Showing posts with label MAKAN-MAKAN. Show all posts
Showing posts with label MAKAN-MAKAN. Show all posts

Wednesday, June 22, 2011

Selera mati tiba-tiba

Hai again.



Bila time malas nak update blog, 1 entri sehari pun payah. tapi bila dah mula panas enjin, 1 entri mana cukup. hehehe.



Eh, aku nak tanya sikitlah kat korang. korang pernah tak alami apa yang aku alami sekarang ni? pernah tak? pernah tak? eh, belum bagitau lagi ek. hehe.



Aku sekarang ni kan tetiba je boleh hilang selera tau. on the spot. sekelip mata je. korang bayangkanlah dalam keadaan aku lapar gila tak sabar nak melahap, baru makan beberapa suap terus rasa dah tak boleh nak makan.



Contohnya malam semalam. petang tu dah siap-siap masak untuk makan malam. menu simple tapi hasilnya memang marvelous lah. sila puji masakan sendiri. aku masak telur dadar kuah kicap, sayur sawi sos tiram dengan sambal tempoyak. wahwahwah, sejak jadi isteri orang pahang ni tekak boleh tahan ye. hehe. malu.



Malam tu pas isyak terus rasa berkobar-kobar nak makan. hubby pun same gak. sebab tu memang makanan feveret dia lebih-lebih lagi sambal tempoyak tu. dah hidang-hidang sume, Bismillah terus ngap! kalo tak silap aku baru 4,5 suapan, aku terus rasa dah tak boleh nak makan. terus rasa muak dan kenyang. pelik.



Tapi memandangkan tak elok membazir, aku paksa gak makan sampai abis. tapi terkulat-kulat gaklah. tu pun paksa telan dengan air. pas makan terus rasa nak termuntah balik tapi tahan je. rugi woo.



Pagi ni plak berlaku kat kantin. nak breakfast. pagi-pagi dah terbau nasi lemak yang wangi tu. perut pun dah berkeriuk mintak diisi. baru makan 3,4 suapan, perkara yang sama gak berlaku. terus mati selera. kali ni langsung tak boleh nak bagi abis nasi tu. terus stop. padahal tadi bukan main lapar lagi. pelik.



Bagi aku benda ni memang agak peliklah. sebab tak pernah lagi jadi camni kat aku. biasa kalo takde selera nak makan, memang dari awal lagi tak rasa nak makan. ni tengah sedap-sedap makan terus stop. bengang gaklah. dahlah lauk sedap kan.



So, korang boleh tak menghuraikan kepelikan yang melanda diri aku sekarang ni? manalah tau korang pernah alami kan. =)



Friday, September 17, 2010

~ Ye! Saya bukan blogger tegar! ~

Assalamualaikum sume.




Lame kan korang tak dengar aku mengarut kat sini. haha. biaselah, kalo aku cuti, memang aku akan cuti segala-galanya. tak kuasa nak mengarang ayat depan laptop ni sedangkan tengok TV itu lebih best.



Hari ni pun masih ade lagi saki-baki rasa malas tu. tapi aku gagahkan gak jari ni nak menaip. sebenarnye ade keje yang kena buat tapi biar dulula. masih mencari mood untuk bekerja. almaklumlah dekat 2 minggu cuti raya. otak pun masih ingat kuih raye je. haha.




Sebenarnye aku dah ade niat jahat untuk tak meng-kerja-kan diri hari ni. tapi fikir punya fikir, last-last tak jadi plak. tak leh diikutkan sangat perangai malas tu. kang orang dah cop 'Pemalas' baru tau. lagipun esok ade skola ganti. nak taknak kena gakla pegi.



Sebab lain yg membuatkan aku kena gak pegi keje hari ni ngan esok sebab aku dah dengar-dengar berita pasal Pengetua skola aku akan berpindah ke PPD Raub start minggu depan. cepat tu! takde angin, takde ribut tau-tau nak pindah. yela, maybe sebab die duk Raub. tiap hari berulang ke skola. umur plak agak-agak tua skit. ape-ape hal kang susah. 




So, esok maybe last day Pengetua lama kat skola ni. tak sure sape yang akan ganti die. harap-harapla ok. sebab Pengetua sekarang ni ok sangat. tak cerewet. tak garang. tapi sume tu buat cikgu jadi malas. ngehehehe. tak kisahla sape pun yang ganti. yang penting kita buat tugas masing-masing dengan sebaiknya. tak gitu?



Apela aku ni ek. orang lain duk bercerita pasal raya tapi ko cite pasal keje. rilekla babe. jangan tension-tension di hari raya ni. masuk hari ni dah 8 Syawal. jap je kan. suasana raya pun dah mula kurang. taun ni kurang lak budak-budak beraya umah aku. tak sampai 10 orang.




Incek hubby suke sangat melayan bebudak datang beraya. macam-macam ditanya. sampai bebudak tu naik syok taknak balik-balik. tau la umah aku best. muahahaha pasan jap. cuma taun ni meriah skit sebab beraya sakan dengan family mertua. first day memang raya kat Kluang. second day aku dah balik Lipis. so lebihnya beraya kat sini la.




Raya umah adik-beradik incek hubby yang ramai tu. masing-masing tunjuk skill memasak. mula-mula ingat umah aku tak kene serang, last-last kena gak. hahaha. masing-masing order nak makan ape. wallawei. ingat aku ni reti nau memasak ke. masak air lehla. tapi dalam banyak-banyak tu majoriti nak makan soto. diorang cakap orang Johor pandai masak soto. memangla orang Johor pandai tapi aku tak pandai!!! miahahaha.




Incek hubby cepat je setuju. muka aku dah kelat-kelat masam. duk fikir mane aku nak korek resepi. tetiba teringat Buku Resepi Chef Hanieliza a.k.a Kak Liza. buku tu incek hubby beli kat Popular sebelum raya lagi. die memang bersemangat kalo nampak buku resepi. tapi masaknye malas.




* Muka depan Buku Resepi Kak Liza



* Muka belakang.



Balik umah aku terus belek-belek buku resepi tu. nahhh! ade pun resepi soto. senang dan pantas. bahan-bahan pun tak susah mane. pastu aku cari plak resepi bergedel. sedap wat makan dengan soto. pun ade gak. bagusla buku ni. korang try la beli. tak rugi woo. ade 365 jenis resepi. yela, kite kan ade 365 hari. bijak Kak Liza. hehe. promote gile-gile ni ade komisyen tak? ngehehehe.




Soknye pepagi dah bangun nak ke pasar beli bahan-bahan untuk buat soto. sedar tak sedar beratus gak abis untuk beli sume bahan. yela, skang kan ayam dah mahal. sekor je cecah RM20. dulu tak sampai pun RM10. tetamu yang nak dijamu plak ade la dalam 4,5 buah family. anak-anak sedara lagi. 




Takpe, sesekali je wat makan-makan beso ni. cuma aku agak risaula sebab tak biase masak untuk ramai. takat 3,4 orang tu pejam mata je. heheh. sudahnye, dari pagi aku bertapa kat dapur sorang-sorang okeh! incek hubby ade gakla tolong skit-skit. tapi jap jela. sedar-sedar dah ilang. pastu ade balik. huh!!




Rase macam senang tapi renyah gak nak membuatnye. yela, dapur ade 2 je. yang nak rebus nasi impitnye lagi, nak buat bergedel lagi. so kene ikut turn. aku sampai pening-pening kepala sebab dari pagi tak makan ape. nak masak punye pasal. pastu leh plak air takde!! orang dah excited nak masak, trus jadi takde mood. mujurla bilik air dekat je dengan dapur. air tangki ade lagi. so ulang-alik ke bilik air jela aku kejenye.




Pung pang pung pang, tengok jam dah kul 3 petang. gile! masak ape lame camni. tu pun masih tak siap sepenuhnya. incek hubby suh tambah bergedel sebab takut tak cukup. menggentel la aku sensorang. mujurla diorang tak jadi datang petang. sempatla aku nak kemas-kemas umah skit pastu mandi. leganya dapat mandi.




Pas maghrib baru diorang datang. Alhamdulillah diorang nampak berselera dengan soto aku. ke aku yang salah tengok? ahh!! tak kisahla. yang penting aku dah berjaya menjamu diorang walaupun tak taula sedap ke tak. yela, kalo tak sedap takkan sorang tambah sampai 2 kali kan. ke diorang lapar sangat ek? confuse jap.




 Ade la balance skit untuk aku ngan incek hubby makan malam tu ngan breakfast sok pagi. aku guna mangkuk polisterine je. senang. pas makan, ko campak je dalam plastik sampah. tak pening aku nak membasuh. 




Malam tu pinggang aku sume sakit-sakit. barula aku tau penangan memasak untuk jamuan or ape-ape je. time tu gak baru aku sedar camni rupenye perasaan mak aku tiap kali buat majlis kenduri or ape-ape je. memang penat. selama ni aku duk tolong skit-skit je so tak rase sangat. bila buat sorang-sorang memang azab! tiba-tiba kesian kat mak. uhuk.




Pasni aku kene rajin masak. incek hubby dah belikan kuali leper Tefal yang baru. dah lame sangat aku nak. baru ni die belikan. bukan aku tak mampu nak beli tapi saje je nak suh die belikan. haha. pastu buku resepi pun dah ade. takde alasan la ko malas masak ek diela. aku leh je nak masak tapi make sure lauknye ade la. kalo takde lauk camne nak masak. tu ayat yang selalu aku hadiahkan pada incek hubby. ngehehe. alasan baik punye.




So, hari ni nak masak ape ek? balik kang belek buku resepi Kak Liza lagi. ;)




* Kalo malas masak, jangan jadi pompuan ( gambar raya dalam next entri ek ).



Tuesday, August 24, 2010

~ Hari ini satu sejarah telah tercipta ~



Salam u olls.




Hari ni kan, aku dah cipta 1 sejarah. buat pertama kali aku ngan incek hubby bersahur tak makan nasi. cuma makan roti ngan minum milo & oat je. huhu.



* From google.



Puncanya, aku terlupa yang lauk berbuka semalam dah abis dibedal. nyanyuk jap. biasenye kalo lauk berbuka dah abis, malam tu aku masak lauk simple-simple untuk sahur. tapi serius, malam semalam aku ilang ingatan jap. aku rilek je dengan menyangkakan lauk masih ade. 



Skali bangun pagi, bukak tudung saji, haa ko. ade sayur kacang buncis jek. nak goreng telur or ayam, tapi incek hubby cakap takyah. die suh buat roti letak peanut butter, pastu buat oat susu panas. aku lak makan roti ngan milo panas. lega perut bila kena air panas pagi-pagi buta. kalo tak slalu aku balun air sejuk je.




Pastu aku macam sian plak kat incek hubby. sebab die ni jenis tak leh kalo tak makan nasi. sehari mesti merasa nasi. aku takpe sebab tembolok kecik. rase bersalah je bila tengok muka die. sori ek abang. esok kita sahur nasi ek. ;)



Tapi aku perasan, bila makan roti ni aku tak rase lapar plak. biasenye time ni perut aku dah berkeroncong. tapi ni rase macam baru pas makan. maybe sebab ade serat kot. serat kan lambat hadam. macam oat. emm kalo camni, sok lehla makan roti je. tapi incek hubby tetap kena makan nasi ok.




* Pas kawin baru rase susah senang nak jaga makan pakai suami. ;)


Tuesday, August 17, 2010

~ Kan tak baik membazir ~



Hai. salam sume.




 Masuk hari ni dah 7 hari kita berpuasa. rasa baru semalam start. jap je masa berlalu kan. tau-tau kang dah masuk bulan Syawal. seronotnye!




* Ramainya manusia. (gambar ni dari cik google)



Dalam bulan puasa ni, bazar-bazar Ramadhan memang sentiasa penuh. bukan takat orang Melayu je, bangsa lain pun tumpang sekaki. takpela. rezeki diorang gak kan. serius aku masih belum sempat lagi ke bazar untuk beli makanan. selalunya incek hubby yang pegi. aku order jek. huhu.




* Tengok tu, banyaknya kuih. (cik google gak)



Memang sedap tengok macam-macam jenis lauk pauk & kuih ade kat bazar. yela, masa puasa ni nampak ape sume sedap. kalo boleh sume nak dibeli. macam incek hubby la. kadang-kadang aku dah masak 2,3 jenis lauk kat umah. tetiba aku tengok die balik dengan berplastik-plastik kat tangan. skali buka, die beli lagi 2,3 jenis lauk. haihh.




Kan dah kene bebel. bila aku tanya kenapa beli banyak-banyak. sedangkan aku dah masak. dan die gak yang beria suruh aku masak. tapi die buat muka macam innocent jek. pastu garu-garu kepala. last-last die cakap, sume nampak sedap, tu yang die beli. adoiyai.



* Sayang kan kalo sume makanan ni dibuang. (thanx cik google)



Tu  belum masuk bab kuih lagi. aku perasan yang tiap hari die mesti beli adalah murtabak ngan kuih cucur udang. sampai naik jemu aku makan. pastu kalo beli sikit-sikit takpe gak. ni beli sepinggan beso. last-last sampai bawak ke sahur pun tak abis lagi.




Bukan aku tak ingatkan. tiap kali bila die nak kuar ke bazar, aku mesti warning jangan membazir beli lauk & kuih banyak sangat. sebab tiap hari aku masak. tapi bila balik, penuhhh gak tangan die. macamla die tak tau bininya ni bukan makan banyak. skali makan nasi sepinggan, terus kenyang sampai malam. pastu makan kuih 2,3 bijik. die plak pas balik terawih mata dah merah-merah ngantuk. dah tentu-tentu la tak ulang makan.




Kadang-kadang rasa tak sampai hati nak buang lebihan tu. tapi yela, dah basi kan. kene gakla buang. tu kalo bagi kat orang Bosnia ke Somalia ke confirm licin. diorang kat sane punye la susah nak dapat makan. tapi kita kat sini senang-senang je buang makanan. bukan ke membazir tu amalan syaitan. Subhanallah.




Balik kang nak kene bagi tazkirah lagi kat incek hubby ni. tak pun aku ingat aku nak ikut die pegi bazar hari ni. so bolehla kawal pembelian die tu (yeke? tah-tah ko lagi teruk.kuikuikui.). InsyaAllah pasni kitorang dah tak membazir lagi. beli apa yang perlu saje. 




* Sedih dengan berita bazar di Jasin yang dilanda ribut. ;( 



Friday, July 30, 2010

~ Looooove Friday. Do U? ~

Hai. morning kawan-kawan sekalian alam.





Biaselah kan. hari Jumaat mesti mood ceria je. kalo yang keje gomen mesti sengih je kan bile tiba hari terakhir minggu bekerja. macam saya. ;D





Tapi ade 1 lagi sebab kenapa aku gumbira sangat hari ni. malam kang family aku dari Kluang akan bertolak ke sini! ye, ke rumah anaknya yang jarang balik ni. bukan sengaja taknak balik ye. diorang datang baik tren je. mudah dan tak penat. makcik pakcik aku dalam 3, 4 orang pun akan ikut gak. wahhh tak sabar nih.





Rumah pun dah bersih berkilat. sume aku ngan incek hubby dah prepare. korang datang tinggal tido ngan makan je. errmmm tetiba teringat nanti nak masak ape ye untuk diorang? takkan sekali sekala datang nak makan simple-simple je kot. mestila kene jamu yang best-best kan. ;)





Sebelum ni incek hubby ade bagi cadangan suh masak gulai ikan patin. yela, kat tempat aku ni memang glamer sangat masakan camtu. aku yang dulu tak suka makan tempoyak, kat sini leh plak telan. tapi bkn mentah la. kena masukkan dalam masakan. bagus gak cadangan incek hubby tu kan. tapi aku tak penah lagi masak menu tu. selalu MIL je yang masak. hikhikhik.




* sluuurrrppp...terliur tengok...belum rasa lagi tu...




Incek hubby ade gak bagitau cara-cara buatnya tapi yela, nampak teori memang mudah. tapi bila bab praktikal tu yang jadi haru-biru. kang berkelat plak muka pakcik makcik aku makan. hehe. plak tu aku tak biasa masak untuk ramai orang. kalo dalam 5, 6 orang ok lagi. tapi ni bila kira-kira ade lebih kurang 12 orang. wahhh gamat nih.





Takpe. jangan panik puan D. buku resepi kan banyak. ko google jek menu yang ko nak masak tu. ape guna ade jari tapi tak reti guna. boleh gitu? emmm nanti aku godek-godek encik google kot-kot die leh tolong. balik kang pas incek hubby solat Jumaat, misi membeli barang-barang untuk dimasak akan dimulakan. sume perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh beliau. kekeke.





* Kul 3 pagi kene amik diorang kat stesen ketapi. haiyok!! 




Tuesday, July 27, 2010

~ JELAJAH BLOG RAMADHAN '1431~




Assalamualaikum dan salam perpaduan.




Saya tertarik untuk menyertai Jelajah Blog Ramadhan '1431 kelolaan Ben Ashaari ni antara salah satu sebabnya adalah untuk menambah kenalan dan secara tak langsung mempromosikan blog yang tak seberapa ni. harap anda anda semua terhibur. ;)




Pertama-tamanya, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak '1431 kepada semua umat Islam amnya, dan blogger-blogger khasnya. Ramadhan bakal menjelma lebih kurang 2 minggu lagi. Jadi, macam mana dengan persiapan kamu kamu semua? Saya yakin semuanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah.




Ok, raya pada kali ini saya tak pasti lagi sama ada nak buat open house atau pun tidak. Almaklumlah, rumah pun tak semegah mana. Tapi, saya sangat-sangat mengalu-alukan kedatangan kamu kamu semua untuk memeriahkan hari raya saya. Dan InsyaAllah, pastinya kedatangan tetamu-tetamu nanti akan diserikan dengan hidangan lauk-pauk dan kuih-muih sama ada yang hand-made atau tunjuk-tunjuk. ;P




Ini antara menu yang biasanya dihidangkan.


Nasi Impit daripada Hanieliza


Kuah Kacang daripada  Mama Fami


Rendang Ayam daripada Mama Sya


Kuah Lodeh daripada Kembara Qolbi




Ok, perfect. Biasanya memang hidangan inilah yang jadi menu utama masa Hari Raya Puasa setiap tahun. Kalau takde salah satu daripada menu di atas, memang tak sah. Jadi, sehari sebelum raya saya, kakak dan adik sama-sama bergotong-royong membantu mak di dapur. Masakan mak memang marvellous!!! Hingga menjilat jari. Jadi, nak fikir apa lagi, tak teringin ke nak merasa masakan saya dan mak saya? ;)




 Oh, dah tentu-tentu duit raya akan disediakan untuk anak-anak pembaca sekalian. Bukan ke itu dah jadi amalan. Dan untuk mak pak nya saya beri ini  sebagai cenderahati. Dah menjadi budaya kami untuk melayan tetamu dengan sebaik-baik layanan. InsyaAllah, kamu kamu semua takkan serik untuk bertandang ke rumah saya lagi. ;)




*Ribuan terima kasih kepada Abg Ben Ashaari atas program jelajah ini. ;) 


~ Mengidamkah aku? ~



Hai again.





Errrr kontroversi ke tajuk entri aku ni? hehe. ohh, jangan ber-syak-wasangka dulu. perut saya masih belum terisi. terisi dengan benda lain yela.





Habis tu, ko mengidamkan ape cik D oii?





Aku nak niiiii.... ;(




* GCB baik punyeeeee... ;D----(air liur berjejehan)
 


Bukan kotaknya ye, tapi isinya. waaaa saya sangat menginginkannya. tapi di sini tiada McD. huh!! sungguh kekampungan tempat ini. adakah sesapa yang sudi membagikan saya ini barang baik punye? saya sudah terliur-liur walaupun cuma melihat kotak ini. waaaa apakah?





Hujung minggu ni family aku dari Kluang nak datang. jadi, wajarkah kalo aku mengirimi mereka dengan seketul barang baik di atas itu? akan basikah? ohhh, bagaimana ini. aku dah tak tahan menanggung sengsara atas keinginan yang membara ini. 




Actually barang baik ni dah lame pun berada di pasaran. tapi sampai laaaa ni aku masih tak dapat-dapat gak merasa. ohh, hinanya diri ini. tak pasal-pasal. abis takkanla aku nak ke KL semata-mata nak dapatkan benda alah ni? aku tak sure paling dekat kat mana. yang aku tau kat Genting Sempah ade la. nak ke sana je dah sejam lebih. ohhhhh, keciwanyaaaa.




Mesti korang gelakkan aku kan. sebab korang sampai dah jemu-jemu mengadap benda tu kan. uhuk. nak buat camne. hambe ni duk kat kampung. paling best pun ade kepsi (KFC) jek. pizza jauh skali. lempeng banyakla. 





Ahhhh, aku tak kira. aku akan nekad mengirimi family aku untuk tapau barang baik tu nanti. biar putih tulang, jangan putih mata. ada kaitan ke? kalo dah sejuk pun, aku leh panaskan balik dalam microwave. ape ade hal? errrr agak-agak 5 bijik cukup tak ek? 





* Nasib baik tak mengidam burger daging gajah. mano nak carikkk??



Wednesday, July 7, 2010

~ Domino's vs Pizza Hut ~

Hai again...




Nak cite pasal makan-makan lak. hari ni aku tak pose. so takpela cite pasal makan. time pose makruh. 




* Credit to Google


Korang suke ke fast food macam Domino's or Pizza Hut ni? aku biase-biase jela. time rase nak makan, makan. tapi kat tempat aku ni memang ko takkan jumpe la benda alah ni. paling hebat pun KFC. name je KL (kuala lipis), tapi habuk pun tarak. so aku jumpa time balik umah mak aku kat Kluang, Johor or pegi jalan-jalan kat KL (kolumpo). 



Bagi aku secara personal la kan. aku lebih suka cik D daripada cik P. kalo korang bandingkan sebelah menyebelah korang akan nampak the different. yang mane lebih isi, yang mane lebih tepung. maybe brand cik D ni kureng skit berbanding cik P dari segi promosi. tapi kadang-kadang yang kurang promosi tu la yang lebih baik.




Nak kate aku syok sendiri tak leh gak. sebab incek hubby pun sependapat dengan aku. kalo dah sependapat tu maknanye betul la tu. sebab kitorang ni susah skit nak same pendapat. ade je yang die bantah pendapat aku. tapi kali ni, same-same angkat ibu jari tangan. sedapla tu. hehe. aku ingat lagi mase aku balik dari lawatan ke KL hari tu aku beli sebijik je. incek hubby bising sebab beli sikit sangat. incek hubby tak berapa suka dengan cik P. die kata makan sikit dah muak. kalo cik D, sebijik tu pun die leh sapu licin. 



Tak taula korang camne. tekak masing-masing tak same. weekend ni nak pegi kolumpo lagi. nak tengok wife abang incek hubby baru bersalin. diorang duk Ampang. so lehla melantak cik D lagi. haihh migrain balikla aku ni kang. 




* Cik D ke, Cik P ke, dua-dua bagi penyakit. ngeeeee. ;P



Thursday, June 24, 2010

~ Blogwalking buat aku lapar ~

Hai sume...




 Sementara takde keje ni aku sambung blogwalking lagi. banyak belog aku jumpa dari belog abg ben. kalo korang tak tau dia memang banyak promote belog orang lain dalam belog dia. baik hati betul abg ben ni kan. hensem plak tu. oooppppsss terlebey sudaa.





Jalan punye jalan banyak plak aku terjumpa dengan belog yang sume entrinya cite pasal makanan. sedap-sedap plak tu. memang pandai masak la owner belog tu. aku sampai terliur-liur tengok. terus rase bersemangat nak try resepi tu. sekarang jela semangat. balik umah kang adoooo.




Antara resepi yang menarik hati aku aiskrim goreng. mudah dan cepat nak sediakan. kreatif betul la dia kan. kalo korang nak resepi tu klik kat sini ok. bile-bile mase je korang leh try buat. tapi make sure umah korang ade peti ais la. tu ingredient yang paling utama. hehe. aku pun dah terliur je ni. mengidam ke? haha. time tengah lapo sume benda nampak sedap. balik ni rasa nak try buatla. first kene beli roti and aiskrim dulu. yummy!!




Tiba-tiba aku teringat malam tadi aku makan toasted pocketful KFC nye. sedap ko. aku sampai tak abis-abis makan sebab beso sangat. tapi bagi aku memang sedapla. tak rugi beli. camni ha rupe die. 


 
Terliur tak? terliur kan? hehe. saje je nak bagi korang lapo. semalam aku makan separuh je. separuh lagi aku simpan dalam fridge. balik kang masuk microwave, pastu masuk mulut aku. haihhh dah teringat-ingat je ni. takkan mengidam kot. tapi kalo betul ape salahnye kan. lagi aku suke. ;P




Aku memang jarang makan kat kantin skola. menu tak seberapa tapi mahal gile. pastu kuar-kuar je 1 badan bau lauk. tak selesa dibuatnya. aku selalu beli kat kedai dekat dengan umah je. bawak pegi skola, makan dalam bilik. kadang-kadang angkut ke bilik guru share dengan diorang.




Tapi ni macam dah lapo sangatla. rasenye macam kene turun gak ke kantin ni. lambat lagi nak balik. mau mati kebuluran aku kang. aku pegi makan dulula ek.



* toasted pocketful... toasted pocketful... toasted pocketful...


Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat