Showing posts with label PERINGATAN. Show all posts
Showing posts with label PERINGATAN. Show all posts

Thursday, March 22, 2012

Jangan dikenang

Keputusan SPM tahun 2011 dah pun diumumkan. Ada yang gembira, ada yang menyesal tak sudah sebab dulu malas belajar. Tapi apa yang nak disesalkan. Semuanya dah pun berlalu. Apa yang boleh dibuat sambung pelajaran ke peringkat seterusnya dan buat lebih baik untuk tebus balik kegagalan kali ni.



Masa tengok budak-budak ambil keputusan semalam, automatik saya teringat kenangan saya dulu. Walaupun dah macam kabur-kabur sikit tapi masih ingatlah perasaan dan apa yang berlaku.



Dulu saya memang bukan budak pandai. Jauh sekali nak dapat title "Pelajar Target Sekolah". Keputusan yang saya dapat memang setimpal la dengan usaha yang saya buat. Sekali suruh, sekali buat. Serius saya tak mengharap apa-apa pun masa nak ambil keputusan SPM tu. Macam ambil sikap tak kisah je.



Datang dengan kawan-kawan sekepala yang sama-sama tak betul. Dapat slip keputusan je saya terus simpan dalam beg. Sebab dah dapat agak keputusan tak ok. Sampaikan cikgu pun macam terkejut sikit sebab saya macam nak cepat je. Sebenarnya saya malu kalau kawan-kawan lain nampak keputusan saya yang hmmm susah nak cakap. Hehe.



Bila dah berjalan balik tu barulah berani tengok sikit-sikit keputusan saya. Tu pun nyorok dari kawan-kawan. First thing yang saya tengok adalah keputusan Matematik. Terus rasa teruja sebab tak sangka boleh dapat A. Sebab sebelum ni saya antara yang lemah Matematik. Tapi hasil usaha buat latihan bertubi-tubi masa nak dekat exam akhirnya membuahkan hasil. Alhamdulillah.



Subjek teras yang lain pun dapat keputusan ok. Cuma subjek sains yang tak berapa nak ok. Tapi memang saya dah agak. Sebab dulu saya malas. Belajar pun main-main. Asyik berseronok dengan kawan-kawan je. Tapi seingat saya masa ni saya belum rasa menyesal lagi. Masih lagi dengan dunia sendiri berhibur dengan kawan-kawan.


Saya mula rasa menyesal sebab tak belajar rajin-rajin bila sorang demi sorang kawan saya dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti. Saya tak dapat. Masa tu kita boleh cek sama ada kita berjaya ke tak melalui telefon je. Tepat pukul 12 tengah malam saya call hotline upu. Kedengaran suara operator lebih kurang macam nilah,



"Dukacita dimaklumkan bahawa anda tidak layak bla bla bla bla....."



Masa ni memang saya kecewa habis. Terlupa sekejap yang keputusan saya tu memang tak ok. Macam mana nak dapat. Masa ni kalau tak silap saya ada berkawan dengan someone. Sama sekolah. Dia dapat keputusan ok dan dapat melanjutkan pelajaran ke UTM Kuala Lumpur. Saya tumpang gembira untuk dia. Tapi dalam hati frust juga.



Yang buat saya bertambah frust bila dia cakap kat saya nak putuskan hubungan yang masih hijau tu. Kitorang takdelah bercinta bagai nak rak. Tapi kiranya masa tu dialah satu-satunya lelaki yang rapat dengan saya. Puas saya tanya kenapa nak break off. Alasan dia mudah je. Sebab lepas ni dia dah jauh. Dia taknak terikat dengan sape-sape. Masa tu saya rasa dia jahat sangat. Tapi bila saya dah makin dewasa baru saya sedar memang itulah keputusan yang terbaik untuk saya dan dia. Yelah, baik dia putuskan masa tu daripada kemudian hari dia curang dengan saya. Lagi haru.



Beberapa minggu jugalah saya kecewa sebab tak dapat masuk Universiti. Sampai satu masa saya rasa bersemangat nak belajar lagi. Saya apply masuk Tingkatan 6. Daripada aliran Sains saya tukar ke aliran Sastera. Masa Tingkatan 6 memang saya dah nekad nak tebus balik kegagalan saya masa SPM dulu. Alhamdulillah saya berjaya. Dapat pointer antara yang tertinggi juga. Kawan baik saya pun sama. Memang gembira sangat masa tu.



Sekarang, bila saya tengok budak-budak yang malas belajar, saya terbayang diri saya waktu dulu. Kalaulah boleh ditayangkan video kehidupan saya dulu pada diorang ni, agaknya baru diorang nak rajin belajar. Tu pun kalau ada kesedaran. Saya kerap cerita pada diorang pasal pengalaman saya masa belajar dulu. Tujuannya nak bagi kesedaran supaya diorang tak menyesal kemudian hari.



Bila bergelar pendidik barulah saya faham macam mana perasaan cikgu saya dulu bila pelajarnya malas dan taknak belajar. Rasa sedih, marah, sakit hati dan buntu menguasai diri. Sampaikan dah tak tau nak buat macam mana lagi. Akhirnya terpaksa membiarkan dan berdoa semoga dia mendapat kesedaran. Cepat atau lambat hanya dia yang boleh pilih.



Alhamdulillah nasib baik saya tersedar awal. Kalau tak agaknya saya tak berjaya macam sekarang ni. Bila jumpa balik kawan-kawan lama takdelah segan nak bercerita kan. Hehe. Kawan-kawan baik saya dulu pun sekarang dah berjaya.



Sebab tu kalau orang bercerita pasal pengalaman SPM memang saya taknak ingat dan takkan kongsi. Saya rasa kehidupan saya bermula daripada STPM. Di situlah saya mula jadi MANUSIA yang lebih baik dari sebelumnya. Masa tu juga saya mula jumpa siapa diri saya yang sebenarnya. =)



Friday, March 2, 2012

Mistik!


Adoi sibuk betullah kebelakangan ni. sampai tak sempat nak update blog kesayangan hamba ni. mesti peminat-peminat kat luar sana merindui entri terbaru saya kan. (pffttttt!) actually ni pun masih sibuk nak buat laporan untuk pelancaran Program Guru Penyayang semalam. tapi hati memaksa tangan ni menaip entri baru. so layankan jela. ;)



Tengok tajuk macam saspen. tapi saspen ke? err agak saspen la. tak tau nak mula kat mana.



Baru-baru ni saya dan suami ada buat rawatan dengan Darussyifaa' (DS). saje la nak suruh tengok-tengokkan apa yang patut. yang buat kami tergerak hati nak berubat ni sebab kebetulan biras saya yang dah lama kahwin tapi masih tak dapat anak sekarang ni dah pregnant lepas berubat dengan DS. rupanya ada gangguan dalam badan. wallahualam.



Saya bincang dengan suami. why not kita cuba. bukan rugi apa pun kan. saya pun google no fon DS. then terjumpa no fon seorang ustaz S yang kebetulan tempatnya berhampiran dengan rumah kami. dia merupakan salah seorang perawat di DS.



Saya pun call ustaz S bincang pasal masalah saya dan suami. dalam fon tu lagi ustaz S cakap dia dah rasa lain macam bila dengar suara saya. pastu dia baca ayat-ayat suci Al-Quran. masa tu juga badan saya menggigil dan berdebar-debar. pastu airmata saya meleleh. tak taulah kenapa rasa sedih sangat. saya sedar masa tu tapi tak dapat nak describe perasaan saya.



Hampir 30 minit bercakap dalam fon. then ustaz S pun bagitau esoknya dia nak datang ke rumah saya. saya bincang dengan suami dan setuju.



Esoknya dalam pukul 1 tengahari ustaz S sampai bersama dengan isteri dan anak-anaknya. borak jap dan dia terus minta kami sediakan air mineral yang banyak. bukan air masak ye. tapi air mineral. kebetulan masa tu kami dah sediakan air tapisan daripada paip dalam botol besar. sebaiknya guna air yang masih ada garam mineral.



Bermulalah sesi rawatan pada hari tu. ustaz S membacakan ayat-ayat suci Al-Quran sambil tangannya di atas kepala saya. saya diminta pegang kuat tangan suami. hampir 15 minit berlangsung. masa ni saya tak rasa apa-apa pun.



Lepas tu ustaz S tanya di mana bilik kami. kami pun tunjuk kesemua 4 bilik dalam rumah tu. yang betul-betul digunakan cuma 2 bilik. lagi 2 bilik dijadikan stor dan bilik tetamu. masuk je ke bilik yang dijadikan stor, saya rasa lain macam. berdebar sampai rasa nak pecah jantung.



Ustaz S minta saya dan suami masuk dalam stor tu. ustaz S pun mengalunkan azan. tiba-tiba saya rasa sedih sangat. airmata mengalir macam air paip. sampai teresak-esak saya menangis. suami macam panik sikit. habis azan saya rasa macam ada benda tolak saya sampai terlentang ke belakang. mujur ada suami sambut. ustaz S cakap memang benda tu ada dalam bilik tu.



Bila saya dah ok kami masuk ke bilik tetamu. pun jarang digunakan kecuali kalau family saya datang. masa dalam bilik ni saya tak berdebar sangat. tapi tiap kali lepas azan memang saya akan terjatuh. rasa lemah badan dan macam ada angin tolak. tapi tak sekuat masa di bilik stor.



Pastu naik ke bilik yang saya gunakan khas untuk letak baju kerja dan untuk gosok baju. pun kejadian sama yang berlaku. akhirnya kami masuk ke bilik tidur saya dan suami. mula-mula masuk suami mengadu bulu roma dia meremang. masa ni saya tak rasa apa-apa pulak. pastu ustaz S bagitau dia rasa lain macam masa masuk bilik tidur kami tu. bila dia tengok ada bilik air dalam bilik tu barulah dia faham. yela benda-benda camtu kan suka tempat-tempat macam bilik air.



Masa ni ustaz S azan dan suami saya yang terjatuh. saya tak rasa apa-apa. masa rawatan ni berlangsung saya rasa macam berada dalam dunia lain. tak tau nak jelaskan macam mana perasaan saya. rasa macam di awangan je.



Sebelum ustaz S balik dia ada la minta kami amalkan mandi dengan air garam kasar selama 3 hari berturut-turut dengan air doa tu. dan beberapa petua lain. Insyaallah kami amalkan.



Bila keadaan dah tenang, saya terfikir sebelum ni saya langsung tak ambil kisah pasal hal-hal ghaib ni. memanglah saya percaya benda tu wujud. tapi langsung tak terfikir akan mengalaminya. bila ustaz S balik saya tengok keadaan dalam rumah tu dah lain macam. suram dan seram. huhu.



Masa ni saya dan suami masih lagi terkejut. macam tak percaya dengan apa yang jadi tadi. masing-masing terdiam. tiba-tiba suami ajak kemas baju nak duduk rumah mak mertua. dia tak berani lagi nak duduk kat rumah tu. saya pun terus setuju. saya rasa mungkin itu untuk kebaikan kami juga. yelah rumah besar tapi duduk 2 orang je. kadang-kadang bila tinggal sorang memang saya rasa takut.



Hari tu jugak kami pindah ke rumah mertua. barang-barang masih lagi di rumah sewa. kami bawa kain baju dan barang-barang dapur je. dahlah pagi tu baru je kami beli barang-barang dapur. semua kena diangkut ke rumah mertua. takpelah. yang penting saya tenang.



Memang ada yang kata saya ni terlalu percaya sangat dengan benda-benda camtu. ada yang kata saya percaya dengan benda khurafat. Astaghfirullah. saya akui saya percaya benda tu wujud. dan tak mustahil benda tu boleh mengganggu kita. saya anggap ni salah satu usaha saya untuk kebaikan. dan sebenarnya inilah pertama kali saya berubat cara tradisional. sebab selama ni saya lebih percayakan perubatan moden.



Walau apa pun cara atau usaha yang kami buat, insyaAllah saya masih berbalik pada Dia. Allah yang tentukan segalanya. saya hanya merancang dan berusaha. selebihnya Dia yang berkuasa.



Saya dan suami anggap ni dugaan buat kami. saya sedar mungkin ini sebagai salah satu peringatan buat saya dan suami supaya lebih dekat dengan-Nya. yelah ke mana lagi tempat untuk kita mengadu selain dari Allah SWT. selama ni mungkin saya lalai dan leka dengan kehidupan sendiri. inilah masa dan saatnya untuk saya berubah ke arah yang lebih baik. Insyaallah.



Sekarang misi utama saya nak cari rumah sewa lain yang lebih kecik. kalau boleh nak ada 2 bilik je. say no to double storey. hehe. so far ada beberapa buah rumah yang ada kekosongan. ikutkan mertua saya nak sangat kami duduk dengan dia tapi saya rasa macam segan pulak. yelah pegi kerja ada orang siapkan sarapan. balik kerja ada orang hidangkan makan. saya segan sangat. lagipun suami yang cadang untuk cari rumah sewa lain.



Saya ikut mana yang baik. tiba-tiba rasa menyesal pulak beli rumah besar-besar. even bukan 2 tingkat tapi ada 4 bilik. hmm takpelah. ustaz S pun ada cakap kalau kat rumah ada banyak bilik dan tak digunakan, sebaiknya bersolatlah dalam setiap bilik tu. dan letak ayat-ayat Al-Quran seperti Ayat Kursi dan sebagainya.



Alhamdulillah sekarang saya makin tenang. kalau sebelum ni saya agak trauma sampaikan rasa tak selamat kat mana-mana saje. hati sentiasa berdebar. tapi sekarang dah makin ok. terima kasih kepada keluarga dan kawan-kawan yang tak berhenti bagi sokongan pada saya.



Saya cerita hal ni pada family saya. rasa bersalah pulak sebab buat mak ayah saya susah hati. masa mula-mula dapat tau mak saya menangis risaukan saya. sampaikan nak datang jumpa saya hari tu jugak tapi ayah pujuk cakap saya ok. sekarang hampir setiap hari mak akan call tanya keadaan saya. saya pulak rasa sedih. buat saya makin tak sabar nak cuti dan balik jumpa family saya. ;(



Tuesday, September 13, 2011

Spesis liat bayar hutang tapi 24 jam tayang kemewahan. Geram!

Salam Syawal kawan-kawan.



Hari ni pagi-pagi aku dah agak tersirap dengan spesis yang liat bayar hutang tapi duk tayang kemewahan seolah-olah takde hutang. kalau berlaku kat orang lain maybe takdela aku nak tersirap sangat kan. masalahnya berlaku pada family aku sendiri. rasa nak je jumpa spesis tu pastu lempang laju-laju. haihhh!



Confuse? ok aku cerita dari awal. hujung tahun lepas adalah 1 family spesis di atas yang datang merayu menyembah family aku nak pinjam duit dengan alasan anak lelaki bujang, diulangi ANAK LELAKI BUJANGnya nak kawin. aikkk? apsal anak lelaki bujang ko tu tak keluar duit sendiri? apsal nak menyusahkan mak bapak? pelik bin ajaib!



Tapi disebabkan mak ayah aku ni jenis mudah simpati, maka diberikanlah sejumlah wang yang nak dipinjam tu. cer teka cer teka berapa jumlah yang spesis tu pinjam? 5k ok! maybe pada sesetengah orang rasa amaun tu sikit. tapi family aku bukan kaya pun. tu pun mujurlah ayah aku baru pencen. so adalah sikit duit buat simpanan dia sampai hujung hayat dia. tapi ada plak spesis yang senang-senang ambil kesempatan atas kesenangan orang lain. hampeh!




Yang buat kitorang 1 family bertambah pelik, beberapa bulan sebelum tu diorang pun baru je dapat duit pencen. dekat 100k gak. mana peginya? selidik punya selidik rupanya dah yilek! gila betul. tak sampai setahun boleh licin 100k. aku pun tak taulah spesis apa agaknya diorang ni. jenis makan duit kot. bila dapat duit selepuk gitu terus gelap mata. shopping tak beringat. dulu rumah takde Astro tetiba dah ada. pastu siap pasang air-cond. bila berborak taknak kalah. boleh lagi perlekeh rumah orang lain panas sebab takde air-cond. watdehek?




Aku kalau cakap pasal hal ni memang boleh berasap telinga. panas hati masih tak hilang-hilang lagi. puas jugakla mak ayah aku dengar aku membebel. aku agak terkilan sebab masa diorang datang pinjam duit tu aku dengan akak aku takde. so takde orang yang nak jadi penasihat. inilah akibatnya. aku bukanlah kedekut sangat pun. tapi masalahnya si peminjam tu memang dah ada rekod buruk dengan family aku. sebelum ni pun dah banyak kali pinjam tapi liat nak bayar. so kenapa mesti nak bagi muka lagi?




Tapi takkan aku nak marah mak ayah aku kan. tu duit diorang. cuma sebagai anak rasa geram yang amat bila orang aniaya family aku. ayah aku dah tak keje. so dengan duit tu & duit bulanan anak-anak bagi jelah untuk menampung perbelanjaan diorang sampai akhir hayat nanti. tapi orang lain sedap-sedap je kikis duit mak ayah aku. kalau korang sakit hati tak??



Yang buat aku lagi terbakar, janji nak bayar lepas habis majlis kawin. tapi masuk hari ni dah hampir setahun habuk pun tarak. si anak lelaki tak guna tu sampai nak dapat anak pun. ikutkan hati aku ni, nak je aku cakap direct dengan anak lelaki tak guna tu. tapi mak aku tak bagi. dia taknak jadi gaduh. dalam hati aku, lantaklah nak gaduh pun. diorang bukan bagi kesenangan, lagi menyusahkan ada lah. lebih baik tak kenal orang camtu.



Si anak bongsu bangang plak 24 jam asik tayang kemewahan. konon-kononnya apa yang dia nak pasti akan dapat. wey ko tak tau ke yang mak bapak ko tu bersusah payah berhutang dengan orang lain? ko senang-senang je mintak itu ini. bila bercakap mengalahkan anak dato'. orang pakai beg mahal, dia pun nak. handphone kejap-kejap bertukar. masih sekolah dah dapat pakai laptop. bila bercakap dengan orang tua hilang rasa hormat. bangang punya spesis!




Baru-baru ni adik aku suruh aku tengok gambar terbaru dalam FB spesis tu. dia siap cakap kat aku "jangan terkejut". haihh! suspen! buka-buka je, ohhh ni keje korang ye. bersenang-lenang guna duit orang lain. terpampang 1 album gambar diorang 1 family tengah bergumbira pergi bercuti pastu makan kat hotel berbintang-bintang. dengan bangganya masing-masing tersengih dan makan penuh selera. tu kalau mak ayah aku tak halal duit tu sampai matilah ko makan duit haram tau tak!



Puas mak ayah aku mintak balik duit yang dipinjam tu. tapi alasan takde duit, duit tak cukup, belum gaji lagi. dari sebulan ke sebulan mintak postpone. tapi akhirnya senyap membisu. yang paling kelakar siap menyorok bila ternampak mak ayah aku lalu depan rumah. alahh ko nak lari kemana. rumah ko sekangkang kera je dari rumah kitorang. bila-bila masa kitorang boleh ambush! cuma kitorang ni taklah segila korang!




Kalau dah takde duit buatlah cara takde duit. barulah orang lain boleh respect. ni tidak. kan bagus kalau duit korang bercuti tu buat bayar hutang. setel masalah. boleh simpan duit lagi kalau nak bercuti sangat. sekarang ni mana yang lebih penting? bayar hutang atau bercuti? budak tadika pun tau jawablah!



Sekarang ni aku tak taulah macam mana nak buat lagi. family aku pun macam dah buntu. tapi aku selalu ingatkan mak ayah aku, jangan berhenti minta duit tu balik. tu hak mak ayah aku. pastu kalau ada siapa-siapa yang datang nak pinjam duit lagi, jangan bagi! rasanya banyak kali dah aku cakap camtu. tapi nak buat camne kan. orang tua ni hatinya lembut. aku pesan pada akak aku tolong tengokkan diorang. apa-apa hal bagitau aku. nampak macam aku yang berkuasa kan? tak juga. cuma aku ni jenis suka bagi pendapat. kalau tak ok memang aku bantah sekeras-kerasnya. akak aku tu pun jenis lembut hati gak. aku je yang keras hati. hewhewhew.




So, peringatan buat spesis seperti yang dinyatakan di atas, silalah bayar hutang! bukan hutang bank tapi hutang dengan orang lain. orang lain pun nak hidup juga. rasanya tak mati kot kalau tak pegi bercuti. ingatlah, hutang dengan orang ni membawa ke akhirat nanti. masa tu nanti ko nak bayar dengan apa? semuanya dah terlambat. walau 1 sen pun ko berhutang semuanya akan dituntut di akhirat kelak. apatah lagi kalau 5k!



Renung-renungkan dan selamat membayar hutang!



*Niat di hati taknak emo, tapi tetiba jadi entri emo habissss!! ;P




Tuesday, August 16, 2011

Peragut jahanam!




Salam Ramadhan kawan-kawan.



This is my FB status update today.





Pagi-pagi dah dapat berita buruk daripada adik aku. katanya malam semalam dia kena ragut masa balik keje dengan kawan. fyi, adik aku sekarang bekerja sementara tunggu lapor diri kat Politeknik Pulau Pinang November nanti. aku tau gak dia keje kat bandar tapi aku tak tau plak yang dia pegi berdua dengan kawan dia naik motor. kalau aku tau sure aku bising gakla. yela bahaya pompuan bawak motor malam-malam kan.



Tapi apa nak buat, benda dah jadi. adik aku cerita kejadian tu berlaku masa dah nak sampai kat rumah. tetiba dia perasan ada sebiji motor ikut rapat sangat dengan motor yang dibawak kawan dia tu. dia jeling nampak sorang je atas motor. dia rasa tak sedap hati terus pegang kuat-kuat handbag dan selit kat tengah-tengah antara dia dengan kawan dia.



Belum sempat nak fikir apa-apa, tetiba handbag adik aku dah kena tarik. nasib baik sangatlah motor tak jatuh dan masih boleh kawan. cuba korang bayangkan apa jadi kalau motor adik aku jatuh. plak tu jalan tengah banyak kenderaan. aku dah terbayang macam-macam dah. yela kalau korang baca dalam paper, berapa ramai yang mati sebab jadi mangsa ragut. haihh nauzubillah.



Dan nasib baik jugak malam tu adik aku tak bawak banyak duit cash. cuma ada RM50 dengan ic dan barang-barang lain yang tak berharga. mujurlah adik aku memang takde kad atm lagi. handphone plak dia simpan dalam kocek seluar. memang peragut tu bernasib malanglah sebab ragut budak yang tak berduit. padan muka ko!



Dalam pada aku duk kesian tu tetiba aku rasa nak lempang adik aku ni. puncanya? sebab dia sedih sangat beg duit dia tu baru beli. mahal plak tu. haicehhh! sempat lagi. bersyukurlah nyawa ko tu masih panjang lagi. kalo tak agaknya orang lain beraya kat rumah, ko beraya kat hospital. ishh budak ni.



Pastu dia cerita malam semalam dah buat report kat Balai Polis berhampiran rumah aku. tapi pagi ni kena buat report kat Balai Polis utama kat bandar plak. walaupun tak banyak barang yang hilang, kena gak buat report kan. sebab kalau dibiarkan kejadian ni akan berleluasa lagi. pastu risau gak kalau ic tu dijual pada orang yang tak sepatutnya. jadi pendatang asing plak adik aku kang. hahaha.



Aku yakin dia mesti tengah trauma nak keluar sekarang ni. yela kalau aku pun. tetiba aku teringat kisah pasal kakak aku masa kecik-kecik dulu. kejadian berlaku pagi-pagi buta. orang kalau dah jahat nak mam***, pagi ke malam ke dia redah je. asalkan apa yang dia nak dia dapat. macam kes kakak aku ni, rantai yang dia pakai kena ragut. asalnya lelaki tu konon-konon buat nak tanya jalan. bila dekat je terus dia tarik rantai kakak aku. nasib baik tak diculik.



Ishhh aku risau betul keadaan keselamatan kita sekarang ni. lebih-lebih lagi kaum pompuan. dahlah yang terbaru kes simbah asid. kita jadi takut nak berjalan-jalan kat luar. memang dah tak selamat. terbaru dalam suratkhabar, orang kena simbah asid depan pasaraya SOGO. meremang bulu roma aku baca. teringat masa aku pegi SOGO 2 minggu lepas. iskkkk.



Aku pun tak taulah apa yang menyebabkan penjenayah makin banyak kat negara kita ni. orang yang baik dah semakin pupus. dunia akhir zaman agaknya. aku yakin kerajaan dah buat macam-macam untuk membanteras jenayah yang makin berleluasa sekarang ni. tapi tetap berlaku jugak. nak taknak kita lah yang kena lebih berhati-hati dan sentiasa beringat untuk elakkan kejadian buruk berlaku pada diri kita dan keluarga.



Pesanan khidmat masyarakat daripada teacheradila.blogspot.com



Thehehee. =)


Friday, May 27, 2011

Tips Keselamatan Sebelum Balik Kampung

Hai.



Tetiba rajin plak nak bagi tips kan. almaklumlah nak cuti. ;D



Jom baca!



ASPEK KESELAMATAN KENDERAAN

Periksa penapis udara

Ia biasanya terletak pada bahagian atas karburetor kenderaan.

Keluarkan penapis udara dari kotaknya dan lihat adakah ia kotor atau bersih. Untuk mengujinya, ketuk ke lantai adakah terdapat habuk atau debu yang jatuh.

Penapis berkenaan berfungsi membekalkan udara bersih terhadap kenderaan apabila enjin dihidupkan. Jika terlalu kotor, ia memberi kesan terhadap prestasi enjin.


Periksa minyak brek

Lakukan pemeriksaan takat minyak brek. Pemeriksaan ini mudah kerana bekas minyak brek lutsinar dan mudah mengesan kekurangan minyak brek. Pastikan anda menambah minyak brek yang betul.

Takat berkenaan boleh dilihat pada bahagian tepi bekas minyak brek.


Periksa cecair penyejuk ‘coolant’

Ia adalah cecair yang berfungsi menyejukkan air di bahagian radiator. Buka penutup radiator dan periksa warnanya.

Biasanya ia berwarna hijau. Sekiranya warna bertukar keruh atau berkarat, bermakna radiator anda mula berkarat dan air perlu ditukar. Jangan menukar cecair itu ketika enjin masih panas atau sedang dihidupkan.


Periksa minyak ‘power steering’

Minyak ‘power steering’ perlu diperiksa dengan memerhatikan takat minyak itu. Ini untuk mengelakkan minyak itu kering yang boleh memberi kesan terhadap sistem ‘steering’ kenderaan.


Periksa minyak gear

Jika kenderaan anda menggunakan transmisi automatik, anda juga perlu memeriksa minyaknya.

Pemeriksaan berkenaan boleh dilakukan sendiri oleh pemilik kenderaan. Ia adalah untuk mengelakkan berlakunya kebocoran.


Periksa cecair pencuci cermin

Ia antara cecair yang perlu diperiksa pemilik kenderaan. Ia berfungsi membersihkan cermin hadapan dan belakang kenderaan jika pandangan terhalang oleh kotoran.

Air berkenaan membantu anda apabila mengalami masalah untuk mengisi air pada bahagian radiator.


Periksa takat minyak hitam

Sebelum memulakan perjalanan, periksa takat minyak hitam kenderaan untuk mengelak kenderaan kekurangan minyak hitam akibat kebocoran atau nat bahagian bawahnya tidak diikat kemas.


Periksa tekanan tayar kenderaan anda

Tekanan tayar kenderaan anda haruslah sentiasa diperiksa. Selain itu, lakukan juga pemeriksaan tekanan angina tayar simpanan supaya ia dapat digunakan jika tayar pancit di dalam perjalanan.


Penutup

Dengan panduan berikut, anda boleh melakukannya sendiri di rumah tanpa perlu ke bengkel serta memulakan perjalanan dengan penuh yakin ke destinasi.



ASPEK KESELAMATAN RUMAH


• Berbaik-baiklah dengan jiran. Beritahu jiran anda berapa lama anda akan meninggalkan rumah. Bertukarlah nombor telefon. Berikan kunci pendua kepada kawan atau jiran yang dipercayai. Minta mereka mengawasi atau meninjau keselamatan rumah sepanjang ketiadaan anda.

• Untuk keselamatan tambahan, sesetengah Balai Polis atau Pusat Rukun Tetangga juga menggalakkan anda melaporkan kepada mereka sebelum meninggalkan rumah.

• Pasangkan lampu halaman atau lampu keselamatan untuk mengelirukan penceroboh. Sebaik-baiknya gunakan lampu automatik yang boleh dinyalakan bila hari gelap. Buka sedikit langsir pintu dan tingkap supaya kelihatan seperti ada orang di rumah.

• Tangguhkan sementara langganan akhbar, roti dsb. Longgokan akhbar atau bungkusan makanan di halaman atau di pintu pagar menandakan rumah tiada penghuni. Juga, jangan lupa bawa masuk semua pakaian di jemuran. Kasut, selipar dan sebagainya lebih baik dibiarkan berselerak supaya kelihatan seperti ada orang di rumah.

• Jika rumah anda mempunyai lebih dari satu kereta, kereta kedua boleh digunakan untuk mengelirukan penceroboh. Bagaimanapun, pastikan ia ditinggalkan dalam keadaan berkunci, termasuk kunci stereng/gear.

• Tanggalkan talian telefon rumah untuk mengelakkan telefon berdering tidak dijawab. Sebaik-baiknya sediakan peti pesanan suara tetapi jangan sekali-kali memberitahu anda tiada di rumah.

• Simpan atau sembunyikan semua barang berharga di tempat yang selamat. Sebaik-baiknya jangan tinggalkan barang-barang kemas atau wang tunai.

• Tanggalkan paip gas dari dapur. Padamkan sebarang pelita, lilin, lampu minyak, ubat nyamuk dan sebagainya.

• Tutup semua suis dan palam elektrik yang tidak diperlukan

• Sebelum meninggalkan rumah, pastikan semua pintu, tingkap, jeriji dan pagar dikunci. Periksa dua kali atau lebih, supaya anda dapat meninggalkan rumah dengan hati yang tenang dan yakin.



* Panduan untuk kamu sume dan me juga! Selamat bercuti! =)



Thursday, May 26, 2011

Perangai pelik sebelum ajal

Salam. selamat tengahari sume.



Actually apa yang me nak cite hari ni dah lama tersimpan dalam otak dan hati. cuma tak terluah je. tetiba hari ni teringat plak pasal b
enda ni. so ape lagi, up la 1 entri.



Kalo korang perasan la kan, dalam sesetengah artikel berita dalam akhbar, bila berlaku sesuatu kematian mesti reporter tu tanya pada keluarga si mati apa perangai pelik si mati sebelum mati. me rasa soalan tu dah jadi kewajipan untuk ditanyakan. bila me baca berita mengenai kema
langan yang melibatkan kematian, me dah boleh agak dah mesti ada soalan mengenai perangai pelik si mati.




Melampau kalau sampai camni kan. siap ada list lagi.




Yang menjadi persoalan pada kepala otak me sekarang ni, apa kewajaran soalan camtu ditanyakan? diibaratkan di sini bahawa setiap manusia yang nak mati confirm akan berperangai pelik. diorang lupa ke yang semua tu bukan kuasa kita? bila benda tu dah jadi rutin, lama-kelamaan akan menimbulkan khurafat pulak. yelah, benda tu membuatkan orang percaya kaitan perangai pelik tu dengan ajal seseorang. ish ish ish.



Tapi me bukanlah maksudkan semua berita kat akhbar camtu. cuma segelintir je yang terlalu taksub sangat dengan kepercayaan camtu. bila diorang menanyakan kepada keluarga si mati mengenai perangai pelik si mati, secara tak langsung family si mati ni pun macam, "ohhh, patutlah sebelum ni dia bla bla bla...tak sangka rupanya dia nak pegi." biasa kan kita jumpa ayat camtu? kan dah jadi khurafat tu. Nauzubillahiminzalik.



Sebenarnya benda ni bukan setakat dalam akhbar je. kat sekeliling kita pun ada berlaku camni. bila duk borak-borak pasal si mati, mesti ada terkeluar cite pasal perangai pelik si mati. yang sedapnya siap ada tukang tokok tambah nak bagi cite tu jadi lagi best. lama-kelamaan bila dah jadi buah mulut orang, secara tak langsung tersebarlah fitnah dan jadi lebih teruk dari khurafat. ishh takutnya.



Entri ni bukan untuk mengenakan sape-sape. cuma sebagai peringatan sesama kita dan untuk diri me sendiri. yela, kita ni manusia biasa. kadang-kadang ada gak buat silap. bila dah sedar dari kesilapan tu, cepat-cepatlah bertaubat dan berazam takkan ulangi lagi.



Kalau korang tak percaya, pasni cuba baca berita kematian dalam akhbar. mesti ada sangkut hal camni. haihh tak taulah sape yang nak menyedarkan diorang tu. biaselah kan, nak melariskan akhbar. kita sebagai pembaca janganlah terlalu taksub percaya benda-benda camtu. anggap je semua tu sebagai kebetulan. kebenarannya hanya Allah yang Maha Mengetahui.



Wallahualam.



Wednesday, January 26, 2011

Rasa macam dah kena tipu tapi entahlah!

Hai kengkawan.



Me sedang kecewa sikit sekarang ni. macam rasa kena tipu pun ade gak. benda kecik je tapi hati me kuat cakap yang me kena tipu.



Camni. sebelum ni me ada beli barang online kat FB. me order macam biasa. then dia balas camni.



 Wow! me dah happy la. sebab tak sangka jadi first person yang order barang kat online shop dia. tapi masa tu macam was-was gakla kan. dia ni baru start jual barang ke. but me malas nak fikir sangat. fikir positif je.



2 hari lepas tu me PM dia semula untuk inform yang me dah buat payment untuk barang tu. tak lama tu dia reply camni. 


 



Masa ni me dah rasa kecewa sangat. me rasa macam kena tipu. tak taulah kalau memang betul dia terlupa nak letak free gift tu sekali. me bukanlah kemaruk sangat nakkan benda alah tu. tapi bila u dah janji nak bagi, u kena bagilah kan. bila dah jadi camni memang me rasa dah tak percaya la. rasa tawar hati nak beli kat kedai dia lagi.



Then, me tergerak hati nak tengok-tengok profile kedai dia. rupanya sebelum me beli, dah ramai yang beli kat online shop tu. so apa makna dia yang me ni first person yang order kat kedai dia? tak logik kan? nampak sangat dia saje nak tarik hati kita ni dengan janji-janji manis.


So, nasihat me buat mereka-mereka yang berkenaan, hentikanlah menipu orang lain. tak perlu janji macam-macam. kalau barang kat kedai u berkualiti, tentu orang akan serbu beli. kita bukannya gilakan sangat pun dengan free gift tu. so takyah nak announce yang dia ni customer ke 100 la, ke sejuta la. at last, habuk pun takde.



* 1 online shop dah di-black-list. sekian.



Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu

Salam. morning kawan-kawan.



Adakah anda seorang yang bertuah hari ni? tidak? nampaknya me pun masih belum bertuah lagi. kenapa me tanya camtu? takde apa. cuma kadang-kadang terfikir betul ke ada mitos yang menyatakan ada segelintir orang yang memang dilahirkan bertuah. dan ada yang sebaliknya. boleh percaya ke? bukan ke semua tu rezeki dari Allah?


Me nak bagi satu contohlah. sorang kawan me (nama dirahsiakan) ni selalu sangat merungut yang nasib dia selalu malang. kiranya tak bertuah la. kadang-kadang me pelik gak kenapa dia cakap camtu. dalam hati me terdetik takkanlah setiap masa dilanda malang sampai langsung tak ada yang menggembirakan. macam tipu la kan.



Then me tanya apa sebab dia cakap diri dia tu dilahirkan malang. kawan me tu pun bagilah contoh-contoh kes untuk membuktikan kata-katanya tu betul. dia cakap, dalam setiap program yang ada cabutan nombor bertuah memang dia takkan pernah dapat. dalam setiap contest yang dia masuk (tak pastilah banyak mana), nama dia tak pernah sangkut. 


Dalam hati me terfikir biasalah benda camtu kan. mungkin bukan rezeki kita. then dia bagi contoh lain plak. dia cakap dalam kebanyakan urusan yang dijalankan akan ada saja halangan dan masalahnya. tak kiralah sama ada dalam urusan rasmi atau tak. sebagai contoh, kalau masa tu dia sedang berurusan di bank, pasti akan ada masalah yang berlaku yang melibatkan diri dia. 


Masa tu me sedikit tersentak. takkan sampai macam tu sekali. takkanlah setiap masa dia dalam kesusahan. tapi kawan me ni bersungguh-sungguh menegakkan kata-katanya yang dia tu memang manusia MALANG! Astaghfirullahalazimm. me minta dia beristighfar banyak-banyak. dah terlalu teruk sangat pemikirannya dilencongkan. 



Dan yang paling me tak sanggup nak dengar bila dia cakap, lepas dia berkahwin dan ada anak-anak, malang tu turun pula kepada suami dan anak-anaknya. di mana saja ada dia, maka anak beranaknya pun akan alami masalah dan malang bertimpa-timpa. ok cukup! me tak sanggup nak dengar. dalam dada tersangatlah sebak. kenapa kawan me jadi macam ni?


Me cuba mengingatkan semula kepada kawan me tu semua rezeki yang diberi adalah atas kuasa Allah. kita sebagai manusia langsung tak punya hak nak mempertikaikan semua tu. mungkin kadang-kadang kita rasa kita dah cukup susah. tapi kita terlupa ada orang lain yang lebih susah dari kita. walaupun kita sering dilanda masalah, sekurang-kurangnya kita masih hidup senang lagi. 


Me bukanlah ustazah nak masuk bab-bab agama ni. tapi me share setakat yang me pasti dan tahu. dalam Islam pun ada menyebut jika kita diberi ujian dan dugaan, itu tandanya Allah sayangkan kita. Allah bagi musibah agar kita tak lupa kepada-Nya. agar kita dekat dengan-Nya. dan setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. itu janji Dia. 



Me sentiasa berharap dan mendoakan kesejahteraan kawan me tu. semoga dia terus tabah menghadapi ujian dalam hidup. mungkin rezeki kita bukan untuk hari ini. tapi esok lusa tiada siapa yang pasti.



Tuesday, January 25, 2011

Wasiat Untuk Isteri Tersayang

Kisah Benar Untuk Renungan Kita Bersama

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau.

Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruangtamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.

Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.

Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.

Antara jawapannya ialah:
Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya.

Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putrajaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.

Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putrajaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.

Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.

Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam.

Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.

‘Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga.’

‘Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat.’

‘Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah.. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga.’

‘Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak- anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu).’

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam.

Wallahualam.


 *Sumber : Berita Harian



Monday, January 24, 2011

Bahaya tapi selalu kita buat

Hai again.



Baru lepas blogwalking. baca cerita-cerita menarik. kadang-kadang rasa takyah beli suratkhabar pun takpe. sebab blogger-blogger kita ni pun dah mengalahkan reporter. sepantas kilat keluarkan cerita yang terbaru. memang bestla u all!


Tengah syok blogwalking tetiba terbaca 1 kisah dalam blog Borak Kosong. akibat menggunakan handphone ketika di-cas, seorang lelaki muda telah terkena kejutan elektrik hingga menyebabkan kematian. tak pastilah kes ni berlaku kat mana. maybe bukan kat Malaysia kot. 



Selama ni kita pandang remeh benda-benda camni kan. tengah cas handphone, tetiba ada orang call. tanpa fikir kesan buruk kita pun terus je jawab call tanpa cabut pengecas tu. yela, macam tindakan spontan kan. padahal kita terlupa yang masa tu arus elektrik masih mengalir dari alat pengecas ke handphone. dan tak mustahil arus tersebut boleh mengalir ke badan kita. lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca hujan dan ribut petir.


Bila baca kes-kes camni, barulah kita nak beringat. nampak macam takde masalah tapi sebenarnya boleh jadi satu masalah yang besar sangat. yela, kalo tak melibatkan kematian pun, boleh jadi cacat dan sebagainya. Nauzubillah. 


Me harap dapatlah kita gunakan kisah ni sebagai satu peringatan dan pengajaran. bila ianya sudah berlaku, tak ada apa yang boleh dikesalkan. masa tu, menangis keluar airmata darah sekalipun tak berguna.



* Sebelum ni kerap jawab call tanpa cabut cas. sekarang tobat tak buat!



Thursday, January 20, 2011

8 peringatan untuk manusia

Salam. morning alls. ;)



Semalam duk belek-belek majalah Mastika bulan Februari yang dah beli lama tapi tak sempat nak baca. Almaklumlah busy sokmo. me memang peminat setia majalah ni. tiap bulan tak pernah miss lagi. banyak pengajaran yang kita boleh ambil daripada ceriatnya. so hari ni nak share something yang me rasa sangat bagus untuk renungan kita bersama. sharing is caring rite?



8 peringatan untuk manusia (Petikan daripada Buku Fadhilat Zikir karya Maulana Muhammad Zakaria)


1. Aku hairan sikap orang yang mengetahui adanya maut tapi masih ketawa.
2. Aku hairan sikap orang yang tahu segala-galanya berlaku mengikut takdir-Nya tapi masih mencintai-Nya. (yang ni agak kurang jelas)
3. Aku hairan sikap orang yang tahu segala-galanya berlaku mengikut takdir-Nya tapi masih berdukacita di atas kehilangan sesuatu.
4. Aku hairan sikap orang yang mengetahui adanya timbangan amal terhadap dirinya tapi masih menimbunkan harta kekayaan.
5. Aku hairan sikap orang yang mengetahui adanya neraka jahanam tapi masih berani melakukan maksiat.
6. Aku hairan sikap orang yang mengenal zat Allah tapi masih mengingati sesuatu selain diri-Nya.
7. Aku hairan terhadap sikap orang yang tahu adanya syurga tapi masih mencari kemewahan hidup di dunia.
8. Aku hairan sikap orang yang menganggap syaitan itu sebagai musuh tapi masih mentaatinya! 



Bagi yang dah memiliki majalah Mastika bulan Februari mesti dah baca ruangan tulisan jawi ni kan. sangat-sangat buat me termenung dan terfikir betapa benarnya semua tu. kita tau mana yang betul dan mana yang salah, tapi kadang-kadang masih memilih yang salah sebagai jalan hidup. Wallahualam.



Renung-renungkan dan Selamat Beramal! ;)



Thursday, January 13, 2011

Kami bukan AH LONG, kami cuma nak TOLONG


Morning alls. sihat?



Hari ni baru berkesempatan nak buka blog. baru je setel blogwalking. rindu kat coretan kengkawan blogger. nak harapkan blog sendiri? hmmm berkusam sudah. maybe jiwa tak sekental diorang kot. hehe.


 
Bila buka cite pasal Ah Long ni, mesti ramai yang kecut perut kan. yela, kalo tak bayar, jawabnya potong kepala. tapi hari ni aku bukan nak bercerita pasal Ah Long yang sebenar tu. tapi nak cite pasal family sendiri yang ibaratnya dah jadi macam Ah Long. nak kata macam Bank, tak leh plak sebab tak potong gaji bulan-bulan. guna janji air liur je. 



Aku tak kisah sebenarnya setakat nak pinjamkan duit kat orang yang dalam kesusahan. seandainya mase tu aku mampulah. tapi adat kalau dah meminjam tu mestilah kena pulangkan semula kan. lainlah kalau aku kata nak sedekah. yang jadi masalahnya bila dah pinjam tak reti nak pulang semula. kalau ko pinjam dengan Ah Long, dah lama rumah ko kena simbah cat tau. nak aku buat camtu ke? ishhh aku tak sekejam tu.



Mungkin ko akan cakap, 'Alah dengan sedara mara pun nak berkira'. ehhh, jangan kata sedara mara, adik-beradik pun kalau dah meminjam wajib pulangkan tau. tu pun mujurla aku tak letak bunga macam Ah Long. 



Masa ko mula-mula nak pinjam, memang manis sangat tutur kata bahasa ko. lembut gigi dari lidah. ko pinjam hari ni, ko janji (siap angkat tangan tanda bersumpah) nak bayar minggu depannya. hellooo, kalau ko pinjam setakat 500 aku masih boleh sabar lagi. tapi ni 5000 beb! ye, 5000! tokey balak pun boleh bankrap kalau ada 10 lagi orang macam ko ni tau. 



Tunggu punya tunggu, batang hidung ko pun aku tak nampak. bila nampak aku, ko cepat-cepat sembunyi. berkurung dalam rumah. takpe, aku biarkan je. aku tak heran setakat ko nak lari tu sebab rumah ko bukan jauh pun. anytime aku leh datang serbu. tapi aku masih waras lagi. tak sampai hati nak aibkan ko. baikkan aku???



Ada sekali tu ko datang gak ke rumah aku. tu pun pas dah kena panggil. nak taknak ko kena datang gakla kan. atas bawah aku tengok ko. aikkk tangan kosong?? dengan selamba ko cakap tak leh nak bayar. ko mintak masa sampai hujung bulan. api dah naik ke muka. tapi aku masih sabar. ade orang lain lagi yang nak meletup tapi aku masihhhh sabar. tapi sampai bila???



Bila sampai hujung bulan, pun tak nampak muka ko. pegi keje, balik keje ko terus menyelinap masuk rumah. ye, aku nampak. tapi aku diamkan je. kadang-kadang tergelak sendiri tengok gelagat ko yang dah macam pencuri takut kena tangkap. terhendap-hendap nak masuk rumah. haihhh pelik aku dengan manusia ni.



Sekarang dah masuk bulan kedua pas ko janji nak bayar. korang agak-agak aku akan dapat tak duit tu? atau pun akhirnya kisah ni akan lenyap ditelan masa? kalo korang, apa yang korang akan buat? kalau korang cadangkan untuk berdiplomasi, rasanya aku dah buat. aku masih berlembut lagi sekarang ni. adakah masanya telah sampai untuk aku gunakan kekerasan plak? 



Aku cuma manusia biasa. kesabaran aku pun ada batasnya. jangan disebabkan sedara mara, so ko nak amik kesempatan plak. tak baguslah camtu. kalau ko meminjam, then ko pulangkan pada waktu yang dijanjikan, aku rasa kalau pasni ko nak pinjam lagi pun takde sapa yang risau. bila ko dah buat camni, pasni ko susah memang takdela yang berani bagi ko pinjam.



Back to basic. aku manusia biasa. perlukan makan, pakai. semua tu perlukan DUIT. jangan ingat ko sorang je yang nak guna duit. 
 


Thursday, November 4, 2010

~ Mereka masih belum nampak ~



Hai again.



Ye, mereka masih belum nampak lagi. nampak ape? mereka masih belum nampak siapa diri mereka dan di mana mereka berada untuk 5 atau 10 tahun akan datang. sebab tulah mereka bersikap dan berperangai seperti sekarang. kalau mereka tau, mungkin dah lama mereka berubah.



Mereka tu siapa? siapa-siapa saja boleh jadi 'mereka' itu. kamu, kamu atau kamu. ye, kamu yang toleh kiri dan kanan tu. saya bercakap sama kamu la. erkkk malu sudah.



Ok, fokus. 'mereka' yang aku maksudkan dalam entri ni adalah pelajar-pelajar yang masih bersekolah sekarang. atau lebih khusus lagi, pelajar sekolah aku. ape yang aku nampak, sikap dan perangai kebanyakan daripada mereka sekarang ni tak menggambarkan sebagai seorang pelajar. nawaitu datang ke sekolah dah tersasar.



Bila ditanya, rata-rata terdiam langsung tak tau nak cakap apa. ye, dah pasti niat mereka datang ke sekolah untuk berjumpa dengan kawan-kawan. dan berjimba-jimba jika tiada cikgu di kelas. tak perlu tanya dah tau jawapan mereka. mereka datang ke sekolah kerana disuruh oleh ibu bapa. itupun setelah dipaksa, dimarah, dirotan, dicubit. kalau tak, tidur di rumah itu lebih menyeronokkan.



Ye, mungkin mereka masih belum nampak lagi di mana mereka 5 tahun akan datang. siapa diri mereka 10 tahun kelak. tapi takkan nak tunggu hingga 5 atau 10 tahun lagi baru nak sedar? bukan ke masa tu dah agak terlewat? jadi, siapa yang perlu menyedarkan mereka-mereka itu untuk berubah sebelum terlambat? aku kah? mereka kah? ibu bapa mereka kah?



Semuanya perlu memainkan peranan masing-masing. di sekolah, aku dan guru-guru lain tak putus-putus beri sokongan moral dan motivasi untuk menyedarkan mereka betapa pentingnya pendidikan ini. proses pembelajaran tidak terhenti setakat SPM ataupun STPM. ianya berterusan hingga ke liang lahad. di rumah pula, tugas itu disambung semula oleh ibu bapa. bukan ke ibu bapa yang perlu mencorakkan hidup anak sejak mereka kecil lagi?



Oh, di atas itu cuma sokongan luar. yang paling penting adalah diri sendiri. jika diri sendiri ingin berubah, pasti boleh. cuma nak dengan taknak je. sekuat mana pun sokongan luar diberikan, jika diri sendiri menolak, memang takkan ke mana. jadi, tepuk dada, tanya iman. dah tak boleh tanya selera lagi.



Sekarang ni, tugas aku adalah terus memberikan sokongan dan kesedaran kepada mereka-mereka yang dimaksudkan. perkara yang wajib dibincangkan dah semestinya berkaitan hala tuju mereka selepas persekolahan. biar mereka fikir dan renungkan di mana mereka ingin berada pada 5 aau 10 tahun akan datang. masih di kampung kah? atau sedang menuntut ilmu di menara gading? itu mereka yang tentukan.



Kalau masih tak nampak lagi, pegi kedai cermin mata, cek mata. maybe kena pakai spek kaca 5 inci tebal. ataupun hantuk kepala kat dinding dan tanya dinding tu kenapa la aku ni lembab sangat. mungkin akan timbul kesedaran di situ. *ibu bapa dilarang meniru aksi ini.




* Kadang-kadang habis cara nak bantu 'mereka'. 



Thursday, October 14, 2010

~ Kenapa orang yang lalai makin kaya? ~



Eh, terjumpa lagi kita. heheh.



Pernah tak terlintas di fikiran korang macam mana orang yang jarang solat, kuat melakukan maksiat, buat perkara yang dilarang, tapi rezeki dia makin melimpah-ruah. makin kaya raya. sedangkan ada orang yang rajin solat, buat amal kebajikan, tapi sering dirundung malang. hidup dalam kesusahan.


Aku pun kengkadang terfikir gak camtu. kadang-kadang kita pertikaikan, "Eleh, si polan tu tak pernah sembahyang pun boleh jadi kaya-raya camtu." Dan baru-baru ni aku dah dapat jawapannya.



Kebetulan masa tu aku terbuka channel TV1 kalo tak silap. ada program forum. aku lupa malam or siang. antara panel jemputannya adalah Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah. terus tertarik nak mengikuti forum tu. panel-panel lain pun macam best.


Tiba-tiba terkeluar isu yang macam aku sebut kat atas tu. Dr. Fadzilah menyatakan sekiranya orang yang tak pernah atau jarang melakukan suruhan Allah tapi rezekinya melimpah-ruah, itu bermakna Allah memberi rezeki dengan murka. beliau mengibaratkan ianya seperti seorang ibu yang memberi duit kepada anaknya dalam keadaan marah dan tidak redha. 



Dan mengapa pula orang yang sentiasa taat kepada suruhan Allah tetapi hidup susah, ia bermakna Tuhan sangat menyayangi hamba tersebut. maka diturunkan ujian dan dugaan kerana setiap ujian yang diterima itu, berlipat kali ganda hikmah yang akan Tuhan berikan kelak. jelaslah di sini bahawa orang yang miskin di dunia tetapi taat melaksanakan perintah Allah adalah orang yang paling kaya di dunia dan akhirat. begitulah sebaliknya.



Aku terpegun di situ. sangat mendalam kata-kata Dr. Fadzilah. sampaikan ahli-ahli panel yang lain sume mengangguk-angguk kepala setuju. aku terfikir apalah makna rezeki yang kita dapat andainya sume tu diberi dengan tidak ikhlas. diberi dengan penuh kebencian. nauzubillah.



Bukanlah bermaksud sume orang kaya tu tak patuhi perintah Allah. mungkin ada segelintir. dan sume ni bukan untuk mengenakan sesiapa. ianya sekadar renungan kita bersama. bukan ke bagus saling ingat-mengingati antara satu sama lain. 



Bagi sesiapa yang tengok rancangan ni, rasanya pasti akan berkesan dalam hati. sedikit sebanyak pasti akan ada. semoga rezeki yang kita perolehi selama ni datangnya dari jalan yang benar dan mendapat keredhaan dari Allah. InsyaAllah.




* Ternanti-nanti episod seterusnya. 



Tuesday, October 5, 2010

~ Bila hati tak senang, makan pun tak lalu ~



Haihh kenapa la dengan aku ni. cukup-cukupla memeningkan kepala dengan masalah yang tak selesai-selesai tu. bawak bertenang.




Masalahnya tak leh nak rilek. kepala otak serabut. biasenya time-time camni memang perut aku dah berkeriuk nak cari makan. tapi hari ni serius tak rasa langsung. tadi pagi ade beli kuih skit. tapi sampai sekarang tak terusik lagi. pandang sebelah mata pun tak bernafsu.



Aku ni jenis tak reti nak buat muka seolah-olah takde masalah. orang tengok muka aku je orang leh tau yang aku tengah ade problem. fikiran menerawang je. nak senyum pun macam tak ikhlas. maybe sebab tu aku dapat migrain kot. banyak sangat berfikir.




Ye, aku akui disebabkan hal kecik pun aku boleh tafsirkan macam-macam benda. kiranya banyak sangat berfikir la. kadang-kadang ade yang bagus, tapi ade gak tak bagusnye. bila dah kuat sangat fikir benda-benda remeh camtu, mula la kuar idea yang bukan-bukan. akhirnya jadi paranoid. ohh, aku memang seorang yang paranoid ok!



Emm ape yang aku merepek ni? nilah jadinya bila otak bercelaru. memang banyak benda nak ditulis tapi semuanya hampass! takpela. belog ni memang tempat luahan hati aku. tempat untuk bermonolog sendirian.




Aku tumpang gembira tengok orang lain gembira. walaupun kegembiraan itu ibarat duri yang menghiris hati aku. tapi siapa yang tau? hanya aku. aku yang merasai semuanya. dan takkan sesekali aku berkongsi dengan sesiapa. duka ini hanya untuk aku. orang lain tak layak untuk merasai tempiasnya.



Sekarang ni aku hanya menunggu masa. masa untuk apa? masa untuk segala-galanya. masa yang akan menentukan hala tuju hidup aku. ke kiri kah aku? atau ke kanan kah? semuanya memerlukan pertimbangan dan kesabaran yang sewajarnya. tapi mampu kah aku?




Mampu atau tidak, itu bukan isu. ingatlah, Tuhan hanya akan menguji hamba-Nya setakat yang dia mampu. Tuhan bukan zalim. tapi kenapa ada yang sanggup membunuh diri dengan alasan tak mampu nak hadapi hidup yang susah? itu bukan salah Allah! itu salah kita yang cetek iman dan mudah dihasut oleh syaitan-nirrajim.



Lumrah manusia. bila berada di ambang kesusahan, barulah mula tercari-cari sejadah. mula teraba-raba Al-Quran. mula menadah tangan memohon pertolongan. mula teringat semula amalan-amalan kita selama hidup. mula menyesali diri. tapi sudah terlambatkah kita? 



Ketika aku masih tercari-cari apa sebenarnya yang aku nak dalam hidup ni, aku tersedar. aku alpa. selama ni Tuhan berikan aku segala nikmat yang aku perlukan. tapi apa yang aku buat? aku leka. aku tak mensyukuri nikmat itu. aku tak menghargainya. 



Kini, bila semuanya hampir hilang, aku mula menangis menyesal. ye, memang patut Tuhan beri balasan sebegini. aku memang layak untuk terima. aku redha. aku anggap ini semua adalah dugaan dari-Nya. aku yakin ada hikmah di sebalik semua ini.



* Biar masa yang tentukan.



Monday, September 20, 2010

~ Depan mata pijak semut pun tak mati ~



Selamat hari Isnin kawan-kawan.




Aku menyampah betul dengan orang yang jenis talam dua muka ni. depan kita punye la baik. cakap pun lembut je. manis muka. tapi rupanya, belakang kita, kemain syok lagi mengutuk.



Benda ni terjadi kat aku. ade la dalam sebulan lepas. tak sangka rupenye orang yang aku sangkakan sangat baik ni jadi musuh dalam selimut. aku gelarkan si pengutuk ni sebagai A ye. dan 1 lagi watak dalam cite ni iaitu kawan aku adalah si B.



* Jangan tertikam punggung sendiri sudah.



Si A ni tak tau yang si B ni kenal dengan aku. diorang ni kenal sebab masing-masing sambung belajar kat U di utara tanahair. nak dijadikan cite, mase diorang tengah ade klas, si A ni bukak fesbuk. mase tu si B pun ade gak. pastu ade la agaknye profile aku ( aku tak add as friend pun dengan die). bile die nampak je gambar aku, die bagitau la si B yang aku ni gitula, ginila.




Kawan aku si B ni bijak gak. die dengar je si A mengutuk puas-puas. dah abis mengutuk baru die cakap yang aku ni kawan baik die. penah bekerja sekali dengan die. dan kawan aku si B ni cakap sepanjang die bekerja dengan aku, takde sekali pun aku menyusahkan die. die mengaku senang bekerja dengan aku. 



* Ni lagi teruk. dua-dua same je.



Si A ni ape lagi. terkedu tak terkata ape la. muka berubah terus. tapi aku respek kat kawan aku si B tu. die pandai mengawal keadaan. yela, sian gak kan tengok muka si A dah merah menyala menahan malu. pastu si B ni pun cakapla kat si A maybe cara si A ni tak betul. pastu die cakapla aku ni jenis yang camne sume. 




Si A terangguk-angguk kepala. tak tau la die paham or saje-saje buat paham sebab malu sangat kan. pastu si B ni bagila nasihat dan tunjuk ajar skit camne nak deal dengan aku. pastu si A ni leh plak mengaku kesilapan die sebab cepat sangat judge aku. dan die gak ngaku maybe cara die tak betul.




* Bahaya nih. jangan tak tau kawan juga leh jadi gunting dalam lipatan.



Aku mase mula-mula dengar benda ni mendidih gak hati. tak sangka sangat. tp kawan aku si B ni bukanla jenis yang kuat mengadu. cuma mula-mula tu die just bagi hint skit je. pastu aku puas la korek nak tau cite sebenar. barula die nak cite. tu pun die cakap jangan bagitau kat si A yang aku dah tau. kang die taknak cite lagi. heheh. tu aku tau la.




* Geram ade, marah ade, kecewa pun ade. ;(



Cuma sekarang ni bile pandang je muka die aku jadi menyampah, meluat bagai. tapi nak taknak kena gakla ngadap. dah keje tempat same kan. tapi serius memang aku dah tak caye dan tak respek kat die lagi. sume kata-kata manis die buat aku geli nak muntah. dan aku yakin ramai lagi manusia lain yang dah terpedaya dengan kata-kata die yang lemah lembut tu. 




Penah ade yang bisik kat telinga aku, "Si A ni baikkkk sangat kan. cakap pun lembut je. sejuk hati dengar." aku yang dengar ni rase panas hati. tapi takkanla aku nak cite keburukan die plak kan. so aku senyum dan iyekan jela. dalam hati, " Baik ko cakap??? hakktuiiiihhhh!!!". muka dah mula nak mencebik. geram bile teringat die kutuk aku.




Tapi yela, aku ni bukan jenis pendendam orangnya. marah jap je. pastu bile teringat balik, marah balikla. disebabkan sikap profesional aku tinggi melangit, maka aku berjaya berlakon pura-pura suka dengan die. padahal dalam hati, hanya Allah yang tau. aku nampak kat dahi die tu ade cop "HIPOKRIT". besar punye.



* Senyum itu lebih baik.



* Jadi baby gak best kan. takde masalah. senyum je. ;)



Dalam kes ni, sedikit sebanyak bagi aku pengajaran. first, jangan terlalu mudah meletakkan kepercayaan pada orang. second, biarla orang nak kutuk kita, asalkan kita jangan kutuk orang. third, kalo nak kutuk pun pastikan fakta tu betul. jangan main tokok tambah. bukan takat dapat dosa mengutuk, siap tambah dengan dosa memfitnah lagi. nak ke?




* Tapi dah 11 hari raya ni masih takde ucapan maaf dari si A. hmmm.


Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat