Showing posts with label BIRTHDAY. Show all posts
Showing posts with label BIRTHDAY. Show all posts

Wednesday, November 3, 2010

~ Terlewat seminggu ~



Hai.


Terlewat seminggu? saspennya. haha. jangan fikir yang bukan-bukan ye. masih belum ada apa-apa lagi. uhuk.



Aku terlewat seminggu untuk wish tahniah kat kakak kesayangan aku atas kelahiran baby keduanya pada 28 Oktober lepas. selang sehari je dari besday aku. wahhh pandai baby pilih tarikh nak kuar ye. ikutkan die lahir bulan 11 ni. tapi dah tak sabar nak tengok dunia.



Actually aku dah wish tahniah masa 1st day akak bersalin. cuma baru 1st time di blog. sekarang ni tiap-tiap hari aku paksa suruh adik aku mms gambar baby. aku memang suka bangat dengan baby lebih-lebih lagi yang baru lahir ni. masa anak akak yang 1st dulu pun dari baru lahir sampai beso aku yang jaga. bila masa kena pegi U, meroyan rindu tahap gaban.


Tapi tulah kan. tak semua yang kita nak, kita akan dapat. aku redha. ada hikmah di sebalik semua ni. tak dapat gomol baby sendiri, baby akak pun jadila. excited gila sampai sanggup shopping barang baby online! mak aih. ni belum anak sendiri lagi ni. ala ape salahnya. anak buah baru 2 orang. so memang tak kisah nak melabur untuk diorang.



Incek hubby pun dah paham sangat perangai bininya ni. takkan nak dihalang plak. kekadang dia terpaksa tahan malu bile bininya ni sesuka hati culik amik baby tah sape-sape tah yang terserempak kat shopping complex. tahla. tak leh betul tengok baby comel-comel ni. kalo tak comel, tak minat. hahaha. mane ade baby tak comel kan. sume gebus-gebus gitu.



Sekarang ni tak sabar nak cuti sebab nak balik tengok baby baru. akak dah ade sepasang. aku bile lagi? Insya-Allah. sabar banyak-banyak ye. Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.


Nak tengok baby girl yang kiut miut macam ngangah die tak? (ngangah tu asal perkataan adalah mak ngah. tapi bile anak buah yang 1st sebut trus jadi ngangah. lekat sampai sekarang).




* Hai...nama sy Nur Afiqah Damia...panggil je Mia...ni hari pertama saya melihat dunia...


* Nenek saya tengah butangkan baju saya...nape muka saya macam anak cina..?


* Saya suka tido...hari-hari saya tido...kalo saya bangun maknanya saya lapar atau nak ek ek...


* Saya dipaksa bangun oleh ucu saya...saya sangat benci ok!


Wednesday, October 27, 2010

~ Happy Birthday To Me...!! ~






Happy birthday to me...!!



Wahh pejam celik pejam celik dah 16...eh 26 tahun rupenye aku hidup kat dunia ni. uhuk! dah tua. so tak leh nak ngada-ngada lagi ek.



The main point is...nak mintak ape kat incek hubby sempena besday kali ni ek? aci tak kalo mintak gelang kaki emas? dah lama mengidam. 



Kalo Blackberry Torch 9800 camne plak? ade harapan tak? aku rasa memang HARAPAN la die nak bagi. henfon E72 ni pun tak sampai setahun lagi guna. ade hati nak beli baru. baik die beli henfon die sendiri memandangkan henfon die pun dah arwah. uhuk. lagi?



Handbag? dah berkotak. sampai ada yang baru pakai beberapa kali terus masuk stor. jam tangan? dah ada 3 utas. tu pun bergilir pakai. kasut? murah sangat. boleh beli sendiri. bunga? jiwang karat sangat. tak tahan lama. coklat? sehari dah abis. tak bagus untuk kesihatan.



Adoiyai. ape nak mintak ni? ko ni mintak-mintak, kompom dapat ke? muahahaha. tak salah mencuba kan. padahal dalam hati, nangis! 



Emm malasla nak mintak ape-ape. aku cuma berharap sempena pertambahan umur ni, aku diberi kebahagiaan di samping orang-orang yang aku sayang, dimurahkan rezeki, dikurniakan zuriat yang ramai, diberikan ketenangan dan mendapat semangat baru untuk meneruskan kehidupan. itu dah lebih dari cukup untuk aku. aku taknak apa-apa.



Walaupun hanya ucapan dari mulut, itu dah cukup untuk buat aku tersenyum sepanjang hari. terima kasih sume yang mendoakan. semoga kalian juga dirahmati Allah dunia akhirat. aminnnnn.




* Terharu bila incek hubby kejut pukul 12 tengah malam semata-mata nak wish 'Happy Birthday'. thanks a lot sayang!! 




Thursday, October 7, 2010

~ Allah selamatkan kamu ~






Allah selamatkan kamu.
Allah selamatkan kamu.
Allah selamatkan Ayahanda tercinta.
Allah selamatkan kamu.



Selamat hari jadi.
Selamat hari jadi.
Selamat hari jadi Ayah.
Selamat hari jadi.



Ayah,
Selama hampir 26 tahun hidup bersamamu,
Tak pernah sekali kau menyakitiku,
Kau ayah penyayang,
Kau ayah pelindung,
Kau ayah pembimbing,
Kau segala-galanya.



Ayah,
Maafkan anakmu ini andai ada perbuatanku yang membuat ayah kecewa,
Maafkan diri ini andai waktu kecilku menyusahkanmu,
Kadang-kadang anakmu ini leka,
Tapi kau tak pernah lupa mengingatkan,
Sesekali anakmu ini kecewa,
Kau tak pernah putus memberikan harapan,
Betapa besar jasamu ayah!



Ayah,
Memori lama menggamit rasa anak ini,
Terbayang-bayang saat ayah menghantar anak ini ke sekolah,
Dengan berhujan, berpanas menunggang motosikal,
Kau melindungi anak ini dengan baju hujan yang kau pakai,
Kau tak mahu lihat anakmu ini jatuh sakit,
Betapa sayangnya kau pada anak ini,
Sehingga digelar anak kesayangan ayah! 



Ayah,
Aku amat bersyukur mendapat ayah sepertimu,
Setiap kata-kata yang keluar dari mulutmu menjadi semangat untukku,
Tanpa dirimu, Ayah,
Aku takkan jadi manusia yang berjaya,
Tanpamu, Ayah,
Aku takkan menjadi insan yang berguna.



Terima kasih, Ayah!
Segala jasa dan budimu tak mampu aku balas.
Hanya doa yang dapat aku titipkan setiap masa dan ketika.
Doa agar ayah sentiasa dilindungi di sisi-Nya.




Saya sayang Ayah (M. Yosof bin Awang) selamanya.



* Ulangtahun ke-55 dan tahun pencen untuk Ayah.



Monday, October 4, 2010

~ Happy Birthday in advance my Blog! ~



Assalamualaikum kengkawan.




Wahhh macam lame je tak hapdet belog kan. almaklumlah. minggu lepas busy sesaje. laptop pun tak sempat nak on. dalam pada tangan ligat buat keje, pala otak duk teringat kat belog kesayangan hamba ni. uhuk.



So, minggu ni, belog ini akan mula 'hidup' kembali. get ready ye rakan sekalian alam. ceh, bajet belog ko best sangat sampai orang tunggu-tunggu. hahahaha. ok, berhenti gelak.




Sedar tak sedar rupanya usia belog aku ni nak masuk ke angka 1 tahun. halahai omak. baru setahun jagung rupenye umur die. rase macam baru je jap tadi aku daftar sebagai blogger. ok, tipu di situ. mengikut pengiraan secara manual, 3 hari lagi genapla usia setahun belog aku ni. ni kira advance la wish awal-awal.



* Lapar plak tengok kek ni.



Dalam hampir setahun ni, rupenye tak banyak entri yang aku tulis. tak sampai pun 365 entri. yela, kita kan ade 365 hari setahun. bila dah ditolak hari cuti, hari minggu, hari MC sume, hanya 194 entri je yang aku mampu buat. haihhh kena usaha lagi ni.




Awak-awal dulu memang aku jarang hapdet entri baru. kadang-kadang seminggu sekali je. yela, otak pun tengah blur masa tu. idea tak banyak. lama-lama bila dah dapat rentak, sehari kengkadang sampai 2,3 entri. tapi ade gak mase sehari tu langsung takde idea. tu yang aku mengarut tah ape-ape sebab dah set sehari sekurang-kurangnya 1 entri akan di-publish.




Contoh macam hari ni. bila dah 3,4 hari tak hapdet belog, aku jadi slow balik. mula tercari-cari idea baru nak menulis. taknak la orang bosan bila baca belog aku takde ape-ape yang menarik. aku suka bila orang baca tulisan aku, dan beri maklum balas. aku rasa dihargai. aku tak kisah pasal rating or BE. yang aku nak adalah kepuasan menulis.



* I'm only one year-old!



So, berbalik pada tajuk utama kita. HAPPY BITRHDAY in advance my blog! thanks a lot kepada sume yang membuatkan blog aku 'hidup' selama setahun dan semoga berterusan sampai bila-bila. ada sape-sape nak bagi hadiah pada belog saya? sila hantar ke address saya ye. ;)




* Blog aku hanya satu. tak mungkin ade yang kedua. 


Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat