Showing posts with label moral. Show all posts
Showing posts with label moral. Show all posts

Thursday, August 11, 2011

Halal ke Haram?



Salam ramadhan kawan-kawan. =)



Sekejap je dah 11 Ramadhan. maknanya ada lebih kurang 19 hari je lagi sebelum kita sambut raya. excited tak? maunya tak kan. baju raya pun dah setel. cuma kuih raya je belum sampai lagi. duit raya?? errr belum tukar lagi. suka sangat buat keje last minit kan. macam tahun lepas 2,3 hari sebelum raya baru aku duk kalut nak tukar duit. 5,6 bank sume dah abis. akhirnya dapat gak kat Agro Bank kalo tak silap. tu pun lepas aku merayu dan kenyit mata sikit kat officer tu. hahaha.



Tapi bukan pasal duit raya yang aku nak cite. cuma pening dengan isu halal/haram sekarang ni. lepas satu, satu yang keluar. sampaikan sekarang ni takut nak beli sebarangan. jadi was-was pun ada gak. bila dah was-was automatik jadi haram kan?



Aku pelik kenapa sebelum ni benda gini takde isu pun. bila dah 1 kantoi, barulah yang lain pun ikut sama. apa yang aku nampak sekarang ni mudah sangat nak berniaga. ada produk yang memang dah glamer meletop pun rupanya ada bahan yang tak halal. macam mana boleh jadi camtu? ada yang terlepas pandang ke?



Aku bukanlah nak pertikaikan keje pihak yang berkenaan. cuma sebagai umat Islam, rasanya hal camni tersangatlah sensitif. tak boleh dibuat main. makan minum tu sume nanti akan jadi darah daging.



Macam isu terbaru yang keluar dalam suratkhabar baru ni pasal kek lapis sarawak yang katanya guna butter yang ada DNA babi. alahai. korang tengoklah. merata-rata orang duk jual benda tu. kita pun sedap je makan. kalo hari raya boleh dikatakan benda tu makanan wajib ada atas meja. tapi sekarang apa jadi? agak-agaknya dah berapa banyak benda tu masuk dalam badan korang? ngeri bila aku bayangkan.



Sebelum ni dahla terkejut beruk bila dapat tau rupanya Kluang Railcoffee tu ada menggunakan bahan tak halal. ni bertambah lagi beruk tu terkejut. sampai sekarang aku masih terasa-rasa lagi roti bakar dia tu. patutlah sedap lain macam. Astaghfirullah. memang kecewa jangan cakaplah. dulu-dulu boleh dikatakan setiap kali balik Kluang memang akan breakfast kat situ. bulan pose plak buka pose kat situ. macam customer tetap gayanya. hasilnya? customer kena tipu hidup-hidup. adoi!



Dalam pada satu-persatu kes haram tu keluar, ada juga yang kena fitnah. sebelum pasal air arab Barbican tu. jujurnya sampai sekarang aku masih tak pasti lagi apa status sebenar air tu. dan serius sebelum kuar berita pasal air tu, sumpah aku tak kenal. tak penah jumpa pun camne bentuknya. pelik bila dikatakan air tu jad kegemaran ramai. apa korang dah takde air lain ke nak diminum? tengok botol pun dah boleh menimbulkan syak. tapi pihak diorang beria-ia kata produk diorang halal. wallahualam.



Kes terbaru kena kat CT Nurhaliza. ada yang mendakwa berus mekap dia tu guna bulu babi. mula-mula aku baca terkejut gak. dalam kepala terlintas "tak sangka CT ni camni". yup, aku salah sorang yang cepat bagi persepsi sendiri. hahaa. sehari dua pastu CT buat sidang media menafikan berita tu. dia nafikan sekeras-kerasnya. kiranya produk dia ni memang halal la. ada sijil dari JAKIM pun. tapi aku tak kisah pun sebab aku tak guna pun produk dia. ;P



Sekarang ni nak beli or makan apa-apa pun aku jadi takut. tapi orang cakap kena yakin. kalo ko rasa was-was better jangan. pada aku, baik ko masak sendiri. dijamin bersih dan halal (lainlah kalo bahan mentah tu haram). tu tak tau nak cakaplah. nasib baiklah kat Lipis ni tak banyak kedai makan international. disebabkan itulah maka aku jadi rajin masak. hahahaha.



Thursday, May 26, 2011

Perangai pelik sebelum ajal

Salam. selamat tengahari sume.



Actually apa yang me nak cite hari ni dah lama tersimpan dalam otak dan hati. cuma tak terluah je. tetiba hari ni teringat plak pasal b
enda ni. so ape lagi, up la 1 entri.



Kalo korang perasan la kan, dalam sesetengah artikel berita dalam akhbar, bila berlaku sesuatu kematian mesti reporter tu tanya pada keluarga si mati apa perangai pelik si mati sebelum mati. me rasa soalan tu dah jadi kewajipan untuk ditanyakan. bila me baca berita mengenai kema
langan yang melibatkan kematian, me dah boleh agak dah mesti ada soalan mengenai perangai pelik si mati.




Melampau kalau sampai camni kan. siap ada list lagi.




Yang menjadi persoalan pada kepala otak me sekarang ni, apa kewajaran soalan camtu ditanyakan? diibaratkan di sini bahawa setiap manusia yang nak mati confirm akan berperangai pelik. diorang lupa ke yang semua tu bukan kuasa kita? bila benda tu dah jadi rutin, lama-kelamaan akan menimbulkan khurafat pulak. yelah, benda tu membuatkan orang percaya kaitan perangai pelik tu dengan ajal seseorang. ish ish ish.



Tapi me bukanlah maksudkan semua berita kat akhbar camtu. cuma segelintir je yang terlalu taksub sangat dengan kepercayaan camtu. bila diorang menanyakan kepada keluarga si mati mengenai perangai pelik si mati, secara tak langsung family si mati ni pun macam, "ohhh, patutlah sebelum ni dia bla bla bla...tak sangka rupanya dia nak pegi." biasa kan kita jumpa ayat camtu? kan dah jadi khurafat tu. Nauzubillahiminzalik.



Sebenarnya benda ni bukan setakat dalam akhbar je. kat sekeliling kita pun ada berlaku camni. bila duk borak-borak pasal si mati, mesti ada terkeluar cite pasal perangai pelik si mati. yang sedapnya siap ada tukang tokok tambah nak bagi cite tu jadi lagi best. lama-kelamaan bila dah jadi buah mulut orang, secara tak langsung tersebarlah fitnah dan jadi lebih teruk dari khurafat. ishh takutnya.



Entri ni bukan untuk mengenakan sape-sape. cuma sebagai peringatan sesama kita dan untuk diri me sendiri. yela, kita ni manusia biasa. kadang-kadang ada gak buat silap. bila dah sedar dari kesilapan tu, cepat-cepatlah bertaubat dan berazam takkan ulangi lagi.



Kalau korang tak percaya, pasni cuba baca berita kematian dalam akhbar. mesti ada sangkut hal camni. haihh tak taulah sape yang nak menyedarkan diorang tu. biaselah kan, nak melariskan akhbar. kita sebagai pembaca janganlah terlalu taksub percaya benda-benda camtu. anggap je semua tu sebagai kebetulan. kebenarannya hanya Allah yang Maha Mengetahui.



Wallahualam.



Wednesday, March 9, 2011

Sesetengah pompuan + Stereng Kereta = Hancus!

Salam semua. sihat?



Emm sekarang ni entri tak berapa nak lebatla. sebab malas pun ye, sebab busy pun ye gak. yelah bila dah busy memanjang, ada masa free sikit kan best digunakan untuk rest je. malas nak menaip. paling syok bila dapat cuci mata melayan blog kawan-kawan. itu rutin wajib ok.


Bila cite pasal orang pompuan dengan kete ni, rasanya ramai yang dah perasan kot. lebih-lebih lagi orang laki. sebelum ni sakit gakla hati bile ada je kete yang dibawak agak tunggang-langgang, cepat je mulut hubby senget-senget cakap, "ni mesti pompuan yang bawak ni." abis bininye ni lelaki ke pompuan? huh!



Tu cite mase dolu-dolu la. sebelum terkena kat batang hidung sendiri. biasanya terkena dengan driver yang main masuk simpang tak bagi signal. apa? nak hidupkan signal kena bayar bil ke? bila jeling-jeling sikit, sah! pompuan! tu satu hal. satu hal lagi, bila tetiba brek mengejut. rupanya terlepas simpang. bila jenguk kepala, aikk pompuan gak? nasibla jarak jauh gak. kalo tak mau kena sondol. bila dah sondol sape yang patut dipersalahkan dan sape yang akan dituduh bersalah? haa ce cite ce cite!



Banyak la kes-kes lain yang aku alami sendiri. kebanyakkannya memang sama sex(jantina) dengan aku. sampai sekarang ni, bila nampak je kete yang agak gopoh-gapah, mulut aku lak sambil muncung-muncung cakap, "driver pompuanla tu!." kelazimannya tekaan aku tak salah. abis aku ni laki ke pompuan? errr...



Dan semalam berlaku lagi satu kes di mana aku sendiri berada dalam kete yang drivernya adalah pompuan. share kete ke Jengka untuk satu program. mula-mula pegi aku dengan rakusnya nak duk depan. nak menikmati pemandangan kononnya. belum sampai setengah perjalanan, kepala lutut aku dah menggigil. pemandangan indah jadi pemandangan ngeri!



Korang dulu masa amik lesen kete ade tak trainer tu ajar, " dik, kalo kat koner takyah brek ek. tekan je minyak kuat-kuat. bagi sampai bumbung kete cecah jalan." ada tak? ada tak? takde kan? jadi cuba lah korang bayangkan camne gayanya kalo kat koner maut dia tak tekan brek. tak ke aku dengan sorang lagi kawan aku yang duk belakang ni tunggang-langgang dalam kete? sampai satu masa tu aku rase nak tercampak ke tempat driver. tak ke naya ada 2 driver dalam 1 kete?



Nak kata dia tak sedar selekoh tu macam mustahil la. sebab semua orang tau camne keadaan jalan kat situ. or maybe dia saje riak nak tunjuk kehebatan dirinya men-drift-kan kete barunya itu. atau mungkin dia tengah kemaruk sebab baru 6 bulan pakai kete. atau dalam diam rupanya dia adalah salah seorang drifter yang berlakon dalam Tokyo Drift dan tujuannya adalah untuk mengajar aku teknik membuat drift dgn betul. apakah?



Tak kisahla ape pun niat dia. yang pasti masa balik tu aku tak rebut duk depan dah. tobat mak! bajet duk belakang tu ko selamat ke? errr sikitla. yang paling aku tak leh blah bila dengar dia cakap, "prinsip aku, kalo orang nak marah ke nak hon ke, lantaklah. aku tak peduli pun. asal jangan langgar kete aku." korang penah dengar tak orang berprinsip camtu? aku mula-mula dengar nak tergelak. yela, kalo sampai orang marah, pastu hon plak, bukan ke maknanya cara kita memandu tu salah? bila dah drive dengan tak tentu hala, bukan ke akhirnya boleh menyebabkan kemalangan?



Memanglah ko tak kisah orang nak hon or apa. tapi takkan ko takde kesedaran sivik langsung? jalan raya tu kan hak semua orang. disebabkan kelalaian 1 orang, ramai lagi orang lain boleh jadi mangsa tau. aku bagi contoh lagila nak bagi clear. ko nak keluar dari simpang, signal sume dah bagi. ok bab tu memang ko bagus. pastu ko dah nampak dengan jelas ada sebijik kete tengah laju kat laluan yang ko nak masuk tu. tapi ko degil gak nak kuar. bila dah kuar, bawak macam siput sedut plak. apa akan jadi kalo kete yang tengah laju tu tak sempat nak brek?



Isshhh tetiba jadi hangin plak aku hari ni. tahla sejak kejadian semalam tu memang aku rasa nak marah je. sebab aku rasa aku hampir mati disebabkan kecuaian orang lain! bukannya aku takde bagi hint sikit-sikit nak suh dia bawak slow tapi ada dia kisah? so selfish! aku taulah tu kete dia. tapi bukan ke dia bawak 3 nyawa lain dalam tu? patutnya fikirlah jugak perasaan orang lain. dahla kawan aku sorang lagi tu tengah pregnant. kalo ape-ape jadi ko nak tanggung ke?



Bila dah jadi camtu memang aku dah nekad takkan naik lagi kete dengan dia. eh, ada tak aku bagitau yang dia masih lagi guna lesen P? P for what? Pecutan? Pendriftan? ohh sangat tak paham. awak tu masih lagi lesen Percubaan tau. so silalah drive macam orang yang masih lagi cuba nak belajar. jangan gunakan tanda P tu sebagai lesen untuk awak pecut sana-sini dengan harapan orang lain tak leh langgar sebab kat kete awak ada tanda P! what the fish? kalo camtu sume orang nak letak P tu kat kete masing-masing. P ke T ke S ke, kalo dah kena langgar hancus gak kan?


So, kepada sesetengah individu yang bergelar pompuan/wanita itu, berhemahlah semasa memandu. jangan ikut sedap kaki je tekan minyak tu melainkan korang penah jadi pelumba F1 dulu. dan bila memandu tu jeling-jeling gakla kiri kanan depan belakang. jangan menonong je. pastu memandulah dengan kelajuan yang sederhana. kalo slow sangat pun menyakitkan hati gak kan. bila kita drive dengan kelajuan sederhana, taklah panik bila apa-apa berlaku. biasela orang pompuan ni cepat sangat panik. kalo tak, takdela sampai brek mengejut tengah laju-laju tu.



Aku bukanlah nak mengutuk kaum spesis sendiri. tapi memang itu hakikatnya. aku pun kadang-kadang kena tegur gak dengan hubby. terima jela sebab memang salah sendiri. tak taulah kalo korang jenis tak kisah bila kena hon or marah dengan driver lain. tapi kalo aku, malu wooo. rasa bersalah sangat sebab menyusahkan orang lain. anyway, tepuk dada tanya selera. emm lapar plak.


* Actually ada gak spesis laki yang drive tak senonoh. tapi sesuai sangatlah dengan sifat diorang yang jenis kasar tu kan. tapi kalo pompuan drive macam pelesit camne ghupenye? ce cite. ce cite.




Monday, February 14, 2011

Bukan tak suka tapi takut

Salam kawan-kawan.



Sape suka kucing, angkat tangan! nak beli? ehh me tak jual. silalah cari di kedai berhampiran dengan rumah anda. hehe. sebab kat rumah me jangan kata kucing, bulu kucing pun takde. 


Sebab? me takut dengan kucing. laaaa dengan kucing pun ko takut ke? errr ye memang takut. macam geli pun ade gak. tapi me suka tengok kucing yang comel-comel tu. bulu lebat je. geram nak pegang tapi tak berdaya. hahah. me geli bila terasa tulang-temulang kat badan dia tu. 



Me bukanlah membenci. tak baik benci kat binatang kesayangan Nabi Muhammad SAW kan. tapi me memang takut. bukanlah takut sampai terjerit-jerit bila nampak kelibat menda alah tu. selagi me tak pegang or kucing tu tak melompat atas me kira okla. boleh sentuh sikit-sikit. 


Actually sebelum ni hubby ada bela 2 ekor kucing. comel-comel je. dua-dua kaler putih. sekor nama Coco sebab kat atas kepala dia ada setompok kaler coklat. yang sekor lagi nama Blue sebab mata biru. yang Blue ni memang cantik sangat. hubby start bela pas kitorang kawin. mula-mula me tak setuju tapi bila dah tengok muka dua-dua ekor tu terus suka.



Me setuju pun lepas dah bagi macam-macam syarat kat hubby. pasal makan dia, sisa pembuangan dia, semuala. kiranya me taknak terlibat langsung dalam rumahtangga diorang. hahaha. 


Mula-mula jaga ok je. cuma me tak tahan bila satu rumah bau kucing. me plak ada alergik dengan bulu or habuk. kejap je kena flu. tapi disebabkan minat hubby pada kucing, me tabahkan jiwa raga je. walaupun kengkadang muncung gak mulut ni. hehe. 



Sampai satu tahap, me dah mula rasa tak tahan dengan kucing-kucing tu. sebab? beliau sangat suka menerkam orang. me tengok spesis 2 ekor ni lain macam sikit. hiperaktif memanjang. terlompat sana, terkinja sini. tu belum lagi bila hubby main baling-baling bola pingpong dalam rumah. jawabnya dari lantai ke siling 2 beradik tu melompat. diorang sedap main, me terselit celah sofa sebab takut kena terkam. cisss!!


Part yang paling syok (bagi 2 ekor tulah!), bila kononnya nak menyambut me balik keje. tak sempat nak masuk rumah dah berebut bercakaran kat kaki me. camne la tak kena sepak kan. ooppss me sepak slow-slow je ek. takdelah sampai terbang ke rumah jiran sebelah. serius bila jadi camtu me jadi fobia nak masuk rumah. 2 beradik tu akan cakar-cakar kaki me nak masuk rumah gak. fyi, bila kitorang keje 2 beradik tu kena duk luar. senang diorang cari kawan and makan.



Lama-lama me terus rasa tak suka kat 2 beradik tu. sebab terlalu hiper. kadang-kadang nampak kaki me bergerak sikit je terus kena terkam. korang pernah rasa tak fobia nak duduk kat sofa sambil tengok TV kat rumah sendiri? me pernah! yang hubby plak bila me makin takut makinlah galak dia melatih anak-anaknya tu main bola. bajet boleh jadi pemain bola pingpong berjaya??



Tapi tulah kan, binatang ni orang kata ada instinct sendiri. dia boleh tau sama ada orang tu suka kat dia ke tak. maybe sebab me, satu hari tu si Blue tak balik-balik rumah. biasanya diorang kuar main sampai petang je. pastu taulah berlari-lari anak balik rumah. tapi hari tu cuma Coco je yang ada. puas gakla hubby pusing taman perumahan tu nak cari si Blue. hubby hampa. tapi me suka!



Pas hilang si Blue, si Coco ni nampak lain macam. yela biasanya main berdua. ni tinggal sorang, eh! sekor je. macam tak tentu arah dibuatnya. pastu dia manja dengan hubby lain macam. dengan me dia tak berani nak dekat. takut kena sepak kot. bila tengok dia macam sunyi je tinggal sorang, me rasa sedih la plak. terus rasa bersalah sangat sebab tak suka dengan 2 beradik tu.



Nak dijadikan cerita (kalo buat drama best ni), satu hari tu si Coco plak hilang. masa ni me dah pindah rumah baru. maybe dia lupa jalan balik kot. tah-tah dia balik kat rumah lama. me rasa camtu lah. sebab bila kitorang keje macam biasa dia kena duk luar. bila tanya orang yang lebih pakar bab kucing ni, dia cakap 2 bulan pertama kena kurung kucing tu dalam rumah dulu. sampailah dia dah kenal betul dengan bau dan rumah kita. jadi dia takkan sesatla. gitu ek?



Bila dua-dua dah hilang ni rasa sunyi la plak. dah takde lagi yang nak terkam kaki me bila balik rumah. memang rasa sedih betul la. me plak yang lebih-lebih masa tu. sampaikan kucing jiran depan rumah pun me ingatkan kucing me. siap panggil lagi pastu hulur makanan. tak lama pastu tuan rumah tu keluar panggil kucingnya masuk. erk! secara otomatik me terus buat-buat panggil kucing lain yang kebetulan lalu depan rumah. mesti dia ingat me nak culik kucing dia. eleh!



Pastu beberapa malam gak me dengan hubby pusing keliling taman cari si Coco. bila nampak je kucing kaler putih, terus me ngaku tu kucing me. kucing dewasa pun jadi mangsa dengan harapan kucing me tu naik berat badan setelah seminggu tak jumpa. hampeh! baru ko tau sedih ek!



Masa tu rasa bersalah dekat hubby pun ade gak. tapi dia ok je. me cakap kat dia maybe si Blue dengan Coco tu tau yang me ni tak suka kat diorang. tu yang diorang lari. hubby diam je. me tau dia pun sedih gak. sebab dia memang jaga & sayang betul dengan 2 beradik tu. siap mandi same-same lagi. nasib tak kena gigit je. then dia cakap takpelah maybe bukan rezeki kita. maybe kitorang tak sesuai bela binatang. asyik hilang je.



Sekarang ni dah setahun lebih pas 2 beradik tu hilang. tah kat mana la diorang sekarang ek. harap-harap sihatla. kalo ada orang yang culik, then dia jaga elok-elok, me maafkan. maybe dia lebih sesuai dijaga orang lain daripada me. ada juga me usya-usya hubby nak beli kucing baru. tapi dia taknak dah. dia takut bila dah sayang sangat, susah nak lepaskan. yela, jangka hayat binatang ni bukan lama sangat kan. 



Orang kata bela kucing ni murah rezeki. Wallahualam. tapi pada me, kalo rasa nak bela apa-apa, pastikan kita betul-betul bersedia dan sanggup nak menjaganya. jangan sampai kita menganiaya binatang tu. tak baik. insaf ok! 



Tuesday, January 25, 2011

Wasiat Untuk Isteri Tersayang

Kisah Benar Untuk Renungan Kita Bersama

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau.

Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruangtamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.

Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.

Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.

Antara jawapannya ialah:
Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya.

Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putrajaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.

Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putrajaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.

Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.

Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam.

Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.

‘Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga.’

‘Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat.’

‘Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah.. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga.’

‘Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak- anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu).’

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam.

Wallahualam.


 *Sumber : Berita Harian



Monday, January 24, 2011

Bahaya tapi selalu kita buat

Hai again.



Baru lepas blogwalking. baca cerita-cerita menarik. kadang-kadang rasa takyah beli suratkhabar pun takpe. sebab blogger-blogger kita ni pun dah mengalahkan reporter. sepantas kilat keluarkan cerita yang terbaru. memang bestla u all!


Tengah syok blogwalking tetiba terbaca 1 kisah dalam blog Borak Kosong. akibat menggunakan handphone ketika di-cas, seorang lelaki muda telah terkena kejutan elektrik hingga menyebabkan kematian. tak pastilah kes ni berlaku kat mana. maybe bukan kat Malaysia kot. 



Selama ni kita pandang remeh benda-benda camni kan. tengah cas handphone, tetiba ada orang call. tanpa fikir kesan buruk kita pun terus je jawab call tanpa cabut pengecas tu. yela, macam tindakan spontan kan. padahal kita terlupa yang masa tu arus elektrik masih mengalir dari alat pengecas ke handphone. dan tak mustahil arus tersebut boleh mengalir ke badan kita. lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca hujan dan ribut petir.


Bila baca kes-kes camni, barulah kita nak beringat. nampak macam takde masalah tapi sebenarnya boleh jadi satu masalah yang besar sangat. yela, kalo tak melibatkan kematian pun, boleh jadi cacat dan sebagainya. Nauzubillah. 


Me harap dapatlah kita gunakan kisah ni sebagai satu peringatan dan pengajaran. bila ianya sudah berlaku, tak ada apa yang boleh dikesalkan. masa tu, menangis keluar airmata darah sekalipun tak berguna.



* Sebelum ni kerap jawab call tanpa cabut cas. sekarang tobat tak buat!



Thursday, January 20, 2011

8 peringatan untuk manusia

Salam. morning alls. ;)



Semalam duk belek-belek majalah Mastika bulan Februari yang dah beli lama tapi tak sempat nak baca. Almaklumlah busy sokmo. me memang peminat setia majalah ni. tiap bulan tak pernah miss lagi. banyak pengajaran yang kita boleh ambil daripada ceriatnya. so hari ni nak share something yang me rasa sangat bagus untuk renungan kita bersama. sharing is caring rite?



8 peringatan untuk manusia (Petikan daripada Buku Fadhilat Zikir karya Maulana Muhammad Zakaria)


1. Aku hairan sikap orang yang mengetahui adanya maut tapi masih ketawa.
2. Aku hairan sikap orang yang tahu segala-galanya berlaku mengikut takdir-Nya tapi masih mencintai-Nya. (yang ni agak kurang jelas)
3. Aku hairan sikap orang yang tahu segala-galanya berlaku mengikut takdir-Nya tapi masih berdukacita di atas kehilangan sesuatu.
4. Aku hairan sikap orang yang mengetahui adanya timbangan amal terhadap dirinya tapi masih menimbunkan harta kekayaan.
5. Aku hairan sikap orang yang mengetahui adanya neraka jahanam tapi masih berani melakukan maksiat.
6. Aku hairan sikap orang yang mengenal zat Allah tapi masih mengingati sesuatu selain diri-Nya.
7. Aku hairan terhadap sikap orang yang tahu adanya syurga tapi masih mencari kemewahan hidup di dunia.
8. Aku hairan sikap orang yang menganggap syaitan itu sebagai musuh tapi masih mentaatinya! 



Bagi yang dah memiliki majalah Mastika bulan Februari mesti dah baca ruangan tulisan jawi ni kan. sangat-sangat buat me termenung dan terfikir betapa benarnya semua tu. kita tau mana yang betul dan mana yang salah, tapi kadang-kadang masih memilih yang salah sebagai jalan hidup. Wallahualam.



Renung-renungkan dan Selamat Beramal! ;)



Tuesday, November 9, 2010

~ Bangga sangat ke? ~



Hai.



Bangga jadi perempuan? dah semestinya aku bangga. sebab perempuan itu sinonim dengan kecantikan. banyak kelebihan jadi perempuan. boleh make-up, mengandung, melahirkan, boleh pakai seksi-seksi. errrr.


Bangga ke bila berpakaian macam tak cukup kain? boleh tayang sana sini. bangga ke bila orang tengok semua mahkota yang sepatutnya ditunjuk pada suami saja? tak luak pun. suka ke bila orang lelaki asyik bercerita pasal body kita kat orang lain? bangga gile!!



* Lihatlah doniaaa!!


Macam tulah agaknya jawapan diorang kalau kita tanya. malu jauh sekali. yang penting happy! tapi berbaloi ke happy sekadar di dunia? kat akhirat nanti macam mana? bukan ke dunia ni hanya sementara? yang pasti dan selama-lamanya adalah di syurga. tak teringin ke?


Ye, memang betul aku bukan ustazah. jauh sekali nak kata aku ni baik mengalahkan Malaikat. tapi rasanya tak salah sesekali nak mengingatkan saudara sesama Islam. aku pun bukan perfect. ade juga yang senget sini sana. tapi kalau bukan saudara sendiri yang tegur, nak harapkan siapa lagi kan?



Ciptaan Allah yang sangat indah ni kalau tak digunakan dengan cara yang betul, maka akan jadi seburuk-buruknya. sesingkat mana pakaian yang dipakai, segebu mana badan yang putih melepak, selembut mana rambut yang panjang mengurai, takkan sama cantik dan indahnya dengan seorang perempuan yang berhijab penuh.



* Indahnya ciptaan Allah



- Renung-renungkan dan selamat beramal -


~ Aku benci menunggu! ~



Morning kawan-kawan.



Miss me? muahaha. harap kamu kamu sume paham tentang ke-busy-an saya sejak kebelakangan ini. tetibe je ayat skema. ni pun curi-curi masa jap tinggalkan budak dalam dewan yang tengah duk dengar taklimat daripada SM Teknik Lipis.


Ye, aku memang tak suka menunggu. tapi orang tunggu aku takpe. hahaha. takdela, aku pun tak suka buat orang tertunggu-tunggu. rasa bersalah je. tapi ade sesetengah orang langsung takde rasa ape-ape bila buat orang ternanti-nanti. macam hati kayu.



Hari ni pagi-pagi lagi aku rasa darah dah naik ke kepala. janji pukul 9 pagi, dekat pukul 10 masih tak nampak batang hidung. masa mula-mula janji bukan main lagi. bila sampai masa, hati yang sejuk jadi panas. kalo takat aku sorang je yang panas hati takpela, ni melibatkan ramai orang lain. mana nak letak muka ni wey?


Tiap kali call cakap dah nak sampai. tapi tak sampai-sampai gak. sejam lebih duk menunggu die saja. sume dah mula panas bontot. sorang-sorang mula hilang. maybe dah bosan sangat menunggu kot. nasibla aku yang handle benda tu. kalo tak, confirm dengan aku sekali angkat kaki.



Dekat pukul 10 baru nampak duk terhegeh-hegeh berlenggang kangkung datang. buat muka macam takde ape-ape. aku plak terpaksa panggil balik sume yang dah hilang tadi. tersengih-sengih macam tak buat salah. minta maaf jauh sekali. aku nak bagi senyuman pun tak lalu. lantaklah.


Kenapa boleh jadi macam tu? tahla. takde moral dalam diri kot. spesis camni bila orang buat salah, die nampak. tapi salah sendiri, tutup mata sudah. mula menuding jari kat muka orang lain. orang itu salah. orang ini tak betul. die saja yang betul. die tak tau lebih ramai orang yang menyampah dengan die.



Bukan hari ni je aku jumpa dengan makhluk perosak camni. bersepah. pada aku la kan, senang je nak elak daripada terjadinya benda seperti ini. cuba letak diri kita kat tempat orang yang jadi mangsa tu. ape yang kita rasa? bengkek? marah? bengang? nak tumbuk orang? bila kita ade rasa camtu, secara tak langsung kita akan fikir panjang sebelum buat sesuatu perkara.


Dalam keadaan camni, kena fikirkan tentang orang lain. jangan duk pentingkan perut sendiri je. dah tau tak breakfast lagi, kuar la awal sikit. ni tidak. dahla kuar lambat, sempat plak ngeteh kedai mamak. padahal ramai orang tengah tunggu kedatangan die. patut ke?



Lainla kalo ade emergency case yang tak dapat nak dielakkan. itu aku pun tak leh nak buat ape. bolehla dimaafkan. tapi bukan kes berhenti-ngeteh-jap-kat-kedai-mamak-sebab-tak-breakfast-lagi. unforgiven okeh!




* Bila marah, rasa lapar. aku plak nak braekfast! 


Thursday, October 14, 2010

~ Kenapa orang yang lalai makin kaya? ~



Eh, terjumpa lagi kita. heheh.



Pernah tak terlintas di fikiran korang macam mana orang yang jarang solat, kuat melakukan maksiat, buat perkara yang dilarang, tapi rezeki dia makin melimpah-ruah. makin kaya raya. sedangkan ada orang yang rajin solat, buat amal kebajikan, tapi sering dirundung malang. hidup dalam kesusahan.


Aku pun kengkadang terfikir gak camtu. kadang-kadang kita pertikaikan, "Eleh, si polan tu tak pernah sembahyang pun boleh jadi kaya-raya camtu." Dan baru-baru ni aku dah dapat jawapannya.



Kebetulan masa tu aku terbuka channel TV1 kalo tak silap. ada program forum. aku lupa malam or siang. antara panel jemputannya adalah Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah. terus tertarik nak mengikuti forum tu. panel-panel lain pun macam best.


Tiba-tiba terkeluar isu yang macam aku sebut kat atas tu. Dr. Fadzilah menyatakan sekiranya orang yang tak pernah atau jarang melakukan suruhan Allah tapi rezekinya melimpah-ruah, itu bermakna Allah memberi rezeki dengan murka. beliau mengibaratkan ianya seperti seorang ibu yang memberi duit kepada anaknya dalam keadaan marah dan tidak redha. 



Dan mengapa pula orang yang sentiasa taat kepada suruhan Allah tetapi hidup susah, ia bermakna Tuhan sangat menyayangi hamba tersebut. maka diturunkan ujian dan dugaan kerana setiap ujian yang diterima itu, berlipat kali ganda hikmah yang akan Tuhan berikan kelak. jelaslah di sini bahawa orang yang miskin di dunia tetapi taat melaksanakan perintah Allah adalah orang yang paling kaya di dunia dan akhirat. begitulah sebaliknya.



Aku terpegun di situ. sangat mendalam kata-kata Dr. Fadzilah. sampaikan ahli-ahli panel yang lain sume mengangguk-angguk kepala setuju. aku terfikir apalah makna rezeki yang kita dapat andainya sume tu diberi dengan tidak ikhlas. diberi dengan penuh kebencian. nauzubillah.



Bukanlah bermaksud sume orang kaya tu tak patuhi perintah Allah. mungkin ada segelintir. dan sume ni bukan untuk mengenakan sesiapa. ianya sekadar renungan kita bersama. bukan ke bagus saling ingat-mengingati antara satu sama lain. 



Bagi sesiapa yang tengok rancangan ni, rasanya pasti akan berkesan dalam hati. sedikit sebanyak pasti akan ada. semoga rezeki yang kita perolehi selama ni datangnya dari jalan yang benar dan mendapat keredhaan dari Allah. InsyaAllah.




* Ternanti-nanti episod seterusnya. 



Thursday, October 7, 2010

~ Kecut perut! ~



Pagi.
Eeeiiii pagi-pagi dah buat aku kecut perut. mana taknya. hampir-hampir je nak kene langgar dengan orang. eeiii ngeri.



Yang orang tu pun satu hal gak. dalam kawasan kampung camtu janganla bawak kete macam nak berlumba. dahla cuaca pagi tadi masih gelap lagi. memang sipi-sipi je kete aku nak jadi mangsa. aku bernasib baik sebab cepat dalam 2,3 saat.


Dari jauh aku dah nampak ade pokok or dahan tumbang menghalang laluan jalan sebelah. kira jalan bertentangan dengan laluan aku la. dalam waktu yang sama gak aku nampak ade sebiji kete punye la laju dari arah depan. masa tu hati aku terdetik, die mesti tak perasan pokok tu.






Dan ye, memang betul. betul-betul kete aku kat sebelah kete die time die langgar pokok tu. nasibla pokok tu tak besar sangat. dan nasib baik gak aku sempat mengelak ke kiri jalan. dari cermin belakang, aku nampak kete orang tu macam nak terpusing maybe sebab die terkejut sangat kot.


Pastu aku tak tau ape jadi sebab dah tak nampak. yang pasti mase tu kat belakang kete aku ade sebijik motor. harap-harap penunggang motor tu tak apa-apa. berderau gak darah masa tu. kaki menggigil. nak je aku benti kat tepi jalan, tapi bila tengok jam dah nak dekat kul 7, aku tabahkan jela hati. errr gambar takde la ye. gile ke ape, hampir-hampir nak kene langgar sempat plak nak amik henfon tangkap gambar. ko jangan buat lawak!



Inilah risiko yang aku kena tanggung setiap hari. nak buat macam mana. tanggungjawab mesti ditunaikan. incek hubby dah banyak kali ajak pindah duk dekat dengan skola aku. tapi aku yang beria-ia menolak. eeiii taknakla duk kat sini. kemudahan tak banyak. bayangkan la kalo nak kuar duit pun kene pegi ke bandar Lipis or Raub. kan ke susah nanti. so bila fikir pro & cons, kita duk bandar Lipis jela. senang nak ke mana-mana. berkorban skitla kan.



Tapi tulah kan. kalo orang yang lemah semangat mesti dah fobia nak drive. kalo jalan ok aku rase tak masalah sangat. tapi ni jalan macam ular kene palu. memang kena berhati-hati. biaselah, orang kalo dah mahir satu-satu jalan tu mesti bawak laju. kononnya dah tau kat mana ade lubang, kat mana ade lembu. tapi kadang-kadang kita lupa malang tak berbau. macam kes pokok tumbang tadi.



Jadi, aku ambil pengajaran di situ. dalam pada nak selamat, secara tak langsung kita boleh jimat minyak gak kan. macam kete Kenari aku ni sehari pegi balik RM10. so aku spent RM50 untuk seminggu. kalo aku bawak pecut, memang tak cukup sehari RM10. aku dah try dah. sebab mase tu dah lambat. huhu.



Sepanjang aku berulang-alik kat tempat aku keje ni, banyak gak kemalangan yang aku jumpa. kalo kes hampir-hampir nak melanggar or dilanggar tu dah kerap sangat. tapi Alhamdulillah sume tu tak melemahkan semangat aku untuk teruskan perjalanan untuk mendidik anak bangsa. semoga Allah mempermudahkan urusan aku setiap masa. Aminnnn.




* Ni kalo cite kat incek hubby kompom idea nak pindah dekat ngan skola muncul kembali.



Wednesday, October 6, 2010

~ Cukup-cukupla bercerita pasal hal orang lain ~



Morning!


 
Apa perasaan korang kalo tiba-tiba dengar cite yang ade orang lain sibuk duk mengata belakang korang? gembira? gile ke ape. sedih? marah? kecewa? dan macam-macam lagi?



Sape yang rasa sedih, marah, kecewa tu maknanya normal la ek. kalo gumbira tu, aku tak taula. nak publisiti murahan kot. huhu.


 



Mane la tak geram kan. hari yang indah tu di-spoil-kan oleh cite-cite yang tak berasas sama sekali. bayangkan korang dahla penat-penat balik keje pastu dengar plak cite yang memanaskan hati tu. agak-agak korang akan lempang tak si penyampai berita tu? tak baik la kan. die cuma sekadar menjalankan tugas sebagai reporter je.






Dan patutnya kena bagi penghargaan kepada si reporter sebab bercerita dengan gaya penuh berhemah. bukan macam gaya cik joyah tertelan kapur barus. so, secara tak langsung kemarahan kita pun kendur skit.






Pelik gak aku dengan sikap sesetengah orang ni. sentiasa cari kesalahan orang lain. bayangkanla, sampai cara kita bersalam pun boleh dijadikan bahan umpatan. apakah? boleh plak cakap yang cara kita bersalam ni macam nak taknak. macam mana tu? boleh demo kat aku?






Agaknya maybe die nak aku salam, cium tangan die pastu sujud kat kaki die kot. tapi nanti die buat cite cakap aku melampau plak. haihh sumenye tak kena. apela salahnya kalo rasa tak puas hati kita tegur orang tu dengan cara berhemah. tak salah kan? aku yakin sume orang boleh terima teguran dengan cara baik.






Tapi bukan dengan menjaja cerita kat orang lain! kan dah bertambah dosa lain plak. dosa mengumpat. yela, kita ni manusia biasa yang kadang-kadang tak boleh lari dari buat kesalahan. bila dah ramai-ramai tu biasela kalo cara bersalam pun dah tak betul. kalut bak kata orang. tapi aku rasa tak patutla benda itu dijadikan satu isu besar.






Kalo dah nampak benda tu salah, kenapa tak tegur pada tuan empunya diri? kalo tak ditegur camne die nak tau yang die dah buat salah? biasela kadang-kadang kita tak sedar yang perbuatan kita dah buat orang lain terasa hati. jadi itula gunanya saling ingat-mengingati antara satu sama lain. tak gitu?






Bila dah menjaja cerita tentang keburukan orang lain, secara tak langsung boleh mendatangkan aib pada orang tu. kesian kan. inilah susahnya bila bekerja di kalangan orang yang kenal dengan family. sumber berita cepat sangat tersebar. 






Tapi apa motif sume ni? disebabkan hubungan di tempat keje ke? atau ianya semata-mata serangan berbentuk peribadi? atau die memang tak boleh kalo tak bercerita pasal hal orang lain? hmmm tahla. hanya dia dan Allah saja yang tau. mulut tempayan boleh ditutup, tapi mulut manusia sape yang berani tutup? sumbat cili boh je bagus. 






Seseorang berpesan, biarkan saja mereka-mereka tu. tak guna kita nak panjangkan isu ni. bila dah meleret-leret nanti nama kita gak yang busuk kan. so better diam je. kita buat keje kita. sekali orang mengutuk kita, 10 kali orang akan memuji kita. insyaallah.








* Bersyukur masih ramai yang bagi sokongan.


Tuesday, October 5, 2010

~ Bila hati tak senang, makan pun tak lalu ~



Haihh kenapa la dengan aku ni. cukup-cukupla memeningkan kepala dengan masalah yang tak selesai-selesai tu. bawak bertenang.




Masalahnya tak leh nak rilek. kepala otak serabut. biasenya time-time camni memang perut aku dah berkeriuk nak cari makan. tapi hari ni serius tak rasa langsung. tadi pagi ade beli kuih skit. tapi sampai sekarang tak terusik lagi. pandang sebelah mata pun tak bernafsu.



Aku ni jenis tak reti nak buat muka seolah-olah takde masalah. orang tengok muka aku je orang leh tau yang aku tengah ade problem. fikiran menerawang je. nak senyum pun macam tak ikhlas. maybe sebab tu aku dapat migrain kot. banyak sangat berfikir.




Ye, aku akui disebabkan hal kecik pun aku boleh tafsirkan macam-macam benda. kiranya banyak sangat berfikir la. kadang-kadang ade yang bagus, tapi ade gak tak bagusnye. bila dah kuat sangat fikir benda-benda remeh camtu, mula la kuar idea yang bukan-bukan. akhirnya jadi paranoid. ohh, aku memang seorang yang paranoid ok!



Emm ape yang aku merepek ni? nilah jadinya bila otak bercelaru. memang banyak benda nak ditulis tapi semuanya hampass! takpela. belog ni memang tempat luahan hati aku. tempat untuk bermonolog sendirian.




Aku tumpang gembira tengok orang lain gembira. walaupun kegembiraan itu ibarat duri yang menghiris hati aku. tapi siapa yang tau? hanya aku. aku yang merasai semuanya. dan takkan sesekali aku berkongsi dengan sesiapa. duka ini hanya untuk aku. orang lain tak layak untuk merasai tempiasnya.



Sekarang ni aku hanya menunggu masa. masa untuk apa? masa untuk segala-galanya. masa yang akan menentukan hala tuju hidup aku. ke kiri kah aku? atau ke kanan kah? semuanya memerlukan pertimbangan dan kesabaran yang sewajarnya. tapi mampu kah aku?




Mampu atau tidak, itu bukan isu. ingatlah, Tuhan hanya akan menguji hamba-Nya setakat yang dia mampu. Tuhan bukan zalim. tapi kenapa ada yang sanggup membunuh diri dengan alasan tak mampu nak hadapi hidup yang susah? itu bukan salah Allah! itu salah kita yang cetek iman dan mudah dihasut oleh syaitan-nirrajim.



Lumrah manusia. bila berada di ambang kesusahan, barulah mula tercari-cari sejadah. mula teraba-raba Al-Quran. mula menadah tangan memohon pertolongan. mula teringat semula amalan-amalan kita selama hidup. mula menyesali diri. tapi sudah terlambatkah kita? 



Ketika aku masih tercari-cari apa sebenarnya yang aku nak dalam hidup ni, aku tersedar. aku alpa. selama ni Tuhan berikan aku segala nikmat yang aku perlukan. tapi apa yang aku buat? aku leka. aku tak mensyukuri nikmat itu. aku tak menghargainya. 



Kini, bila semuanya hampir hilang, aku mula menangis menyesal. ye, memang patut Tuhan beri balasan sebegini. aku memang layak untuk terima. aku redha. aku anggap ini semua adalah dugaan dari-Nya. aku yakin ada hikmah di sebalik semua ini.



* Biar masa yang tentukan.



Monday, October 4, 2010

~ Isteri mengandung, suami menggatal dengan pompuan lain! ~



Haihh macam-macam hal sekarang ni. bila isteri dah terlebih baik, suami plak cari lain. bila suami bagi muka, isteri plak makan luar. apa dah jadi dengan dunia sekarang ni?




Sorila masuk-masuk je aku terus membebel. bukan ape. geram pun ade gak bila kawan sendiri jadi mangsa. kawan baik lagi tau. tahla camne aku boleh terlihat sume perselingkuhan tu. kan bagus kalo aku tak bukak.



Bila dah bukak, secara terang-terangan nampak sume kecurangan si suami. mentang-mentangla si isteri tak berapa pandai dengan IT. si suami dengan riang ria berbalas ayat-ayat cinta dengan si peraih cinta ni. tipulah kalo kata si peraih cinta ni tak tau lelaki tu adalah SUAMI ORANG! 




Risik punya risik (dah macam spy lak), barulah aku tau rupanya si peraih cinta tulah yang dulunya pernah membuatkan hubungan si suami dan si isteri ni goyah. masa tu diorang belum kawin lagi. so, sekarang ni korang sambung main wayang lagi ye. hmmm.



Wahai sang suami, kau sedar tak yang tak lama lagi kau akan jadi seorang bapak? aku kenal sangat dengan si isteri ni. seorang yang lurus, manja, sensitif dan baik sangat hatinya. susah sangat nak dengar dia memburukkan orang lain. sentiasa positif! tapi kenapa kau hancurkan hatinya?




Ye, betul. ini bukan rumahtangga aku. tapi salah ke aku nak rasa marah, geram, kecewa, terkilan? aku juga seorang wanita. yang ada sume perasaan
tu. cubit peha kiri, peha kanan akan terasa juga. tercarik-carik perasaan ni bila terbaca luahan perasaan diorang. sangat menjengkelkan!





Apa yang patut aku buat? mendiamkan diri seolah-olah takde apa-apa yang berlaku? ianya sama seperti aku menyokong mereka berselingkuh! sedangkan kawan baik aku setiap masa percaya yang suaminya itu jujur dan setia! dalam masa yang sama aku tak sanggup nak lihat kawanku itu kecewa dan menangis. oh Tuhan, apa yang harus aku buat? aku dalam dilema.



* Depan mata pijak semut pun tak mati.


Wednesday, September 29, 2010

~ Susah sangat ke nak senyum? ~



Salam sume.



Aku kengkadang tension dengan sikap sesetengah orang yang susah nau nak bagi senyuman. ni kes mase berurusan kat kaunter perkhidmatan la. memangla aku tak kenal kau. tapi salah ke kalo kau senyum sikit kat customer?






Kita ni datang situ bukanla nak sangat mengadap muka dia tu kan. tapi dah terpaksa. yela, kalo tak camne nak bayar bil? aku bukan reti bayar guna tenet. so nak taknak dan dalam keadaan terpaksa, menebeng gakla depan muka kau yang 24 jam mencuka.



Sebagai customer, serius aku jadi sakit hati, sakit mata sume. dahla muka kita pun tak dipandangnya, pastu cakap kasar. seolah-olah aku menyusahkan die plak nak kena taip segala. abis kalo kau dah malas nak keje, benti keje jela. takde sape pun suh ko keje kat situ. berlambak lagi yang nakkan keje ko tu.






Tapi tak sume yang perangai buruk gitu. ade gak yang ok. bila die layan kita ok, kita pun rase senang hati je nak berurusan kat situ kan. aku bukanla mintak korang beramah mesra tanya khabar bagai. cukupla ko senyum je. tu pun dah ok sangat.



Aku suka dengan akak yang keje kat TM Point kat tempat aku ni. mula-mula tengok muka die memang cuak. garang! tapi skali die cakap, alahai lembutnya suara. pastu senyum je bila cakap ngan kita. bila dah kerap bayar bil kat situ, siap boleh borak-borak lagi. kan bagus gitu.






Lainla kalo skali senyum, gaji korang kena tolak RM10. haaa kalo gitu, korang taknak senyum pun takpe. takde sape nak marah. aku bila berdepan dengan orang camni, memang aku bolayan je. kadang-kadang kena ajar gak orang camni. biar diorang sedar ape yang die buat tu tak betul.



Yela, kadang-kadang malu gak kan. kita tanya elok-elok je tapi boleh plak die balas terjerit-pekik macam orang gila. bajet macam kita ni bodoh sangat sebab nak tanya itu ini. abis kalo dah ko tu pandai sangat, nape keje kat kaunter je? nape tak jadi profesor? haaa aku kalo dah hangin mulut memang laser.






Ehh dahla. tak kuasa nak bebel banyak-banyak pasal benda ni. hati jadi sakit. so, sekarang ni ape-ape urusan yang berkaitan dengan makcik-suka-jerit-pekik-tak-tentu-hala tu, aku serah pada incek hubby. ehhh, bila dengan laki elok pulak ye ko makcik! leh tahan gatal gak.




* Petang ni tak sabar nak berurusan dengan akak-baik-hati-peramah-gile kat TM Point. ;)


Friday, September 24, 2010

~ Hello, ni sape? ~



Di suatu petang yang terik akibat bahang matahari yang melampau. di dalam bilik di sebuah sekolah.



Lagu You Belong With Me nyanyian Taylor Swift berkumandang.






Saya : Hello...


 Tah sape ( Minah 1 ) : Hello, sape ni?


Saya : Nak cakap dengan sape?


Tah sape (Minah 2) : Ni sape?


Saya : Awak nak cakap dengan sape sebenarnya?


Tah sape (Minah 1 balik) : Sape yang cakap ni?


Saya (mula hangin) : Awak yang call saya. awak nak cakap dengan sape sebenarnya?


Tah sape : Ahhh, bising ar ko!



Tuuuuutttttttt.




* Minah ni kot yang call aku.




Huk aloh. sedikit terkedu di situ. die yang call aku, tapi aku lak yang kena marah. apakah? ade gak spesis manusia camni kan. korang penah kena tak situasi camtu? orang call kita, then tanya plak kita sape. bukan ke secara logiknya, kalo kita call orang, bermakna kita dah tau dengan sape kita nak bercakap. 




Ni mesti kes die jumpa no fon aku kat mane-mane pastu try call. daripada suara macam kanak-kanak spastik je. kire macam budak-budak nakal la yang tengah gedik. tak tau la plak kalo mak orang yang bersuara kanak-kanak. ade aku kisah?




Cuma aku agak menyampah kalo terjumpa dengan orang yang tak reti beradab ni. bagi salam pun tak. main terjah je. pastu boleh plak marahkan kita balik sebab kita duk tanya die nak cakap dengan sape. abis dah ko call no handphone private aku, ko berharap nak cakap dengan sape? Jennifer Lopez kah?




Ohh, maaf. saya apabila marah memang tulisan otomatik jadi besar. ngeheheh.




Kepada minah 2 ekor orang tu, aku harap pasni korang belajar la untuk lebih beradab bila bercakap dengan orang lain. walaupun dalam telefon orang tak leh nampak muka ko, tapi Tuhan nampak. kalo berpuluh orang ko buat camni, pastu berpuluh bakul gak orang memaki hamun korang, sendiri mau ingatlah.




* Mula risau bila no fon dah mula tersebar ke tangan tah sape-sape.



Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat