Showing posts with label WISHES. Show all posts
Showing posts with label WISHES. Show all posts

Friday, September 9, 2011

Ceritera Raya Part 1

Salam Syawal buat kawan-kawan sekalian alam. =)



Rasanya masih belum terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin walaupun dah masuk 11 Syawal. almaklumlah kan, nama pun raya. blog pun raya gaklah. hehe.



Barulah hari ni terasa rajin tangan ni nak menaip entri baru. tak sah rasanya kalau tak buat entri pasal raya. asyik duk baca cerita raya orang lain je. nahh sekarang rasakan buah tangan dari blog ni plak. entri ni banyak gambar je. malas nak cerita panjang-panjang. pulak! ;P




Si montel dengan ibunya (akak akulah). masa ni beraya kat rumah makcik iaitu akak sulung kepada mak aku. memang dah jadi tradisi pagi raya mesti ke rumah dia dulu.







2 budak montel yang menjadi tumpuan di hari raya. yela takkan nak gomol orang tua plak kan. sorang tu anak akak aku, yang baju biru tu anak sepupu aku. tu muka nak nangis la tu.







Anak-anak dara yang pantang nampak orang tala kamera cepat je control cun. kecuali yang kanan sekali tu. dia dipaksa untuk senyum. lihat muka terpaksa dia tu. tak pasal-pasal huduh! huh!







Errr actually gambar ni kena tengok dari bawah ke atas. malas nak susun balik. hehehe. ni gambar pagi-pagi raya sebelum ke rumah sedara-mara. dah jadi tradisi kena bergambar dulu sebelum kuar beraya. wajib! lebih-lebih lagi dah ada DSLR ni. walaupun ayah punya. hewhew.








Ini adalah gambar wajib ada. kalau takda memang wajar dihempas DSLR tu tanpa rasa bersalah. tak nampak ke ustaz tu dah bergaya kemas untuk bergambar? tak paham-paham lagi? tetiba rasa macam kaler baju tak matching. tulah akibatnya beli baju raya last minit. iskkkkk!








Ni gambar tuan punya DSLR yang wajib wajib wajib ada di setiap penjuru. kalau takda dibimbangi DSLR itu disimpan dalam peti besi supaya anak-anak tak dapat berlagak seolah-olah DSLR tu mereka yang punya. haihhh!







Gambar yang sepatutnya berada di awal entri. jangan ditanya kenapa baju kami berdua tak sama dengan family yang lain. seolah-olah sedang bergaduh besar lagaknya. tapi kalau tak tanya pun aku nak cakap juga. sebenarnya tahun ni giliran beraya di belah suami. tapi disebabkan ada hal yang tak dapat dielakkan, maka tahun ni beraya lagi di Kluang. sebab tu baju tak sama. dah jangan tanya lagi.






Eh tertinggal lagi 1. ni gambar sebelum barang-barang bersepah kat belakang tu dialihkan. masing-masing dah kemaruk nak bergambar sampai tak sedar apa. tah selipar sape yang tetiba ada dalam rumah tu. nampak sangat baru kuar kotak. mujur ada ustaz yang prihatin. hehe.




Kata ada DSLR tapi seciput ni je gambarnya?



Kalau aku masukkan semua kang juling plak mata korang menengoknya. cukuplah beberapa keping ni je. (sebenarnya gambar-gambar lain banyak takda muka aku. so apa kes nak masukkan gambar yang takde muka penulis blog?) hahaha kejam tak aku.



Opss, ni baru cerita part 1. banyak lagi part nak cerita ni. tapi slow-slow ye. nantikan part demi part dengan sabar seolah-olah korang tengah tunggu cerita Kasih Alia bila tengah syok tengok tetiba bersambung minggu depan. rasa macam nak hempas TV kan? haaaa jangan hempas laptop or PC korang plak. sabaaaaarrrrrr.



Ok, nak pegi beraya ke blog orang lain plak. nak duit raya!



Bye!





Friday, May 6, 2011

Tahniah RedMummy!



Morning kawan-kawan. selamat hari jumaat. hari yang paling best sebab esok luasa cuti. yeyyy!!!



Actually entri ni khas untuk Red Mummy (RM) yang sekarang tengah pregnant anak ketiganya. serius bila me dapat tau dalam FB RM
kelmarin, me plak yang lebih-lebih excited. hehe. yelah kan mesti nanti baby RM jadi baby paling glamor kat Malaysia. wahhh gitu.



*Pic cilok kat blog RedMummy. ;)



Hah! nilah Red Mummy dengan anak daranya. dua-dua comel kan? pasni baby baru mesti lagi comel. iskk! me plak yang tak sabar. huahuahua. tak pasti plak bila baby RM tu lahir. maybe akhir tahun ni or awal tahun depan.



Apa pun me sekeluarga doakan RM dan baby sihat selalu dan selamat melahirkan baby yang tembam dan gebu nanti. ;)



Friday, January 7, 2011

Long time no see!

Hai. gud morning sume. pekabo? sihat? ;)



Pehhh! lame gila aku tak berblogging. ade la hampir 2 bulan. mesti ramai yang rindu-rinduan kat aku kan. uhuk! batuk lak. serius sepanjang cuti sekolah memang aku tak online blog langsung. FB pun kengkadang je aku jenguk. memang aku cuti secuti-cutinya. happening sungguh!


Most of the holidays aku stay kat umah mak aku kat Kluang. sebulan gakla duk sana. tu tak termasuk yang kena pegi kursus time cuti, pegi anta adik ipar bertunang kat Penang. baru tahun nilah aku rase heaven betul bercuti. dapat spent a lot of time dengan family. akibatnya, mood nak mulakan kerja hilang tah kemana. yela, mase cuti bangun pagi pun matahari dah tegak atas kepala. hari keje, ayam belum berkokok aku dah start enjin kete. haihh!



Minggu pertama keje as usual memang quite busy la. sebab aku kena handle Minggu Orientasi untuk students Form 1 yang baru masuk. alaaa cinonet je diorang ni. geram aku tengok. ade sorang tu (student Asli), a boy, aku tengok asik tundukkan kepala je. pastu landing kepala atas tangan kat kerusi member depan die. aku ingat die membuta. bila kejut, langsung takde respon. yang ada cuma badan tersengguk-sengguk. laaaa nangis rupenye. so aku biarkan jela.


Pas diorang rehat, aku tengok boy tadi dah cool. dah kenyang agaknye. so friend of mine tanya 'kenapa?'. sebab die asik duk pandang cikgu-cikgu (termasuk aku) yang duk belakang die. terus die jawab 'nak balik'. alahaiiii sayunya. berkaca-kaca mata die. aku tanya plak 'kenapa nak balik?'. die balas 'rindu'. uhuk! aku terus panggil die duk mengadap kitorang. then borak-borak. oohhh rupanya boy ni anak sulung. die cakap die rindu kat ayah die. kat adik-adik die pun same. hadoii! aku tak leh la tengok bebudak sedih camni. sayu hati tau. cikgu pun rindu mak ayah cikgu gak! uwaaaaaaa!



Masuk hari kedua & ketiga boy tu dah ok. maybe mula-mula masih tak dapat sesuaikan diri lagi. dah dapat kaki sok, silap-silap taknak balik plak. yela, bebudak ni majoritinya tak pernah duk asrama. tak pernah berjauhan dengan family. bila kecik-kecik lagi dah kena duk jauh dari family, maunya tak sedih kan. kat umah even mak marah-marah pun tapi ade depan mata. bila dah takde depan mata, mula la rase macam-macam. takpela dikk, belajar berdikari kay!


Bukan macam cikgu. start berjauhan dengan family mase dapat offer ke UPSI. itu pun mase mak ayah nak balik, pakat peluk cium nangis bagai. macam nak ikut balik sama. padahala mase tu umur dah 20 tahun! malu aku dengan boy tadi. muahahaha. yela, dulu mase sekolah tak berapa jauh dari rumah. mula-mula ayah hantar. pastu naik van plak. memang tak terfikir nak duk asrama. sooo, bagi adik-adik cikgu yang kecik-kecik lagi dah kena duk jauh dengan mak ayah, ingatlah yang kita perlu berkorban untuk berjaya. bila dah berjaya, bolehla bantu family dan senangkan diorang.


Oh ye, rasanya masih tak terlewat lagi untuk aku ucapkan "Selamat Tahun Baru 2011". walaupun dah 7 hari berlalu. ;) semoga dengan bermulanya tahun baru ni, kita dapat buka buku baru. buku yang lebih berwarna-warni dan dipenuhi dengan coretan manis hendaknya. InsyaAllah. 



Buat adik-adik cikgu, mulakan hari dengan semangat dan azam baru. masih belum terlambat untuk berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang hujung tahun ini. cikgu akan sentiasa mendoakan kalian. ;)



Thursday, November 11, 2010

~ Tahniah adik-adikku! ~



Hai.



Jenguk kat FB jap tadi. tiba-tiba ternampak member up status wish tahniah kat student UPSR yang berjaya dapat 5A. terlupa lak aku hari ni result UPSR kuar ye. kalo tak silap anak abang ipar aku ada yang amik UPSR tahun ni. tak taulah ape result die.



Anak cousin aku pun ade sorang yang amik UPSR tahun ni. dia tu bijak sikit budaknya. kecik-kecik dah pakai spek. 24 jam duk mengadap Skor A. yela, mak cikgu katakan. ke mana tumpah kuah kalo tak kat atas meja kan. eh!


Besar sebenarnya tanggungjawab sebagai ibu bapa ni. dari sebesar tapak tangan tulah ibu bapa perlu mencorakkannya. didikan ibu bapa kepada anak masa kecik itulah yang akan membentuk siapa si anak bila dah besar nanti. bila dia dah besar, diri sendiri yang perlu menilai baik dan buruk sesuatu perkara itu dengan dipantau oleh ibu bapa.



Errr sebenarnya nak cite pasal UPSR je. tetiba melalut tak tentu pasal duk bagi nasihat kat parents. ko tu takde anak lagi bolehla cakap itu ini. ada anak nanti barula tau sebesar mana tanggungjawab tu. yela, tengah nak belajar la ni. uhuk!



Anywayyyyy, congrats wahai anak-anakku (wahhh macam ada anak kembar 10) yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. nikmatilah hasil berkat kesabaran dan usaha kamu selama 6 tahun di sekolah rendah. selamat menempuh kehidupan di alam sekolah menengah tahun depan!














* Terbayang ada anak Tahun 6, teman dia amik result UPSR. hikhik.



Thursday, November 4, 2010

~ Happy Deepavali in advance ~



Salam.



* Tenkiu google


Happy Deepavali in advance pada pembaca yang beragama Hindu. mane la tau ade blogger India yang rajin baca blog aku ni. hehe ade ke?


Kebanyakan sekolah dari hari semalam lagi dah stat cuti. beraya sakan no. aku gak yang masih keje sampai hari ni. esok baru cuti. yela, budak India bape kerat je skola kat sini. ade la dalam 2,3 orang. so takyah la berangan nak cuti lama ye.



Sekolah incek hubby pun cuti dari semalam lagi. syok je aku tengok die membuta masa aku tengah bersejuk-sejukan mandi pepagi buta. rasa nak je sambung balik berselubung sambil call ofis bagitau hari ni MC dengan menggunakan nada suara yang serak-serak bajet demam. hahahahaktuih. nampak sangat macam dah biase buat kan. takdela, aku baik. ;P


Tapi bila mengenangkan banyak lagi keje yang tak setel kat skola, maka aku gagahkan diri. ala tak lama dah nak cuti. pasni sebulan lebihla ko duk terperuk kat umah. so masa yang tinggal beberapa hari ni bolehla digunakan untuk menyelesaikan keje-keje pengurusan yang banyak tertangguh disebabkan kerap nau kena handle program luar. sampai Pengetua pun macam nak bising. erkkk.



Pengetua bising? die takdela sampai marah aku. cuma die bebel sikit pasal MGKK Lipis suke sangat buat program dah dekat hujung-hujung taun ni. macamla diorang tak tau bila dah dekat cuti ni banyak keje kene setel kat skola. dengan program untuk budak PMR nye lagi. memang tak ter-handle. nasibla ade 2 orang kaunselor kat sini. so boleh bagi-bagi keje.


Eh, apsal leh termasuk cite pasal keje plak ni? bukan cite pasal Deepavali ke? haihh ginila gamaknya bila dah stat menaip. ade je yang nak direpekkan.



Mak suh balik Kluang cuti Deepavali ni. bukan taknak balik, tapi Sabtu ni skola aku buat family day. kalo takde family day pun, aku just cuti 3 hari je. bukan masalah duit, tapi masalah masa. mula-mula mak macam nak merajuk. bila dah diterangkan, baru mak faham. aku tak risau sangat sebab cuti dah dekat. Raya Haji nanti pun aku akan balik Kluang. sebulan lebih kat Kluang pun takpe. maaf ye mak!



* Bila dah kawin, banyak benda perlu dikorbankan.



Monday, October 4, 2010

~ Happy Birthday in advance my Blog! ~



Assalamualaikum kengkawan.




Wahhh macam lame je tak hapdet belog kan. almaklumlah. minggu lepas busy sesaje. laptop pun tak sempat nak on. dalam pada tangan ligat buat keje, pala otak duk teringat kat belog kesayangan hamba ni. uhuk.



So, minggu ni, belog ini akan mula 'hidup' kembali. get ready ye rakan sekalian alam. ceh, bajet belog ko best sangat sampai orang tunggu-tunggu. hahahaha. ok, berhenti gelak.




Sedar tak sedar rupanya usia belog aku ni nak masuk ke angka 1 tahun. halahai omak. baru setahun jagung rupenye umur die. rase macam baru je jap tadi aku daftar sebagai blogger. ok, tipu di situ. mengikut pengiraan secara manual, 3 hari lagi genapla usia setahun belog aku ni. ni kira advance la wish awal-awal.



* Lapar plak tengok kek ni.



Dalam hampir setahun ni, rupenye tak banyak entri yang aku tulis. tak sampai pun 365 entri. yela, kita kan ade 365 hari setahun. bila dah ditolak hari cuti, hari minggu, hari MC sume, hanya 194 entri je yang aku mampu buat. haihhh kena usaha lagi ni.




Awak-awal dulu memang aku jarang hapdet entri baru. kadang-kadang seminggu sekali je. yela, otak pun tengah blur masa tu. idea tak banyak. lama-lama bila dah dapat rentak, sehari kengkadang sampai 2,3 entri. tapi ade gak mase sehari tu langsung takde idea. tu yang aku mengarut tah ape-ape sebab dah set sehari sekurang-kurangnya 1 entri akan di-publish.




Contoh macam hari ni. bila dah 3,4 hari tak hapdet belog, aku jadi slow balik. mula tercari-cari idea baru nak menulis. taknak la orang bosan bila baca belog aku takde ape-ape yang menarik. aku suka bila orang baca tulisan aku, dan beri maklum balas. aku rasa dihargai. aku tak kisah pasal rating or BE. yang aku nak adalah kepuasan menulis.



* I'm only one year-old!



So, berbalik pada tajuk utama kita. HAPPY BITRHDAY in advance my blog! thanks a lot kepada sume yang membuatkan blog aku 'hidup' selama setahun dan semoga berterusan sampai bila-bila. ada sape-sape nak bagi hadiah pada belog saya? sila hantar ke address saya ye. ;)




* Blog aku hanya satu. tak mungkin ade yang kedua. 


Wednesday, August 11, 2010

~ Sahaja aku berpuasa ~



Assalamualaikum. selamat pagi sume.






Mulai hari ni umat Islam akan mula menjalankan ibadah puasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan. mesti ramai yang tak sabar nak berpuasa kan. lebih-lebih lagi pastu nak raya. memang ramai yang ternanti-nanti.










Aku sendiri pun excited untuk bangun sahur dan berbuka puasa bersama dengan incek hubby. perasaan tu sangat best ok. tapi lebih best kalo dapat berbuka puasa dengan family kat kampung. uhuk. sabo jela kan.
















Di kesempatan ni, aku nak ucapkan 





SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK





bagi sume umat Islam amnya, dan pembaca belog ini khasnya. semoga diharapkan kita sama-sama dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna dan amal ibadat kita diberkati oleh Allah S.W.T.




 






Dan semestinya dalam bulan pose ni segala pertuturan dan perbuatan kita haruslah dibatasi. kalo sebelum ni suka cakap lepas, harap dalam bulan yang mulia ni kurangkanla ye. bukan ape. kalo boleh dalam bulan Ramadhan nilah kita nak kumpul pahala dengan buat kebaikan. sebab ganjarannya terlalu besar. berlipat kali ganda dari hari biasa. jadi takkan kita nak lepaskan peluang tu?










Di sini juga aku nak ambil kesempatan untuk meminta maaf kepada sesiapa saje yang mungkin pernah berkecil hati atau marah dengan aku. aku hanya manusia biasa. tak lepas dari melakukan kesalahan. dan aku juga dah memaafkan kesalahan kalian sume sama ada secara sedar atau tidak.
Wallahualam. 





* Sebak tiap kali mak call tanya berbuka apa. uhuk.


Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat