Showing posts with label GURU. Show all posts
Showing posts with label GURU. Show all posts

Thursday, March 22, 2012

Jangan dikenang

Keputusan SPM tahun 2011 dah pun diumumkan. Ada yang gembira, ada yang menyesal tak sudah sebab dulu malas belajar. Tapi apa yang nak disesalkan. Semuanya dah pun berlalu. Apa yang boleh dibuat sambung pelajaran ke peringkat seterusnya dan buat lebih baik untuk tebus balik kegagalan kali ni.



Masa tengok budak-budak ambil keputusan semalam, automatik saya teringat kenangan saya dulu. Walaupun dah macam kabur-kabur sikit tapi masih ingatlah perasaan dan apa yang berlaku.



Dulu saya memang bukan budak pandai. Jauh sekali nak dapat title "Pelajar Target Sekolah". Keputusan yang saya dapat memang setimpal la dengan usaha yang saya buat. Sekali suruh, sekali buat. Serius saya tak mengharap apa-apa pun masa nak ambil keputusan SPM tu. Macam ambil sikap tak kisah je.



Datang dengan kawan-kawan sekepala yang sama-sama tak betul. Dapat slip keputusan je saya terus simpan dalam beg. Sebab dah dapat agak keputusan tak ok. Sampaikan cikgu pun macam terkejut sikit sebab saya macam nak cepat je. Sebenarnya saya malu kalau kawan-kawan lain nampak keputusan saya yang hmmm susah nak cakap. Hehe.



Bila dah berjalan balik tu barulah berani tengok sikit-sikit keputusan saya. Tu pun nyorok dari kawan-kawan. First thing yang saya tengok adalah keputusan Matematik. Terus rasa teruja sebab tak sangka boleh dapat A. Sebab sebelum ni saya antara yang lemah Matematik. Tapi hasil usaha buat latihan bertubi-tubi masa nak dekat exam akhirnya membuahkan hasil. Alhamdulillah.



Subjek teras yang lain pun dapat keputusan ok. Cuma subjek sains yang tak berapa nak ok. Tapi memang saya dah agak. Sebab dulu saya malas. Belajar pun main-main. Asyik berseronok dengan kawan-kawan je. Tapi seingat saya masa ni saya belum rasa menyesal lagi. Masih lagi dengan dunia sendiri berhibur dengan kawan-kawan.


Saya mula rasa menyesal sebab tak belajar rajin-rajin bila sorang demi sorang kawan saya dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti. Saya tak dapat. Masa tu kita boleh cek sama ada kita berjaya ke tak melalui telefon je. Tepat pukul 12 tengah malam saya call hotline upu. Kedengaran suara operator lebih kurang macam nilah,



"Dukacita dimaklumkan bahawa anda tidak layak bla bla bla bla....."



Masa ni memang saya kecewa habis. Terlupa sekejap yang keputusan saya tu memang tak ok. Macam mana nak dapat. Masa ni kalau tak silap saya ada berkawan dengan someone. Sama sekolah. Dia dapat keputusan ok dan dapat melanjutkan pelajaran ke UTM Kuala Lumpur. Saya tumpang gembira untuk dia. Tapi dalam hati frust juga.



Yang buat saya bertambah frust bila dia cakap kat saya nak putuskan hubungan yang masih hijau tu. Kitorang takdelah bercinta bagai nak rak. Tapi kiranya masa tu dialah satu-satunya lelaki yang rapat dengan saya. Puas saya tanya kenapa nak break off. Alasan dia mudah je. Sebab lepas ni dia dah jauh. Dia taknak terikat dengan sape-sape. Masa tu saya rasa dia jahat sangat. Tapi bila saya dah makin dewasa baru saya sedar memang itulah keputusan yang terbaik untuk saya dan dia. Yelah, baik dia putuskan masa tu daripada kemudian hari dia curang dengan saya. Lagi haru.



Beberapa minggu jugalah saya kecewa sebab tak dapat masuk Universiti. Sampai satu masa saya rasa bersemangat nak belajar lagi. Saya apply masuk Tingkatan 6. Daripada aliran Sains saya tukar ke aliran Sastera. Masa Tingkatan 6 memang saya dah nekad nak tebus balik kegagalan saya masa SPM dulu. Alhamdulillah saya berjaya. Dapat pointer antara yang tertinggi juga. Kawan baik saya pun sama. Memang gembira sangat masa tu.



Sekarang, bila saya tengok budak-budak yang malas belajar, saya terbayang diri saya waktu dulu. Kalaulah boleh ditayangkan video kehidupan saya dulu pada diorang ni, agaknya baru diorang nak rajin belajar. Tu pun kalau ada kesedaran. Saya kerap cerita pada diorang pasal pengalaman saya masa belajar dulu. Tujuannya nak bagi kesedaran supaya diorang tak menyesal kemudian hari.



Bila bergelar pendidik barulah saya faham macam mana perasaan cikgu saya dulu bila pelajarnya malas dan taknak belajar. Rasa sedih, marah, sakit hati dan buntu menguasai diri. Sampaikan dah tak tau nak buat macam mana lagi. Akhirnya terpaksa membiarkan dan berdoa semoga dia mendapat kesedaran. Cepat atau lambat hanya dia yang boleh pilih.



Alhamdulillah nasib baik saya tersedar awal. Kalau tak agaknya saya tak berjaya macam sekarang ni. Bila jumpa balik kawan-kawan lama takdelah segan nak bercerita kan. Hehe. Kawan-kawan baik saya dulu pun sekarang dah berjaya.



Sebab tu kalau orang bercerita pasal pengalaman SPM memang saya taknak ingat dan takkan kongsi. Saya rasa kehidupan saya bermula daripada STPM. Di situlah saya mula jadi MANUSIA yang lebih baik dari sebelumnya. Masa tu juga saya mula jumpa siapa diri saya yang sebenarnya. =)



Thursday, May 19, 2011

Cerita sebelum blackout

Salam. morning kawan-kawan sekelian alam. ada sihat?



Semalam dapat notis bagitau hari ni akan blackout dari pagi sampai petang. tak taulah pasal ape. kat sekolah aku ni memang gitulah selalu. bosan asyik blackout je. nak buat keje pun susah. so sementara masih boleh online lagi ni, meh kita borak-borak sat.



Aku nak cite pasal pengalaman sepanjang hampir 3 tahun bergelar pendidik ni. pehhh rase macam baru semalam posting. rupanya dah dekat 3 tahun pun. apa yang aku dapat selama tu? hmmm banyaaaaaaakkkk. tak terkata. dari aspek ilmu, pengalaman, macam-macam lagilah.



Sebelum bergelar pendidik dulu langsung tak terfikir betapa besarnya tanggungjawab sebagai seorang guru. yang aku tau bila dah dapat ijazah, tunggu masa untuk dipanggil posting. masa tu cuma risau lambat dapat keje je. takde pun terlintas tentang cabaran yang bakal dihadapi bila dah bekerja nanti.



Nahhh! sekarang rasakan. hahaha. bukanlah bermaksud kerjaya sebagai pendidik ni tak bagus. wehhh sape yang cakap macam tu ha? guru ni salah satu kerjaya yang paling mulia tau. maksud aku kat sini, tanggungjawab sebagai guru tu tersangatlah besar. kalau korang rasa nak angkat tong gas tu pun macam nak pengsan, bila jadi cikgu ni bersedialah untuk mengangkat beban 20 kali ganda dari tong gas tu. haaa mampu tak?



Maybe ada yang mencebikkan bibir bila aku cakap camtu. alah apelah sangat setakat jadi cikgu tu. pegi keje mengajar, pastu balik keje. ape yang susah sangat? hahahah. aku rasa sebab tulah agaknya wujud peribahasa "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". hanya orang yang mengalaminya saja yang akan memahami. takyahlah kita bermati-matian nak berhujah dengan orang yang tak berada di tempat kita. buang air liur je. sebab kompom diorang nak menang gak. huhu.



Macam aku sendiri yang bergelar guru bimbingan dan kaunseling di sekolah, setiap hari aku berdepan dengan macam-macam ragam pelajar. pelajar yang dari luarannya nampak normal. tapi dalamannya? sape lagi yang perlu amik berat pasal emosi dan perasaan diorang tu kalau bukan aku? kalau doktor nak tau penyakit orang tak susah. baring, pastu masuk dalam terowong. MRI la tu. pastu dapatla tau ko sakit ape. tapi macam kitorang ni? camne nak tau pelajar tu bermasalah ke tak? boleh ke guna MRI? boleh ke belah hati pastu, ohhh awak ni ada masalah family ni. boleh?



Ehh, aku tak cakap pun keje doktor tu senang. diorang pun ada bahagian diorang yang susah gak. cuma tu aku ibaratkan jela. nak bagi korang paham. hehe.



Nampak macam aku tengah merungut ke? taklah. aku cuma meluahkan perasaan je untuk sesetengah orang yang kadang-kadang masih lagi tak faham apa sebenarnya peranan guru kat sekolah. yang dia tau cuma kutuk, marah, pastu cakap cikgu tak buat keje. bila anak dapat markah bagus, terus mengaku selalu ajar anak kat rumah. tapi bila markah anak teruk, cepat je jari telunjuk tu menghala ke cikgu sebagai punca. jarang sangat nak dengar mengaku silap sendiri. yelah, sape yang suka mengaku buat salah kan?



Kalaulah diberikan skala tahap ke-suka-an aku terhadap kerjaya aku sekarang ni agak-agak aku nak bagi berapa ek? maybe 3 kot. daripada 5. aku masih belum jumpa lagi kepuasan untuk bekerja. tak pasti ape sebabnya. maybe persekitaran, rakan sekerja or diri sendiri. orang kata nak jadi guru ni kena ade jiwa. ye, memang aku ade jiwa. cuma belum sepenuhnya jiwa aku berada dalam bidang ni. hmm maybe sebab aku baru lagi kot. bila dikira-kira, lagi 31 tahun aku akan bergelumang dalam bidang pendidikan ni. InsyaAllah kalau dipanjangkan umur.



Baru 3 tahun dah macam-macam yang aku alami. belum masuk 30 tahun lagi. hmm terlalu jauh nak difikirkan. biarlah masa dan keadaan yang tentukan. apa yang penting adalah masa kini. here and now bak kata Gestalt. cewahhh! tak berkarat lagi rupanya otak aku ni. hahaha.



Apa-apa pun aku masih happy dengan kerjaya yang menjadi sumber rezeki aku sekarang ni. walau apa cabaran dan dugaan yang datang sekalipun, rasanya aku masih lagi kuat untuk berpegang pada kerjaya yang satu ni. sebab aku yakin dengan ganjaran-Nya dalam mendidik dan memanusiakan manusia. biarlah orang lain tak pandang pengorbanan kita. apa yang pasti di atas tu sentiasa melihat keringat hamba-Nya.



Thursday, February 10, 2011

breast cancer? Nauzubillah!

Salam sume.



Pagi-pagi dah dengar berita yang agak mengejutkan. actually berita ni dah lama tapi me baru je dapat tau. tu pun lepas sorang kawan me komen kat FB. tah camne tengah borak-borak terkeluar cite pasal benda ni.


Benda apa? terkejut sangat bila dapat tau cikgu yang pernah mengajar me subjek Kimia masa sekolah menengah dulu sekarang tengah menanggung breast cancer. secara automatik dalam kepala terus terbayang muka dia tengah mengajar dalam makmal. dia mengajar agak slow tapi garang!



Masih terasa-rasa lagi sakit kat pinggang sebab dicubit cikgu tu. puncanya? me degil dan tak dengar cakap! suka pakai tudung singkat! serius bila teringat balik rasa malu sangat. kalo tak silap me, cikgu tu cikgu pengawas. sebab tu dia garang! eh, bukan cikgu disiplin ke yang garang? hehe.



Selain tu, me jugak teringat yang me and the gang penah datang beraya rumah dia. masa tu kalo tak silap dia nak buat makan-makan untuk student dia. kitorang yang tersampai awal ni tetiba kena tolong sediakan makanan. sebab masa tu masih tak ready ape lagi. riuh rendahlah rumah jadinya. tapi sangat happening! cikgu tu yang kat sekolah sangat garang jadi seorang yang sangat lembut bila kat luar sekolah.


Tapi tulah kan. walaupun dia tu garang dan selalu cubit me dengan kawan me lagi sorang, tapi me tak pernah plak nak rasa benci kat dia. tahla ek. tak timbul langsung perasaan tu. yela, dia cubit sebab me yang buat salah kan. hehe. so bila dapat tau yang dia tengah sakit sekarang ni, rasa sedih sangat. nak sangat jumpa dia.



Dan dengar cite gak sekarang ni dia dah tak bekerja dan pindah ke batu pahat. nampak macam dah serius sangat penyakit dia. bila tanya kawan-kawan me, sorang pun tak tau alamat rumah dia. so camne nak datang melawat? 


Me harap sangat sementara ada masa ni nak jumpa dengan cikgu tu. nak minta maaf atas kedegilan me dulu tak dengar nasihat dia. agaknya kalo dia tak cubit, me tak jadi manusia macam sekarang ni. uhuk!



Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat