Showing posts with label LAWAK JENAKA. Show all posts
Showing posts with label LAWAK JENAKA. Show all posts

Wednesday, March 9, 2011

Ketawa sampai nangis. hadoi!

Korang penah tak ketawa sampai nangis guling-guling? tak penah? ish ish ish. aku penah. baru je jap tadi. bila ketawa sampai nangis, memang muka korang akan jadi sangat tak senonoh. nasib baik aku sorang-sorang je. kalo tak, mau kena gelak guling-guling dek orang lain plak.



Ni sume angkara Kak Net! dialah puncanya kenapa aku bertindak sedemikian rupa. silalah ramai-ramai salahkan dia. selama ni tak penah aku ketawa sampai meleleh-leleh airmata pastu tersedu-sedu mengalahkan orang mati laki. serius la memang huduh!



Kenapa aku nangis sampai guling-guling? kalo berani pegi kat SINI. pastu kita bantai ketawa sampai nangis guling-guling same-same ek. perlu ditegaskan di sini sebarang komplikasi yang anda alami selepas baca entri tu bukan dibawah tanggungjawab aku mahupun Kak Net. jika selepas ini anda dibawa ke Tanjung Rambutan kerana kejap-kejap ketawa, pastu kejap-kejap nangis, ketahuilah bahawa salah satu saraf anda telah tercabut.



Kesian, eh! Sekian, terima kasih.



*Lap airmata jap. gile ar sambil menaip ni pun masih terkekeh-kekeh lagi. semput dibuatnya. 



Wednesday, October 20, 2010

~ Jiran kurang ajar! ~



Dalam suatu perbicaraan di Mahkamah.. Hakim meminta pesalah berdiri untuk diperdengarkan tuduhan.


"Saudara didakwa membunuh seorang guru dengan menggunakan gergaji" kata hakim.


Dari belakang terdengar seseorang berteriak... "Kurang ajar!!!"


"Bawa bertenang. Ini Mahkahmah!" bentak hakim.


Hakim kemudian membacakan lagi tuduhan...


"Saudara juga didakwa melakukan pembunuhan terhadap seorang penjual akhbar dengan menggunakan pisau..!"


"Celaka!!!" teriak pengunjung tadi.


"Tenang, Bawa bertenang!" teriak hakim dengan keras.


"Dan.. saudara juga dituduh melakukan pembunuhan terhadap seorang posmen dengan menggunakan parang..!" kata hakim.


"Keparat!!!" teriak pengunjung tadi tanpa boleh ditahan.


Dengan geram Hakim berkata,

"Jika anda tidak boleh berikan alasan kenapa anda berperangai seperti ini.. saya akan perintahkan anda di masukkan ke Hospital Bahagia atas kesalahan menghina mahkahmah!"


"Maaf.. Yang Arif..." pengunjung tadi berkata...
"Saya adalah jiran pesalah... sebenarnya setiap kali saya ingin meminjam gergaji, pisau dan parang... dia selalu cakap... tidak ada!"




* Ni jiran kedekut ni.



~ 9 words women use ~



(1) Fine:This is the word women use to end an argument when they are right and you need to shut up.


(2) Five Minutes:If she is getting dressed, this means a half an hour. Five minutes is only five minutes if you have just been given five more minutes to watch the game before helping around the house.


(3) Nothing:This is the calm before the storm. This means something,and you should be on your toes. Arguments that begin with nothing usually end in fine.


(4) Go Ahead:This is a dare, not permission. Don't Do It!


(5) Loud Sigh:This is actually a word, but is a non-verbal statement often misunderstood by men. A loud sigh means she thinks you are an idiot and wonders why she is wasting her time standing here and arguing with you about nothing. (Refer back to # 3 for the meaning of nothing.)


(6) That's Okay:This is one of the most dangerous statements a women can make to a man. That's okay means she wants to think long and hard before deciding how and when you will pay for your mistake.


(7) Thanks: A woman is thanking you, do not question, or Faint. Just say you're welcome. (I want to add in a clause here - This is true, unless she says 'Thanks a lot' - that is PURE sarcasm and she is not thanking you at all. DO NOT say 'you're welcome' ... that will bring on a 'whatever').


(8) Whatever:Is a women's way of saying F**** YOU!


(9) Don't worry about it, I got it:Another dangerous
statement, meaning this is something that a woman has told a man to do several times, but is now doing it herself. This will later result in a man asking 'What's wrong?' For the woman's response refer to # 3. 



* Send this to the men you know, to warn them about arguments they can avoid if they remember the terminology.


~ Hantu Bukit Putus Negeri Sembilan~



Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.



Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…



” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…



Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…



Dia pun beranikan diri dan bertanya…

”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”
” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu
”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”
tanya lelaki tu lagi.
”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”
” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”
” Ehh takkan sampai seram… ”

“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”



Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje… ..



* Hantu pun tau basuh baju kan.



Tuesday, September 28, 2010

~ Lawak tak hingat! ~



* Mungkin selama ni die tengok bulan kan kecik je.



* Pellliiissss tolong cari puppy sayeeee.....



* Ohh...ini rupanya pelakon sebenar Upin & Ipin.




* Patutla bini muka bengkek je.




* Cuba cari budak kecik.




* Jadi tunggu la pintu buka ye.




* Eh, aku ke? eh, dia... eh, ke aku? konpius!




* Baik punya alasan.




* Dah terang-terang ada warning sign.



* Ready...get set...GO!!!



* Hai...boleh berkenalan?



- Sekadar mengisi masa boring. ;D -


Tuesday, August 24, 2010

~ Para Pencari Tuhan ~



Assalamualaikum kamu sume. ;)








Korang penah tengok tak cite ni? tajuknye 'Para Pencari Tuhan'. sebelum ni aku tak tau pun pasal cite ni. dan tak berapa minat dengan cite dari seberang. kepala otak aku dah set yang cite seberang (indon terutamanya), jalan cite die same je. kalo yang baik, baik gile. yang jahat lak, jahat nak mam***. macam tak logik.




Tapi ade 1 hari tu tetibe aku tengok incek hubby tengok cite ni. khusyuk benor gayanya. pastu siap gelak-gelak lagi. aikk tajuk cite macam serius tapi apsal gelak lak. aku dah mula curiga (tetibe je kan).




Pastu incek hubby suh aku join tengok. die cakap cite tu best dan lawak. aku pun layankan jela. dan memang LAWAK okeh!! dari tajuk memang korang akan ingat tu cite berkaitan agama yang serius. tapi sebenarnya tak! memang die ade unsur-unsur agama dan banyak pengajaran dari cite tu tapi jalan citenye memang lawak.




Tak salah la kalo aku cakap, cite ni antara cite indon yang paling best aku penah tengok. lari dari kebiasaan. takde la kisah cintan-cintun ke, si jahat buli si baik ke, pastu si jahat dapat balasan. cite ni sempoi. lokasi penggambaran pun kat dalam 1 kawasan je. watak-watak plak tak banyak. so kita tak la pening nak ingat kan.




Walaupun bahasa indon die sangat pekat, tapi aku rase korang masih boleh paham lagi. sebab aku leh je paham. pastu siap ketawa berdekah-dekah lagi. aku tak pasti cite tu dah main sejak bile. aku rase start bulan pose ni kot sebab cite tu pun berkaitan dengan pose gak. 




Okla, meh aku cite skit sinopsis cite tu. dalam 1 kampung tu, ade 1 mushallah (kat sini panggil surau). pastu ade sorang pak imam yang jadikan surau tu tempat tinggal die. sebab die sebatang kara. maka die pun jaga la surau tu macam rumah sendiri. pastu wujud lak 3 orang budak laki muda yang mungkin sebelum tu tak berapa tau pasal agama. so, pak imam ni ajarla diorang solat, pose bagai.





* Ni Pak Imamnya. klaka. ;P



Episod first yang aku tengok pak imam ajar bebudak tu cara menguruskan jenazah. diorang gunakan batang pisang. memang klaka habis. lain yang disuruh, lain yang dibuat. pak imam suh berlakon konon-konon nak bersihkan najis mayat. yang bebudak ni siap nak termuntah-muntah. padahal batang pisang je. penghayatan lebih sangat kot. haha.




* Bebudak 3 ekor orang yang macam-macam hal.



Pastu bebudak tu sekarang dah rajin solat, pose. pastu bebudak ni sebenarnye ade cite masing-masing yang buatkan diorang datang ke kampung tu. tapi episod awal aku tak tengok. tau-tau diorang dah ade. pastu diorang pun tumpang tido kat surau tu gak. 



* Pak Guard yang lawak gak.



Ade gakla beberapa watak lain tapi tak banyak. ade pak guard (aku tak taula ape yang die guard), ade gak sorang lagi pak imam dengan bininya, pastu ade beberapa orang lagi. jalan cite simple, korang takyah pening-pening nak fikir. gelak jela sampai abis. masa sejam korang akan rase cepat je abis.





* Lupe nama watak ni. die baik.



Oh, cite ni main kat Astro Oasis pukul 1.30 tengahari dan ulangan pukul 10 malam. dari hari Isnin sampai Jumaat. jadi sesapa yang takde Astro tu, baik register ari ni gak. sekarang! kalo tak, nyesal. aku sekarang tetiap malam tunggu cite ni. cite lain dah bolayan. huhu.



* Tapi semalam tunggu takde plak. takkan dah abis kot.



Friday, July 30, 2010

~ Apa dosa kanak-kanak ini? ~



Hai.





Aku sebenarnya tak sampai hati nak tulis entri ni. lagi-lagi nak tunjuk gambar. serius tak sampai hati. sampai meleleh-leleh airmata ni.




Tapi aku rasa, aku kene share gak dengan korang sume. kite same-same renungkan dan berfikir apa dosa kanak-kanak comel ni hingga diperlakukan begini rupa.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






Tak ke meleleh airmata korang duk gelak tengok gambar ni. kahkahkah. tak patut betul mak bapak die buat camni. mentang-mentangla budak ni tak reti cakap lagi. syok sejuk je kot dalam tu. hahahahaha.





* Nak buat lawak pun biar berpada.



~ Lelaki dambaan wanita ~

* wink wink *



Lelaki idaman – umum
1. Tampan
2. Charming
3. Sukses kewangan
4. Seorang pendengar yang baik
5. Jenaka
6. Badan tough
7. Bergaya
8. Menghargai
9. Suka buat surprise


Apa yang saya inginkan pada lelaki – umur 32 tahun
1. Nice looking
2. Membuka pintu kereta, memegang kerusi
3. Cukup wang untuk makan malam yang menyenangkan
4. Mendengar lebih daripada perbualan
5. Ketawa dengan lawak bodoh saya
6. Belanja dengan mudah
7. Memiliki kad kredit sekurang-kurangnya satu
8. Menghargai sebuah rumah-memasak makanan
9. Mengingati hari ulang tahun perkahwinan dan hari jadi saya semestinya

Apa yang saya inginkan pada lelaki – umur 42 tahun
1. Tidak terlalu buncit
2. Pekerjaan yang stabil
3. Mengangguk ketika saya bicara
4. Dalam keadaan cukup baik untuk menyusun semula perabot
5. Mengenakan kemeja yang menutupi perutnya
6. Rajin bercukur

Apa yang saya inginkan pada lelaki – umur 52 tahun
1. Menjaga bulu dalam hidung dan telinga
2. Tidak bersendawa atau menggaru di depan public
3. Tidak terlalu sering meminjam wang
4. Tidak mengangguk tertidur saat aku bercerita
5. Tidak menceritakan semula lawak yang sama terlalu banyak kali
6. Dalam keadaan cukup baik untuk turun dari sofa pada hujung minggu
7. Biasanya mengenakan sandal dan pakaian yang berpadanan
8. Menghargai makan malam yang baik
9. Mengingat nama anda
10. Rajin bercukur

Apa yang saya inginkan pada lelaki – umur 62 tahun
1. Tidak menakut-nakutkan anak kecil
2. Ingat di mana bilik mandi
3. Tidak memerlukan banyak wang untuk rawatan
4. Hanya berdengkur ringan ketika tidur
5. Ingat kenapa dia tertawa
6. Dalam keadaan cukup baik untuk berdiri sendiri
7. Biasanya memakai pakaian
8. Ingat di mana dia meninggalkan giginya
9. Ingat bahawa itu hujung minggu

Apa yang saya inginkan pada lelaki – umur 72 tahun
1. Bernafas.
2. Tidak miss toilet.




* Sekadar lawak semata-mata. bukan menyindir sesiapa. ;P



Thursday, July 29, 2010

~ How to make woman happy ~



It’s not difficult to make a woman happy. A man only needs to be:

1. a friend
2. a companion
3. a lover
4. a brother
5. a father
6. a master
7. a chef
8. an electrician
9. a carpenter
10. a plumber
11. a mechanic
12. a decorator
13. a stylist
14. a sexologist
15. a gynecologist
16. a psychologist
17. a pest exterminator
18. a psychiatrist
19. a healer
20. a good listener
21. an organizer
22. a good father
23. very clean
24. sympathetic
25. athletic
26. warm
27. attentive
28. gallant
29. intelligent
30. funny
31. creative
32. tender
33. strong
34. understanding
35. tolerant
36. prudent
37. ambitious
38. capable
39. courageous
40. determined
41. true
42. dependable
43. passionate
44. compassionate

WITHOUT FORGETTING TO:

45. give her compliments regularly
46. love shopping
47. be honest
48. be very rich
49. not stress her out
50. not look at other girls

AND AT THE SAME TIME, YOU MUST ALSO:


51. give her lots of attention, but expect little yourself
52. give her lots of time, especially time for herself
53. give her lots of space, never worrying about where she goes

IT IS VERY IMPORTANT:

54. Never to forget:

* birthdays
* anniversaries
* arrangements she makes

HOW TO MAKE A MAN HAPPY

1. Show up naked
2. Bring food




* Tak susah kan?? ;P


~ Cara guna toilet bowl dengan betul ~








Kihkihkih. agak-agak ade ke yang guna cara last sekali tu? ;D





* Macam-macam hal.



Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat