Showing posts with label PENGHARGAAN. Show all posts
Showing posts with label PENGHARGAAN. Show all posts

Wednesday, March 9, 2011

Ketawa sampai nangis. hadoi!

Korang penah tak ketawa sampai nangis guling-guling? tak penah? ish ish ish. aku penah. baru je jap tadi. bila ketawa sampai nangis, memang muka korang akan jadi sangat tak senonoh. nasib baik aku sorang-sorang je. kalo tak, mau kena gelak guling-guling dek orang lain plak.



Ni sume angkara Kak Net! dialah puncanya kenapa aku bertindak sedemikian rupa. silalah ramai-ramai salahkan dia. selama ni tak penah aku ketawa sampai meleleh-leleh airmata pastu tersedu-sedu mengalahkan orang mati laki. serius la memang huduh!



Kenapa aku nangis sampai guling-guling? kalo berani pegi kat SINI. pastu kita bantai ketawa sampai nangis guling-guling same-same ek. perlu ditegaskan di sini sebarang komplikasi yang anda alami selepas baca entri tu bukan dibawah tanggungjawab aku mahupun Kak Net. jika selepas ini anda dibawa ke Tanjung Rambutan kerana kejap-kejap ketawa, pastu kejap-kejap nangis, ketahuilah bahawa salah satu saraf anda telah tercabut.



Kesian, eh! Sekian, terima kasih.



*Lap airmata jap. gile ar sambil menaip ni pun masih terkekeh-kekeh lagi. semput dibuatnya. 



Thursday, November 11, 2010

~ Tahniah adik-adikku! ~



Hai.



Jenguk kat FB jap tadi. tiba-tiba ternampak member up status wish tahniah kat student UPSR yang berjaya dapat 5A. terlupa lak aku hari ni result UPSR kuar ye. kalo tak silap anak abang ipar aku ada yang amik UPSR tahun ni. tak taulah ape result die.



Anak cousin aku pun ade sorang yang amik UPSR tahun ni. dia tu bijak sikit budaknya. kecik-kecik dah pakai spek. 24 jam duk mengadap Skor A. yela, mak cikgu katakan. ke mana tumpah kuah kalo tak kat atas meja kan. eh!


Besar sebenarnya tanggungjawab sebagai ibu bapa ni. dari sebesar tapak tangan tulah ibu bapa perlu mencorakkannya. didikan ibu bapa kepada anak masa kecik itulah yang akan membentuk siapa si anak bila dah besar nanti. bila dia dah besar, diri sendiri yang perlu menilai baik dan buruk sesuatu perkara itu dengan dipantau oleh ibu bapa.



Errr sebenarnya nak cite pasal UPSR je. tetiba melalut tak tentu pasal duk bagi nasihat kat parents. ko tu takde anak lagi bolehla cakap itu ini. ada anak nanti barula tau sebesar mana tanggungjawab tu. yela, tengah nak belajar la ni. uhuk!



Anywayyyyy, congrats wahai anak-anakku (wahhh macam ada anak kembar 10) yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. nikmatilah hasil berkat kesabaran dan usaha kamu selama 6 tahun di sekolah rendah. selamat menempuh kehidupan di alam sekolah menengah tahun depan!














* Terbayang ada anak Tahun 6, teman dia amik result UPSR. hikhik.



Thursday, October 7, 2010

~ Allah selamatkan kamu ~






Allah selamatkan kamu.
Allah selamatkan kamu.
Allah selamatkan Ayahanda tercinta.
Allah selamatkan kamu.



Selamat hari jadi.
Selamat hari jadi.
Selamat hari jadi Ayah.
Selamat hari jadi.



Ayah,
Selama hampir 26 tahun hidup bersamamu,
Tak pernah sekali kau menyakitiku,
Kau ayah penyayang,
Kau ayah pelindung,
Kau ayah pembimbing,
Kau segala-galanya.



Ayah,
Maafkan anakmu ini andai ada perbuatanku yang membuat ayah kecewa,
Maafkan diri ini andai waktu kecilku menyusahkanmu,
Kadang-kadang anakmu ini leka,
Tapi kau tak pernah lupa mengingatkan,
Sesekali anakmu ini kecewa,
Kau tak pernah putus memberikan harapan,
Betapa besar jasamu ayah!



Ayah,
Memori lama menggamit rasa anak ini,
Terbayang-bayang saat ayah menghantar anak ini ke sekolah,
Dengan berhujan, berpanas menunggang motosikal,
Kau melindungi anak ini dengan baju hujan yang kau pakai,
Kau tak mahu lihat anakmu ini jatuh sakit,
Betapa sayangnya kau pada anak ini,
Sehingga digelar anak kesayangan ayah! 



Ayah,
Aku amat bersyukur mendapat ayah sepertimu,
Setiap kata-kata yang keluar dari mulutmu menjadi semangat untukku,
Tanpa dirimu, Ayah,
Aku takkan jadi manusia yang berjaya,
Tanpamu, Ayah,
Aku takkan menjadi insan yang berguna.



Terima kasih, Ayah!
Segala jasa dan budimu tak mampu aku balas.
Hanya doa yang dapat aku titipkan setiap masa dan ketika.
Doa agar ayah sentiasa dilindungi di sisi-Nya.




Saya sayang Ayah (M. Yosof bin Awang) selamanya.



* Ulangtahun ke-55 dan tahun pencen untuk Ayah.



Monday, August 2, 2010

~ First time dapat award!! Thanx Aleya! ~



My First Award > Interesting Blog Award






1.Thanks and link the person that tagged you.
 Thanx a lot kepada ALEYA sebab sudi menganugerahkan (wahh gitu) award ni untuk blog yang masih mentah ni. muah muah untuk kamu! ;)



2.Tag 15 bloggers you've recently discovered and think fantastic.
 Ramai plak kan nak kene tag sampai 15 orang. ok i try. ;)
Sue 
3.Contact that blogs and let them know they have been tagged.
Ok, mudah saja. ;)


4.State 7 things about yourself
** Independent woman **
** Suara lembut tapi bila ketawa mengalahkan pontianak **
** Ditakdirkan menjadi Kaunselor **
** Cepat marah, cepat sejuk **
** Boleh tahan kuat cemburunya **
** Kadang-kadang terlalu pemalu sampai menyusahkan **
** Tak suka sepah-sepah **


 <7 je ke? alahai sikit benor>



Makasih Aleya!!! ;)


 

Tuesday, July 27, 2010

~ JELAJAH BLOG RAMADHAN '1431~




Assalamualaikum dan salam perpaduan.




Saya tertarik untuk menyertai Jelajah Blog Ramadhan '1431 kelolaan Ben Ashaari ni antara salah satu sebabnya adalah untuk menambah kenalan dan secara tak langsung mempromosikan blog yang tak seberapa ni. harap anda anda semua terhibur. ;)




Pertama-tamanya, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak '1431 kepada semua umat Islam amnya, dan blogger-blogger khasnya. Ramadhan bakal menjelma lebih kurang 2 minggu lagi. Jadi, macam mana dengan persiapan kamu kamu semua? Saya yakin semuanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah.




Ok, raya pada kali ini saya tak pasti lagi sama ada nak buat open house atau pun tidak. Almaklumlah, rumah pun tak semegah mana. Tapi, saya sangat-sangat mengalu-alukan kedatangan kamu kamu semua untuk memeriahkan hari raya saya. Dan InsyaAllah, pastinya kedatangan tetamu-tetamu nanti akan diserikan dengan hidangan lauk-pauk dan kuih-muih sama ada yang hand-made atau tunjuk-tunjuk. ;P




Ini antara menu yang biasanya dihidangkan.


Nasi Impit daripada Hanieliza


Kuah Kacang daripada  Mama Fami


Rendang Ayam daripada Mama Sya


Kuah Lodeh daripada Kembara Qolbi




Ok, perfect. Biasanya memang hidangan inilah yang jadi menu utama masa Hari Raya Puasa setiap tahun. Kalau takde salah satu daripada menu di atas, memang tak sah. Jadi, sehari sebelum raya saya, kakak dan adik sama-sama bergotong-royong membantu mak di dapur. Masakan mak memang marvellous!!! Hingga menjilat jari. Jadi, nak fikir apa lagi, tak teringin ke nak merasa masakan saya dan mak saya? ;)




 Oh, dah tentu-tentu duit raya akan disediakan untuk anak-anak pembaca sekalian. Bukan ke itu dah jadi amalan. Dan untuk mak pak nya saya beri ini  sebagai cenderahati. Dah menjadi budaya kami untuk melayan tetamu dengan sebaik-baik layanan. InsyaAllah, kamu kamu semua takkan serik untuk bertandang ke rumah saya lagi. ;)




*Ribuan terima kasih kepada Abg Ben Ashaari atas program jelajah ini. ;) 


Monday, June 21, 2010

~ Hepi 2nd Anniversary ~

Hai again...




Actually aku dah lama nak masukkan entri ni tapi sebab terkena time cuti skola kan. so tu yang terlajak sampai 2 minggu. entri pasal apa? tu yang kat tajuk tu. haaa korang tak tau kan yang our marriage dah masuk ke tahun yang kedua. pejam celik pejam celik dah 2 tahun. aku rasa macam baru semalam je bersanding. haha. perasan gila. serius kitorang masih dalam mood honeymoon lagi. rasa syok je. 





Sebelum tu lupa nak mention. anniversary kitorang 7 Jun 2010. dah setting awal-awal dulu kawin time cuti skola. so tiap tahun mesti celebrate time cuti. kan best tu. hehe. tapi tahun ni kitorang takde la celebrate gila-gila. sebab hari sejarah tu kitorang dalam kete on the way nak balik ke Kluang. incek hubby wish dalam kete,



"Hepi Anniversary yang kedua sayang. Thanx sebab bertahan jadi wife abang selama 2 tahun."



Simple but sweet and so touching. seriously aku bukan jenis yang suka mintak-mintak. kalo dia bagi, aku amik. kalo tak, aku tak kisah. aku rasa dengan wishes camtu pun boleh buat aku angau and tersenyum sampai malam. u know why? sebab orang laki ni bukan suka sangat nak luahkan perasaan dia tu. mahal gila. so bila sesekali diorang luahkan, korang akan rasa syoooookkk sangat. kan? kan? haaa yang dah kawin mesti setuju dengan aku.




Maybe sebab tula kot incek hubby belikan aku macam-macam a week after that. actually barang-barang yang dia belikan tu pun bukan aku yang beria-ia nak. memang incek hubby dah tau apa yang aku suka. macam sandal tu memang dah lama aku cakap nak beli. nak yang jenis comfort. that's why hari tu dia ajak gak aku pegi pilih. nak beli Hush Puppies tapi sume pattern lama. so lastly ter-ber-kenan dengan Scholl. yang penting selesa. aku tau mesti korang cakap "eleh, kata tak suka mintak-mintak, tapi sekali beli yang mahal terus." meh aku cite sikit. sebelum ni aku suka beli kasut or sandal jenis macam kat Vincci camtu. tapi sume tak tahan lama. pastu buat kaki aku sakit. so incek hubby yang ajar aku pakai sandal jenis comfort camtu. mahal tapi tahan lama. tak gitu? so harap jangan salah menilai aku ye. ;P




Ok, berbalik cite pasal anniversary aku tu. eh takde apa sebenarnya nak cite. hehe. sebab time tu sampai Kluang je dah malam. incek hubby kalo pas drive terus melepek. penat katanya. haih. sebelum beli kete baru mengeluh penat drive manual. bila dah beli kete auto, mengeluh gak. abis nak camno? naik kapal terbang? hehe. sedap je kan aku kutuk. aku baru drive dari Lipis ke Jengka yang dalam 2 jam tu je pun dah monyok je muka. apa lagila ke Kluang yang makan masa dekat 6 jam tu. huh. patah pinggang. 




Cuma anniversary kali ni kami dah mula memikirkan untuk tambah ahli keluarga. ceceh. blushing. yela umur pun makin meningkat kan. nak tunggu apa lagi. so we all kena buat sesuatu la. sesuatu tu apa? jeng jeng jeng. hahaha. no lah. sekarang ni kena aim untuk ada anak plakla. dah puas kot honeymoon berdua 2 tahun. rasa sunyi gak bila takde baby. tapi kadang-kadang terfikir gak 'dah ready ke aku'? korang doa-doakan la ek. mana tau mulut masing-masing masin. tahun depan korang dapatla anak buah. hehe. aminnnn.




* Anak takde tapi nama dah ada. heh. ;P




 

Tuesday, May 18, 2010

~ Cepatnya Masa Berlalu ~


Hai...



Happy Belated Teacher's Day...hehe...lambat sikit post entri pasal Hari Guru ni...almaklum jela kan...macam yang aku tulis dalam entri sebelum ni tulah...busy sampai tak sempat nak bukak laptop...nama pun cikgu... :P




Sedar tak sedar rupanya dah 2 kali aku sambut Hari Guru...dan maknanya dah hampir 2 tahun gak aku bergelar seorang Guru...wahhhh macam tak caya pun ada gak...aku rasa macam baru semalam je posting...hehe...dan sedar tak sedar gak aku dah jadi cikgu senior (sikitlah) sebab ada cikgu lain yang baru posting...hehe...




Semalam (Isnin) kat sekolah ada sambutan Hari Guru...meriah gaklah...Pengawas yang uruskan kebanyakan aktiviti untuk cikgu...ramai gaklah cikgu yang sporting main game yang disediakan...aku pun sama...aku main game 'Bolaku Sayang'...mula-mula dengar nama je aku dah tergelak...rupanya main ala-ala main netball je...cuma takde peraturan...so kalau kau nak sepak kaki orang ke takpe...sebab takde kad...hahaha...memang asyik ketawa jela kitorang semalam...




Paling best masa semua cikgu naik pentas nyanyi lagu 'Kami Guru Malaysia' dengan lagu tema tahun ni 'Guru Pembina Negara Bangsa'...semangat betul...plak tu dengan semua pakai baju kaler hijau (tema tahun ni)...memang dapat sorakan la dari student...hehe...malu...




Then aku terfikir sepanjang hampir 2 tahun ni apa sumbangan yang aku dah bagi pada pelajar-pelajar...ikhlas ke ilmu yang aku sampaikan?? betul ke cara aku mendidik anak-anak bangsa?? ye, aku bermuhasabah diri untuk melihat setiap kelemahan dan kekurangan yang perlu aku perbaiki dari masa ke masa untuk membantu mendidik pelajar yang bakal menjadi pemimpin satu hari nanti...doakan aku semoga terus kuat dan tabah ye... :)




Masa 16 Mei hari tu aku dapat banyak ucapan Hari Guru...dan ini salah satu mesej yang sangat menarik hati aku yang diberi oleh seorang kawan lama...




"Apakah cita-cita anda sblm jd guru? Mejistret? Loyar? Enjiniar? Anda menyesal jd guru? Cuba lihat, ada x loyar yg sggup pkai topi arkitek? Ada x mejistret yang brani sarung kot doktor? Tp guru adalah SEMUA itu. Guru la doktor bila budak sakit, loyar bila parents soal, mejistret bila budak bgaduh. Hatta security guard & AHLI NUJUM pun guru juga! Oleh itu, banggalah jadi cikgu. SELAMAT HARI GURU."




Menarik kan? dan bila difikir-fikir balik memang betul...sebab itulah kerjaya guru ni dipandang mulia...sampai dah pencen pun orang masih panggil 'cikgu' lagi...dan semua ni buat aku makin sayang dengan kerjaya aku sekarang...semoga dengan keikhlasan aku memberi ilmu kepada anak-anak bangsa, hidup aku dirahmati dan diberkati oleh Allah S.W.T...InsyaAllah... :)



* Terharu tiap kali pelajar wish "Selamat Hari Guru, Cikgu...Terima Kasih Cikgu"




Monday, May 10, 2010

~ Hari Ibu Yang Lupa ~

Happy Mother's Day...!!!



Kepada semua ibu dan bakal-bakal ibu di mana saja anda berada...


Bagi diri aku sendiri, tahun ni mungkin aku masih tak layak untuk menyambut Hari Ibu...tapi insyaAllah aku tetap berdoa dan berharap agar tahun depan rezeki aku dimurahkan dan dapatlah menyambut Hari Ibu buat kali pertama...



So tahun ni mak aku lah yang diraikan oleh tiga orang anak daranya (sorang je anak dara, dua lagi mak dara) hehehe...mulanya aku dah plan dengan kakak aku nak belikan mak handbag...sebab mak sangat suka dengan handbag...aku rasa collection dia lebih banyak dari aku...hehehe...kebetulan pulak minggu tu aku balik Kluang...so ingat bolehlah survey handbag kat Kluang Mall...




TAPI....!!!!




Apa yang aku planning tu tak kesampaian...dengan kakak aku yang tak berapa sihat (pregnant + demam), maka tak dapatlah kami pergi cari handbag tu...aku dah berkobar-kobar...tapi bila takde geng, aku pun terus malasla...lagi satu, sebab aku tak berapa sure dengan taste handbag mak...mak ni cerewet sikit...hehehe...kakak aku lebih taulah taste mak...tapi bila dia dah demam, terus tak jadi...




Lepas tu, aku terus lupa langsung pasal Hari Ibu...sebab lebih banyak habiskan masa dengan family borak-borak, lepak-lepak kat rumah...bila dah balik Lipis, tiba-tiba kakak aku mesej tanya,




"Ko kata nak belikan mak hadiah...mana hadiahnya...??"




Aku terkujat-kujat baca mesej tu...sebab terlupa sangat-sangat...terus rasa bersalah yang amat sangat...lepas tu aku mesej kakak aku suruh dia pergi kedai kek, beli kek yang special (kalau ada), lepas tu celebrate la...lepas tu aku mulalah fikir yang bukan-bukan...mak mesti kecik hati...sebab sebelum ni tiap tahun memang kita orang akan sambut apa-apa je hari yang special yang bersangkut-paut dengan mak dan ayah...Hari Ibu ke, Hari Bapa ke, Birthday dah semestinya...sekurang-kurangnya kek mesti ada...tapi tahun ni, aku LUPAAAA...teruk kan...???




Lepas tu, tiba-tiba aku teringat yang birthday mak 9 Jun ni...so awal-awal aku dah plan nak tebus balik atas keterlupaan aku ni...aku janji kat diri aku sendiri akan hadiahkan mak present yang sangat special la...insyaAllah...dan untuk tahun-tahun yang seterusnya, aku janji juga aku takkan lupa untuk meraikan mak dan ayah yang banyak berkorban untuk aku...dan peringatan juga untuk diri aku,



'Hargailah seseorang itu sementara masih ada'




Mak...Selamat Hari Ibu...Mmmmuuaaahhh!!! :'(



* Gambar sedikit kabur...


Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat