Showing posts with label PELIK TAPI BENAR. Show all posts
Showing posts with label PELIK TAPI BENAR. Show all posts

Monday, March 26, 2012

Telinga masuk air! Trauma!

Haha! Lawak kan tajuk di atas. Sebelum ni saya selalu dengar orang cakap kalau telinga masuk air, cara nak keluarkan air tu kita kena masukkan lagi air dalam telinga pastu tonggengkan kasi keluar. Erk!



Mula-mula dengar petua camtu saya dah rasa was-was. Macam tak logik je. Dahlah air termasuk dalam telinga, pastu nak keluarkan kena masukkan air lagi. Ish takkanlah macam tu kot. Kang makin pekak sape nak tanggungjawab?



Nak dijadikan cerita tak best jadi lagi best, semalam kejadian yang paling saya takuti akhirnya berlaku juga. Serius selama ni saya tak pernah alami kejadian air termasuk dalam telinga masa mandi. Tah macam mana semalam tengah syok siram air atas kepala, saya rasa berdesup laju air masuk dalam telinga.



Biasanya kalau kat rumah sendiri saya mandi air pancur (shower) je. Tapi kan semua sedia maklum yang saya dah tak duduk rumah sewa tu. Sekarang masih menumpang kat rumah mertua. Sob sob. Puas cari rumah sewa tak jumpa-jumpa lagi. Kat rumah mertua plak takde shower. So mandi bergayunglah saya.



Agaknya dah memang dilahirkan tak pandai mandi bergayung, maka tengah syok bilas rambut lepas syampu, air masuk dalam telinga kiri saya. Dalam hati saya dah gelabah puyuh (apa tu?) dah. Tapi luaran rileks je. Konon taknak bagi diri sendiri panik.



Lepas hilang panik sikit, saya fikir 'alah, jap lagi keringlah air ni.' Agak-agak logik tak ek? Tapi masa tu saya rasa tersangatlah logik. Dalam masa yang sama saya asyik ber'head-banging' nak keluarkan air tu. Bila saya telengkan kepala ke kanan, terus rasa pekak telinga belah kiri sebab gegendang ditenggelami air. Agaknyalah. Mana saya nampak.



Lama-lama saya rasa makin tak selesa. Bila bercakap saya rasa macam dengar tak dengar je suara sendiri. Berdengung-dengung. Makin lama makin sakit. Ishh tak boleh jadi ni.



Maka saya pun mengadulah pada pihak yang berkenaan a.k.a suamiku. Hehe. Sepantas kilat dia cakap 'masukkan air sikit pastu telengkan kepala. Nanti dia keluarlah.' Alaaaaa takkan kot. Kang pekak sape nak dipersalahkan? Kang dia jugak yang cari lain. Huhuhu.



Dalam rasa berbelah bagi tu saya melangkah gak ke bilik air. Dalam hati 'ko berani sangat ke? Kang kalo pekak macam mana?' Ishh jahat kan encik hati ni. Patutnya bagilah kata-kata semangat sikit kan.



Dalam keadaan tenang dan dimulakan dengan Bismillah, saya pun tadah air dalam tangan dan masukkan dalam telinga kiri. Beberapa kali cubaan masih tak berjaya. Cubaan yang ke berapa tah tiba-tiba saya rasa telinga kiri saya tertutup. Cepat-cepat saya telengkan kepala ke kiri. Tak lama terus rasa lapang je telinga.



Wahhhh unbelievable! Macam tak percaya rupanya petua tu memang boleh dipakai! Ke saya je yang melebih-lebih takut? Hehe. Lepas tu memang dah tak berdengung telinga saya. Memang lega gila lah. Menggigil-gigil tangan sebab takut sangat jadi pekak. Hahahaah.



Pastu saya melaporkan keputusannya pada pihak yang berkenaan tadi. Dengan penuh keterujaan saya bercerita. Almaklumlah first time kena kan. Jakun mengalahkan apa. Pihak terbabit hanya memandang sebelah mata cerita saya. Nampak macam tak heran langsung. Hmm agaknya dia dah biasa sangat masuk air dalam telinga kot. Eleh!



Pasni saya berjanji pada diri saya untuk lebih berhati-hati masa mandi. Dan andaikata kalau berlaku lagi, saya dah lebih yakin nak masukkan air lagi dalam telinga. Macam best plak. Hehe. Pasni kalau ada sesiapa yang kena macam saya jangan malu, jangan segan nak amalkan petua tu ye. Insyaallah berjaya. Kalau tak berjaya, errr sila salahkan orang yang mencipta petua tu. Hehe



Ok bai!



Friday, March 2, 2012

Mistik!


Adoi sibuk betullah kebelakangan ni. sampai tak sempat nak update blog kesayangan hamba ni. mesti peminat-peminat kat luar sana merindui entri terbaru saya kan. (pffttttt!) actually ni pun masih sibuk nak buat laporan untuk pelancaran Program Guru Penyayang semalam. tapi hati memaksa tangan ni menaip entri baru. so layankan jela. ;)



Tengok tajuk macam saspen. tapi saspen ke? err agak saspen la. tak tau nak mula kat mana.



Baru-baru ni saya dan suami ada buat rawatan dengan Darussyifaa' (DS). saje la nak suruh tengok-tengokkan apa yang patut. yang buat kami tergerak hati nak berubat ni sebab kebetulan biras saya yang dah lama kahwin tapi masih tak dapat anak sekarang ni dah pregnant lepas berubat dengan DS. rupanya ada gangguan dalam badan. wallahualam.



Saya bincang dengan suami. why not kita cuba. bukan rugi apa pun kan. saya pun google no fon DS. then terjumpa no fon seorang ustaz S yang kebetulan tempatnya berhampiran dengan rumah kami. dia merupakan salah seorang perawat di DS.



Saya pun call ustaz S bincang pasal masalah saya dan suami. dalam fon tu lagi ustaz S cakap dia dah rasa lain macam bila dengar suara saya. pastu dia baca ayat-ayat suci Al-Quran. masa tu juga badan saya menggigil dan berdebar-debar. pastu airmata saya meleleh. tak taulah kenapa rasa sedih sangat. saya sedar masa tu tapi tak dapat nak describe perasaan saya.



Hampir 30 minit bercakap dalam fon. then ustaz S pun bagitau esoknya dia nak datang ke rumah saya. saya bincang dengan suami dan setuju.



Esoknya dalam pukul 1 tengahari ustaz S sampai bersama dengan isteri dan anak-anaknya. borak jap dan dia terus minta kami sediakan air mineral yang banyak. bukan air masak ye. tapi air mineral. kebetulan masa tu kami dah sediakan air tapisan daripada paip dalam botol besar. sebaiknya guna air yang masih ada garam mineral.



Bermulalah sesi rawatan pada hari tu. ustaz S membacakan ayat-ayat suci Al-Quran sambil tangannya di atas kepala saya. saya diminta pegang kuat tangan suami. hampir 15 minit berlangsung. masa ni saya tak rasa apa-apa pun.



Lepas tu ustaz S tanya di mana bilik kami. kami pun tunjuk kesemua 4 bilik dalam rumah tu. yang betul-betul digunakan cuma 2 bilik. lagi 2 bilik dijadikan stor dan bilik tetamu. masuk je ke bilik yang dijadikan stor, saya rasa lain macam. berdebar sampai rasa nak pecah jantung.



Ustaz S minta saya dan suami masuk dalam stor tu. ustaz S pun mengalunkan azan. tiba-tiba saya rasa sedih sangat. airmata mengalir macam air paip. sampai teresak-esak saya menangis. suami macam panik sikit. habis azan saya rasa macam ada benda tolak saya sampai terlentang ke belakang. mujur ada suami sambut. ustaz S cakap memang benda tu ada dalam bilik tu.



Bila saya dah ok kami masuk ke bilik tetamu. pun jarang digunakan kecuali kalau family saya datang. masa dalam bilik ni saya tak berdebar sangat. tapi tiap kali lepas azan memang saya akan terjatuh. rasa lemah badan dan macam ada angin tolak. tapi tak sekuat masa di bilik stor.



Pastu naik ke bilik yang saya gunakan khas untuk letak baju kerja dan untuk gosok baju. pun kejadian sama yang berlaku. akhirnya kami masuk ke bilik tidur saya dan suami. mula-mula masuk suami mengadu bulu roma dia meremang. masa ni saya tak rasa apa-apa pulak. pastu ustaz S bagitau dia rasa lain macam masa masuk bilik tidur kami tu. bila dia tengok ada bilik air dalam bilik tu barulah dia faham. yela benda-benda camtu kan suka tempat-tempat macam bilik air.



Masa ni ustaz S azan dan suami saya yang terjatuh. saya tak rasa apa-apa. masa rawatan ni berlangsung saya rasa macam berada dalam dunia lain. tak tau nak jelaskan macam mana perasaan saya. rasa macam di awangan je.



Sebelum ustaz S balik dia ada la minta kami amalkan mandi dengan air garam kasar selama 3 hari berturut-turut dengan air doa tu. dan beberapa petua lain. Insyaallah kami amalkan.



Bila keadaan dah tenang, saya terfikir sebelum ni saya langsung tak ambil kisah pasal hal-hal ghaib ni. memanglah saya percaya benda tu wujud. tapi langsung tak terfikir akan mengalaminya. bila ustaz S balik saya tengok keadaan dalam rumah tu dah lain macam. suram dan seram. huhu.



Masa ni saya dan suami masih lagi terkejut. macam tak percaya dengan apa yang jadi tadi. masing-masing terdiam. tiba-tiba suami ajak kemas baju nak duduk rumah mak mertua. dia tak berani lagi nak duduk kat rumah tu. saya pun terus setuju. saya rasa mungkin itu untuk kebaikan kami juga. yelah rumah besar tapi duduk 2 orang je. kadang-kadang bila tinggal sorang memang saya rasa takut.



Hari tu jugak kami pindah ke rumah mertua. barang-barang masih lagi di rumah sewa. kami bawa kain baju dan barang-barang dapur je. dahlah pagi tu baru je kami beli barang-barang dapur. semua kena diangkut ke rumah mertua. takpelah. yang penting saya tenang.



Memang ada yang kata saya ni terlalu percaya sangat dengan benda-benda camtu. ada yang kata saya percaya dengan benda khurafat. Astaghfirullah. saya akui saya percaya benda tu wujud. dan tak mustahil benda tu boleh mengganggu kita. saya anggap ni salah satu usaha saya untuk kebaikan. dan sebenarnya inilah pertama kali saya berubat cara tradisional. sebab selama ni saya lebih percayakan perubatan moden.



Walau apa pun cara atau usaha yang kami buat, insyaAllah saya masih berbalik pada Dia. Allah yang tentukan segalanya. saya hanya merancang dan berusaha. selebihnya Dia yang berkuasa.



Saya dan suami anggap ni dugaan buat kami. saya sedar mungkin ini sebagai salah satu peringatan buat saya dan suami supaya lebih dekat dengan-Nya. yelah ke mana lagi tempat untuk kita mengadu selain dari Allah SWT. selama ni mungkin saya lalai dan leka dengan kehidupan sendiri. inilah masa dan saatnya untuk saya berubah ke arah yang lebih baik. Insyaallah.



Sekarang misi utama saya nak cari rumah sewa lain yang lebih kecik. kalau boleh nak ada 2 bilik je. say no to double storey. hehe. so far ada beberapa buah rumah yang ada kekosongan. ikutkan mertua saya nak sangat kami duduk dengan dia tapi saya rasa macam segan pulak. yelah pegi kerja ada orang siapkan sarapan. balik kerja ada orang hidangkan makan. saya segan sangat. lagipun suami yang cadang untuk cari rumah sewa lain.



Saya ikut mana yang baik. tiba-tiba rasa menyesal pulak beli rumah besar-besar. even bukan 2 tingkat tapi ada 4 bilik. hmm takpelah. ustaz S pun ada cakap kalau kat rumah ada banyak bilik dan tak digunakan, sebaiknya bersolatlah dalam setiap bilik tu. dan letak ayat-ayat Al-Quran seperti Ayat Kursi dan sebagainya.



Alhamdulillah sekarang saya makin tenang. kalau sebelum ni saya agak trauma sampaikan rasa tak selamat kat mana-mana saje. hati sentiasa berdebar. tapi sekarang dah makin ok. terima kasih kepada keluarga dan kawan-kawan yang tak berhenti bagi sokongan pada saya.



Saya cerita hal ni pada family saya. rasa bersalah pulak sebab buat mak ayah saya susah hati. masa mula-mula dapat tau mak saya menangis risaukan saya. sampaikan nak datang jumpa saya hari tu jugak tapi ayah pujuk cakap saya ok. sekarang hampir setiap hari mak akan call tanya keadaan saya. saya pulak rasa sedih. buat saya makin tak sabar nak cuti dan balik jumpa family saya. ;(



Wednesday, June 22, 2011

Selera mati tiba-tiba

Hai again.



Bila time malas nak update blog, 1 entri sehari pun payah. tapi bila dah mula panas enjin, 1 entri mana cukup. hehehe.



Eh, aku nak tanya sikitlah kat korang. korang pernah tak alami apa yang aku alami sekarang ni? pernah tak? pernah tak? eh, belum bagitau lagi ek. hehe.



Aku sekarang ni kan tetiba je boleh hilang selera tau. on the spot. sekelip mata je. korang bayangkanlah dalam keadaan aku lapar gila tak sabar nak melahap, baru makan beberapa suap terus rasa dah tak boleh nak makan.



Contohnya malam semalam. petang tu dah siap-siap masak untuk makan malam. menu simple tapi hasilnya memang marvelous lah. sila puji masakan sendiri. aku masak telur dadar kuah kicap, sayur sawi sos tiram dengan sambal tempoyak. wahwahwah, sejak jadi isteri orang pahang ni tekak boleh tahan ye. hehe. malu.



Malam tu pas isyak terus rasa berkobar-kobar nak makan. hubby pun same gak. sebab tu memang makanan feveret dia lebih-lebih lagi sambal tempoyak tu. dah hidang-hidang sume, Bismillah terus ngap! kalo tak silap aku baru 4,5 suapan, aku terus rasa dah tak boleh nak makan. terus rasa muak dan kenyang. pelik.



Tapi memandangkan tak elok membazir, aku paksa gak makan sampai abis. tapi terkulat-kulat gaklah. tu pun paksa telan dengan air. pas makan terus rasa nak termuntah balik tapi tahan je. rugi woo.



Pagi ni plak berlaku kat kantin. nak breakfast. pagi-pagi dah terbau nasi lemak yang wangi tu. perut pun dah berkeriuk mintak diisi. baru makan 3,4 suapan, perkara yang sama gak berlaku. terus mati selera. kali ni langsung tak boleh nak bagi abis nasi tu. terus stop. padahal tadi bukan main lapar lagi. pelik.



Bagi aku benda ni memang agak peliklah. sebab tak pernah lagi jadi camni kat aku. biasa kalo takde selera nak makan, memang dari awal lagi tak rasa nak makan. ni tengah sedap-sedap makan terus stop. bengang gaklah. dahlah lauk sedap kan.



So, korang boleh tak menghuraikan kepelikan yang melanda diri aku sekarang ni? manalah tau korang pernah alami kan. =)



Tuesday, May 10, 2011

Cuba lihat piring Astro anda sekarang!

Tadi blogwalking jap. dah lama tak masuk blog Adam Nigina ni. dulu rajin gak masuk. best plak baca entri-entri lama. tetiba ternampak 1 entri ni.



Mengapa Piring Astro Mengadap Kiblat?




Jom baca kesahihan cerita ni.



Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?



KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.



Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.



"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke Marikh, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.



"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.



Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.



"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya



Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.



Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..



* Maha suci Allah yang menjadikan alam ini. Subhanallah.




Tuesday, April 19, 2011

Dah kahwin tapi masih dara? Macam mana caranya?

Salam semua. hai hai. lama betul tak update blog kan. almaklumlah busy menjaga suami sakit katakan. sekarang ni dah ada 2 job. cikgu dengan misi. huhu. barulah tau camne rasanya bila orang tersayang sakit. memang tak boleh tidur dibuatnya.



Fyi, hubby saya baru je selamat menjalani pembedahan ligamen lutut seminggu lebih yang lepas. so sekarang ni masih bercuti kat rumah mak dia. maybe dalam 2 bulan gakla dapat MC. syok gila cuti 2 bulan. huhu.


Eh, sebenarnya nak cerita pasal benda lain. ginilah jadinya bila lama tak meng-update blog. huhu.



Korang pernah dengar orang yang dah kahwin tapi masih maintain dara? camne leh jadi camtu ye? pelik tapi benar. me dapat tau ni pun dari blog ANASTASYEA. memang bagus info ni. meh nak share dengan korang lak.


Petua Untuk Isteri Sentiasa Dara...

Selepas Solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali dan Surah Al Waqiah ayat 35 - 38 sebanyak 7 kali. Kemudian tiup dalam air dan minum. Niat di dalam hati untuk .. kecantikan dan kebahagiaan rumahtangga.

Makna Ayat 35 - 38 Surah Al Waqiah
Ayat 35 - Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
Ayat 36 - Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
Ayat 37 - Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
Ayat 38 - (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Amalkan selalu untuk kebahagian rumah tangga !

Anastasyea : Si isteri sentiasa dara ! Wah .. mesti ramai si suami kat luar sana yang suka. Cakap je pasal dara. Senyum sampai ke telinga.



Amacam? sang suami kat luar tu mesti tersenyum sampai ke telinga bila baca benda ni kan. so apa tunggu lagi. sebar-sebarkanlah pada sang isteri kat rumah nun. semoga dengan izin Allah, rumahtangga kita kekal bahagia selama-lamanya. Amiiinnnn.


Wednesday, March 30, 2011

Dah takde idea sendiri ke sampai nak meniru orang lain?

Salam kawan-kawan sekalian alam. lama tak update blog ni. tiap hari buka tapi memang tak berkesempatan langsung nak update entri. just blogwalking kawan-kawan je. 



Apsal tajuk entri hari ni emo semacam je ek? agak-agak korang kenapa? hahaha gelak jap. tak taulah nak marah ke nak gelak. rasa nak marah sebab lepas satu, satu dia duk copy aku. rasa kelakar plak bila tengok dia macam budak lurus bendul yang takde identiti sendiri. kesiannnn.


Actually dah lama aku perasan keje-keje pem-plagiatan (ade ke perkataan ni?) dia ni. tapi aku malas nak layan. tapi makin lama aku tengok eh eh, dah sebijik macam aku. serius memang sebijik sebakul sungguh die meng-copy. dari segi bahasa, penulisan, sampaikan berapa titik noktah pun sama. padahal dulu bertitik-titik aku tengok.



Ko ni minah perasan ek. tah-tah dia tak copy ko pun. ko je yang emo lebih-lebih. alaa aku taulah. camne aku tau tu korang takyah tanye la. hanya tuan empunya badan yang lebih mengetahui. cewahhhhh!



Aku taulah 'rumah' aku ni tak seberapa. memang tak cantik pun. so nasihat aku di sini adalah, baik ko copy 'rumah-rumah' yang lagi hebat kat luar nun. ada gak faedahnya. tapi seelok-eloknya ko carilah identiti sendiri untuk menyerlahkan 'rumah' ko tu. nanti takdela bila orang datang 'rumah' ko, orang terbayang 'rumah' aku lak. huhu.



Amboi, kedekut betul hang naaa. ehhh daklaaa. tak kata pun tak leh copy langsung. boleh je. cuma kan lebih baik kalo kita create 'rumah' sendiri dengan idea kita sendiri. kan lebih original gitu. haaa aku tak marah kan? nasihattttt.



Ape-ape pun aku ada sikit rasa bangga la (sambil hidung kembang kuncup). tak sangka ada gak orang yang sudi rujuk 'rumah' aku ni untuk create 'rumah' die. yang bestnya dirujuk bulat-bulat sungguh. kiranya aku ni dah tahap idola die la. hahahhaa. ok stop perasan.



Okla, aku dah buat luahan perasaan. korang bila plak?



Sunday, January 16, 2011

Mimpi 3 episod



Salam Ahad semua. dah lunch? me belum lagi. tunggu hubby tak balik-balik lagi ni. weekend pun busy dengan kerja. takpe takpe. cari rezeki.



Korang pernah tak mimpi bersambung-sambung? means, korang mimpi, then terjaga pastu tido balik, sambung mimpi yang sama. berulang kali. pernah? tak? me pernah ok. baru je malam kelmarin. pulak tu mimpi yang sangat buruk. sampai sekarang duk teringat-ingat.


Orang cakap mimpi tu mainan tido. tapi apa maknanya kalau mimpi tu duk bersambung-sambung dah macam cite drama berepisod lak. cuma drama aku 3 episod je. pastu watammat. kalau mimpi indah-indah maybe aku tak kisah sangat. serius me sampai menangis ok! sedar-sedar dari tido, raba pipi dah basah. cepat-cepat pusing kanan. lega...hubby ada lagi. 



Then, me tido balik. cantik je mimpi tadi tu bersambung balik. dan tiap episod sangat menyakitkan hati dan buat me nangis ok! sampai 3 kali mimpi tu bersambung. kali keempat me terbangun sebab alarm dah bunyi. maknanya kena bangun mandi pegi keje. tengok cermin mata dah bengkak-bengkak. nampak sangat sepanjang malam me nangis dalam tido. 


Mimpi pasal apa? rasanya tak payahla nak share. cukupla kalau me cakap ianya melibatkan me & hubby. mimpi tu nampak real sangat. sampaikan sekarang bila me tengok muka hubby je, terus rasa nak menangis. bila cite kat hubby, me kena marah sebab terlalu fikir sangat pasal mimpi. sentap ok! me just nak share je. tu pun nak marah.



Bila tengok me dah sentap barulah nak pujuk. kalau dia ada kat tempat  me, dia taulah. asyik duk teringat je. sampai naik takut kalaulah benda tu betul-betul berlaku. nauzubillah! mintak dijauhkan. 



Mesti korang cakap me mengada-ngada kan? say whatever u want. i'm just sharing my feeling. we are not in the same boat. sekarang me cuma berharap dan berdoa semua tu tak terjadi to my family. my prinsip, expect for the worst, hope for the best!  



Friday, January 14, 2011

TNB buat penjimatan bajet ke?

Hai. morning sume. ada sihat?



Hari ni aku pergi keje dalam keadaan pening kepala. sebab? mandi, bersiap, bersolek bagai dalam KEGELAPAN! gelap gulita ok. hanya bertemankan torchlight handphone aku. emmm ada gak kegunaan E72 aku ni. tu pun aku main tepek-tepek je. mata duk menahan silau torchlight.


 
Ok, aku cite camne dan bila black-out ni berlaku ek. dia start buat hal masa aku ngan hubby nak naik bilik. nak tidola! baru je hubby pasang charger handphone dia, terus puppp!! gelap sudah. aku yang masa tu kat bilik iron menggagau cari pintu keluar. dalam hati sumpah-seranah jangan cakapla. actually aku memang fobia dalam gelap. rasa sesak nafas.



Akhirnya jumpa gak pintu. tu pun pas 2 kali jari kaki terlanggar bucu meja. serius rasa nak bunuh orang time tu. cepat-cepat aku kejar cahaya torchlight yang hubby baru on. fuhh lega. pastu aku bebel-bebel kat dia. yela, ingatkan sebab charger tu jadi black-out. 


Hubby turun bawah then godek-godek suis utama. semuanya elok je. takde plak kena 'tendang'. dia jenguk plak ke luar. ada yang gelap, ada yang cerah. tak puas hati lagi. dia godek-godek lagi suis tu. tetiba sume lampu dalam rumah aku terkelip-kelip. macam hidup segan mati tak mau. masa ni aku dah terbaring kat bilik sebab tengah melayan pening akibat mencari jalan dalam gelap tadi.



Masa lampu duk terkelip-kelip tu, hubby jenguk kat luar. ada beberapa biji rumah yang pun sama tengah duk berlip-lap. dah macam disko. cuma takde muzik je. tak lama tu barula ok. tapi yang lawaknya, bila lampu rumah aku ok, rumah orang lain plak black-out. bila orang tu duk godek-godek suis dia sampai ok, rumah aku plak black-out. what the fish?? apakah semua ini? satu gurauan kah?


Last-last hubby malas nak layan. jam pun dah dekat pukul 12. baik tido lagi bagus. yang peliknya, cuma lampu je tak leh on. kipas leh plak. hadoiii!! tak kisahla. janji tak tido dalam kepanasan. masa tido tu pun jangan tanya la berapa kali kipas tu on and off. aku sedar-sedar je badan habis berpeluh. grrr geram ok.



Sebelum ni plan nak panggil orang repair wiring rumah aku tu. tapi aku rasa bukan masalah wiring rumah aku. tapi sebab wiring taman tempat aku duduk tu. tak pun maybe TNB tengah buat penjimatan bajet kot. tu yang power pun tak kuat. duk berebut dengan orang lain. kalau hari ni masih tak ok gak, maknanya kena buat report ke TNB la. tak sanggup aku nak berpening setiap hari.


Ada sesapa orang TNB ke kat sini?? boleh tolong saya?? ;D



Tuesday, September 21, 2010

~ Nak bangga ke nak jeles ek? ~



Confuse!




Tak tau nak rasa bangga ke, nak rasa jeles. kalo korang?



* Nak jeles ke...




*......nak bangga ek?



Hehehe tetiba je kan. tak tau hujung pangkal cite pun. takde, camni. sejak beberapa hari lepas, ade sorang pompuan ni mesej aku dalam FB. die cakap die kenal aku sebab same skola mase kat Kluang dulu. tapi aku lupe die yang mane satu. maybe sebab die tak glemer kot, and aku glemer. miahahaha.




Aku pun layan la macam biase. pastu die cakap kampung die kat Lipis. laaaa kecik je dunia ni rupenye yek. mula-mula jumpa kat Johor pastu sekarang same-same kat Pahang. sekampung plak tu. die pun skang ngajar gak. dah kawin dan ade anak satu.



Ehh, tapi aku bukan nak cite pasal latar belakang family die ek. tapi pasal lain. die cakap die macam kenal dengan incek hubby kesayangan aku tu. aku tak heranla sangat sebab dah nama pun sekampung kan. Lipis bukan beso sangat pun. pusing-pusing asik jumpe orang same je. 




Tapi yang buat aku macam nak gelak ade, pastu macam nak jeles ade bila die tanya pasal incek hubby, " Dia ke yang glamer mase kat skola dulu dan diminati ramai?". wahhh kelas gitu ko bang. pastu die cakap ade la sorang member die ni kemain la minat nak mam*** kat incek hubby ni mase skola dulu. tapi just secret admirer jela.



* Incek hubby glamer tau dulu. jangan main-main. ngehehehe.



Aku risik-risik lagi. pastu die cakap dulu incek hubby ni jenis tak layan pompuan. ayat tak bleh blah die, " Biasela kan, orang glamer mane nak pandang pompuan macam kitorang ni ". boleh gitu? aku nak gelak je baca mesej die. tapi aku akui sume tu. first time kenal incek hubby pun die pandang-pandang dari jauh je. tak berani nak tegur. siap pakai orang tengah lagi bagi no fon. muahahaha.




Pas berbalas-balas mesej, die masih lagi tak puas hati selagi tak confirmkan yang incek hubby ni la orang yang die maksudkan. die siap tanya kawan die yang duk minat gile kat incek hubby tu. dan akhirnye kawan die sahkan incek hubby adalah jantan malaya yang dipuja-puja dulu. yang kelakarnya die siap ucap tahniah kat aku sebab berjaya memenangi hati jejaka idaman malaya suatu masa dulu. hahahaha sakit perut gelak.



* Tahniah ye sebab berjaya memenangi hati jejaka idaman malaya. hahahha.



Pastu aku cucuk lagi. aku tanye sekarang kawan die yang minat dengan incek hubby tu dah kawin ke belum. die cakap masih bujang. DAN SAMPAI SEKARANG MASIH MEMINATI INCEK HUBBY!!! erkkk. apakah? pale otak aku dah mula fikir bukan-bukan. ishhh tak baik syak wasangka dengan orang. think positive ok!




* Berfikiran positif lebih baik.



Pastu kitorang dah takde mesej-mesej. maybe die dah puas hati kot. sepanjang aku ber-mesej-mesejan dengan minah tu, aku tak bagitau pun kat incek hubby. tetiba semalam tergerak hati nak cite. ikutkan hati malas sebab dah tau sangat die tu camne. pantang dipuji. tapi nak gak share. 



Die senyum sinis je pastu gelak. pastu die marah aku sebab duk melayan budak tu. alaa aku layan pun atas dasar kawan lama. kitorang penah 1 skola dulu kan even aku tak cam die yang mane satu. pastu sampai la nak ke tido incek hubby cite skit-skit sejarah die mase skola dulu. bukanla maknanya sebelum ni aku tak tau cuma ade la tambahan skit. aku layankan aje.



* Borak sampai tertido.



Yang aku menyampah bile die cakap, " Sayang kene berbangga dapat suami yang dipuja ramai ". cetttt. ni yang malas nak cite ni. ade je hidung yang kembang setaman. pastu aku saje kenen-kenen die, aku bagitau budak pompuan yang minat die tu masih single. die balas, " Yeke? sayang tolong nguratkan leh tak? ". aku cakap, " Leh je. dengan syarat, dalam akaun bank aku wajib ade RM10k sebulan ". muahahaha. mata duitan tul aku. sempat aku memberi cubitan berbisa kat perut die. padan muka.




Tapi sampai sekarang aku masih tertanya-tanya ape motif minah tu bagitau aku sume cite tu kan. siap detail lagi. pastu beria-ia bagitau yang kawan die tu minat sangatttt dengan incek hubby sampaila sekarang. macam ade udang di sebalik mee je. haissshhhh think positive!!




* Wondering.



Lupakan jela. benda dah lepas kan. yang penting kejujuran dan kesetiaan tu penting. aku bukan jenis queen control. ko dah beso, ko leh fikir mane baik, mane buruk. so takyah aku nak bebelkan. lagipun buang mase je nak fikir benda-benda ni sume. tak mendatangkan hasil. incek hubby pun dah bising-bising tak bagi layan sume tu. 




* Tak suka memuji apatah lagi dipuji.  


Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat