Showing posts with label motivation. Show all posts
Showing posts with label motivation. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

Alhamdulillah. Rezeki dari Allah.

Morning all. sihat?



Tetiba terbau lauk masak asam pedas. ni mesti bau dari kantin ni. almaklumlah ofis dekat je dengan kantin. hehe. orang belah pantai timur ni memang dah rutin makan berat belah pagi. me cuba gak try tapi tak leh masuklah. selera belum terbukak nak makan berat-berat time camni. kul 12 kang barulah cari nasi. 


Ops, me bukan nak cite pasal nasi sebenarnya. cuma nak share kegembiraan dengan kawan-kawan. rasa bersyukur sangat sebab diberi rezeki melimpah ruah sejak kebelakangan ni. Alhamdulillah setakat ni apa yang diusahakan dengan sepenuh hati diberikan ganjaran oleh Allah. me yakin kalo kita nak sesuatu tu, dan kita usahakan bersungguh-sungguh, InsyaAllah akan mendatangkan hasil.



Rezeki takkan datang bergolek kalo kita cuma tunggu dan lihat. semuanya memerlukan langkah pertama. takkan nak tunggu bulan jatuh ke riba. macam gaji bulan-bulan yang kita dapat tu pun datangnya dari hasil usaha kita bekerja. kalo orang yang tak bekerja boleh dapat duit dari langit ke? *tak termasuk orang yang makan gaji buta. ;)


So, nak taknak kalo kita nakkan sesuatu hasil tu, kita kena la menuainya terlebih dulu. isi baja yang bagus-bagus, pencahayaan yang sempurna. InsyaAllah bila tiba masanya nanti, buah yang terhasil mesti dari kualiti yang bagus-bagus juga. hasilnya memang lumayan pakkk.



Bila rezeki makin bertambah ni, semangat nak berusaha tu pun semakin kuat. yela, dah ada peluang depan mata. kenapa taknak gunakan lagi? ibaratnya, mata dah mengantuk sangat, tapi sanggup tolak bantal yang diberi. kan best tido guna bantal. tu ibarat je. 


So ape lagi kawan-kawan? jomlah berusaha dengan saya. usaha membawa kejayaan. ;)



Friday, January 7, 2011

Long time no see!

Hai. gud morning sume. pekabo? sihat? ;)



Pehhh! lame gila aku tak berblogging. ade la hampir 2 bulan. mesti ramai yang rindu-rinduan kat aku kan. uhuk! batuk lak. serius sepanjang cuti sekolah memang aku tak online blog langsung. FB pun kengkadang je aku jenguk. memang aku cuti secuti-cutinya. happening sungguh!


Most of the holidays aku stay kat umah mak aku kat Kluang. sebulan gakla duk sana. tu tak termasuk yang kena pegi kursus time cuti, pegi anta adik ipar bertunang kat Penang. baru tahun nilah aku rase heaven betul bercuti. dapat spent a lot of time dengan family. akibatnya, mood nak mulakan kerja hilang tah kemana. yela, mase cuti bangun pagi pun matahari dah tegak atas kepala. hari keje, ayam belum berkokok aku dah start enjin kete. haihh!



Minggu pertama keje as usual memang quite busy la. sebab aku kena handle Minggu Orientasi untuk students Form 1 yang baru masuk. alaaa cinonet je diorang ni. geram aku tengok. ade sorang tu (student Asli), a boy, aku tengok asik tundukkan kepala je. pastu landing kepala atas tangan kat kerusi member depan die. aku ingat die membuta. bila kejut, langsung takde respon. yang ada cuma badan tersengguk-sengguk. laaaa nangis rupenye. so aku biarkan jela.


Pas diorang rehat, aku tengok boy tadi dah cool. dah kenyang agaknye. so friend of mine tanya 'kenapa?'. sebab die asik duk pandang cikgu-cikgu (termasuk aku) yang duk belakang die. terus die jawab 'nak balik'. alahaiiii sayunya. berkaca-kaca mata die. aku tanya plak 'kenapa nak balik?'. die balas 'rindu'. uhuk! aku terus panggil die duk mengadap kitorang. then borak-borak. oohhh rupanya boy ni anak sulung. die cakap die rindu kat ayah die. kat adik-adik die pun same. hadoii! aku tak leh la tengok bebudak sedih camni. sayu hati tau. cikgu pun rindu mak ayah cikgu gak! uwaaaaaaa!



Masuk hari kedua & ketiga boy tu dah ok. maybe mula-mula masih tak dapat sesuaikan diri lagi. dah dapat kaki sok, silap-silap taknak balik plak. yela, bebudak ni majoritinya tak pernah duk asrama. tak pernah berjauhan dengan family. bila kecik-kecik lagi dah kena duk jauh dari family, maunya tak sedih kan. kat umah even mak marah-marah pun tapi ade depan mata. bila dah takde depan mata, mula la rase macam-macam. takpela dikk, belajar berdikari kay!


Bukan macam cikgu. start berjauhan dengan family mase dapat offer ke UPSI. itu pun mase mak ayah nak balik, pakat peluk cium nangis bagai. macam nak ikut balik sama. padahala mase tu umur dah 20 tahun! malu aku dengan boy tadi. muahahaha. yela, dulu mase sekolah tak berapa jauh dari rumah. mula-mula ayah hantar. pastu naik van plak. memang tak terfikir nak duk asrama. sooo, bagi adik-adik cikgu yang kecik-kecik lagi dah kena duk jauh dengan mak ayah, ingatlah yang kita perlu berkorban untuk berjaya. bila dah berjaya, bolehla bantu family dan senangkan diorang.


Oh ye, rasanya masih tak terlewat lagi untuk aku ucapkan "Selamat Tahun Baru 2011". walaupun dah 7 hari berlalu. ;) semoga dengan bermulanya tahun baru ni, kita dapat buka buku baru. buku yang lebih berwarna-warni dan dipenuhi dengan coretan manis hendaknya. InsyaAllah. 



Buat adik-adik cikgu, mulakan hari dengan semangat dan azam baru. masih belum terlambat untuk berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang hujung tahun ini. cikgu akan sentiasa mendoakan kalian. ;)



Thursday, November 11, 2010

~ Terasa macam siswa ~



Salam kawan-kawan.



Baru je siap cari bahan assignment untuk Kursus Induksi nanti. rasa macam kembali ke alam siswa dulu-dulu plak. hehe. bila deadline nak hantar assignment dah makin dekat, 24 jam mengadap laptop cari bahan. mase tu dah takde masa nak ke library. sume klik di hujung jari je.


Tapi kali ni, awal-awal lagi aku dah prepare. ade mase lebih kurang 2 minggu lagi sebelum Kursus Induksi kat Hotel Seri Malaysia Rompin. assignment ni kena hantar mase kursus nanti. aku buat awal ni bersebab. kan minggu depan dah Raya Haji. so, hari raya adalah hari di mana buku-buku atau laptop dilarang buka. kita harus berjimba-jimba sepuasnya ok!



Lagi 1 sebab aku siapkan awal assignment ni, ade berpuluh nota aku kena study untuk jawab exam masa kursus nanti. serius banyak gila. nota disediakan dalam bentuk powerpoint. setiap 1 nota tu ade beratus slide. korang boleh bayangkan keserabutan otak aku camne nanti? bayangkan!


Mula-mula dapat nota tu aku dah ade rase 'alahhh takyah study pun takpe. takkan la susah sangat kot'. tetiba Pegawai JPN tu cakap tiap tahun ramai yang tak lulus exam Kursus Induksi. repeat sampai 3 kali. lepas 3 kali pun masih failed gak (kira tahap malas gile + bangang), ko akan di-terminate-kan daripada kursus. kira tak boleh sah jawatan la. uissshhh seriau aku dengar. tapi setakat ni takde lagila kes camtu. ke dia sengaja nak takut-takutkan kitorang?



So, aku fikir-fikir balik, kena ade strategi (cewah!) untuk study sume nota tu. mau juling biji mata kalo baca sume skali. silap-silap incek hubby lari balik umah mak die sebab tak dapat layanan yang secukupnya. muahahaha. takpela dear, berkorban sikit ye. tak lama. 2 minggu je. ;D


Then, ape strateginya? errr masih takde lagi. tengah duk fikir. tah sampai bila nak dapat tah. dahla kena study guna laptop. nak print mau berjuta kertas A4 nak guna. rugi ink woo. maybe aku akan study ikut mane yang penting dulu kot. tapi sume macam penting. adeh!



Takpe, slow-slow. jangan gelabah sangat mengalahkan budak nak amik exam SPM. diorang pun selamba badak je riang-ria. study setakat yang ko mampu. kalo dah tepu sangat, berhenti jela. dipaksa-paksa pun tak guna kalo sumenye tak masuk kepala otak. 


Dulu masa zaman sekolah & universiti, aku memang kaki study last minute. seminggu sebelum exam aku masih goyang kaki lagi. esok nak exam, hari ni baru aku macam ayam berak kapur. mulela risau macam nak mati. hasilnya, result memang gempak! gempak sampai rasa nak kena hempuk!



So, bila dah bekerja ni, cara buat kerja pun kena la berubah kan. tak bolehla buat kerja last minute lagi. macam hari ni. 1 assignment dah setel. dia minta 15 helai, aku bantai 20 helai. hamikkk! kalo tak lulus gak tu tak taula. hahaha. bila dah setel 1 keje yang penting, beban pun rasa makin kurang. boleh mula study untuk exam plak. keje-keje kat skola pun dah hampir setel. lega!



* Tak sabarnya nak cuti!!!



Thursday, November 4, 2010

~ Mereka masih belum nampak ~



Hai again.



Ye, mereka masih belum nampak lagi. nampak ape? mereka masih belum nampak siapa diri mereka dan di mana mereka berada untuk 5 atau 10 tahun akan datang. sebab tulah mereka bersikap dan berperangai seperti sekarang. kalau mereka tau, mungkin dah lama mereka berubah.



Mereka tu siapa? siapa-siapa saja boleh jadi 'mereka' itu. kamu, kamu atau kamu. ye, kamu yang toleh kiri dan kanan tu. saya bercakap sama kamu la. erkkk malu sudah.



Ok, fokus. 'mereka' yang aku maksudkan dalam entri ni adalah pelajar-pelajar yang masih bersekolah sekarang. atau lebih khusus lagi, pelajar sekolah aku. ape yang aku nampak, sikap dan perangai kebanyakan daripada mereka sekarang ni tak menggambarkan sebagai seorang pelajar. nawaitu datang ke sekolah dah tersasar.



Bila ditanya, rata-rata terdiam langsung tak tau nak cakap apa. ye, dah pasti niat mereka datang ke sekolah untuk berjumpa dengan kawan-kawan. dan berjimba-jimba jika tiada cikgu di kelas. tak perlu tanya dah tau jawapan mereka. mereka datang ke sekolah kerana disuruh oleh ibu bapa. itupun setelah dipaksa, dimarah, dirotan, dicubit. kalau tak, tidur di rumah itu lebih menyeronokkan.



Ye, mungkin mereka masih belum nampak lagi di mana mereka 5 tahun akan datang. siapa diri mereka 10 tahun kelak. tapi takkan nak tunggu hingga 5 atau 10 tahun lagi baru nak sedar? bukan ke masa tu dah agak terlewat? jadi, siapa yang perlu menyedarkan mereka-mereka itu untuk berubah sebelum terlambat? aku kah? mereka kah? ibu bapa mereka kah?



Semuanya perlu memainkan peranan masing-masing. di sekolah, aku dan guru-guru lain tak putus-putus beri sokongan moral dan motivasi untuk menyedarkan mereka betapa pentingnya pendidikan ini. proses pembelajaran tidak terhenti setakat SPM ataupun STPM. ianya berterusan hingga ke liang lahad. di rumah pula, tugas itu disambung semula oleh ibu bapa. bukan ke ibu bapa yang perlu mencorakkan hidup anak sejak mereka kecil lagi?



Oh, di atas itu cuma sokongan luar. yang paling penting adalah diri sendiri. jika diri sendiri ingin berubah, pasti boleh. cuma nak dengan taknak je. sekuat mana pun sokongan luar diberikan, jika diri sendiri menolak, memang takkan ke mana. jadi, tepuk dada, tanya iman. dah tak boleh tanya selera lagi.



Sekarang ni, tugas aku adalah terus memberikan sokongan dan kesedaran kepada mereka-mereka yang dimaksudkan. perkara yang wajib dibincangkan dah semestinya berkaitan hala tuju mereka selepas persekolahan. biar mereka fikir dan renungkan di mana mereka ingin berada pada 5 aau 10 tahun akan datang. masih di kampung kah? atau sedang menuntut ilmu di menara gading? itu mereka yang tentukan.



Kalau masih tak nampak lagi, pegi kedai cermin mata, cek mata. maybe kena pakai spek kaca 5 inci tebal. ataupun hantuk kepala kat dinding dan tanya dinding tu kenapa la aku ni lembab sangat. mungkin akan timbul kesedaran di situ. *ibu bapa dilarang meniru aksi ini.




* Kadang-kadang habis cara nak bantu 'mereka'. 



Wednesday, November 3, 2010

~ Dah mencuba tapi masih tak dapat zuriat? ~



Morning sume.



Sori banyak-banyak sebab dah lama menyepikan diri. sibukla yang oi. cuti sekolah nak dekat ni memang banyak keje kena setel. pastu bolehla riang-ria bercuti tanpa fikir pasal keje. tapi boleh ke tak fikir pasal keje? confirm tak boleh. kena fikir untuk taun depan lak. takkan habis!



Oh, aku bukan nak membebel tak tentu hala di pagi hari yang indah ni ye. cuma nak share tips berguna untuk kawan-kawan yang senasib. aku baru je pas blogwalking baca entri baru kawan-kawan. tetiba terjumpa 1 entri yang aku rasa sangat-sangat berguna untuk aku dan yang lain-lain.



Entri ape?




Entri pasal tips-tips untuk mendapatan zuriat. tak salah mencuba kan. banyak rupanya ayat-ayat Al-Quran yang kita boleh amalkan untuk memudahkan mendapat zuriat. kita berusaha, selebihnya Allah yang akan tentukan. yang penting jangan cepat putus asa. sebab bila kita putus asa, bermakna kita juga tak percaya pada rezeki Allah. semua yang berlaku mesti ade hikmahnya.



So, sape-sape yang rasa nak cuba tips-tips tu, bolehla jenguk blog MAMA IZZ



Mana la tau usaha kali ni berjaya kan. korang gak yang beruntung. aku pun nak cuba gak. tips ni mudah dan tak perlu kuarkan duit. cuma perlukan sedikit masa dan kesabaran je. so, ape lagi. pegila jenguk-jenguk.



Thanx MAMA IZZ sebab kongsi tips yang sangat-sangat berguna tu. kalo ade petua lagi, share lagi ek. hehe. sharing is caring katanya.



* Tak pernah putus asa mencuba.


Thursday, September 23, 2010

~ Hari yang paling bernasib baik ~



Salam sume.



Korang penah tak alami situasi di mana sehari tu smooth je perjalanan hidup korang. ape yang korang plan sume jadi dengan baik. takde halangan. penah tak?







Semalam adalah hari paling bernasib baik untuk aku. dari pagi nak pegi keje lagi. biasenye sepanjang drive tu ade je lori balak la, lori kelapa sawit la yang menghalang aku nak cepat ke skola. tapi hari tu jalan sangat lengang. kalo ade kete slow pun, tak lama pastu die ke arah lain. seolah-olah die bagi jalan kat aku.





Kat tempat keje pun sume berjalan dengan baik. sampai la waktu balik. actually sebelum balik GPK HEM aku mintak tolong aku gantikan die untuk attend meeting kat PPD. meeting stat kul 3 petang. skali aku tengok jam, alamak! dah nak dekat kul 2! nak kena renew lesen memandu lagi ni.




Aku dibenarkan balik awal. ikutkan kul 2.40 baru leh balik. tapi almaklumlah kan. dari skola aku nak ke PPD dah lebih setengah jam. aku pun ape lagi. bawak kete macam lipas kudung la. lipas kudung pun tak laju camtu. semata-mata nak kejarkan waktu nak pegi pejabat pos.






Sampai kat bandar Lipis aku tengok jam kul 2.30. huihhh sempat lagi. sampai je depan pejabat pos, betul-betul ade kete nak kuar. memang right timing la. aku pun, trus la bagi signal. tu kalo aku lambat sesaat tu kompom dah ade yang masuk. memang menjadi tempat kegemaran ramai tu.


 
Masuk pejabat pos, tengok orang boleh tahan ramai. kaunter lak buka 1 je. adoiyai. aku tekan no giliran. tetiba, eh! no sape yang tercicir ni? aku tengok no giliran 1175. aku jeling plak kat board kaunter. hah? sekarang dah no 1174. aku ape lagi. trus amik no giliran yang tercicir tu. aku yakin bukan sape-sape punya. maybe orang sebelum tu malas nak tunggu then die tinggalkan kat situ. 



Alhamdulillah. rezeki aku. even orang-orang kat situ macam pelik sebab aku baru masuk, pastu baru lak tekan no giliran. tetiba aku lak yang dapat dulu. hehehe. no giliran yang aku dah tekan tu aku letak balik kat situ. orang lain leh guna plak. 



Masa tu aku dah mula terfikir senangnya urusan aku hari ni. takde halangan. mungkin Allah nak permudahkan hari aku. Dia tau aku dalam kesulitan sebab nak mengejar masa. tengok jam dah kul 2.45. aku pun drive slow-slow ke PPD sebab dah tak jauh. belum kul 3 dah sampai. orang pun masih tak ramai.



Malam tu plak, skola incek hubby ade buat annual dinner sempena majlis perpisahan pengetua. kat hotel. ade plak cabutan no bertuah. nak dijadikan cite, hari bertuah aku masih berterusan. aku ngan incek hubby, dua-dua dapat cabutan no bertuah. biasenye susah nau aku nak dapat tau. kalo incek hubby memang selalu sangat dapat. die memang bertuah abis.



Untuk hari yang sangat bertuah semalam, aku bersyukur pada Allah kerana mempermudahkan urusan aku. mungkin itu hikmah di atas kesabaran aku dan juga bantuan aku untuk menggantikan GPK HEM ke meeting. Alhamdulillah!!






* Harap akan lebih bertuah untuk hari-hari seterusnya. aminnn.



Wednesday, August 25, 2010

~ Ade ape dengan Master? ~



Salam sume.




Actually hidung saya masih lagi kebasahan dek selsema. tapi disebabkan keinginan untuk merapu semakin kuat, maka saya gagahkan juga.



* lap hingus jap *




Ok, sambung balik. semalam petang kan, tetiba incek hubby tanya aku nak tak sambung belajar ke peringkat Master. sebelum ni memang kitorang ade plan nak sambung belajar same-same tapi bukan dalam waktu terdekatla. sebab aku masih rase sangat malas nak mengadap buku dan buat esaimen. 



* Dengan incek hubby masa konvo degree kat UPSI.


Pastu aku tanya die nak belajar ke. die cakap memang nak. sebab sekarang ni dah kuar pekeliling baru mengenai pegawai perkhidmatan awam yang nak sambung belajar ke peringkat Master leh amik sepenuh masa dan dapat gaji penuh. sebelum ni setau aku kalo amik full-time gaji dipotong separuh.



* Time hubby lak konvo. jarak sehari je dengan die. ;)

 

Aku bukan taknak amik yang part-time. tapi tak laratla nak berkejar ke sana ke mari time weekend. hari biase keje, hari cuti lak belajar. pengsan woo. maybe orang lain boleh, tapi aku serius memang tak mampu. aku takut nanti dua-dua tercicir. 



* Nilah saya. sila jangan pening lihat pic ini. ini tangan ayah saya punya angkara.

 

So bila dengar pasal tu, aku mula rase bersemangat nak sambung belajar. yela, tak keje tapi gaji tetap masuk. cuma aku tak confirm lagi pasal hal ni. aku try cari pekeliling tu dalam website KPM tapi tak jumpe. incek hubby cakap die baca kat skola die. so, aku suh die fotostat 1 copy then bawak balik umah. kena baca detail dulu. jangan main sebat je.



* Wahh hebat. kecik-kecik dah amik ijazah.


 
Korang rase patut ke aku sambung Master ek? ape kelebihannya? memang sekarang ni kalo korang tengok orang-orang yang dah berumur pun masih tak penat belajar. kat mane-mane U ade je golongan warga emas ni kan. so, takkan kita yang muda belia cun ni nak sia-siakan peluang yang datang.



Ramai yang nasihatkan aku suh amik Master. sementara takde anak lagi katanya. betul gak kan. kalo dah ade anak nanti susah la plak nak kene usung pegi klas. dah bergilir dengan mak paknya bagi susu. haha. tak leh bayangkan.




Actually aku memang plan taknak duk lame-lame kat skola. aku nak bekerja di luar skola. macam kolej ke, U ke, mane-mane institusi ke. sebab bagi aku bekerja di luar lebih memberi kebebasan dan kepuasan. tu bagi aku la. bagi orang lain maybe lebih suka duk skola di samping kanak-kanak ribena.



So sekarang ni kitorang masih me-nimbang-tara-kan peluang ni. macam-macam aspek kena amik kira. nak pilih U mana, bila waktu yang paling sesuai. dan yang paling penting, persediaan dari aspek fizikal & mental. almaklumlah, dah dekat 3 tahun tak perah otak untuk buat esaimen & ngadap exam. mesti dah tepu kan. nak kena asah balik.




Maybe kalo aku sambung belajar balik pun, kali ni mesti lebih bersemangat kot sebab ade incek hubby even course kitorang tak same. die bahagian sport. aku lak psikologi. tak kisahla. janji die ade depan mata aku. ngengada kan? 




* So, what say u? ;)


Monday, August 2, 2010

~ First time dapat award!! Thanx Aleya! ~



My First Award > Interesting Blog Award






1.Thanks and link the person that tagged you.
 Thanx a lot kepada ALEYA sebab sudi menganugerahkan (wahh gitu) award ni untuk blog yang masih mentah ni. muah muah untuk kamu! ;)



2.Tag 15 bloggers you've recently discovered and think fantastic.
 Ramai plak kan nak kene tag sampai 15 orang. ok i try. ;)
Sue 
3.Contact that blogs and let them know they have been tagged.
Ok, mudah saja. ;)


4.State 7 things about yourself
** Independent woman **
** Suara lembut tapi bila ketawa mengalahkan pontianak **
** Ditakdirkan menjadi Kaunselor **
** Cepat marah, cepat sejuk **
** Boleh tahan kuat cemburunya **
** Kadang-kadang terlalu pemalu sampai menyusahkan **
** Tak suka sepah-sepah **


 <7 je ke? alahai sikit benor>



Makasih Aleya!!! ;)


 

Monday, July 19, 2010

~ Malasnya nak buka buku balik ~

Hai again...




Malas nak buka buku? buku ape? kenapa malas? haihh. banyak no soalan.




Aku cite dari awal la. bukan ape. ramai dah kawan-kawan aku mase study kat UPSI dulu dah mula sambung MASTER. rajin betul diorang kan. aku bile mengingatkan nak buat assignment, pastu nak exam lagi, terus jadi takde mood.






Plak tu kalo amik Master mesti amik part-time kan. weekdays keje, weekend berkejar plak ke U. penat tu. aku takut nanti tak ter-handle keje kat skola ni. macam rakan kaunselor aku sorang ni. die sekarang tengah sambung Master la. kat KIPSAS Kuantan. under UPSI. aku tengok bile datang time busy die tu memang berserabut abis. muka dah macam muncung tikus.






Aku taknak jadi camtula. punyela kejarkan sangat title Master tu, sampai terkejar-kejar. bukan aku taknak perbaiki life aku ke peringkat yang lebih tinggi, tapi mungkin belum sampai masenye kot. aku masih belum sepenuh hati lagi. 






Ramai gak yang sibuk ajak aku amik same-same. ade member katenye. pasal yuran aku tak kisah sangat. sebab leh buat loan. tak mahal sangat. kalo nak amik full-time plak, gaji aku kene potong separuh. uiihhh banyak tu. tak mau la aku. 






Aku ade gak cakap kat incek hubby biar die dulu yang sambung blaja. aku nanti-nantila. tapi die pun macam malas je. aku pahamla die lagi sibuk sebagai cikgu sukan. sedangkan program skola pun ade yang tak terkejar, ape lagila nak ngadap assignment. silap-silap aku yang kene ngadap komputer, die yang dapat sijil dekan. 






So, bila dah fikir masak-masak tu, aku tunggu dulula. aku nak tunggu sampai sah jawatan dulu. pastu baru senang nak buat ape-ape. selagi tak sah ni aku rase macam menumpang plak. hehe. boleh ke? maybe tahun depan sahla aku. InsyaAllah kalo takde masalah. harap-harap takdela.




* Pas Master, PHD plak. blaja selagi mampu.



Tuesday, July 6, 2010

~ Darah naik, pahala kurang ~

Hai all...




Pagi-pagi tadi aku dah bebel melepaskan geram kan. tetibe aku teringat yang hari ni aku pose. ishhh tak pasal-pasal pahala aku kurang sebab marahkan cik kak polis tu punye pasal. 




So sekarang ni kene beristighfar banyak-banyak. time-time pose ni even pose ganti tak lehla nak hangin je. kene rilek. kang pahala kurang, darah plak yang mencanak-canak.




Emm cite pasal darah kan, sejak seminggu dua ni kepala aku kerap gakla melayang-layang. rasa macam nak pitam. korang penah rasa tak kalo tengah baring, tetibe korang terus bangun. korang akan rasa macam nak tumbang kan. aku rasa camtu la. bukan takat nak bangun. kadang-kadang tengah baring mengiring belah kiri, nak pusing ke belah kanan pun dah mula berpinar-pinar mata aku. kene pejam mata jap, pastu baru ok. aku syak 2 benda je. kalo tak darah tinggi, darah rendah. dulu aku memang penah kene tekanan darah rendah. 




Pastu maybe faktor pemakanan gakla. aku perasan kalo aku makan fast food pastu mesti kepala rasa lain macam. tapi aku bukanla kerap makan makanan ringan camtu. kekadang je bile teringin. tapi aku akan pastikan tiap hari sekurang-kurangnya sekali aku akan makan nasi. kalo tak dapat nasi aku rasa macam tak best je. macam tak puas makan. so kalo siang dah dapat nasi, malam aku makan macam mi ke, yang tak berat sangatla. ehh bukan sebab diet ye. aku ni dah tinggal rangka je. takde lemak dah nak buang. hahaha.




Ditambah dengan pose lak ni. incek hubby dah risau je takut berat badan aku makin turun. dahla nak naik kemain susah. puas aku telan suplemen nak tambah berat badan. pi mai pi mai tang tu gak. orang lain sibuk nak kurus, aku lak sibuk nak gemuk. mau nangis diorang bace entri aku ni. hehehe. tahla ek. akak ngan adik aku sume badan leh tahan semangat. aku jek yang lain pesen. jari kaki tangan kemain panjang. incek hubby slalu kutuk tapak kaki aku panjang. dah nak same dengan kaki die. cissssss. ni jenis kaki model tau! haha.





Tapi hakikatnya gemuk ke kurus ke, tak penting. yang penting tubuh badan sihat. kalo kurus melidi tapi penyakit ibarat tunggu panggilan kubur baik takyah. kalo gemuk pun pastikanla tak sampai ke obesiti. sebab bile dah gemuk lagi senang nak dapat penyakit. biar yang sedang-sedang aje. sedap nak dipeluk sudah. pastu kalo yang badan saiz XXL tu nak kurus, guna la cara yang betul yang tak memudaratkan diri sendiri. jumpa doktor dulu mintak nasihat. jangan ko main sebat sume benda yang kata leh buat ko kurus. kang kurus tak dapat, sakit yang ko tanggung. 




* Banyak makan tapi sume pegi tang perut. muncitttt!!! ;(



Tuesday, May 25, 2010

~ Wake up guys ~

Hai...




Aku baru pas relief klas 5E tadi. diorang tengah exam P2. subjek P.Islam / P. Moral. klas 5E ni ramai budaknye. 1 klas 35 orang. tak ke penuh tu. klas ni boleh di'kategori'kan klas yang agak bermasalah skit. budak-budak malas nak belajar. padahal diorang bukan tak pandai pun. cuma maybe diorang tak sedar potensi yang ada dalam diri diorang tu.




Mula-mula masuk aku terus bagi kertas soalan. exam start 5 minit lagi. aku bacalah arahan skit even dah terpampang kat muka depan kertas tu. manela tau diorang malas nak baca. baru aku terfikir camtu dah ade yang tanya jawapan nak tulis kat mana. kan aku dah cakap.




Baru start jawab 15 minit aku tengok dah ada yang lentok kepala atas meja, termenung, toleh kawan sebelah. aku cube la tengok soalan-soalannya. takde la plak kena kira ke, nak formula ke. yela dah namanye P. Islam. takkan tak leh jawab kot. tapi aku fikir rasional balik. tahap pemikiran aku dengan diorang tak same. mase aku seusia diorang pun aku blur-blur anak ayam gak kan. tapi takdela baru 15 minit dah terlentok. kalau lagi 15 minit nak abis masa baru terlentok takpe.




Pastu aku peratikan diorang ni macam ada potensi besar nak meniru. sebab asyik duk usya mata aku je. aku leka sikit je dah nampak masing-masing cari mangsa nak meniru. haihh tak leh jadi ni. so sepanjang 2 masa tu memang aku round 1 klas. memang lenguh kaki nox tapi demi tugas. cewahh. haha. ada gak yang buat muka macam tak puas hati bila tengok aku asyik round je. nampak sangat nak meniru tapi tak lepas. kikikiki. aku nak ajar skit biar nanti time exam sebenar takla diorang terbawak-bawak pe'el buruk tu. kantoi kang naya. silap-silap kena repeat paper. sanggup ke ko?




Dalam round-round tu ada plak 2,3 orang yang syok membuta. aku tengok jam. ada lagi sejam lebih. aku belek kertas jawapan. satu habuk pun tak tulis lagi. haihh. aku kejut. dengan mata merah tersengih-sengih kat aku. nak marah pun tak jadi. rasa nak gelak plak. aku suruh buat. dia angguk je. aku sambung round balik. tak sampai 5 minit aku toleh, dia tido balik. cuma kali ni tukar posisi. posisinya tangan pegang pen macam tengah menulis, kepala lentok atas meja. bajet nak kelirukan aku la. sorila beb. aku dah masak sangat dah dengan taktik camtu. aku biar je dulu. dalam 2,3 minit aku kejut balik. kelam kabut menulis. tah ape yang ditulis pun aku tak tau. hahaha. macam-macam hal.




Marah ada. kelakar ada. kesian pun ada. marah sebab anggap exam ni macam main-main je. kelakar bila tengok pe'el diorang yang macam-macam tu. kesian plak bila fikirkan masa depan diorang nanti. maybe sekarang ni diorang tak nampak lagi cabaran kat dunia luar. diorang kurang persaingan. diorang rasa selesa sangat hidup kat sini. diorang lupa bukan senang nak hidup senang. bukan sekali dua aku me'motivasi'kan diorang ni. sampai dah hilang cara nak buat. tapi pi mai pi mai tang tu gak.




Tiba-tiba aku teringat kata-kata Dr. Fazley masa dia datang Lipis bulan lepas.


"Belajar dari kesilapan"

atau

"Dari kesilapan kita belajar"



Tak ada jawapan yang salah. tapi kita sepatutnya pilih "Dari kesilapan kita belajar". kita dah tau kalau kita malas belajar kita takkan berjaya. so janganlah terus buat kesilapan tu. jangan sampai dah buat silap baru nak belajar. jangan sampai bila tengok kawan-kawan lain semua berjaya, baru nak menyesal. dah tak guna dik oi.





Thursday, May 20, 2010

~ Selamat Berperang ~

Hai...




Minggu ni mid-term exam start untuk student Form 4 & 5. walaupun cuma mid-term tapi tetap penting gak. tapi tak tahulah apa perasaan budak-budak ni. sebab bila aku tanya, semua cakap "tak ready lagilah, cikgu". habis bila nak ready nya?




Aku cuba imbas balik masa umur aku sebaya diorang dulu. betul, time tu memang kurang rasa risau or takut. sebab bukan exam besar like PMR or SPM. rasa macam amik ujian biasa je (sebab tu result K.O.) hehe. tapi kalau student yang bijak pandai tu memang sampai pucat-pucat muka nak jawab exam. diorang anggap semua exam tu penting, tak kira la ujian pun. sepatutnya memang camtulah yang kita kena buat kan. kena anggap setiap exam tu adalah exam besar.




Bila aku dah rasa camtu, sekarang ni dah jadi cikgu so aku sentiasa cuba ingatkan kat student supaya prepare awal-awal untuk exam. lagi-lagi sekarang ni persaingan dah makin kuat. semua orang berebut tempat nak ke U. sape yang leka memang akan tercicir. time ni barulah aku tau apa perasaan cikgu aku dulu bila aku main-main time belajar. cikgu yang lebih rasa takut daripada pelajar sendiri. padahal pelajar yang kena jawab exam. cikgu kena jawab gak. kalau result jatuhlah. haa menjawablah dengan orang atas. huhu.




So sekarang ni bila berkesempatan, aku sentiasa ingatkan student sekolah aku ni tentang tanggungjawab diorang datang sekolah. jangan sampai lari dari niat asal. aku taknak diorang tercicir. aku taknak 5 tahun akan datang diorang masih ada kat sini lagi, melepak tak tentu hala. aku nak diorang keluar dari kampung diorang ni, merantau tempat orang lain. aku yakin semua cikgu harapkan camtu. cikgu takkan jeles kalau ex-student dia lebih hebat dari dia. bangga lagi ada lah. cuma diharapkan tak sampai lupa jasa.




Apapun, selamat berjuang kepada semua pelajar, khususnya pelajar SMK Sungai Koyan. kejayaan takkan datang bergolek. usaha untuk dapatkannya.




* Rindu kenangan masa Form 6 kat SSAJ. :)

Wednesday, January 27, 2010

~~ Be A Better Woman ~~

LOVE TO BE A BETTER TEACHER

Sebenarnya post ni lebih kepada nak meningkatkan motivasi aku sendiri dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Guru dan Kaunselor Sekolah...

Sekarang ni aku atau umumnya Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan sedang menjalankan Program Kemahiran Belajar Fasa 1 bagi tahun 2010... Semua pelajar terlibat dan aku mengambil pendekatan secara berperingkat untuk memberikan sebanyak mungkin kemahiran-kemahiran belajar kepada mereka... Jadi aku dan rakan kaunselor (En. Azmi) merancang menjalankan program ini seminggu sekali dan hari Rabu menjadi harinya... Maka bermula pada minggu lepas, program telah pun bermula dengan lancar... Setiap hari Rabu, dua slot akan dijalankan yang mana dah semestinya aku akan terlibat dalam
1 slot....

Program Kemahiran Belajar ini lebih kepada memberikan input atau teknik-teknik yang berkesan dalam pembelajaran... Contohnya seperti Teknik Pengurusan Masa Yang Berkesan, Teknik Mengingat, Teknik Mencatat Nota, Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan dan Teknik Menghadapi Peperiksaan.... Kebiasaannya, pendekatan yang digunakan adalah melalui ceramah dan powerpoint...

Point utama yang aku nak sampaikan di sini adalah aku amat lemah apabila menjalankan program yang mana aku perlu bercakap dan memberikan ceramah di depan orang ramai.... Walaupun hakikatnya itu sepatutnya menjadi kepakaran aku... Yelah, mungkin aku masih baru dan belum biasa untuk menyesuaikan diri bercakap di depan orang ramai... Namun begitu, lama-kelamaan aku sudah mula rasa selesa dan dapat membiasakan diri dengan keadaan orang yang ramai.... Walaupun sebelum ni aku akan berpeluh satu badan apabila memberi ucapan atau ceramah, namun kini semua itu dapat dikawal... Aku sudah mula mudah mendapat idea dan mengeluarkan sesuatu ayat dengan lancar dan dapat berfikir dengan pantas... Rahsianya bagi aku sendiri, tak perlu tulis apa yang ingin kita katakan... Cukuplah sekadar menulis draf ringkas... Dan cubalah untuk tidak terlalu mengharap kepada nota itu... Yang paling penting, pandang semua audien dan sekeliling untuk menghilangkan perasaan gemuruh atau cemas... Kerana perasaan cemas dan panik hanya akan menyebabkan otak menjadi 'blank' dan membawa kepada ucapan yang tersekat-sekat.... Itulah yang aku amalkan hingga kini aku mampu memberikan ucapan atau ceramah dengan agak baik berbanding sebelum ini... Insyaallah....


** Orang yang berjaya dan cemerlang adalah orang yang berani untuk membuat perubahan... Perubahan yang macam mana?
Tepuk dada, tanya iman....
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat