Tuesday, October 9, 2012
Air Kelapa Muda
Thursday, September 20, 2012
Update!
Tuesday, August 14, 2012
Gula tinggi pulak ;(
2 minggu lepas kena minum air gula sebab faktor mak ada kencing manis. Awal-awal memang saya dah agak akan sangkut sebab saya memang suka makan manis. Masa cek tu gula dalam urin normal cuma ada gula sikit sangat. Keputusan gula dalam darah tak dapat lagi masa tu.
Semalam nurse klinik kesihatan call bagitau yang keputusan dah keluar. Berdebarnya saya. Dia cakap memang gula saya tinggi sikit. Ikitkan kalo normal bawah 7.8 tapi bacaan saya 8.0. Nampak memang sikit je beza tapi dalam perubatan tu dah dikira tinggi gak.
Pas dapat tau tu hati dah mula tak tenteram. Stress pun ada. Saya diamkan dulu. Suami pun tak tau. Hari ni baru saya rasa nak bagitau. Bukan apa. Taknak makin stress bila dengar dia membebel nanti. Huhu. Kalah mak nenek tau.
So sekarang saya dah disahkan menghidap diabetes masa pregnant. Ngeri plak dengar. Nak taknak saya kena on diet. Nurse pun ada bagi menu diet untuk kes macam saya ni. Kalo tengok menu tu bukanlah diet sangat pun cuma kuantiti macam nasi tu kena kurangkan. Lauk lebih takpe. Saya tak kisah sangat sebab saya memang bukan kuat makan.
Mulai khamis ni 2 minggu sekali saya kena cek gula dalam darah. Dalam sehari tu saya kena ulang alik ke klinik 4 kali dari pagi sampai malam. Tujuannya nak pantau gula dalam badan saya. Yang ngerinya bila nurse cakap kalo gula still tinggi silap-silap kena admit wad dan doctor akan pantau. Ya Allah minta dijauhkan.
Kawan-kawan tolong doakan kesihatan saya dan baby ye. Saya risau apa-apa jadi kat baby. Bila dah jadi macam ni barulah rasa menyesal sangat sebab tak jaga pemakanan. Makan ikut sedap hati je. Ikutkan memang saya jenis tak kuat makan tapi sebelum ni memang saya suka makan makanan ringan. Maybe tu sebabnya. Pasni mesti kena control gila-gila dengan suami. Huhu sedihnya.
Tapi takpe. Untuk yang tersayang saya sanggup korbankan apa saja asalkan baby selamat. Mulai saat ni saya akan kurangkan minum air manis. Lebihkan air masak. Kena stop mengunyah gula-gula. Kalo tak sebelum ni stok gula-gula wajib ada dalam handbag. Sejak puasa ni memang dah takde stok. Makanan ringan pun kena kurangkan.
Kat sini juga saya nak minta pandangan kawan-kawan yang ada masalah macam saya ni. Apa yang patut dan tak patut saya makan untuk turunkan gula dalam badan. Harap ada yang sudi berkongsi dengan saya. ;) Tq ye.
Wednesday, August 8, 2012
Alhamdulillah it's a BOY! =)
Tuesday, May 22, 2012
Something to share =)
Thursday, January 19, 2012
Petua Ustaz Daud Che Ngah
Ok, aku mulakan dengan bahan-bahannya dulu. kebanyakan bahannya hanya boleh dijumpai di Makkah dan Madinah saja. jadi kalo ada sedara-mara yang nak ke sana tu bolehlah kirim.
Step 1
Setiap pagi makan 7 biji kurma lubana bersama dengan segelas susu segar.
Step 2
Rebuskan satu akar kacip fatimah, setengah paket daun zuriat dan sebiji buah zuriat (yang dah dibelah dan hanya rebus isinya yang putih macam isi kelapa). rebus sampai agak-agak warna air dah keperangan macam air teh pekat. minum segelas air rebusan itu.
* Bahan rebusan boleh digunapakai secara berulang sepanjang 7 hari. hanya tambahkan air dan panaskan.
Step 3
Makan satu sudu madu asli dicampur dengan setengah sudu habbatus sauda dan setengah sudu teh serbuk pollen buah kurma. jangan minum apa-apa air dalam masa 10 minit selepas langkah 3 ni.
Ok itu saja cara-cara makannya. mudah dan cepat. cuma nak telan tulah kena kuat semangat. hehe. oopppssss! nanti dulu. bukan setakat makan dan minum semua yang di atas ni saja. ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk keberkesanan petua ni.
Syarat-syaratnya :
1. Mula diamalkan setelah habis haid/period selama 7 hari berturut-turut.
2. Elak 'bersama' dengan pasangan sepanjang mengamalkan petua ni.
3. Suami dan isteri kena amalkan petua ni. bukan hanya isteri seorang.
4. Boleh 'bersama' dengan pasangan pada malam kelapan hingga seterusnya dan pastikan suami mencapai klimaks dahulu.
5. Jangan berhenti berdoa untuk mendapatkan zuriat setiap selepas Solat. antara doa yang boleh diamalkan " Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat (keturunan) yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima doa".
Ok, rasanya dah takde apa yang tertinggal. harapnya petua ni dapat membantu rakan-rakan yang lain. semoga apa yang kita hajati akan dimakbulkan oleh Allah. yang penting jangan sesekali berputus asa dengan-Nya. Insyaallah.
Friday, May 6, 2011
Tahniah RedMummy!
Morning kawan-kawan. selamat hari jumaat. hari yang paling best sebab esok luasa cuti. yeyyy!!!
Actually entri ni khas untuk Red Mummy (RM) yang sekarang tengah pregnant anak ketiganya. serius bila me dapat tau dalam FB RM kelmarin, me plak yang lebih-lebih excited. hehe. yelah kan mesti nanti baby RM jadi baby paling glamor kat Malaysia. wahhh gitu.
Hah! nilah Red Mummy dengan anak daranya. dua-dua comel kan? pasni baby baru mesti lagi comel. iskk! me plak yang tak sabar. huahuahua. tak pasti plak bila baby RM tu lahir. maybe akhir tahun ni or awal tahun depan.
Apa pun me sekeluarga doakan RM dan baby sihat selalu dan selamat melahirkan baby yang tembam dan gebu nanti. ;)
Wednesday, November 3, 2010
~ Terlewat seminggu ~
![]() |
| * Hai...nama sy Nur Afiqah Damia...panggil je Mia...ni hari pertama saya melihat dunia... |
![]() |
| * Nenek saya tengah butangkan baju saya...nape muka saya macam anak cina..? |
![]() |
| * Saya suka tido...hari-hari saya tido...kalo saya bangun maknanya saya lapar atau nak ek ek... |
![]() |
| * Saya dipaksa bangun oleh ucu saya...saya sangat benci ok! |



