Showing posts with label PUJUK. Show all posts
Showing posts with label PUJUK. Show all posts

Monday, September 27, 2010

~ Bola punya pasal! ~



Waahhh. hari ni lambat plak hapdet belog. maklum le busy bebenor dari pagi tadi. ni pun baru je pas blog-walking umah jiran-jiran. adoi pening!




Ohh, aku nak cite skit pasal kejadian kelmarin. ye, Sabtu malam Ahad. malam tu ade pasar malam kat area Benta. dekat gakla ngan umah aku. dari sehari sebelum lagi incek hubby dah janji nak jalan-jalan pastu makan luar. note : kitorang jarang ek makan luar. slalu tapau jek.




Aku ape lagik. berkobar-kobar la. bukan senang tau nak ajak mamat tu makan kat luar. ade je alasan tak munasabah die. balik-balik tapau makan depan TV kat umah. boring tau!




Nak dijadikan cite ni ber-ending sedih, sebelum pegi tu boleh plak incek hubby terrbukak channel sukan. elok plak team faveret die baru nak stat main. alah, team chelshit tu la. mase tu die dah mula buat muka seposen. bajet aku nak kesian pastu ingat aku nak cakap, " Takpela, kita cancel je makan luar." wahhh banyak canteeekkk.





* Team ape tah ni.



Aku dah baik punye cekak pinggang kat pintu. die masih lagi tak off TV. siren bunyi baru nak kelam-kabut. nyampah! pastu bawak keje kemain laju. cuma die tak pasang hazard lights je. kalo tak, kompom orang ingat aku nak bersalin.




Pas dah pusing-pusing kat pasar malam, ingatkan nak pegi makan. rupenye die menonong balik umah. mase tu muncung aku ko jangan cakapla. sebak dada ai. nak nangis ku tahan-tahan! tahla tetibe sensitip plak aku malam tu. patutla tadi kat pasar malam incek hubby beli makan siap-siap. huh!




Disebabkan bola punye pasal, sanggup mungkir janji. aku ni dahla excited sebab dah lama tak makan kat luar. time bercinta dulu jangan diamik kire la. tak aci gitu. sampai ke sudah aku majuk. haihhh asik majuk je aku lately ni. apesal tah. bukan sengaja tapi tahla. 




* Uhuk uhuk. miaaaoooowwwww.



Tapi ade 1 benda buat hati aku terubat skit malam tu. team kegemaran incek hubby KALAH!! hahaha. suke bangat! tulah akibatnya kalo mungkir janji. sanggup kecewakan hati bininya ni, last-last merana jiwa. 







Pastu tau lak nak pujuk bininya ni. lenkali janji tak buat lagi. huh! janji lagi? janji tak leh pakai punya. dah takde hati nak makan luar. makan je bola tu. kenyang setahun.








* Dahla sedih tak dapat makan luar, tengok plak cite drama sedih kat TV3. trus meleleh-leleh airmata. uhuk.



Thursday, September 2, 2010

~ Rasa nak merajuk lagi tapi... ~



Assalamualaikum sume. ;)




Yey! hari ni dah hari Khamis. sok ari Jumaat. pastu cuti raya!! sangat excited okeh! ala korang pun kan. ;P




Plan awal incek hubby ajak balik Kluang hari Ahad kan. tapi hati aku ni dah tak sabar sangat nak jejak kaki kat umah mak aku. so, kelmarin aku memulakan sesi pujuk-memujuk.




Korang ingat aku terus cakap ke? idaaakkkk. berjam-jam aku fikir ayat terbaekkk punye yang boleh buat incek hubby tak cakap banyak dan terus setuju untuk balik awal ke Kluang. fikir punya fikir, malam pas die balik terawih tu, aku pun duk kenen-kenen. nak cakap, taknak. nak cakap, taknak.




Lame gak aku duk menebeng celah dia tapi tak cakap ape-ape. die pun buat dekk je sebab dah biase menebeng gitu kan. aku lak sampai berpeluh-peluh nak keluarkan ayat. padahal ape la sangat incek hubby tu kan. yang ko takut kemain nape.




Aku bukan takut ape. tapi aku takut nak terima penolakan. lately ni emosi aku cepat nau terusik. cepat je airmata ni nak mengalir. ngengada kan. so, thats why aku kena fikir ayat yang paling bagus dan boleh melembutkan hati incek hubby yang takdela keras mane pun. aku lagila keras. ngehngehngeh.




Setelah aku hampir-hampir sesak nafas sebab jap-jap tarik nafas panjang-panjang, maka aku berjaya gak mengeluarkan ayat,




" Abang...sayang ada 1 permintaan la...boleh tak?"




Ceh! fikir sikit punye lama tapi kuar ayat tunggang terbalik camtu. apakah? incek hubby tanya balik,



" Apa dia?"




Sambil mata ngadap TV. tak dipandang bininya ni yang duk terkebil-kebil tengok die. muka pucat lesi agaknye. adoiyai.




Aku tak cakap. aku diam je. incek hubby ulang balik pertanyaan die. aku senyum-senyum kambing. alaa senyum yang macam tak berapa nak senyum tu. last-last leh plak kuar dari mulut aku,




" Tak ade ape-ape."




Wallawei diela oiii. punyela sengal. pastu dalam hati aku memaki hamun diri sendiri. come on la diela! u can do it!




Tetiba ade lak kekuatan. dengan nada sayu yang antara dengar tak dengar, aku cakap,




" Emmm...boleh tak kalo kita balik Kluang hari Sabtu?"




Dada dah nak pecah dah time tu. dalam hati, please dont say no! please! kalo die cakap no je, aku yakin aku akan nangis kat situ gak. serius okeh! aku tak suka penolakan di saat itu.




Tetiba incek hubby gelak. uikk lawak ke? die tanye lak,




" Nape nak balik cepat?"




Aku balas,




" Tah...rasa nak balik cepat...rindu kat mak."




Peh! alasan baik punye. confirm die tak leh kata no. tapi serius memang aku rindu gila kat family aku. susah woo nak jumpa. time cuti panjang jela leh balik. takat cuti 2,3 hari takde maknanya. pastu incek hubby cakap,




" Okla, kita balik petang Sabtu tu."




Yeyyy!!! rasa nak melompat tapi aku tahankan. kang die berubah fikiran plak bila tengok perangai tak senonoh bininya melompat. tapi senyum dah sampai ke telinga. fuhhh! lega. ade hikmah rupenye bila aku rasa susah nak cakap. bila aku main redah je, memang selalu di-reject oleh incek hubby. hmmm pasni dah tau camne nak bagi die lembut hati. hehehe.




Tapi tak leh buat selalu sangat. kang tak jalan. sekali-sekala lehla. kalo dah terdesak sangat. tapi incek hubby ni jenis yang lembut hati. senang je nak pujuk dia. cuma di kala dan saat ni aku memang tak leh terima penolakan. tahla. die gurau skit aku dah mula nak nangis.




Sebab tulah susah kemain nak cakap. selalu tu ok je. biasela orang pompuan kan. emosi cepat sangat berubah. pagi ok, malam tak ok. penting bagi partner kita untuk faham diri kita. kalo tak faham, camne nak idup same kan.




* Kadang-kadang merajuk itu perlu untuk buktikan yang kita pun ade perasaan.  



Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat