Showing posts with label GAMBAR. Show all posts
Showing posts with label GAMBAR. Show all posts

Friday, September 9, 2011

Ceritera Raya Part 1

Salam Syawal buat kawan-kawan sekalian alam. =)



Rasanya masih belum terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin walaupun dah masuk 11 Syawal. almaklumlah kan, nama pun raya. blog pun raya gaklah. hehe.



Barulah hari ni terasa rajin tangan ni nak menaip entri baru. tak sah rasanya kalau tak buat entri pasal raya. asyik duk baca cerita raya orang lain je. nahh sekarang rasakan buah tangan dari blog ni plak. entri ni banyak gambar je. malas nak cerita panjang-panjang. pulak! ;P




Si montel dengan ibunya (akak akulah). masa ni beraya kat rumah makcik iaitu akak sulung kepada mak aku. memang dah jadi tradisi pagi raya mesti ke rumah dia dulu.







2 budak montel yang menjadi tumpuan di hari raya. yela takkan nak gomol orang tua plak kan. sorang tu anak akak aku, yang baju biru tu anak sepupu aku. tu muka nak nangis la tu.







Anak-anak dara yang pantang nampak orang tala kamera cepat je control cun. kecuali yang kanan sekali tu. dia dipaksa untuk senyum. lihat muka terpaksa dia tu. tak pasal-pasal huduh! huh!







Errr actually gambar ni kena tengok dari bawah ke atas. malas nak susun balik. hehehe. ni gambar pagi-pagi raya sebelum ke rumah sedara-mara. dah jadi tradisi kena bergambar dulu sebelum kuar beraya. wajib! lebih-lebih lagi dah ada DSLR ni. walaupun ayah punya. hewhew.








Ini adalah gambar wajib ada. kalau takda memang wajar dihempas DSLR tu tanpa rasa bersalah. tak nampak ke ustaz tu dah bergaya kemas untuk bergambar? tak paham-paham lagi? tetiba rasa macam kaler baju tak matching. tulah akibatnya beli baju raya last minit. iskkkkk!








Ni gambar tuan punya DSLR yang wajib wajib wajib ada di setiap penjuru. kalau takda dibimbangi DSLR itu disimpan dalam peti besi supaya anak-anak tak dapat berlagak seolah-olah DSLR tu mereka yang punya. haihhh!







Gambar yang sepatutnya berada di awal entri. jangan ditanya kenapa baju kami berdua tak sama dengan family yang lain. seolah-olah sedang bergaduh besar lagaknya. tapi kalau tak tanya pun aku nak cakap juga. sebenarnya tahun ni giliran beraya di belah suami. tapi disebabkan ada hal yang tak dapat dielakkan, maka tahun ni beraya lagi di Kluang. sebab tu baju tak sama. dah jangan tanya lagi.






Eh tertinggal lagi 1. ni gambar sebelum barang-barang bersepah kat belakang tu dialihkan. masing-masing dah kemaruk nak bergambar sampai tak sedar apa. tah selipar sape yang tetiba ada dalam rumah tu. nampak sangat baru kuar kotak. mujur ada ustaz yang prihatin. hehe.




Kata ada DSLR tapi seciput ni je gambarnya?



Kalau aku masukkan semua kang juling plak mata korang menengoknya. cukuplah beberapa keping ni je. (sebenarnya gambar-gambar lain banyak takda muka aku. so apa kes nak masukkan gambar yang takde muka penulis blog?) hahaha kejam tak aku.



Opss, ni baru cerita part 1. banyak lagi part nak cerita ni. tapi slow-slow ye. nantikan part demi part dengan sabar seolah-olah korang tengah tunggu cerita Kasih Alia bila tengah syok tengok tetiba bersambung minggu depan. rasa macam nak hempas TV kan? haaaa jangan hempas laptop or PC korang plak. sabaaaaarrrrrr.



Ok, nak pegi beraya ke blog orang lain plak. nak duit raya!



Bye!





Tuesday, May 10, 2011

Rancangan TV kegemaran

Eh, korang suke tengok TV tak? tipulah kalo tak suka kan. suka tengok cite apa ek? cer cite. cer cite. heheh.



Di kala keboringan ni, meh tengok list rancangan TV ke
gemaran me.



Top Chef di TV Diva Universal (702)



House di TV AXN (701)



Leverage di TV AXN (701)



The Amazing Race di TV AXN (701)



Maharaja Lawak di Astro Warna



River Monsters di TV Animal Planet (553 rasanya)



Man vs Wild di TV Discovery Channel





Last but not least...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Shin Chan!
wakakkaakkakaka!



*Sebenarnya banyak lagi tapi malas nak google. kihkihkih.



Wednesday, November 3, 2010

~ Terlewat seminggu ~



Hai.


Terlewat seminggu? saspennya. haha. jangan fikir yang bukan-bukan ye. masih belum ada apa-apa lagi. uhuk.



Aku terlewat seminggu untuk wish tahniah kat kakak kesayangan aku atas kelahiran baby keduanya pada 28 Oktober lepas. selang sehari je dari besday aku. wahhh pandai baby pilih tarikh nak kuar ye. ikutkan die lahir bulan 11 ni. tapi dah tak sabar nak tengok dunia.



Actually aku dah wish tahniah masa 1st day akak bersalin. cuma baru 1st time di blog. sekarang ni tiap-tiap hari aku paksa suruh adik aku mms gambar baby. aku memang suka bangat dengan baby lebih-lebih lagi yang baru lahir ni. masa anak akak yang 1st dulu pun dari baru lahir sampai beso aku yang jaga. bila masa kena pegi U, meroyan rindu tahap gaban.


Tapi tulah kan. tak semua yang kita nak, kita akan dapat. aku redha. ada hikmah di sebalik semua ni. tak dapat gomol baby sendiri, baby akak pun jadila. excited gila sampai sanggup shopping barang baby online! mak aih. ni belum anak sendiri lagi ni. ala ape salahnya. anak buah baru 2 orang. so memang tak kisah nak melabur untuk diorang.



Incek hubby pun dah paham sangat perangai bininya ni. takkan nak dihalang plak. kekadang dia terpaksa tahan malu bile bininya ni sesuka hati culik amik baby tah sape-sape tah yang terserempak kat shopping complex. tahla. tak leh betul tengok baby comel-comel ni. kalo tak comel, tak minat. hahaha. mane ade baby tak comel kan. sume gebus-gebus gitu.



Sekarang ni tak sabar nak cuti sebab nak balik tengok baby baru. akak dah ade sepasang. aku bile lagi? Insya-Allah. sabar banyak-banyak ye. Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.


Nak tengok baby girl yang kiut miut macam ngangah die tak? (ngangah tu asal perkataan adalah mak ngah. tapi bile anak buah yang 1st sebut trus jadi ngangah. lekat sampai sekarang).




* Hai...nama sy Nur Afiqah Damia...panggil je Mia...ni hari pertama saya melihat dunia...


* Nenek saya tengah butangkan baju saya...nape muka saya macam anak cina..?


* Saya suka tido...hari-hari saya tido...kalo saya bangun maknanya saya lapar atau nak ek ek...


* Saya dipaksa bangun oleh ucu saya...saya sangat benci ok!


Tuesday, September 28, 2010

~ Lawak tak hingat! ~



* Mungkin selama ni die tengok bulan kan kecik je.



* Pellliiissss tolong cari puppy sayeeee.....



* Ohh...ini rupanya pelakon sebenar Upin & Ipin.




* Patutla bini muka bengkek je.




* Cuba cari budak kecik.




* Jadi tunggu la pintu buka ye.




* Eh, aku ke? eh, dia... eh, ke aku? konpius!




* Baik punya alasan.




* Dah terang-terang ada warning sign.



* Ready...get set...GO!!!



* Hai...boleh berkenalan?



- Sekadar mengisi masa boring. ;D -


Saturday, September 18, 2010

~ Layan gambar raya jap ~


Hai kawan-kawan.




Hari ni agak busy. so tak sempat nak karang cite best-best. so kita layan gambar raya jela ek. ;)



* Di pagi raya pas sesi bersalaman peluk cium nangis-nangis. 


* Raya di rumah pertama - Rumah nenek sedara.




* Di rumah kedua - Rumah makcik (kakak sulung mak).


* Rumah ke berapa tah - Rumah pakcik lak.


* Rumah mak sendiri. heheh. posing jap sebelum pegi umah Atok.



* Raya kedua - Rumah makcik di Segamat.




Sebenarnya banyak lagi gambar tapi aku dah tak kuasa nak tunggu kemain lame nak upload. pas raya kat segamat tu aku trus gerak balik Lipis. uhuk. sedey tau. incek hubby lak senyum sampai ke telinga la sebab nak beraya umah mak die lak. 




Oh, lupa nak bagitau. umah makcik pakcik aku sume dekat-dekat je. tu yang sehari leh pegi sampai 5,6 buah rumah sekaligus. abis dah umah berdepan, berbelakang, bertepi sume. pegi beraya jalan kaki jela. huhu.



* Tengah plan Raya Haji nanti nak beraya mana plak. ikutkan hati nak beraya kat Kluang lagila!!!


Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat