja boleh jadi 'mereka' itu. kamu, kamu atau kamu. ye, kamu yang toleh kiri dan kanan tu. saya bercakap sama kamu la. erkkk malu sudah.



Ok, fokus. 'mereka' yang aku maksudkan dalam entri ni adalah pelajar-pelajar yang masih bersekolah sekarang. atau lebih khusus lagi, pelajar sekolah aku. ape yang aku nampak, sikap dan perangai kebanyakan daripada mereka sekarang ni tak menggambarkan sebagai seorang pelajar. nawaitu datang ke sekolah dah tersasar.



Bila ditanya, rata-rata terdiam langsung tak tau nak cakap apa. ye, dah pasti niat mereka datang ke sekolah untuk berjumpa dengan kawan-kawan. dan berjimba-jimba jika tiada cikgu di kelas. tak perlu tanya dah tau jawapan mereka. mereka datang ke sekolah kerana disuruh oleh ibu bapa. itupun setelah dipaksa, dimarah, dirotan, dicubit. kalau tak, tidur di rumah itu lebih menyeronokkan.



Ye, mungkin mereka masih belum nampak lagi di mana mereka 5 tahun akan datang. siapa diri mereka 10 tahun kelak. tapi takkan nak tunggu hingga 5 atau 10 tahun lagi baru nak sedar? bukan ke masa tu dah agak terlewat? jadi, siapa yang perlu menyedarkan mereka-mereka itu untuk berubah sebelum terlambat? aku kah? mereka kah? ibu bapa mereka kah?



Semuanya perlu memainkan peranan masing-masing. di sekolah, aku dan guru-guru lain tak putus-putus beri sokongan moral dan motivasi untuk menyedarkan mereka betapa pentingnya pendidikan ini. proses pembelajaran tidak terhenti setakat SPM ataupun STPM. ianya berterusan hingga ke liang lahad. di rumah pula, tugas itu disambung semula oleh ibu bapa. bukan ke ibu bapa yang perlu mencorakkan hidup anak sejak mereka kecil lagi?



Oh, di atas itu cuma sokongan luar. yang paling penting adalah diri sendiri. jika diri sendiri ingin berubah, pasti boleh. cuma nak dengan taknak je. sekuat mana pun sokongan luar diberikan, jika diri sendiri menolak, memang takkan ke mana. jadi, tepuk dada, tanya iman. dah tak boleh tanya selera lagi.



Sekarang ni, tugas aku adalah terus memberikan sokongan dan kesedaran kepada mereka-mereka yang dimaksudkan. perkara yang wajib dibincangkan dah semestinya berkaitan hala tuju mereka selepas persekolahan. biar mereka fikir dan renungkan di mana mereka ingin berada pada 5 aau 10 tahun akan datang. masih di kampung kah? atau sedang menuntut ilmu di menara gading? itu mereka yang tentukan.



Kalau masih tak nampak lagi, pegi kedai cermin mata, cek mata. maybe kena pakai spek kaca 5 inci tebal. ataupun hantuk kepala kat dinding dan tanya dinding tu kenapa la aku ni lembab sangat. mungkin akan timbul kesedaran di situ. *ibu bapa dilarang meniru aksi ini.




* Kadang-kadang habis cara nak bantu 'mereka'. 



Thursday, October 28, 2010

~ Mintak maaf banyak-banyak ~



Salam sume.



Sorila aku rasa kebelakangan ni kurang sangat entri aku kan. bukan malas, bukan buat-buat busy. tapi serius memang ke-busy-an ini hampir-hampir buat aku terfikir nak terjun bangunan. Astaghfirullah. takdela sampai camtu. cuma rasa macam nak benti keje je.


Tapi kalo benti keje kang nak makan ape? nak shopping lagik. so, nak taknak kena gak teruskan keje. ok, stop. jangan merepek tak tentu hala dalam belog yang suci ini. suci ke?



Aku sekarang sedang menaip dalam keadaan jari telunjuk tangan kanan yang sakit. puncanya, tadi duk menaip guna typewriter yang jenis lama tu. sebijik-sebijik aku tekan. 2,3 kali gak jari halus aku ni tersepit celah biji-biji huruf tu. sakit wooo. tapi demi menyiapkan Laporan Penilaian Prestasi aku, ku gagahi juga. uhuk!


Ada lebih kurang 2 minggu lebih lagi sebelum mula cuti sekolah. bermakna, aku cuma ada 2 minggu lebih gak untuk setelkan sume benda. waaaaa otomen, tolong! kan best kalo aku ada kuasa tangan boleh gerak pantas. 5 minit siap. pastu takyah pening-pening nak fikir camne nak buat satu-satu benda tu. terdetik je, terus jadi. wahhh gitu. dah! jangan berangan!



Esok tak pegi sekolah lagi. eh, sesuka hati je cakap aku ponteng ek. aku ade program kat sekolah lainla. kena jadi fasilitator. ni program peringkat daerah. masa tengah tahun taknak lak buat. dah hujung-hujung ni baru la mula macam-macam program. dengan keje kat sekolah ni pun tak setel-setel lagi, nak kena handle program luar plak. haihhhh. tak baik mengeluh. baik!


Ingat hari Sabtu tu bolehla bermalas-malasan kat umah. sekali kena sekolah ganti la plak. sumenye gara-gara nak bercuti lama time Raya Haji nanti. kiranya sekolah aku nanti cuti sekolah awal la. ikutkan 20hb 11 baru cuti. tapi Raya haji kan 17hb 11. so terus cuti sampai taun depan. syok? tak gak. name je cuti. silap-silap boss asik call suh datang sekolah ade meeting. kena standby jela.



Sape cakap jadi cikgu ni senang? sape cakap? cuba try test jadi cikgu dalam sebulan. nak tengok korang korang siuman lagi ke tak. hahaha. gurau je kay. biasela setiap bidang ade cabarannya. bagi diri aku sebagai guru, cabaran yang paling utama adalah aset sekolah iaitu pelajar. macam-macam ragam. dan untung bagi aku sebab aku kaunselor. bidang ni buat aku lebih memahami diri sendiri dan orang lain. kira kurang skit je dari ahli nujum. muahahaha.


Cukuplah repekan aku setakat ni. pantang ade masa skit ade je yang nak dibebel. nak buat camne kan. name pun chekgu!




* Stress tapi ada kepuasan. ;)



Monday, August 16, 2010

~ Pantau ke santau? ~



Hai. salam sume.





Hari ni lewat skit aku online. tetiba pagi tadi ade plak student yang bermasalah datang jumpa. lama gak borak-borak. student aktif bercakap. aku memang suka layan klien jenis banyak cakap ni. secara tak langsung keje kita pun kurangla kan. lagi-lagi bulan pose ni. tak leh cakap banyak-banyak. jimat air liur. hehe. 




Oh ye. minggu ni (tak pasti hari ni ke, esok ke, lusa ke) skola aku akan dipantau oleh PPD ngan JPN. baru je minggu lepas PPD datang. minggu ni die datang lagi. haihh. buat ape la susah-susah nak datang sini. kan bulan pose ni. baik duk je dendiam kat opis tuh. kalo datang sini pun bukan kitorang leh jamu makan. takyah datang la ek incek-incek sekalian.





* Maceh cik google.




Biasela kan. kalo skola yang berprestasi kurang memberangsangkan ni memang sentiasa jadi kegemaran orang-orang atas untuk datang pantau. skola aku bukanla teruk sangat. keputusan tiap tahun meningkat cuma maybe masih tak mencapai tahap yang disasarkan kot. 





* Dari cik google lagi.



Bila pencapaian tak ok, ramai yang guna alasan 'pelajar asli ramai kat skola ni'. padahal bila tengok balik result masing-masing kebanyakan yang bermasalah adalah budak melayu. so alasan tu memang dah tak leh pakai yek. nak kata cikgunya tak buat keje, aku tengok sampai nak pengsan-pengsan cikgu mengajar pagi petang nak bagi budak paham. memang tak penah jemu. so sape yang nak dipersalahkan dalam hal ni?





* Tepuk dada, tanya iman.



Friday, July 9, 2010

~ Bila 'Ibu' jadi 'Abu' ~

Hai, pagi kamu kamu sekalian alam...




 Aku baru abis mengajar kelas intervensi jap tadi. memang rutin tiap hari Jumaat pagi akan terdengarla suara aku duk terjerit-jerit mengajar budak mengeja. aku ajar budak mengeja? macam pelik tak?




Oh, bagi yang tak tau tu, aku ditakdirkan menjadi kaunselor dan tak mengajar. tapi awal tahun ni aku kena membantu cikgu B. Melayu untuk ajar pelajar-pelajar yang masih ade masalah untuk mengeja. aku nak tekankan kat sini yang aku mengajar di SEKOLAH MENENGAH. ye, bukan sekolah rendah. jangan terkejutla kalo aku cakap sekolah menengah pun masih ade lagi yang duk merangkak-rangkak nak mengeja. 





Tapi kes aku ni sume budak asli. so no wonder la diorang tak berapa reti mengeja kan. tapi ade gak yang bagus. baru ajar beberapa kali dah leh tangkap. nampakla perkembangannya. tapi ade gak beberapa ketul yang alahaii malas aku nak cakap. suh eja IBU jadi ABU. baik-baik aku ni lemah lembut terus jadi macam singa lapo. hahaha. 




Alhamdulillah dah pertengahan tahun ni makin baik perkembangannya. pelajar yang tak reti mengeja pun dah makin berkurang. bermakna makin kurangla beban cikgu-cikgu diorang nanti. ehh tapi ade gak tau pelajar form 5 yang tak lancar lagi membaca. tersekat-sekat. aku tak taula ape punca diorang jadi camni. langsung tak membaca agaknya. kalo dah susah nak mengeja, korang bayangkan la camne nak menjawab esei mase exam nanti. soalan objektif lehla ko tonyoh-tonyoh kertas OMR tu. tapi karangan ko nak tonyoh ape? baik tonyoh kepala sendiri.





Aku pun kekadang sian tengok cikgu-cikgi yang dah habis cara nak bantu pelajar-pelajar ni. yela, kalo result teruk, cikgu gak yang kene menjawab. budak buat deekkkk je. die peduli ape kan. langsung takde rasa kesian dan tanggungjawab atas ape yang diorang dah buat. aku yakin sume cikgu dalam dunia ni ada matlamat yang sama. nak didik pelajar. tapi kalo pelajar tu sendiri taknak bantu diri dia, kita tolong pun tak guna. 





Itula ragam dalam dunia pendidikan sekarang ni. bagi orang luar yang tak pernah alami sendiri camne peritnya jadi cikgu, aku cabar dudukla seminggu kat sekolah. berdepanla dengan pelajar-pelajar yang lebih hebat daripada cikgu-cikgunya. jangan cuma tau nak tuding jari, saman, salahkan cikgu disebabkan anak sendiri yang tak makan dek ajar. tapi tak sume yang macam tu. ade gak yang prihatin dan faham tugas guru kat sekolah adalah untuk mendidik dan membimbing pelajar untuk jadi orang berguna. jadi bila di sekolah, anak-anak itu berada di bawah tanggungjawab cikgu. percayalah pada kami. 





Cikgu bukan macam doktor yang hari ni bagi ubat, esok dah baik. cikgu merawat emosi, rohani, sahsiah dan fizikal pelajar untuk jadi baik. emosi dan rohani yang tak nampak dek mata kasar. yang tak boleh di-scan dalam MRI. yang tak boleh dicucuk dengan jarum. semuanya perlukan pendekatan psikologi dan intelektual. rotan sendiri pun tak mampu untuk ubah sikap seseorang itu. 




Tapi, walaupun kerjaya yang aku sandang sekarang tersangatlah mencabar, aku tetap bersyukur memegang tanggungjawab yang mulia ni. harap-harap aku dapat jalankan amanah yang diberi dengan sebaik-baiknya selagi hayat dikandung badan. 




* Marah tanda sayang. 



Thursday, May 27, 2010

~ Jom pegi kursus ~

Hai again...




Hari ni pagi-pagi lagi dah dapat surat kena pegi kursus IKBN kat Temerloh. sebenarnya surat tu dah diminitkan atas nama kaunselor sorang lagi. tapi disebabkan dia ada komitmen lain (kena anta anak pegi sekolah), so dia minta aku ganti tempat dia. sebelum terima aku tanya-tanya dulu member kaunselor yang lain. tanya diorang pegi ke tak. bila dah confirm, aku pun setuju. lagipun aku paham tanggungjawab kaunselor tu. anak dia plak tengah exam. tak sampai hati nak tolak.




Kursus ni selama 3 hari. dari 31 mei sampai 2 jun. kiranya isnin depanla. pengangkutan dan makan minum sume disediakan. aku bawak diri je. hehe. ada banyak sebab aku suka pegi kursus ni. antaranya,



1. cari pengalaman.
2. boleh masuk dalam LADAP. 3 hari jadi 3 kali. kan jimat tu. ;)
3. boleh jalan-jalan jumpa kawan baru.
4. release tension dari masalah kat sekolah.
5. dll.



Yang paling aku suka yang no.4 tu. hehe. tapi ada gak yang tak bestnya pegi kursus ni. sebab berjauhan dengan incek hubby. waaaaa sedih. :( tapi incek hubby pun selalu gak tinggal aku. tanggungjawab kan. ala 3 hari je. bukan 3 bulan. mak aihh 3 bulan? gile ko. meroyan mak nanti. hehe.




Kiranya nanti aku keje 2 hari jela. khamis ngan jumaat. pastu cuti sekolah 2 minggu. yiiihaaaaa. best best. so this weekend aku nak spent time gila-gila dengan incek hubby. sebelum ni gila gak. cuma kali ni moreeee gila. hahaha. aku dah gila. so korang korang sume jangan kaco ekkk. pastu jangan berangan nak jumpa post baru aku time weekend. it's FAMILY TIME. hikhik. aku akan topup balik time weekdays ok. ;)





Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat