Showing posts with label ASTRO. Show all posts
Showing posts with label ASTRO. Show all posts

Wednesday, July 27, 2011

Sinetron

Hai.



Sekarang ni kan aku dengan hubby gila tengok drama indon. lepas satu, satu kitorang tengok. yela sekarang ni kan kat Astro dah ada pakej rancangan indon kan. aku tak langgan pun. cuma sekarang ni Astro bagi tayangan free selama sebulan.



Mulanya aku pun macam orang lain gak merungut kat Astro sebab asik agungkan cerita-cerita indon. tapi bila dah selalu tengok rancangan-rancangan dalam channel tu rasa macam best plak. lebih-lebih lagi kalo rancangan lawak. memang aku gelak sampai tak ingat dunia. yela, lawak diorang tu kekadang melampau-lampau. hehehe.



Tapi kan, bukan kat channel indon tu je yang ada cite indon. kat channel biasa pun ada. tu yang aku pelik tu. kenapa tak sekalikan je masuk dalam 1 channel. kan senang. takde lagilah orang nak merungut. ni bila bukak Astro Ria ada cite Kawin Masal. aku suka cite tu. hehe. bila bukak channel Al-Hijrah ada plak cite Para Pencari Tuhan. hadoi!



Memanglah kalo kita tengok cite indon ni kadang-kadang tak logik langsung. bila watak jahat tu jahat nak mam***. bila baik jadi baik tahap kena pijak. memang menyakitkan hati tengok cite camtu. sebab tu cite yang aku pilih bebas dari sume tu. hehe. yang penting tak menyakitkan hati, pastu konflik yang berlaku sikit-sikit je. lebih kepada cerita ringan la.



Sampaikan hubby cakap nak langgan pakej indon tu. hahaha. langgan pakej takpe jangan langgan orangnya dahla. tapi aku tak berapa nak setuju. sebab sekarang ni pun caj Astro makin membunuh. sikit-sikit dia melambung. asalnya aku cuma bayar RM89.95 je. sekarang jadi RM110.95. dalam masa tak sampai 3 tahun. gila kan? ikut hati aku nak je buang pakej sukan tu. tapi jangan haraplah kan. hubby suggest buang pakej movie. wahwahwah! my feveret tu tau. jangan ngengada! last-last pejam mata jela bayar. at least hubby yang bayar. hehehe.



Kan best kalo banyak lagi persaingan macam Astro tu. dah tentu-tentu harga menurun. ni semuanya hadap ke Astro. sebab tulah makin naik lemak dia. hmmm nak buat camne kan. kalo nak potong Astro jawabnya dengar radio jela. guna arial bukan boleh dapat channel pun. tengok kabus jela.



Tuesday, May 10, 2011

Rancangan TV kegemaran

Eh, korang suke tengok TV tak? tipulah kalo tak suka kan. suka tengok cite apa ek? cer cite. cer cite. heheh.



Di kala keboringan ni, meh tengok list rancangan TV ke
gemaran me.



Top Chef di TV Diva Universal (702)



House di TV AXN (701)



Leverage di TV AXN (701)



The Amazing Race di TV AXN (701)



Maharaja Lawak di Astro Warna



River Monsters di TV Animal Planet (553 rasanya)



Man vs Wild di TV Discovery Channel





Last but not least...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Shin Chan!
wakakkaakkakaka!



*Sebenarnya banyak lagi tapi malas nak google. kihkihkih.



Cuba lihat piring Astro anda sekarang!

Tadi blogwalking jap. dah lama tak masuk blog Adam Nigina ni. dulu rajin gak masuk. best plak baca entri-entri lama. tetiba ternampak 1 entri ni.



Mengapa Piring Astro Mengadap Kiblat?




Jom baca kesahihan cerita ni.



Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?



KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.



Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.



"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke Marikh, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.



"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.



Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.



"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya



Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.



Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..



* Maha suci Allah yang menjadikan alam ini. Subhanallah.




Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat