Showing posts with label TEGURAN. Show all posts
Showing posts with label TEGURAN. Show all posts

Tuesday, September 13, 2011

Spesis liat bayar hutang tapi 24 jam tayang kemewahan. Geram!

Salam Syawal kawan-kawan.



Hari ni pagi-pagi aku dah agak tersirap dengan spesis yang liat bayar hutang tapi duk tayang kemewahan seolah-olah takde hutang. kalau berlaku kat orang lain maybe takdela aku nak tersirap sangat kan. masalahnya berlaku pada family aku sendiri. rasa nak je jumpa spesis tu pastu lempang laju-laju. haihhh!



Confuse? ok aku cerita dari awal. hujung tahun lepas adalah 1 family spesis di atas yang datang merayu menyembah family aku nak pinjam duit dengan alasan anak lelaki bujang, diulangi ANAK LELAKI BUJANGnya nak kawin. aikkk? apsal anak lelaki bujang ko tu tak keluar duit sendiri? apsal nak menyusahkan mak bapak? pelik bin ajaib!



Tapi disebabkan mak ayah aku ni jenis mudah simpati, maka diberikanlah sejumlah wang yang nak dipinjam tu. cer teka cer teka berapa jumlah yang spesis tu pinjam? 5k ok! maybe pada sesetengah orang rasa amaun tu sikit. tapi family aku bukan kaya pun. tu pun mujurlah ayah aku baru pencen. so adalah sikit duit buat simpanan dia sampai hujung hayat dia. tapi ada plak spesis yang senang-senang ambil kesempatan atas kesenangan orang lain. hampeh!




Yang buat kitorang 1 family bertambah pelik, beberapa bulan sebelum tu diorang pun baru je dapat duit pencen. dekat 100k gak. mana peginya? selidik punya selidik rupanya dah yilek! gila betul. tak sampai setahun boleh licin 100k. aku pun tak taulah spesis apa agaknya diorang ni. jenis makan duit kot. bila dapat duit selepuk gitu terus gelap mata. shopping tak beringat. dulu rumah takde Astro tetiba dah ada. pastu siap pasang air-cond. bila berborak taknak kalah. boleh lagi perlekeh rumah orang lain panas sebab takde air-cond. watdehek?




Aku kalau cakap pasal hal ni memang boleh berasap telinga. panas hati masih tak hilang-hilang lagi. puas jugakla mak ayah aku dengar aku membebel. aku agak terkilan sebab masa diorang datang pinjam duit tu aku dengan akak aku takde. so takde orang yang nak jadi penasihat. inilah akibatnya. aku bukanlah kedekut sangat pun. tapi masalahnya si peminjam tu memang dah ada rekod buruk dengan family aku. sebelum ni pun dah banyak kali pinjam tapi liat nak bayar. so kenapa mesti nak bagi muka lagi?




Tapi takkan aku nak marah mak ayah aku kan. tu duit diorang. cuma sebagai anak rasa geram yang amat bila orang aniaya family aku. ayah aku dah tak keje. so dengan duit tu & duit bulanan anak-anak bagi jelah untuk menampung perbelanjaan diorang sampai akhir hayat nanti. tapi orang lain sedap-sedap je kikis duit mak ayah aku. kalau korang sakit hati tak??



Yang buat aku lagi terbakar, janji nak bayar lepas habis majlis kawin. tapi masuk hari ni dah hampir setahun habuk pun tarak. si anak lelaki tak guna tu sampai nak dapat anak pun. ikutkan hati aku ni, nak je aku cakap direct dengan anak lelaki tak guna tu. tapi mak aku tak bagi. dia taknak jadi gaduh. dalam hati aku, lantaklah nak gaduh pun. diorang bukan bagi kesenangan, lagi menyusahkan ada lah. lebih baik tak kenal orang camtu.



Si anak bongsu bangang plak 24 jam asik tayang kemewahan. konon-kononnya apa yang dia nak pasti akan dapat. wey ko tak tau ke yang mak bapak ko tu bersusah payah berhutang dengan orang lain? ko senang-senang je mintak itu ini. bila bercakap mengalahkan anak dato'. orang pakai beg mahal, dia pun nak. handphone kejap-kejap bertukar. masih sekolah dah dapat pakai laptop. bila bercakap dengan orang tua hilang rasa hormat. bangang punya spesis!




Baru-baru ni adik aku suruh aku tengok gambar terbaru dalam FB spesis tu. dia siap cakap kat aku "jangan terkejut". haihh! suspen! buka-buka je, ohhh ni keje korang ye. bersenang-lenang guna duit orang lain. terpampang 1 album gambar diorang 1 family tengah bergumbira pergi bercuti pastu makan kat hotel berbintang-bintang. dengan bangganya masing-masing tersengih dan makan penuh selera. tu kalau mak ayah aku tak halal duit tu sampai matilah ko makan duit haram tau tak!



Puas mak ayah aku mintak balik duit yang dipinjam tu. tapi alasan takde duit, duit tak cukup, belum gaji lagi. dari sebulan ke sebulan mintak postpone. tapi akhirnya senyap membisu. yang paling kelakar siap menyorok bila ternampak mak ayah aku lalu depan rumah. alahh ko nak lari kemana. rumah ko sekangkang kera je dari rumah kitorang. bila-bila masa kitorang boleh ambush! cuma kitorang ni taklah segila korang!




Kalau dah takde duit buatlah cara takde duit. barulah orang lain boleh respect. ni tidak. kan bagus kalau duit korang bercuti tu buat bayar hutang. setel masalah. boleh simpan duit lagi kalau nak bercuti sangat. sekarang ni mana yang lebih penting? bayar hutang atau bercuti? budak tadika pun tau jawablah!



Sekarang ni aku tak taulah macam mana nak buat lagi. family aku pun macam dah buntu. tapi aku selalu ingatkan mak ayah aku, jangan berhenti minta duit tu balik. tu hak mak ayah aku. pastu kalau ada siapa-siapa yang datang nak pinjam duit lagi, jangan bagi! rasanya banyak kali dah aku cakap camtu. tapi nak buat camne kan. orang tua ni hatinya lembut. aku pesan pada akak aku tolong tengokkan diorang. apa-apa hal bagitau aku. nampak macam aku yang berkuasa kan? tak juga. cuma aku ni jenis suka bagi pendapat. kalau tak ok memang aku bantah sekeras-kerasnya. akak aku tu pun jenis lembut hati gak. aku je yang keras hati. hewhewhew.




So, peringatan buat spesis seperti yang dinyatakan di atas, silalah bayar hutang! bukan hutang bank tapi hutang dengan orang lain. orang lain pun nak hidup juga. rasanya tak mati kot kalau tak pegi bercuti. ingatlah, hutang dengan orang ni membawa ke akhirat nanti. masa tu nanti ko nak bayar dengan apa? semuanya dah terlambat. walau 1 sen pun ko berhutang semuanya akan dituntut di akhirat kelak. apatah lagi kalau 5k!



Renung-renungkan dan selamat membayar hutang!



*Niat di hati taknak emo, tapi tetiba jadi entri emo habissss!! ;P




Wednesday, July 20, 2011

Grow Up Please!

Morning u alls.



Pelik tak hari ni pepagi buta dah ada 1 entri? huahuahua. perasaan teruja ni timbul masa tengah syok blogwalking blog kengkawan. tetiba je jumpa 1 entri yang sangat kena dengan diri aku. orang kata memang sehati sejiwa la aku dengan blogger tu. haha.



Apa entri yang best sangat tu? meh nak share. bukak mata plss!



Contoh situasi:

A seorang wanita yang telah lama berkahwin tetapi belum mempunyai anak. B pula baru berkahwin. Satu hari, B dapat berita gembira – hamil. Maka dikhabarkan pada A tentang perkara tersebut. Sebagai kawan, A tumpang gembira. Dalam hati tetap sentap. Maklumlah, kawan yang baru kawin dah positif hamil sedangkan beliau yang lama berumahtangga masih ternanti-nanti.

B pula, sejak mengandung sampai terberanak, asek bercerita tentang pregnancy pada A tanpa mengambil kira sama ada A suka atau tidak. Bila dah beranak, cerita pulak pasal anak pada A. Tidakkah B terfikir, apa perasaan A? Suka? Sedih? Iri hati? Menyampah? Sakit hati?

____________________

Ustaz Hasrizal dalam satu entrinya pernah menyatakan bahawa kehilangan salah satu definisi manusia mukallaf iaitu sebuah common sense dikelaskan beliau sebagai ‘penyakit misteri’. Adakah situasi di atas boleh dikatakan ‘penyakit misteri’? Mungkin ya. Tapi aku lebih suka mengkelaskannya sebagai satu sikap yang tidak peka kepada hati dan perasaan orang lain.

Mungkin sengaja berbangga-bangga.

Mungkin terlebih excited.

Atau childish.

Kalau ya pun terlebih excited dengan apa yang kita alami, lontarkanlah perasaan itu kepada individu, tempat dan masa yang sesuai. Kesilapan melakukannya mengakibatkan kejengkelan.

Silalah bina common sense dalam diri masing-masing.

saye: sharing is caring, tapi kalau silap sharing… irritating!



Ni aku copy bulat-bulat dari blog Puan Widura. aku ingat nak printscreen je tapi tak clear la plak. so aku copy paste jela.



Cuba korang renungkan sejenak apa yang cuba nak disampaikan oleh beliau. fyi, beliau dah ada sorang anak pun. Safi namanya. tapi beliau boleh paham & rasa macam mana orang yang masih belum dikurniakan anak ni rasa. senang cerita beliau ada hati perut dan common sense yang bagusla. tak macam sesetengah orang yang cakap ikut sedap mulut.



Aku bukanlah nak emo sangat pun. actually lepas 3 tahun kawin ni telinga aku macam dah pekak dah. dah tak kuasa nak amik port dengan mulut orang. kiranya kalo ko nak tanya-tanya or sindir-sindir pun aku boleh buat dekkkk je. siap boleh senyum lagi. sebab aku tau tu semua kerja DIA. maybe korang lupa kot.



So, aku harap dengan entri ringkas tapi padat dari Puan Widura tu dapatlah aku bukak mata korang semua. kadang-kadang manusia ni perlu ditegur untuk berubah. tapi kalo dah memang korang sendiri yang taknak berubah, ada aku kisah?



* Cuba bayangkan korang senasib dengan Wanita A dalam situasi di atas. what say u?



Thursday, May 26, 2011

Perangai pelik sebelum ajal

Salam. selamat tengahari sume.



Actually apa yang me nak cite hari ni dah lama tersimpan dalam otak dan hati. cuma tak terluah je. tetiba hari ni teringat plak pasal b
enda ni. so ape lagi, up la 1 entri.



Kalo korang perasan la kan, dalam sesetengah artikel berita dalam akhbar, bila berlaku sesuatu kematian mesti reporter tu tanya pada keluarga si mati apa perangai pelik si mati sebelum mati. me rasa soalan tu dah jadi kewajipan untuk ditanyakan. bila me baca berita mengenai kema
langan yang melibatkan kematian, me dah boleh agak dah mesti ada soalan mengenai perangai pelik si mati.




Melampau kalau sampai camni kan. siap ada list lagi.




Yang menjadi persoalan pada kepala otak me sekarang ni, apa kewajaran soalan camtu ditanyakan? diibaratkan di sini bahawa setiap manusia yang nak mati confirm akan berperangai pelik. diorang lupa ke yang semua tu bukan kuasa kita? bila benda tu dah jadi rutin, lama-kelamaan akan menimbulkan khurafat pulak. yelah, benda tu membuatkan orang percaya kaitan perangai pelik tu dengan ajal seseorang. ish ish ish.



Tapi me bukanlah maksudkan semua berita kat akhbar camtu. cuma segelintir je yang terlalu taksub sangat dengan kepercayaan camtu. bila diorang menanyakan kepada keluarga si mati mengenai perangai pelik si mati, secara tak langsung family si mati ni pun macam, "ohhh, patutlah sebelum ni dia bla bla bla...tak sangka rupanya dia nak pegi." biasa kan kita jumpa ayat camtu? kan dah jadi khurafat tu. Nauzubillahiminzalik.



Sebenarnya benda ni bukan setakat dalam akhbar je. kat sekeliling kita pun ada berlaku camni. bila duk borak-borak pasal si mati, mesti ada terkeluar cite pasal perangai pelik si mati. yang sedapnya siap ada tukang tokok tambah nak bagi cite tu jadi lagi best. lama-kelamaan bila dah jadi buah mulut orang, secara tak langsung tersebarlah fitnah dan jadi lebih teruk dari khurafat. ishh takutnya.



Entri ni bukan untuk mengenakan sape-sape. cuma sebagai peringatan sesama kita dan untuk diri me sendiri. yela, kita ni manusia biasa. kadang-kadang ada gak buat silap. bila dah sedar dari kesilapan tu, cepat-cepatlah bertaubat dan berazam takkan ulangi lagi.



Kalau korang tak percaya, pasni cuba baca berita kematian dalam akhbar. mesti ada sangkut hal camni. haihh tak taulah sape yang nak menyedarkan diorang tu. biaselah kan, nak melariskan akhbar. kita sebagai pembaca janganlah terlalu taksub percaya benda-benda camtu. anggap je semua tu sebagai kebetulan. kebenarannya hanya Allah yang Maha Mengetahui.



Wallahualam.



Wednesday, March 30, 2011

Dah takde idea sendiri ke sampai nak meniru orang lain?

Salam kawan-kawan sekalian alam. lama tak update blog ni. tiap hari buka tapi memang tak berkesempatan langsung nak update entri. just blogwalking kawan-kawan je. 



Apsal tajuk entri hari ni emo semacam je ek? agak-agak korang kenapa? hahaha gelak jap. tak taulah nak marah ke nak gelak. rasa nak marah sebab lepas satu, satu dia duk copy aku. rasa kelakar plak bila tengok dia macam budak lurus bendul yang takde identiti sendiri. kesiannnn.


Actually dah lama aku perasan keje-keje pem-plagiatan (ade ke perkataan ni?) dia ni. tapi aku malas nak layan. tapi makin lama aku tengok eh eh, dah sebijik macam aku. serius memang sebijik sebakul sungguh die meng-copy. dari segi bahasa, penulisan, sampaikan berapa titik noktah pun sama. padahal dulu bertitik-titik aku tengok.



Ko ni minah perasan ek. tah-tah dia tak copy ko pun. ko je yang emo lebih-lebih. alaa aku taulah. camne aku tau tu korang takyah tanye la. hanya tuan empunya badan yang lebih mengetahui. cewahhhhh!



Aku taulah 'rumah' aku ni tak seberapa. memang tak cantik pun. so nasihat aku di sini adalah, baik ko copy 'rumah-rumah' yang lagi hebat kat luar nun. ada gak faedahnya. tapi seelok-eloknya ko carilah identiti sendiri untuk menyerlahkan 'rumah' ko tu. nanti takdela bila orang datang 'rumah' ko, orang terbayang 'rumah' aku lak. huhu.



Amboi, kedekut betul hang naaa. ehhh daklaaa. tak kata pun tak leh copy langsung. boleh je. cuma kan lebih baik kalo kita create 'rumah' sendiri dengan idea kita sendiri. kan lebih original gitu. haaa aku tak marah kan? nasihattttt.



Ape-ape pun aku ada sikit rasa bangga la (sambil hidung kembang kuncup). tak sangka ada gak orang yang sudi rujuk 'rumah' aku ni untuk create 'rumah' die. yang bestnya dirujuk bulat-bulat sungguh. kiranya aku ni dah tahap idola die la. hahahhaa. ok stop perasan.



Okla, aku dah buat luahan perasaan. korang bila plak?



Wednesday, March 9, 2011

Sesetengah pompuan + Stereng Kereta = Hancus!

Salam semua. sihat?



Emm sekarang ni entri tak berapa nak lebatla. sebab malas pun ye, sebab busy pun ye gak. yelah bila dah busy memanjang, ada masa free sikit kan best digunakan untuk rest je. malas nak menaip. paling syok bila dapat cuci mata melayan blog kawan-kawan. itu rutin wajib ok.


Bila cite pasal orang pompuan dengan kete ni, rasanya ramai yang dah perasan kot. lebih-lebih lagi orang laki. sebelum ni sakit gakla hati bile ada je kete yang dibawak agak tunggang-langgang, cepat je mulut hubby senget-senget cakap, "ni mesti pompuan yang bawak ni." abis bininye ni lelaki ke pompuan? huh!



Tu cite mase dolu-dolu la. sebelum terkena kat batang hidung sendiri. biasanya terkena dengan driver yang main masuk simpang tak bagi signal. apa? nak hidupkan signal kena bayar bil ke? bila jeling-jeling sikit, sah! pompuan! tu satu hal. satu hal lagi, bila tetiba brek mengejut. rupanya terlepas simpang. bila jenguk kepala, aikk pompuan gak? nasibla jarak jauh gak. kalo tak mau kena sondol. bila dah sondol sape yang patut dipersalahkan dan sape yang akan dituduh bersalah? haa ce cite ce cite!



Banyak la kes-kes lain yang aku alami sendiri. kebanyakkannya memang sama sex(jantina) dengan aku. sampai sekarang ni, bila nampak je kete yang agak gopoh-gapah, mulut aku lak sambil muncung-muncung cakap, "driver pompuanla tu!." kelazimannya tekaan aku tak salah. abis aku ni laki ke pompuan? errr...



Dan semalam berlaku lagi satu kes di mana aku sendiri berada dalam kete yang drivernya adalah pompuan. share kete ke Jengka untuk satu program. mula-mula pegi aku dengan rakusnya nak duk depan. nak menikmati pemandangan kononnya. belum sampai setengah perjalanan, kepala lutut aku dah menggigil. pemandangan indah jadi pemandangan ngeri!



Korang dulu masa amik lesen kete ade tak trainer tu ajar, " dik, kalo kat koner takyah brek ek. tekan je minyak kuat-kuat. bagi sampai bumbung kete cecah jalan." ada tak? ada tak? takde kan? jadi cuba lah korang bayangkan camne gayanya kalo kat koner maut dia tak tekan brek. tak ke aku dengan sorang lagi kawan aku yang duk belakang ni tunggang-langgang dalam kete? sampai satu masa tu aku rase nak tercampak ke tempat driver. tak ke naya ada 2 driver dalam 1 kete?



Nak kata dia tak sedar selekoh tu macam mustahil la. sebab semua orang tau camne keadaan jalan kat situ. or maybe dia saje riak nak tunjuk kehebatan dirinya men-drift-kan kete barunya itu. atau mungkin dia tengah kemaruk sebab baru 6 bulan pakai kete. atau dalam diam rupanya dia adalah salah seorang drifter yang berlakon dalam Tokyo Drift dan tujuannya adalah untuk mengajar aku teknik membuat drift dgn betul. apakah?



Tak kisahla ape pun niat dia. yang pasti masa balik tu aku tak rebut duk depan dah. tobat mak! bajet duk belakang tu ko selamat ke? errr sikitla. yang paling aku tak leh blah bila dengar dia cakap, "prinsip aku, kalo orang nak marah ke nak hon ke, lantaklah. aku tak peduli pun. asal jangan langgar kete aku." korang penah dengar tak orang berprinsip camtu? aku mula-mula dengar nak tergelak. yela, kalo sampai orang marah, pastu hon plak, bukan ke maknanya cara kita memandu tu salah? bila dah drive dengan tak tentu hala, bukan ke akhirnya boleh menyebabkan kemalangan?



Memanglah ko tak kisah orang nak hon or apa. tapi takkan ko takde kesedaran sivik langsung? jalan raya tu kan hak semua orang. disebabkan kelalaian 1 orang, ramai lagi orang lain boleh jadi mangsa tau. aku bagi contoh lagila nak bagi clear. ko nak keluar dari simpang, signal sume dah bagi. ok bab tu memang ko bagus. pastu ko dah nampak dengan jelas ada sebijik kete tengah laju kat laluan yang ko nak masuk tu. tapi ko degil gak nak kuar. bila dah kuar, bawak macam siput sedut plak. apa akan jadi kalo kete yang tengah laju tu tak sempat nak brek?



Isshhh tetiba jadi hangin plak aku hari ni. tahla sejak kejadian semalam tu memang aku rasa nak marah je. sebab aku rasa aku hampir mati disebabkan kecuaian orang lain! bukannya aku takde bagi hint sikit-sikit nak suh dia bawak slow tapi ada dia kisah? so selfish! aku taulah tu kete dia. tapi bukan ke dia bawak 3 nyawa lain dalam tu? patutnya fikirlah jugak perasaan orang lain. dahla kawan aku sorang lagi tu tengah pregnant. kalo ape-ape jadi ko nak tanggung ke?



Bila dah jadi camtu memang aku dah nekad takkan naik lagi kete dengan dia. eh, ada tak aku bagitau yang dia masih lagi guna lesen P? P for what? Pecutan? Pendriftan? ohh sangat tak paham. awak tu masih lagi lesen Percubaan tau. so silalah drive macam orang yang masih lagi cuba nak belajar. jangan gunakan tanda P tu sebagai lesen untuk awak pecut sana-sini dengan harapan orang lain tak leh langgar sebab kat kete awak ada tanda P! what the fish? kalo camtu sume orang nak letak P tu kat kete masing-masing. P ke T ke S ke, kalo dah kena langgar hancus gak kan?


So, kepada sesetengah individu yang bergelar pompuan/wanita itu, berhemahlah semasa memandu. jangan ikut sedap kaki je tekan minyak tu melainkan korang penah jadi pelumba F1 dulu. dan bila memandu tu jeling-jeling gakla kiri kanan depan belakang. jangan menonong je. pastu memandulah dengan kelajuan yang sederhana. kalo slow sangat pun menyakitkan hati gak kan. bila kita drive dengan kelajuan sederhana, taklah panik bila apa-apa berlaku. biasela orang pompuan ni cepat sangat panik. kalo tak, takdela sampai brek mengejut tengah laju-laju tu.



Aku bukanlah nak mengutuk kaum spesis sendiri. tapi memang itu hakikatnya. aku pun kadang-kadang kena tegur gak dengan hubby. terima jela sebab memang salah sendiri. tak taulah kalo korang jenis tak kisah bila kena hon or marah dengan driver lain. tapi kalo aku, malu wooo. rasa bersalah sangat sebab menyusahkan orang lain. anyway, tepuk dada tanya selera. emm lapar plak.


* Actually ada gak spesis laki yang drive tak senonoh. tapi sesuai sangatlah dengan sifat diorang yang jenis kasar tu kan. tapi kalo pompuan drive macam pelesit camne ghupenye? ce cite. ce cite.




Wednesday, January 26, 2011

Rasa macam dah kena tipu tapi entahlah!

Hai kengkawan.



Me sedang kecewa sikit sekarang ni. macam rasa kena tipu pun ade gak. benda kecik je tapi hati me kuat cakap yang me kena tipu.



Camni. sebelum ni me ada beli barang online kat FB. me order macam biasa. then dia balas camni.



 Wow! me dah happy la. sebab tak sangka jadi first person yang order barang kat online shop dia. tapi masa tu macam was-was gakla kan. dia ni baru start jual barang ke. but me malas nak fikir sangat. fikir positif je.



2 hari lepas tu me PM dia semula untuk inform yang me dah buat payment untuk barang tu. tak lama tu dia reply camni. 


 



Masa ni me dah rasa kecewa sangat. me rasa macam kena tipu. tak taulah kalau memang betul dia terlupa nak letak free gift tu sekali. me bukanlah kemaruk sangat nakkan benda alah tu. tapi bila u dah janji nak bagi, u kena bagilah kan. bila dah jadi camni memang me rasa dah tak percaya la. rasa tawar hati nak beli kat kedai dia lagi.



Then, me tergerak hati nak tengok-tengok profile kedai dia. rupanya sebelum me beli, dah ramai yang beli kat online shop tu. so apa makna dia yang me ni first person yang order kat kedai dia? tak logik kan? nampak sangat dia saje nak tarik hati kita ni dengan janji-janji manis.


So, nasihat me buat mereka-mereka yang berkenaan, hentikanlah menipu orang lain. tak perlu janji macam-macam. kalau barang kat kedai u berkualiti, tentu orang akan serbu beli. kita bukannya gilakan sangat pun dengan free gift tu. so takyah nak announce yang dia ni customer ke 100 la, ke sejuta la. at last, habuk pun takde.



* 1 online shop dah di-black-list. sekian.



Thursday, January 13, 2011

Kami bukan AH LONG, kami cuma nak TOLONG


Morning alls. sihat?



Hari ni baru berkesempatan nak buka blog. baru je setel blogwalking. rindu kat coretan kengkawan blogger. nak harapkan blog sendiri? hmmm berkusam sudah. maybe jiwa tak sekental diorang kot. hehe.


 
Bila buka cite pasal Ah Long ni, mesti ramai yang kecut perut kan. yela, kalo tak bayar, jawabnya potong kepala. tapi hari ni aku bukan nak bercerita pasal Ah Long yang sebenar tu. tapi nak cite pasal family sendiri yang ibaratnya dah jadi macam Ah Long. nak kata macam Bank, tak leh plak sebab tak potong gaji bulan-bulan. guna janji air liur je. 



Aku tak kisah sebenarnya setakat nak pinjamkan duit kat orang yang dalam kesusahan. seandainya mase tu aku mampulah. tapi adat kalau dah meminjam tu mestilah kena pulangkan semula kan. lainlah kalau aku kata nak sedekah. yang jadi masalahnya bila dah pinjam tak reti nak pulang semula. kalau ko pinjam dengan Ah Long, dah lama rumah ko kena simbah cat tau. nak aku buat camtu ke? ishhh aku tak sekejam tu.



Mungkin ko akan cakap, 'Alah dengan sedara mara pun nak berkira'. ehhh, jangan kata sedara mara, adik-beradik pun kalau dah meminjam wajib pulangkan tau. tu pun mujurla aku tak letak bunga macam Ah Long. 



Masa ko mula-mula nak pinjam, memang manis sangat tutur kata bahasa ko. lembut gigi dari lidah. ko pinjam hari ni, ko janji (siap angkat tangan tanda bersumpah) nak bayar minggu depannya. hellooo, kalau ko pinjam setakat 500 aku masih boleh sabar lagi. tapi ni 5000 beb! ye, 5000! tokey balak pun boleh bankrap kalau ada 10 lagi orang macam ko ni tau. 



Tunggu punya tunggu, batang hidung ko pun aku tak nampak. bila nampak aku, ko cepat-cepat sembunyi. berkurung dalam rumah. takpe, aku biarkan je. aku tak heran setakat ko nak lari tu sebab rumah ko bukan jauh pun. anytime aku leh datang serbu. tapi aku masih waras lagi. tak sampai hati nak aibkan ko. baikkan aku???



Ada sekali tu ko datang gak ke rumah aku. tu pun pas dah kena panggil. nak taknak ko kena datang gakla kan. atas bawah aku tengok ko. aikkk tangan kosong?? dengan selamba ko cakap tak leh nak bayar. ko mintak masa sampai hujung bulan. api dah naik ke muka. tapi aku masih sabar. ade orang lain lagi yang nak meletup tapi aku masihhhh sabar. tapi sampai bila???



Bila sampai hujung bulan, pun tak nampak muka ko. pegi keje, balik keje ko terus menyelinap masuk rumah. ye, aku nampak. tapi aku diamkan je. kadang-kadang tergelak sendiri tengok gelagat ko yang dah macam pencuri takut kena tangkap. terhendap-hendap nak masuk rumah. haihhh pelik aku dengan manusia ni.



Sekarang dah masuk bulan kedua pas ko janji nak bayar. korang agak-agak aku akan dapat tak duit tu? atau pun akhirnya kisah ni akan lenyap ditelan masa? kalo korang, apa yang korang akan buat? kalau korang cadangkan untuk berdiplomasi, rasanya aku dah buat. aku masih berlembut lagi sekarang ni. adakah masanya telah sampai untuk aku gunakan kekerasan plak? 



Aku cuma manusia biasa. kesabaran aku pun ada batasnya. jangan disebabkan sedara mara, so ko nak amik kesempatan plak. tak baguslah camtu. kalau ko meminjam, then ko pulangkan pada waktu yang dijanjikan, aku rasa kalau pasni ko nak pinjam lagi pun takde sapa yang risau. bila ko dah buat camni, pasni ko susah memang takdela yang berani bagi ko pinjam.



Back to basic. aku manusia biasa. perlukan makan, pakai. semua tu perlukan DUIT. jangan ingat ko sorang je yang nak guna duit. 
 


Thursday, November 11, 2010

~ Sori sangat-sangat buat korang pening! ~



Ampun
.
.
.
.
.
.
Maaf
.
.
.
.
.
.
Sorry
.
.
.
.
.
.

Sebab selama ni aku tak sengaja terrrbuat korang korang sume pening baca blog aku. serius memang aku tak tau. aku ingat template yang aku guna tu dah cukup cool. rupanya ada yang sampai bosan nak baca entri-entri aku. uhuk!


Eh, tapi aku tak marah pun. malah aku berterima kasih lagi sebab ade yang sudi tegur. rasanya dah lama gak aku guna template ni. template dah tersedia ade dalam template designer. maka aku yang sangatlah lemah IT ni terus meng-apply tanpa rasa bersalah.



Rupanya selama tu gak korang melayan pening pas baca entri aku ek. ngehehe. patutla visitor makin kureng. awatlah tak habaq awai-awai. yela, aku sebagai penulis blog ni, jarangla plak baca tulisan sendiri. tu yang tak perasan tentang masalah ni.



So, sekarang ni aku tak tukar template baru pun. aku just tukar background color. tak taula ok ke tak. kalo masih pening-pening lalat pas melawat blog aku ni, sila bagitau A.S.A.P. ok! apa saja untukmu! ceh! 


Maafin ya dong!



Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat